twitter
rss

Travelog 2


Seadanya kami di sana rasa seronok dengan tempat yang indah dah cuaca yang agak sejuk...agak kering tapi dingin seperti  di Cameron Highland .

            Hari pertama selepas sampai saya tidak menjejakkan kaki ke masjid Nabawi. Kepenatan yang amat sangat mendorong saya untuk tidur.Tapi tidak mak, suami, Akmal dan abah serta 2 orang lagi rakan sebilik.Kuatnya semangat mereka sedangkan masjidnya sangat hampir dengan penginapan kami.

            Sekitar hotel banyak kedai yang menjual pelbagai aneka barangan termasuk barangan cenderahati dan juga kedai menjual minyak wangi yang bila melaluinya pasti saya pening dan sakit kepala.hurrmmmmm....itulah yang disukai oleh ramai orang ....mak kata peliklah saya ni...tak suka bau-bauan.

            Beberapa hari di sana agak saya untuk bangun awal untuk solat subuh di sana.Tetapi demi mak kadang-kadang saya gagahkan juga walaupun banyak tak gagahnya.

            Antara aktiviti di sana yang paling peting ialah menziarahi makam nabi.Kami diatur untuk pergi waktu malam. Paling indah jadualnya ialah khamis malam jumaat sebelum kami bertolak keesokkan harinya.kami  yang perempuan mula berkumpul selepas maghrib. Emak tidak pergi sama kerana menemani abah yang demam .Sedih juga sebab emak tak ikut serta tetapi hikmahnya emak  boleh menemani abah dan muhammad yang tentu nak ikut serta. Tetapi keadaan tidak mengizinkan untuk Muhammad turut serta.

            Kami bergerak dalam kumpulan dan saya lebih kerap bersama Kak Ana dan ibunya Cik Esah.Bila di sana baru terasa sayunya hati. Begitu sukar untuk sampai ke makam nabi.Sebelum betul ke tempat terhampir emak telah berpesan untuk saya solat dan membaca apa yang patut seperti yang terdapat dalam panduan Tabung Haji.Kami bergerak sedikit-sedikit dalam kumpulan kerana kumpulan orang-orang Arab sering memoong jalan kami dan polis-polis wanita di Masjid Nabawi turut marah dengan tindakan mereka. Saya  merasa tersangat letih sebab giliran yang terlalu lama dan berasak-asak. Ya Allah...itu sahaja mampu saya ungkapkan selalu. Sayunya hati di tempat suci ini. Hanya Allah mampu memberi ruang untuk saya dan jemaah lain.Jam menunjukkan pukul 12.00 tengah malam .Masih tiada ruang untuk saya dan ahli yang lain.Apabila jam menunjukkan masa menghampiri ke 1.00 pagi lebih kami dah mula berasak-asak untuk mendapat tempat di barisan hadapan tetapi masih sukar. Kami berusaha.Akhirnya kami dapat masuk ke Raudhah. Indahnya perasaan tersebut tetapi sukarnya untuk solah di sana kerana bangsa Arab bangsa yang agak kasar dan  besar. Kami ditolak-tolak sesuka hati.Terima kasih untuk  Cik Esah kerana menjaga untuk saya solat di hadapan sekali.Alhamdulillah....


            Agak lewat kami pulang dan emak risau tetapi kami pulang sekitar 1.30 pagi....keletihan kami pun tidur dengan nyenyaknya.





bersama Hj Ariffin .Mutawil kami. Alhamdulillah banyak urusan dipermudahkan Allah


Pemandangan Raudhah dari luar dan waktu siang







Taman bunga berhampiran Anwar Movenpick Hotel...Akhirnya dapat juga saya melihat tumbuh-tumbuhan di tempat yang gersang ini.


Kucing di sana....sama sahaja dengan di Malaysia..hehehhehe.



Penjaga taman yang ayikla mengekori kami.....takut kami pada mulanya...mmujur Hj Ariffin memberitahu siapa beliau....apabila kami sibuk bergambar sibuk juga dia nak bergambar....mmm ambillah sekali untuk kenangan....memang kenangan pun akhirnya.







bersambung.....

0 comments:

Post a comment