twitter
rss

CABARAN RAYA
Lama tak mencatat sesuatu. Entri kali ini sekadar pandangan sepanjang kehidupan yang bersisa.Menjelang Hari Raya pasti ramai yang ternanti-nanti kerana inilah masanya bermaaf-maafan dan berjumpa taulan dan handai yang mungkin jarang kita ketemui.
Musim puasa tiba ramai pihak berlumba-lumba menjual aneka kuih dan makanan di bazar.Usaha yang bagus dalam menambah pendapatan tapi dalam masa yang sama tidak menjaga etika penjual seperti kualiti yang perlu dijaga.Pembeli pun tidak kurang hebatnya berlumba-lumba beli kerana nafsu makan yang tak terkawal dan pada akhirnya ke tong sampah juga.kalau bulan tersebut bukan bulan Ramadhan pasti gembira sakan syaitanheheehe
Masuk bulan Syawal. Pada saya hari paling bermakna ialah hari pertama. Hari inilah rasanya paling menyentuh hati.Bermaaf-maafan dan mengingati yang telah tiada.Hari kedua masyarakat kita terbiasa dengan “OPEN HOUSE”. Konsep yang salah. Yang hendak mengunjungi sepatutnyalah yang pergi tanpa perlu undangan bukan menanti undangan semata-mata. Pada bulan ini apa yang saya lihat orang sanggup berhabis dan tidak merancang kewangan yang baik  dalam pada masa yang sama konsep bersedekah terus menjadi amalan.

Paling tidak saya gemari, dating ke rumah orang melihat, meninjau dan bercakap sesama . Kasihannya tuan rumah. Pernah pengalaman saya menyertai marhaban rakan sekerja. Apabila pergi tentu membawa keluarga. Ada tetamu yang memang agak cergas sedikit anaknya dan bermain di sofa tuan rumah hingga terbolos sedikit. Rasanya cerita tersebut tetap dijaja selama bertahun-tahun. Tidak perlu utk mengambil marhaban jika kisahnya menjadi sebutan sepanjang zaman. Kasihan sungguh kawan yang sorang tu.

 NUTRIMETICS VS SHAKLEE VS MARY KAY



 Produk Nutrimetics memang tidak asing.. Dahulu ia bergerak sendiri di bawah jenamanya sendiri ...tapi itu dululah kemudian kini ia di bawah satu bumbung  jenama Tuppaware. Saya telah menggunakan produk ini untuk satu tempoh yang lama. Setia dan menyayangi.Hehehe menyayangilah sangat. Lamanya saya bersama Nutrimetics lebih kurang 20 tahun iaitu sejak umur saya sekitar 18 atau 19 tahun. Sangat bagus dan memang kulit saya kelihatan cantik di mata saya. 





Image result for nutrimetics



Tapi ....bila telah bersama terlalu lama...ia telah menjadi biasa-biasa saja pada akhirnya untuk saya.Maklumlah dah terlalu lama. Maka terdetik untuk mencuba produk lain. Maka saya pun mencuba Enfullse Shaklee.Totally tak sesuai dengan saya.Tidaklah kulit menjadi terbakar atau reaksi yang terlalu teruk tetapi...kulit ditumbuhi ruam yang banyak di bahadian dagu dan jerawat. Bila saya STOP untuk seminggu kulit pulih dan sihat semula. Mulanya saya fikir mungki tindakan penyingkiran untuk kulit yang kurang sihat tetapi proses ini berterusan dan kadangkala sedikit gatal. Maka saya menghentikan pengambilannya.
Image result for shaklee enfuselle

Maka saya mengambil keputusan untuk menukar yang lain iaitu set Mary Kay. Sehingga kini saya masih terus memakainya kerana kesesuaian dengan kulit. Alhamdulillah. Mahalnya standard Nutrimetics ...tetapi berbaloi.

Image result for marykay skincare
Apa pun ...pilihlah yang paling sesuai.....

**** beauty consaltant anda*****hubungi saya*****0146996657






RINDU DI MANA TETAMUNYA?
Cerita tentang rindu memang payah nak describe dan rindu adalah subjektif seperti cantik dan sedap. Jadinya saya berpandangan perasaan rindu tu tersangatlah uniknya.

Beberapa hari lalu iaitu 19.12.2015 ialah hari lahir Muhammad yang ke 6 tahun...Hepi besday sayang semoga Allah pelihara seperti hamba-hambanya yang solleh. Amin.Maknanya masuk tarikh 19.12.2015 genap 4 bulan abah pergi menemui penciptaNya yang abadi.

Bila abah takda banyak yang perlu di setup semula.Perasaan jangan cakap...bila rindu datang walaupun orangnya tiada pedihnya hati tak terhitung.

Dua tiga minggu sebelum abah tiada...sebab selalu ingat perbualan antara saya dan Oteh...Oteh kata selalunya kita meninggal sama dengan tarikh lahir islam kita. Sejak abah sakitdan tiga ke dua minggu sebelum saya lihat tarikh lahir abah mengikut tahun islam ialah 4 Zulkaedah.Takut dan gusarnya saya cuma tak mampu tak terluah kerana semuanya kan ketentuan Allah.

Dalam tempoh seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri abah dimasukkan ke hospital kerana kesihatan yang kurang baik.Sehari sebelum Hari Raya kami pakat supaya abah dapat beraya di rumah. Keadaan abah ketika Hari Raya sangat lemah...2 ke 3 hari selepas itu barulah nampak segar keadaan abah...Allah ...rindunya kat abah.



Tak sangka...inilah raya terakhir utk abah dan kami sekeluarga. Sehingga ke catatan ini ...tak tertahan sedih...nampaknya saya perlukan masa untuk menenangkan hati dan menghimpukan doa yang lebih banyak untuk abah.

Masuk hari ini.31.1.2016..hampir 5 bulan berlalu dan memang payah sebenarnya untuk bertabah hati. Esok, sepatutnya saya perlu pergi mendatarkan diri untuk phD saya…tapi kenapa ntah hati masih tak gembira dan tidak sihat hampir seminggu. Apa kesimpulan dapat saya buat ialah:
  •          i.            Allah belum izinkan saya untuk terus berjihad ilmu.Pasti ada sebab yang saya tak tahu
  •        ii.             Keadaan kesihatan yang kurang mengizinkan walau pun boleh je ..jika nak redah
  •      iii.         . Keadaan ekonomi Negara yang tidak stabil menjadikan saya turut tak stabil sekali, Sampai hati PM Najib wat cengini kat saya….
  •      iv.          Ada beberapa perkara masih perlukan perhatian saya lain…


RRi      Rindu untuk abah tetap utuh malah saya yakin semua yang pernah melalui pasti tahu rasanya. Bila teringat , betapa hebatnya abah yang saya tak boleh nak jadi…tak banyak cakap dan tidak suka bercakap tentang orang. Saya?..

Hebatnya abah menjalin hubungan sesame manusia…dan segalanya menurut rancangan dan rezeki abah. Allah takdirkan abah dan mak mengerjakan haji berkali-kali dalam sejarah hidup mereka.Saya pulak hingga ke umur ini belum sekalu mengerjakan haji dan dengan rezeki abah saya mampu tumpang sekaki. Majlis kahwin yang meriah yang didatangi tetamu istimewa ketika itu TMJ Johor yang kini menjadi Sultan Johor dan sekali gus menjadi rapat dengan Dato’ Noh Gadut.

Dalam tempoh perkahwinan saya yakin abah bangga sebab saya bukan orang yang suka meminta dengan usia yang masih muda saya berusaha untuk ada beberapa buah rumah dan membeli tanah untuk membina rumah. Tidak ada apa pun nak dibanggakan tapi kami dididik  untuk tidak meminta2 pada keluarga dan berusaha sendiri dan kami semua berjaya melakukannya.

Kini hampir 6 bulan abah pergi dahulu menemui penciptaNya..saya pasti akan menyusul nanti bila masanya tiba....dalam tempoh ini...rasa rindu tak mungkin hilang....setiap perlakuan abah pasti saya ingati walaupun ketika sihatnya tidak pula saya fikirkan...teringat cara duduk abah yang memerhati dan tidak banyak bercakap..itu lebihnya abah....seingat saya abah tidak gemar sama sekali bercerita tentang orang ...jika ada yang berlaku pastinya beliau akan bercerita sedikit pada emak dan selebihnya didiamkan...yang paling saya ingati kata2 abah....biarlah orang buat kita, jangan kita buat orang.....

Kuatnya semangat abah...tapi saya tidak...hingga usia lanjut pun masih berusaha menambah rezeki...tidak dinafikan rezeki abah tidak putus dan tidak pula beliau lokek dengan rezekinya.

Hari ini 18.2 ...besday abah  ..hepi besday abah...semoga abah tenang di sana dan ditempatkan bersama-sama hambaNya yang soleh.








My Super Hero

Bercerita tentang Super Hero tentu kita semua pernah dengar. Tetapi Super Hero  saya bukanlah Superman, Ultraman dan sebagainya yang dalam cerita-cerita tueHahahahItu SuperHero untuk kanak2imaginasi dan tiada di dunia yang benar. 

Saya amat pasti setiap orang ada Super Hero sendiri. Lelaki yang mula-mula sekali kita lihat bila mata mula dapat melihat. Begitu juga dengan saya. Super Hero saya tentulah abah saya yang hebat. Hebatnya beliau hanya saya yang tahu. Hebatnya abah ialah dia berusaha bekerja mencari rezeki menanggung kami 5 beradik. Oleh kerana saya tinggal di Felda tentulah abah akan menoreh getah atau pun mengerjakan kelapa sawit pada pagi hari dan usaha ini di bantu oleh emak isteri solehah yang tabah. Balik dari menoreh dulu-dulu selalu saya nampak emak dan abah di dapur atau bila emak mencuci pakaian , abahlah yang akan menyediakan makanan. Hebatnya mereka.Saya pun belum tentu mampu melakukan demikian.

Petang hari, selesai berehat dalam sejam dua abah akan keluar lagi untuk membawa teksi. Hingga lewat petang atau malam menginjak baru abah pulang.Selesai solat abah dan emak akan makan dan dalam pukul 10 atau lebih awal atau lebih lewat(saya tak ingat akan waktunya) abah akan bertugas lagi sebagai pegawal keselamatan (dulunya di panggil jaga) di Sekolah saya bersekolah dan juga kini menjadi sekolah tempat saya bertugas. Biasanya bila tidak bersekolah saya dan Oteh (kakak) akan bergilir2 temankan abah dan dikelon(tidur bawah ketiak dalam bahasa melayunya) abah.

Begitulah kehidupan abah mencari rezeki tanpa henti apatah lagi bila abg aie , kakak, nan, oteh dan saya semakin besar.Lagi2 perbelanjaan Nan yang sangat besar dan saya juga. Besarnya pengorbanan abah. 

Bukan itu sahaja...ada masa lapang abah akan bercucuk tanam ...misalnya keledek, ubi dan lain2 di tanah yang jauh cket dari rumah kami.Seingat saya abah juga pernah menjual beras di Felda. Masa tu, abah jew yang dapat lesen tue.....bijaknya abah masa tue....Bila saya semakin besar saya lihat abah hari2 balik kg di Separap Simpang 5 Batu Pahat untuk memperbaiki rumah nyai(nenek) ...malah abah yang buat sendiri....malam barulah abah balik...bila nyai uzur dan sakit abah dan mak la yang menjaga nyai serta bergilir dengan adik-beradik abah yang lain. Bila menaip cerita yang saya nak kenang sangat ni, saya berasa sangat sedih....saya berhenti dulu supaya tenang hati saya.




mudanya abah dan mak masa ni.....maklumlah muda masa tu.....





yang ni pulak emak dan abah semasa melawat Muhammad anak saya di Hospital. Abah sangat sayangkan Muhamad. Maklumlah ini cucu yang paling kecil. Setiap detik Atok akan ingat Muhammad..kata cucu yang lain.Hahaha...kdg2 macam cemburu pun ada.




Ini semasa emak dan abah dapat anugerah ibu bapa Mithali 2008. TQ mak  dan abah kerana menjadikan kami 5 beradik manusia dalam erti kata manusia yang sebenar. Jika saya pun belum tentu mendapat pencapaian seperti ini.Rezeki emak dan abah memang murah kerana mereka rajin bersedekah. Allah dah janji nak kaya kena rajin berwaqaf dan sedekah.



Yang bawah ni gambar perkahwinan saya pada 9.9.2001...Lama dah saya berkahwin.Agak gemuk mak dan abah masa ni. Semasa perkahwinan saya, kami menerima tetamu istimewa iaitu TMJ masa tu dan sekarang Sultan Johor iaitu Sultan Ibrahim. Ramai yang mencemuh kerana tidak percaya khabar tersebut termasuklah seorang jiran dan bila tiba pada hari kejadian ada pulak banyak muka dia dalam gambar2 saya...menyemak betul rasanya....Kalau tak mengata mungkin saya tak kisah pun.

Apa pun sayalah pengantin bertuah tue...macam mana TMJ boleh datang ye... bermula dengan kembara TMJ ketika itu ke Felda Bukit Batu dan pada masa itu abah ialah pengerusi masjid Felda Bukit Batu manakala emak pula ialah Pengerusi GPW Felda Bukit Batu.Abah telah mempekenalkan ubi rebus dan sambal tumis yang semuanya di masak emak sendiri dengan ikhlas... Sejak itu ubi rebus menjadi sangat terkenal di Johor...Jika tidak orang tak pandang pun agaknya dan langsung tidak komersial. Usai Kembara TMJ hubungan tidak habis begitu sahaja..kadang2 abah di panggil ke istana..saya tak pernah ikut tapi abang dan suami pernah pergi menemani abah.Pada asalnya abah diberi peluang mengerjakan umrah dibawah tajaan TMJ tapi ketika itu abah menolak kerana majlis perkahwinan saya. Itulah yang menjadikan TMJ mahu turut serta dalam majlis perkahwinan saya. Majlis yang gembira dan gilang gemilang mengikut rasa hati saya....Seluruh jabatan kerajaan daerah Kulai menjadi sibuk untuk membuat persiapan majlis perkahwinan termasuklah menurap jalan.





Indahnya masa tu....masa tak mungkin berputar kembali.......Banyak kisah nak imbau. Saya akan imbau perlahan2.


Puasa dan Solat

Puasa dan solat ialah sebahagian daripada rukun islam yang lima. Mudahnya yang saya fahami daripada rukun islam ini ialah  pertamanya yang plg asas ialah mengucap 2 kalimah syahadah dan kita melakukannya setiap hari di dalam solat tanpa kita sedari. Keduanya ialah solat 5 waktu. Dilakukan setiap hari. Ketiganya berpuasa di bulan ramadhan. Turutan yang ketiga kerana dalam setahun hanya sebulan sahaja walau serajin mana kita berpuasa bulan ramadhan hanya datang sebulan dalam setahun.Yang keempat ialah membayar zakat. Zakat yang dimaksudkan ialah zakat fitrah , pun hanya dilakukan setahun sekali bila menjelang bulan syawal dan dilakukan seawalnya bulan ramadhan dan yang ke 5 ialah mengejarkan haji. Allah tak minta kita melakukan setiap bulan tetapi cukup sekali seumur hidup jika berkemampuan. Allah maha pengasih. Dari rukun islam ini jelas Allah memerintahkan mengikut keutamaan.


Bulan puasa bulan yang sentiasa dirindui Nabi Muhammad s.a.w

Nilai inilah yang patut kita ada.Tetapi alangkah malunya bila melihat org islam yang berdaya dan berkemampuan tidak melakukannya. Mengapa ye?malah dengan bangga bercerita tentang diri yang telah berbuka sebelum waktu berbuka...Massya_Allah

Lebih menyedihkan apabila melihat dalam kalangan kita yang berpuasa tetapi tidak solat. Kalau sebuah keluarga tu dari mak , ayah, anak-anak dan cucu selepas berbuka tetapi masih duduk -duduk dan berbual sehingga tibanya waktu isya` .Takkan sekeluarga uzur termasuk yang lelaki. Ya Allah jauhkanlah kami dari menjadi sedemikian.Napa yer? Ya Allah jauhkanlah saya, suami saya, anak saya dan ahli keluarga saya yang lain dari berbuat demikian. Semoga Rahmat Allah sentiasa mengiringi kami... Ya Allah takutnya bila saya tiada kelak anak tidak bersolat tentu saya dibaling batu dari api neraka....Semoga Allah memelihara anak saya menjadi orang yang soleh.


Ini hukum yang saya copy paste dari blog hamba Allah yang lain....lupa nama blognya sebab dan tutup linknya. Apa pun terima kasih banyak2.

Syaikh Muhammad bin Sholih Al ‘Utsaimin -rahimahullah- pernah ditanya: “Apa hukum orang yang berpuasa namun meninggalkan solat?”
Beliau rahimahullah menjawab:
“Puasa yang dilakukan oleh orang yang meninggalkan solat tidaklah diterima kerana orang yang meninggalkan solat adalah kafir dan murtad. Dalil bahawa meninggalkan shalat termasuk bentuk kekafiran adalah firman Allah Ta’ala,
فَإِنْ تَابُوا وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآَتَوُا الزَّكَاةَ فَإِخْوَانُكُمْ فِي الدِّينِ وَنُفَصِّلُ الْآَيَاتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ
“Jika mereka bertaubat, mendirikan solat dan menunaikan zakat, maka (mereka itu) adalah saudara-saudaramu seagama. Dan Kami menjelaskan ayat-ayat itu bagi kaum yang mengetahui.” (Qs. At Taubah [9]: 11)
Alasan lain adalah sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam,
بَيْنَ الرَّجُلِ وَبَيْنَ الشِّرْكِ وَالْكُفْرِ تَرْكُ الصَّلاَةِ
“Pembatas antara seorang muslim dengan kesyirikan dan kekafiran adalah meninggalkan solat.” (HR. Muslim no. 82)
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam juga bersabda,
الْعَهْدُ الَّذِى بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمُ الصَّلاَةُ فَمَنْ تَرَكَهَا فَقَدْ كَفَرَ
“Perjanjian antara kami dan mereka (orang kafir) adalah mengenai solat. Barangsiapa meninggalkannya maka dia telah kafir.” (HR. Ahmad, At Tirmidzi, An Nasa’i, Ibnu Majah. Dikatakan shahih oleh Syaikh Al Albani)

Pendapat yang mengatakan bahawa meninggalkan solat merupakan suatu kekafiran adalah pendapat majoriti sahabat Nabi bahkan dapat dikatakan pendapat tersebut adalah ijma’ (kesepakatan) para sahabat.
‘Abdullah bin Syaqiq –rahimahullah- (seorang tabi’in yang masyhur) mengatakan, “Para sahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tidaklah pernah menganggap suatu amalan yang apabila seseorang meninggalkannya akan menyebabkan dia kafir selain perkara solat.” [Perkataan
ini diriwayatkan oleh At Tirmidzi dari ‘Abdullah bin Syaqiq Al ‘Aqliy; seorang tabi’in. Hakim mengatakan bahawa hadits ini bersambung dengan menyebut Abu Hurairah di dalamnya. Dan sanad (periwayat) hadits ini adalah shohih. Lihat Ats Tsamar Al Mustathob fi Fiqhis Sunnah wal Kitab, hal. 52, -pen]
Oleh karena itu, apabila seseorang berpuasa namun dia meninggalkan solat, puasa yang dia lakukan tidaklah sah (tidak diterima). Amalan puasa yang dia lakukan tidaklah bermanfaat pada hari kiamat nanti.
Oleh sebab itu, kami katakan, “Solatlah kemudian tunaikanlah puasa.” Adapun jika engkau puasa namun tidak solat, amalan puasamu akan tertolak kerana orang kafir (disebabkan meninggalkan solat) tidak diterima ibadah daripadanya.
[Sumber: Majmu’ Fatawa wa Rosa-il Ibnu ‘Utsaimin, 17/62, Asy Syamilah]


The Teacher and The Curriculum

    Ambivalent Feelings About Curriculum Work
    Finding Time and Resources For Curriculum Work
    Who Has The Authority to Make Curriculum Decisions
    When Is a Curriculum Change a Change for the Better
    Preparing for Curriculum Work

Guru dan kurikulum  seiring ke arah pendidikan pelajar. Seorang guru dan pengaruh kurikulum dan memberi kesan kepada pendidikan kanak-kanak dan juga pencapaian sesebuah Negara.Apakah tujuan pendidikan? Kurikulum merujuk kurikulum rasmi ia meliputi tujuan pendidikan, aktiviti yang dijalankan dan program pendidikan yang dilaksanakan.

Guru- guru yang tertakluk kepada system sekolah mereka biasanya gembira untuk melaksanakan kurikulum rasmi di sekolah dan mereka menerima apa yang ada dalam panduan rasmi kurikulum dan apabila mereka diberi peluang mereka bentuk kurikulum mereka sendiri mereka lebih seronok dan memikirkan cara yang lebih baik untuk mengajar subjek kegemaran mereka sendiri.

Apa yang paling sukar ialah praktikal dalam kurikulum kerana guru memerlukan masa yang lama untuk menyesuaikan diri dalam melaksanakannya. Misalnya  pelaksanaan PBS di Negara kita iaitu KSSR dan KSSM. Apabila ia dilaksanakan ia memerlukan masa untuk guru menyesuaikan diri dan faham system yang baru jadi ia melibatkan masa dan tenaga untuk menceburkan diri dalamnya.Tetapi ramai yang merungut kerana ramai guru yang mahu menumpukan lebih masa kepada urusan masing –masing dahulu seperti keluarga.Perjawatan guru memerlukan sesuatu yang lebih besar kerana guru memerlukan bekalan dan peralatan untuk melaksanakan pengajaran yang lebih baik. Misalnya computer dan akses internet.Suka atau pun tidak guru terpaksa menerimanya dan ia ada dalam system. Contohnya pada hari ini dalam system pendidikan kita keperluan computer dan akses internet adalah sesuatu yang biasa. Komputer  diperlukan untuk menjadikan  P & P lebih menarik, proses gabungjalin lebih baik, memasukkan markah peperiksaan awam ke dalam system seperti SAPS, memasukkan data murid ke sekolah menengah dan sebagainya malah untuk tujuan pengembangan kerjaya guru itu sendiri memerlukan computer dan akses internet.Sesetengah guru berjaya dalam pengembangan kerjaya melalui pelbagai cara misalnya melalui perundingan dengan rakan sekerja dari tempat lain.

Bekerja dalam satu pasukan memang digemari oleh para guru kerana melaluinya mereka boleh dibantu oleh rakan sejawat dania memberi motivasi untuk tugasan mereka. Apa pun memikirkan tentang sekolah, murid dan lain – lain hal tentang kurikulum merupakan sebahagian dari diri guru.. Sebagai guru ia takkan lekang dari ingatan. Guru juga boleh membangunkan diri dan kerjaya melalui projek inovasi, menulis geran untuk projek kurikulum dan sebagainya. Misalnya guru di Malaysia dikehendaki membuat penulisan melalui Kajian Tindakan.Ia bagus dan memperlihatkan banyak masalah dalam kurikulum yang boleh ditemui jalan penyelesaian melaluinya.Apa pun sebagai guru, kita perlulah mempunyai strategi untuk menjadikan kerjaya kita lebih baik dan berjaya bukan selamanya di takuk yang sama.

Situasi ini sebenarnya sama sahaja dengan kondisi Negara kita. Guru sering dipanggil mesyuarat untuk membincangankan isu-isu semasa tentang P & P, dipanggil untuk menghadiri latihan misalnya penandaan kertas, kejurulatihan, Kursus KSSR mengikut tahun dan sebagainya.Namum kerja – kerja dalam kurikulum ini boleh menjadi kekecewaan  sekiranya kurikulum yang dirancang belum lagi mantap dan guru perlu menghabiskan banyak masa untuk memikir dan meyelesaikan masalah tentangnya dan kurikulum itu perlu disemak apabila ia terlalu sukar untuk disampaikan atau terlalu mudah untuk diterima ini kerana kurikulum yang benar – benar ideal itu tidak wujud.Pentadbiran sekolah menjadikan kurikulum sebagai sesuatu yang tidak selesa untuk para guru. Apabila perubahan diperkenalkan guru menjadi tidak pasti samada untuk menentang atau menyokong perubahan tersebut. Keadaan ini sama dengan keadaan sekarang apabila KSSR diperkenalkan.Ramai guru sebenarnya masih tidak faham tentang idea KSSR itu sendiri malah mereka kurang diberi pendedahan tentangnya. Maka segolongan guru membentuk kesatuan kecil untuk menentang KSSR  atau meminta ia ditangguhkan. Kurikulum yang unggul memerlukan guru – guru untuk menyokongnya dan sifat kurikulum itu sendiri sebenarnya tidak statik maka gurulah yang patut sama – sama menjadikannya stabil dan bukan menentangnya.Bukankah tugas guru itu sebagai pelaksana.

Masalah paling serius  dalam melaksanakan tugas harian sebagai pelaksana kurikulum ialah “Siapa Yang Mempunyai Kuasa Dalam Membuat Keputusan?”.Guru sekadar melaksanakan kurikulum ideal yang telah dirancang.Guru akan megubah mengikut kesesuaian untuk meyampaikannya. Seperti situasi hari ini guru diberi kebebasan untuk menyampaikan mengikut cara sendiri dan mereka hanya diberi guidline  ini kerana individu yang menerima mempunyai latar yang berbeza seperti agama, jantina, latar belakang keluarga dan sebagainya begitu juga dengan guru yang mempunyai pengalaman yang berbeza – beza.Dalam banyak hal ketika menyampaikan kurikulum sebenarnya gurulah orang yang paling berkuasa dalam membuat keputusan. Mereka sering menyampaikan mengikut perkiraan sendiri.

Kurikulum yang ideal telah pun dibina  tetapi ada yang jelas tentangnya dan ada yang tidak jelas tentangnya. Apa sahaja yang dilakukan guru di sekolah di kira sebahagian kurikulum.Di Malaysia sistem perguruan itu sendiri telah dirancang. Bagaimana ia bermula?.Pengambilan guru bermula dan yang terpilih serta menepati kriteria akan diberi latihan yang cukup untuk menjadi seorang pendidik.Guru pelatih diberi asas bersesuaian dengan sistem kurikulum yang diamalkan. Misalnya beberpa tahun dulu guru-guru yang dilatih adalah mengikut sistem KBSR dan KBSM tetapi pelatih yang terkini menggunakan sistem KSSR dan KSSM.Guru hari ini dilihat dari segi pencapaian. Semua perkara mesti ada perubahan. Mudahnya ia seperti seorang bayi yang pada akhirnya bila masa berlalu ia akan menjadi dewasa.Misalnya dalam kokurikulum yang menjadi sebahagian nadi dalam kurikulum. Semakin hari ia menjadi semakin baik dan tujuannya juga menjadi baik. Dahulu tidak ada 1 Murid 1 Sukan (1M1S) tetapi kini ia dilaksanakan untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Apa masalahnya? Ia menyelesaikan masalah pelajar negara kita yang semakin obseti.Apabila ramai yang gemuk penyakit seperti diabetis dan hipertensi mudah menyerang dan ini menjadi satu kerugian kepada negara pada akhirnya.
Apabila berlaku perubahan semua orang patut terlibat dan ambil peranan  supaya mendapat sesuatu yang lebih baik. Apa yang perlu dibuat melaksanakan perubahan?Ia mestilah ada perancangan . Misalnya  2011 :bilangan murid tahu 1 ialah 25 orang dan jumlah ini cukup untuk sebuah kelas sahaja tetapi pada 2012 murid bertambah  sekali ganda lebih. Kelas baru sebagai tambahan perlu dirancang dan disediakan untuk menampung ketidakcukupan.

Sedar atau tidak masyarakat juga mempunyai hak ke atas kurikulum.Masyarakat terdiri daripada ibu bapa dan orang awam. Oleh itu mereka berhak tahu tentang kurikulum dan apa yang berlaku. Merekalah orang yang mengharapkan hasil daripada kurikulum dengan melihat melalui anak – anak mereka. Sebelum KSSR dan KSSM  diwujudkan sistem kita lebih tertutup.Hanya golongan tertentu sahaja yang benar-benar faham tentangnya selain guru misalnya jawatan- jawatan profesional. Tetapi kini pandangan telah berubah. Kurikulum baru yang terhasil melibatkan semua peringkat masyarakat dan mempertimbangkan apa yang mayarakat mahu sebab itu adanya dialog pendidikan untuk menampung keperluan ini.Apa pun guru sebenarnya selalu mengikut intuisi sendiri untuk tahu sesebuah kurikulum itu patut berubah atau tidak kerana mereka yang melaksanakan maka mereka rasa mereka lebih arif sama ada untuk mengekalkan atau sebaliknya.