twitter
rss

Kali ini mungkin catatan terpanjang untuk tahun ini.... 

 Selepas kepulangan ke tanah air saya selalu berharap agar selalu dijemput Allah untuk selalu mengunjungi tanah suci untuk seluruh umat islam. Dulu - dulu saya selalu pelik mengapa emak hendak selalu ke sana dan akan sedih apabila melihat teman-teman atau saudara yang akan ke sana perasaan pelik saya bertambah apabila melihat Kak Gee (Cikgu Rozita) menangis apabila tiba masa saya hendak berangkat. Tetapi setelah pulang saya tahu perasaan itu dan rupanya perasaan itu turut menjadi milik saya. Betapa Agungnya kuasa Allah.

 22 MAC 2013

 Hari terakhir di Madinah.Pada hari terakhir tersebut saya merasa solat jumaat julung-julung kalinya dalam hidup...yang pasti emak kata jangan bercakap ketika khutbah....lama....tak paham khutbah yang disampaikan namun berjaya menyentuh hati saya....Kenapa yer...Saya pun tak pasti, yang pasti sedih menyelubungi.

Di sana sempat saya bermesra dengan warga turki mengikut perkiraan saya dan cara berpakaian mereka yang lain dari mana-mana kaum Arab yang lain. Mereka lebih lembut dan bertolak ansur. Warga emas yang sakit lutut seperti emak dan sempat saya memberi ruang untuknya dan dia  sempat menjagakan tempat saya dari diambil oleh orang ketika saya mengambilkan air zamzam untuk emak.

Apa yang pati rasa beruntungnya dapat berjemaah di hari jumaat terakhir di madinah sedangkan di negara sendiri tidak pernah sekali pun saya turut serta dalam solat jumaat. Benar saya tidak memahami khutbahnya tapi sayunya hati hanya Allah yang tahu.

23 Mac 2013
Pada hari ini kami memakai ihram untuk ziarah Selamat Tinggal (wida')
Kami bermiqat di Masjid Bir'Ali... yang menurut pengamatan saya untuk menujunya agak jauh dan melalui kawasan tanah tinggi dan berkabus tebal serta lebih dingin .

Di situ ramai jemaah lain.Tetapi....

Dalam perjalanan ke sana kami lebih banyak takbir Umrah sehinggalah kami penat dan tertidur. Alhamdulillah sehingga kini Muhammad masih ingat takbir ini dan selalu menyebut untuk ke sana...Semoga Allah menjadikan dia anak yang soleh
 Dalam perjalanan ke sana suami menegur yang mungkin dagu saya yang sedikit terdedah tetapi tidak menurut saya....saya menerima teguranya tetapi masih menjawab yang menurut saya tidak salah dan lebih protes dalam hati.

Sesampai di Bir'Ali..kami berpecah Abah, Suami, Akmal dan Muhammad bersama-sama dan saling menjaga dan saya pula bersama emak. Kami mahu mengambil wuduk tetapi emak mahu membuang air kecil dahulu. Emak pesan tunggu sampai emak keluar.Lama saya menunggu dan menunggu tapi emak masih tidak keluar sedang jemaah Indonesia ( yang paling ramai berbanding jemaah lain)  bersilih ganti masuk...mana emak ni....namun saya masih bersabar.Terlalu lama menunggu...akhirnya saya mengalah dan mungkin saya terkhayal dan tidak perasan emak sudah keluar.

Apabila saya keluar, saya melihat dan mencari dan saya nampak ahli rombongan yang lain tetapi mereka seperti usai solat dan telah berehat lama.Tidak lama kemudian suami pun muncul dan memberitahu puas beliau mencari saya begitu juga dengan ahli yang lain. Saya segera solat.Usai solat saya menaiki bas dan kami meneruskan perjalanan.


Beberapa jam kemudian setelah tertidur akhirnya kami sampai di bumi Mekah yang suci. Sesampai di sana kami Check in Hotel. Apa nama hotelnya ye....saya terlupa namanya tapi hotel tersebut baru 3 bulan beroperasi  dan itulah hotel terhampir dengan kaabah pada masa akan datang berikutan Masjidil Haram yang dalam proses penambahbaikkan







 Dari bilik hotel inilah yang saya nampak....sebahagian masjidil haram yang sedang dinaik taraf dan bangunan di sana .Terfikir dihati...agaknya bagaimana mereka bina dan tinggal di bumi yang gersang ini.

Haaaa.... akhirnya saya tahu nama hotel tersebut dan ada bukti tentangnya.


24 Mac 2013

Seawal pagi kami di bawa ke Jabal Thur, Jabal Nur Arafah/Jabal Rahmah,Mudzalifah Mina.
Perjalanan yang cukup luas mata memandang dan melihat kawasan di mana tempat disediakan tempat untuk org bermina. Emak bercerita tentang pengalamannya  ntah yang ke berapa saya kurang pasti tentang cuaca yang amat sejuk di mina dan kasihan melihat jemaah lelaki yang kesejukkan maklumlah mereka hanya memakai ihram.








Ini pula pengalaman di Jabal Rahmah...




hahahah...ada pulak lelaki melayu terakhir di sini.



sempat pulak bergambar dan ada pula yang mahu bergambar dengan saya...Menurut mereka , mereka berasal dari turki walaupun tidak faham apa mereka perkatakan tapi itulah yang disebut oleh mereka dan akhirnya terdetik di hati best kalau dapat ke turki.....Turki i`m cominggggggg.....





Bila teringat gambar ni teringat pula biskut pisang yang sedap dan jus buah2an di sini yang memang asli . Tetapi di sana amat sukar menemui jus yang perasa semata-mata tetapi semuanya jus asli seperti mangga dan jambu, tetapi tidak pula dapat saya pastikan adakah bebar-benar jambu dan mangga tanah arab. Hanya tulisan pada botol sahaja tulisan arab.


Seterusnya kami di bawa ke Ja`ranah melakukan miqat Umrah 2.Sebuah masjid yang agak besar atau pun saya lupa yang mana satu. Nampak kering di luar tetapi ramainya umat di dalam .Saya tiada gambar di sini. Ralat pula rasanya


25 Mac 2013

Hari ini kami dibenarkan melakukan aktiviti sendiri.

...........(agak lama untuk saya menyambung semula catatan ini hingga saya lupa tarikh dan jadual perjalanan . Itulah akibat menanguh masa.)

Seingat saya tidak begitu lama masa yang diperuntukkan untuk merasai nikmat di Mekah.Masa yang hanya beberapa hari itulah datangnya nikmatnya tentang meghargai masa. Hari- hari di sana kami habiskan masa dengan beribadat. Bila menjelang subuh  dan sebenarnya masih lama lagi untuk subuh,emak akan kejut saya awal untuk pergi ke masjidil haram.Sering kali saya tidak pergi bersama emak kerana terlalu awal dan saya pergi bersama suami dan akmal. Oleh kerana abah kurang sihat abah tinggal di bilik bersama Muhammad.

Tapi di hujung-hujung hari saya pergi bersama emak kerana tersentuh dengan semangatnya yang kuat.Apabila emak rasa tidak terdaya pada masa-masa tertentu saya akan bergerak bersama Akmal dan Suami.

Apa yang pasti...tanah Mekah memang penuh keberkatannya...Why?..Sepanjang di sana saya selalu terfikir kasut saya tak pernah hilang dan takkan hilang sebab saya pernah berniat untuk tinggalkan selipar saya di sana... Tapi sepanjang di sana dua kali saya kehilangan selipar dan Allah memang memberi pengajaran untuk saya.Pertamanya , bila kami mahu membeli selipar di tepi  yang dijual peniaga berhampiran masjidil haram tiada satu pun yang sesuai di kaki saya...pelik..tapi itulah hakikatnya...dan tidak lama kemudian semua peniaga berkemas kerana ada polis yang melarang mereka berniaga....Akhirnya saya membuat keputusan untuk berkaki ayam dan berlapiskan stokin sahaja. Kali kedua perasaan hilang itu turut terfikir ioleh Akmal. Pada hari - hari terakhir kami di sana kami berjanji berjumpa semula di tempat biasa. Pada kebiasaannya emak tidak turut serta pada waktu zohor.Apabila usai solat kami pun bertemu di tempat yang dijanjikan...Biasanya kami akan lihat selipar kami ada atau tidak...Dalam pada kami berbual seketika dan melihat selipar masih selamat kami berbual seketika..dalam sekelip mata selipar saya dan Akmal hilang...Tapi itulah hakikat dan kuasa Allah...sekejap dan sesaat semua boleh berlaku..

Satu perkara yang saya teringin sangat untuk lihat di sana ialah hujan di tanah yang gersang itu. Allah Maha Mendengar. Di hari terakhir kami di sana Allah turunkan hujan dan mampu menguyupkan baju-baju jemaah lelaki kami yang membantu mengangkat barang. Alhamdulillah.

Kesimpulan yang mampu saya tafsirkan menurut saya yang rendah ilmunya ialah Bumi Mekah bukanlah bumi pembalasan seperti pendapat sesetengah orang tapi adalah tempat Allah menunaikan hajat setiap umatnya dan kini saya yakin setiap doa-doa saya akan dimakbulkan Allah dan Allah hanya akan beri mengikut masa yang sesuai mengikut kemampuan saya menerimanya.

Ya Allah semoga diri ini dan keluarga selalu mendapat undanganmu Ya Allah.Ameen.



sebahagian kenangan di sana....

kebebasan wanita yang masih terpelihara di sana...saya tidak nampak mana-mana wanita di sana memandu kereta dan berniaga kecuali wanita bertudung hitam dan berkulit hitam.










antara kuih-muih di sana yang cukup menyengat manisnya






perjalanan terakhir kami dan singgah di sini untuk berehat seketika sehingga menunggu masa kapal terbang berlepas.




































0 comments:

Post a Comment