twitter
rss


The Teacher and The Curriculum

    Ambivalent Feelings About Curriculum Work
    Finding Time and Resources For Curriculum Work
    Who Has The Authority to Make Curriculum Decisions
    When Is a Curriculum Change a Change for the Better
    Preparing for Curriculum Work

Guru dan kurikulum  seiring ke arah pendidikan pelajar. Seorang guru dan pengaruh kurikulum dan memberi kesan kepada pendidikan kanak-kanak dan juga pencapaian sesebuah Negara.Apakah tujuan pendidikan? Kurikulum merujuk kurikulum rasmi ia meliputi tujuan pendidikan, aktiviti yang dijalankan dan program pendidikan yang dilaksanakan.

Guru- guru yang tertakluk kepada system sekolah mereka biasanya gembira untuk melaksanakan kurikulum rasmi di sekolah dan mereka menerima apa yang ada dalam panduan rasmi kurikulum dan apabila mereka diberi peluang mereka bentuk kurikulum mereka sendiri mereka lebih seronok dan memikirkan cara yang lebih baik untuk mengajar subjek kegemaran mereka sendiri.

Apa yang paling sukar ialah praktikal dalam kurikulum kerana guru memerlukan masa yang lama untuk menyesuaikan diri dalam melaksanakannya. Misalnya  pelaksanaan PBS di Negara kita iaitu KSSR dan KSSM. Apabila ia dilaksanakan ia memerlukan masa untuk guru menyesuaikan diri dan faham system yang baru jadi ia melibatkan masa dan tenaga untuk menceburkan diri dalamnya.Tetapi ramai yang merungut kerana ramai guru yang mahu menumpukan lebih masa kepada urusan masing –masing dahulu seperti keluarga.Perjawatan guru memerlukan sesuatu yang lebih besar kerana guru memerlukan bekalan dan peralatan untuk melaksanakan pengajaran yang lebih baik. Misalnya computer dan akses internet.Suka atau pun tidak guru terpaksa menerimanya dan ia ada dalam system. Contohnya pada hari ini dalam system pendidikan kita keperluan computer dan akses internet adalah sesuatu yang biasa. Komputer  diperlukan untuk menjadikan  P & P lebih menarik, proses gabungjalin lebih baik, memasukkan markah peperiksaan awam ke dalam system seperti SAPS, memasukkan data murid ke sekolah menengah dan sebagainya malah untuk tujuan pengembangan kerjaya guru itu sendiri memerlukan computer dan akses internet.Sesetengah guru berjaya dalam pengembangan kerjaya melalui pelbagai cara misalnya melalui perundingan dengan rakan sekerja dari tempat lain.

Bekerja dalam satu pasukan memang digemari oleh para guru kerana melaluinya mereka boleh dibantu oleh rakan sejawat dania memberi motivasi untuk tugasan mereka. Apa pun memikirkan tentang sekolah, murid dan lain – lain hal tentang kurikulum merupakan sebahagian dari diri guru.. Sebagai guru ia takkan lekang dari ingatan. Guru juga boleh membangunkan diri dan kerjaya melalui projek inovasi, menulis geran untuk projek kurikulum dan sebagainya. Misalnya guru di Malaysia dikehendaki membuat penulisan melalui Kajian Tindakan.Ia bagus dan memperlihatkan banyak masalah dalam kurikulum yang boleh ditemui jalan penyelesaian melaluinya.Apa pun sebagai guru, kita perlulah mempunyai strategi untuk menjadikan kerjaya kita lebih baik dan berjaya bukan selamanya di takuk yang sama.

Situasi ini sebenarnya sama sahaja dengan kondisi Negara kita. Guru sering dipanggil mesyuarat untuk membincangankan isu-isu semasa tentang P & P, dipanggil untuk menghadiri latihan misalnya penandaan kertas, kejurulatihan, Kursus KSSR mengikut tahun dan sebagainya.Namum kerja – kerja dalam kurikulum ini boleh menjadi kekecewaan  sekiranya kurikulum yang dirancang belum lagi mantap dan guru perlu menghabiskan banyak masa untuk memikir dan meyelesaikan masalah tentangnya dan kurikulum itu perlu disemak apabila ia terlalu sukar untuk disampaikan atau terlalu mudah untuk diterima ini kerana kurikulum yang benar – benar ideal itu tidak wujud.Pentadbiran sekolah menjadikan kurikulum sebagai sesuatu yang tidak selesa untuk para guru. Apabila perubahan diperkenalkan guru menjadi tidak pasti samada untuk menentang atau menyokong perubahan tersebut. Keadaan ini sama dengan keadaan sekarang apabila KSSR diperkenalkan.Ramai guru sebenarnya masih tidak faham tentang idea KSSR itu sendiri malah mereka kurang diberi pendedahan tentangnya. Maka segolongan guru membentuk kesatuan kecil untuk menentang KSSR  atau meminta ia ditangguhkan. Kurikulum yang unggul memerlukan guru – guru untuk menyokongnya dan sifat kurikulum itu sendiri sebenarnya tidak statik maka gurulah yang patut sama – sama menjadikannya stabil dan bukan menentangnya.Bukankah tugas guru itu sebagai pelaksana.

Masalah paling serius  dalam melaksanakan tugas harian sebagai pelaksana kurikulum ialah “Siapa Yang Mempunyai Kuasa Dalam Membuat Keputusan?”.Guru sekadar melaksanakan kurikulum ideal yang telah dirancang.Guru akan megubah mengikut kesesuaian untuk meyampaikannya. Seperti situasi hari ini guru diberi kebebasan untuk menyampaikan mengikut cara sendiri dan mereka hanya diberi guidline  ini kerana individu yang menerima mempunyai latar yang berbeza seperti agama, jantina, latar belakang keluarga dan sebagainya begitu juga dengan guru yang mempunyai pengalaman yang berbeza – beza.Dalam banyak hal ketika menyampaikan kurikulum sebenarnya gurulah orang yang paling berkuasa dalam membuat keputusan. Mereka sering menyampaikan mengikut perkiraan sendiri.

Kurikulum yang ideal telah pun dibina  tetapi ada yang jelas tentangnya dan ada yang tidak jelas tentangnya. Apa sahaja yang dilakukan guru di sekolah di kira sebahagian kurikulum.Di Malaysia sistem perguruan itu sendiri telah dirancang. Bagaimana ia bermula?.Pengambilan guru bermula dan yang terpilih serta menepati kriteria akan diberi latihan yang cukup untuk menjadi seorang pendidik.Guru pelatih diberi asas bersesuaian dengan sistem kurikulum yang diamalkan. Misalnya beberpa tahun dulu guru-guru yang dilatih adalah mengikut sistem KBSR dan KBSM tetapi pelatih yang terkini menggunakan sistem KSSR dan KSSM.Guru hari ini dilihat dari segi pencapaian. Semua perkara mesti ada perubahan. Mudahnya ia seperti seorang bayi yang pada akhirnya bila masa berlalu ia akan menjadi dewasa.Misalnya dalam kokurikulum yang menjadi sebahagian nadi dalam kurikulum. Semakin hari ia menjadi semakin baik dan tujuannya juga menjadi baik. Dahulu tidak ada 1 Murid 1 Sukan (1M1S) tetapi kini ia dilaksanakan untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Apa masalahnya? Ia menyelesaikan masalah pelajar negara kita yang semakin obseti.Apabila ramai yang gemuk penyakit seperti diabetis dan hipertensi mudah menyerang dan ini menjadi satu kerugian kepada negara pada akhirnya.
Apabila berlaku perubahan semua orang patut terlibat dan ambil peranan  supaya mendapat sesuatu yang lebih baik. Apa yang perlu dibuat melaksanakan perubahan?Ia mestilah ada perancangan . Misalnya  2011 :bilangan murid tahu 1 ialah 25 orang dan jumlah ini cukup untuk sebuah kelas sahaja tetapi pada 2012 murid bertambah  sekali ganda lebih. Kelas baru sebagai tambahan perlu dirancang dan disediakan untuk menampung ketidakcukupan.

Sedar atau tidak masyarakat juga mempunyai hak ke atas kurikulum.Masyarakat terdiri daripada ibu bapa dan orang awam. Oleh itu mereka berhak tahu tentang kurikulum dan apa yang berlaku. Merekalah orang yang mengharapkan hasil daripada kurikulum dengan melihat melalui anak – anak mereka. Sebelum KSSR dan KSSM  diwujudkan sistem kita lebih tertutup.Hanya golongan tertentu sahaja yang benar-benar faham tentangnya selain guru misalnya jawatan- jawatan profesional. Tetapi kini pandangan telah berubah. Kurikulum baru yang terhasil melibatkan semua peringkat masyarakat dan mempertimbangkan apa yang mayarakat mahu sebab itu adanya dialog pendidikan untuk menampung keperluan ini.Apa pun guru sebenarnya selalu mengikut intuisi sendiri untuk tahu sesebuah kurikulum itu patut berubah atau tidak kerana mereka yang melaksanakan maka mereka rasa mereka lebih arif sama ada untuk mengekalkan atau sebaliknya.




0 comments:

Post a comment