twitter
rss


My Super Hero

Bercerita tentang Super Hero tentu kita semua pernah dengar. Tetapi Super Hero  saya bukanlah Superman, Ultraman dan sebagainya yang dalam cerita-cerita tueHahahahItu SuperHero untuk kanak2imaginasi dan tiada di dunia yang benar. 

Saya amat pasti setiap orang ada Super Hero sendiri. Lelaki yang mula-mula sekali kita lihat bila mata mula dapat melihat. Begitu juga dengan saya. Super Hero saya tentulah abah saya yang hebat. Hebatnya beliau hanya saya yang tahu. Hebatnya abah ialah dia berusaha bekerja mencari rezeki menanggung kami 5 beradik. Oleh kerana saya tinggal di Felda tentulah abah akan menoreh getah atau pun mengerjakan kelapa sawit pada pagi hari dan usaha ini di bantu oleh emak isteri solehah yang tabah. Balik dari menoreh dulu-dulu selalu saya nampak emak dan abah di dapur atau bila emak mencuci pakaian , abahlah yang akan menyediakan makanan. Hebatnya mereka.Saya pun belum tentu mampu melakukan demikian.

Petang hari, selesai berehat dalam sejam dua abah akan keluar lagi untuk membawa teksi. Hingga lewat petang atau malam menginjak baru abah pulang.Selesai solat abah dan emak akan makan dan dalam pukul 10 atau lebih awal atau lebih lewat(saya tak ingat akan waktunya) abah akan bertugas lagi sebagai pegawal keselamatan (dulunya di panggil jaga) di Sekolah saya bersekolah dan juga kini menjadi sekolah tempat saya bertugas. Biasanya bila tidak bersekolah saya dan Oteh (kakak) akan bergilir2 temankan abah dan dikelon(tidur bawah ketiak dalam bahasa melayunya) abah.

Begitulah kehidupan abah mencari rezeki tanpa henti apatah lagi bila abg aie , kakak, nan, oteh dan saya semakin besar.Lagi2 perbelanjaan Nan yang sangat besar dan saya juga. Besarnya pengorbanan abah. 

Bukan itu sahaja...ada masa lapang abah akan bercucuk tanam ...misalnya keledek, ubi dan lain2 di tanah yang jauh cket dari rumah kami.Seingat saya abah juga pernah menjual beras di Felda. Masa tu, abah jew yang dapat lesen tue.....bijaknya abah masa tue....Bila saya semakin besar saya lihat abah hari2 balik kg di Separap Simpang 5 Batu Pahat untuk memperbaiki rumah nyai(nenek) ...malah abah yang buat sendiri....malam barulah abah balik...bila nyai uzur dan sakit abah dan mak la yang menjaga nyai serta bergilir dengan adik-beradik abah yang lain. Bila menaip cerita yang saya nak kenang sangat ni, saya berasa sangat sedih....saya berhenti dulu supaya tenang hati saya.




mudanya abah dan mak masa ni.....maklumlah muda masa tu.....





yang ni pulak emak dan abah semasa melawat Muhammad anak saya di Hospital. Abah sangat sayangkan Muhamad. Maklumlah ini cucu yang paling kecil. Setiap detik Atok akan ingat Muhammad..kata cucu yang lain.Hahaha...kdg2 macam cemburu pun ada.




Ini semasa emak dan abah dapat anugerah ibu bapa Mithali 2008. TQ mak  dan abah kerana menjadikan kami 5 beradik manusia dalam erti kata manusia yang sebenar. Jika saya pun belum tentu mendapat pencapaian seperti ini.Rezeki emak dan abah memang murah kerana mereka rajin bersedekah. Allah dah janji nak kaya kena rajin berwaqaf dan sedekah.



Yang bawah ni gambar perkahwinan saya pada 9.9.2001...Lama dah saya berkahwin.Agak gemuk mak dan abah masa ni. Semasa perkahwinan saya, kami menerima tetamu istimewa iaitu TMJ masa tu dan sekarang Sultan Johor iaitu Sultan Ibrahim. Ramai yang mencemuh kerana tidak percaya khabar tersebut termasuklah seorang jiran dan bila tiba pada hari kejadian ada pulak banyak muka dia dalam gambar2 saya...menyemak betul rasanya....Kalau tak mengata mungkin saya tak kisah pun.

Apa pun sayalah pengantin bertuah tue...macam mana TMJ boleh datang ye... bermula dengan kembara TMJ ketika itu ke Felda Bukit Batu dan pada masa itu abah ialah pengerusi masjid Felda Bukit Batu manakala emak pula ialah Pengerusi GPW Felda Bukit Batu.Abah telah mempekenalkan ubi rebus dan sambal tumis yang semuanya di masak emak sendiri dengan ikhlas... Sejak itu ubi rebus menjadi sangat terkenal di Johor...Jika tidak orang tak pandang pun agaknya dan langsung tidak komersial. Usai Kembara TMJ hubungan tidak habis begitu sahaja..kadang2 abah di panggil ke istana..saya tak pernah ikut tapi abang dan suami pernah pergi menemani abah.Pada asalnya abah diberi peluang mengerjakan umrah dibawah tajaan TMJ tapi ketika itu abah menolak kerana majlis perkahwinan saya. Itulah yang menjadikan TMJ mahu turut serta dalam majlis perkahwinan saya. Majlis yang gembira dan gilang gemilang mengikut rasa hati saya....Seluruh jabatan kerajaan daerah Kulai menjadi sibuk untuk membuat persiapan majlis perkahwinan termasuklah menurap jalan.





Indahnya masa tu....masa tak mungkin berputar kembali.......Banyak kisah nak imbau. Saya akan imbau perlahan2.


0 comments:

Post a comment