twitter
rss

Hampir seminggu kami di sana....satu kehidupan yang baru....bangun pagi pergi solat 5 waktu...tetapi yang paling ketara saya amat jarang bangun untuk solat subuh di masjid nabawi....tetapi hampir penghujung di sana saya gagahkan hati untuk solat subuh di masjid. Emak paling setia menunggu saya maklumlah sebilik. Tetapi emak memang pergi setiap hari pun....kuatnya semangat emak tidak mensia-siakan peluang yang ada.....saya?...

Terima kasih emak....
Akhirnya sebelum subuh yang terakhir dapat juga saya berjamaah di sana..
Terima kasih emak untuk segala pengorbanan yang telah banyak emak lakukan... saya ...akhirnya dapat juga lihat payung di sekeliling masjid nabawi tutup dan bukak sendiri....menjelang malam ia akan kuncup dan menjelang siang ia akan berkembang persis bunga bakawali yang hanya berkembang malam tetapi ia sebaliknya.... Di sana kami turut di bawa untuk ziarah luar iaitu masjid Quba, Masjid Qiblatin....ada tempat lain yang dikunjungi tetapi saya tak ingat namanya......tapi tempat-tempat yang kami pergi memang menarik untuk difahami sejarahnya dan sememangnya tempat yang sesuai untuk dilawati...
ini gambar-gambar masa mula nak bertolak dari jeddah ke madinah

0 comments:

Post a Comment