twitter
rss

Sekitar awal tahun 2015 saya membuka sebuah perniagaan berkonsepkan kosmetik seusai pulang dari mengerjakan umrah.Kedai tersebut dinamakan SYUHADAH KOSMETIK. Peringkat awal penubuhan agak sukar untuk saya menyesuaikan diri maklumlah pagi saya bekerja, pulang dari sekolah menguruskan mohd untuk mengaji dan 3.30 mengambil pulang dari mengaji…Sekitar 4.30 saya terconggok di kedai  bersama Mohd yang sudi menemani saban hari.

Minggu pertama hingga sebulan tu penuh dengan cabaran untuk saya, maklumlah suasana baru dan setting masa yang baru.Hampir saya mahu mengalah kerana terlalu penat saya rasakan. Jejak bulan ke 2 saya mula sesuaikan diridan melakukan rutin dengan gembira dan terbuka.

          Masuk bulan ketiga saya semakin selesa. Tetapi pada satu malam yang menduga hati, Allah gerakkan hati untuk membeli teh halia ais di kedai mamak yang sebaris dengan kedai saya tetapi jauh sedikit. Pada kebiasaannya saya tidak singgah di kedai mamak. Malam itu kenapa entah….tapi ketika saya order air yang saya tidak beli saya terpandang dua pasangan melayu yang putih dan agak menarik tapi pada perkiraan saya bukan bangsa Melayu.

Tiba-tiba saya terpandang sebuah kedai yang sedang berkemas yang pada hemat saya seperti guardian … yang peliknya kenapa kedai tersebut menjual barang-barang seperti kedai saya?....Malam itu saya pulang dengan resah sehingga lupa menghidupkan lampu kereta. Saya mengadu esoknya kepada Sarah sahabat saya yang saya pujuknya membuka spa di atas kedai saya. Menurut Sarah janganlah risau Guardian tue……Mendengar jawapannya gundah saya berkurang . Hal yang sama saya ceritakan pada suami…jawapan yang sama saya terima buat gundah saya semakin pudar.

Beberapa hari kemudian suami memberitahu bahawa kedai tersebut berkonsepkan kedai seperti saya menjual pelbagai produk Dherb, V`asia, Dnarz dan lain-lain lagi. Tersentap hati saya. Kedai tersebut ialah Sri Tanjung. Yang ownernya berbangsa Cina dan pekerjanya Melayu Acheh. Saya tidak hairan bersaing dengan kedai yang ownernya Melayu Acheh sebab masih lagi seagama dengan saya.Di sini saya lihat permainan strategi mereka.

Seminggu tidur saya mimpinya bertemakan kedai sahaja. Resahnya hati saya hanya Allah yang tahu.Satu hari saya terdengar ustaz di radio IKIM memberitahu…. Bila  Allah menarik zon selesa kita bermakna Allah mahukan kita berfikir lebih baik untuk dapat sesuatu yang lebih baik… Akhirnya sejuk resah hati saya ini


Dalam seminggu ini saya perlu bertindak pantas dan memikirkan idea lagi. Dalam saya gembira berniaga ada untung , balik modal dan gaji untuk saya sendiri tetapi perniagaan saya menghadapi risiko jika saya meneruskannya. Mampukah saya nanti ?Ramai yang mengatakan janganlah tutup kerana telah ada pelanggan yang setia tetapi saya perlu memastikan apa yang saya dapat cukup untuk membayar sewa dan lain-lain.Selamat tinggal untuk Syuhadah Kosmetik dan selamat datang perniagaan baru. Tentu ada rezeki untuk saya kerana saya orang yang berusaha. Allah dah janji ada rezeki bagi yang berusaha. Saya akan teruskan usaha semoga Allah melorongkan saya sesuatu yang lebih baik. Ameen.







Semua ini akan jadi kenangan dan cabaran untuk saya

0 comments:

Post a comment