twitter
rss

MEOW DAN LOBAK PUTIH


Lobak Putih tumbuhan yang sangat berguna. Mungkin ramai yang tidak mengemari rasanya maung  dan kurang variasi resipi yang boleh dibuat dengan lobak putih....


tapi..tahukah ianya sungguh berkhasiat bukan sahaja untuk kita tapi juga meow

Ini meow saya... putih namanya... dulu memanglah putih tapi sekarang semakin kekuning-kuningan gituuuuu....


pada yang tak kenal lobak putih...inilah dia....



Satu masa dahulu...semasa kecil dan remajanya putih kucing yang sangat comel dan manja....tapi sekarang...masih manja tapi jarang-jarang pulang ke rumah kerana musim mengawan yang tak habis-habis.

Pada suatu hari putih pulang ke rumah dalam keadaan najis yang berdarah. Biasanya kucing-kucing  akan saya kurung di malam hari di sangkar dan keluar pada siang harinya. Sebagai kakak yang bertanggungjawab dan berasa amatlah sedihnya saya pun menyediakan resipi khas iaitu ikan rebus bersama lobak putih....pergghhhh nampak begitu menyelerakan sekali putih menikmatinya. Resipi ini saya terfikrkan bila mak kata, kalau manusia diberi lobak putih...maka dengan bersungguh-sungguh dan penuh harapan saya berharap ianya serasi untuk si Putih

Resipi istimewa itu tadi saya kisar halus dan hidangkan.....licinnnnnn.....

satu perkara yang buat saya berasa bersalah ialah mungkin kerana saya menukar makanan atau pun biskut yang biasa dihidangkan kepada yang lain.....

hasilnya.... Putih sihat semula tanpa sempat kakak yang comel ni bawa berjumpa vet.




0 comments:

Post a comment