twitter
rss

Agak lama tidak menulis di laman blog. Seingat saya sejurus menamatkan Post Graduate Mei 2014  tahun lalu.Rindu tetap bertamu bila mengenangkan tempat belajar..sedangkan tempat jatuh lagi di kenang...tapi rutin hidup yang betul2 sibuk betul-betul menyekat keinginan yang pelbagai.


Tahun 2014 dan 2015 menyaksikan saya hadir sekali lagi ke tanah suci. Panggilan yang saya tak duga. Benar kata emak , bila sampai masa menjadi jemputan Allah kita tidak dapat menolaknya. Ketika emak menyuarakan rasa hati untuk pergi sekali lagi saya hanya mendiamkan diri kerana baru sahaja pulang pada tahun 2013. Bukannya tidak mahu tetapi pada perkiraan saya saya perlu menyimpan semula.Akhirnya  saya mengalah bila mengenangkan emak dan dalam masa yang sama memujuk Oteh untuk pergi bersama. Akhirnya setelah beberapa kali berbincang pergilah kami berlapa. Siapa? emak, abah, saya , suami, Aqil, oteh, suami Oteh dan Fatihah.


Tarikh perjalanan kami memang dinanti dan doa tidak berhenti apabila tiba masanya segalanya menjadi mudah untuk kami sekeluarga.

Untuk tujuan itu saya membuat persiapan lebih awal berbanding yang lama cuma kali ini saya tidak mengambil cuti tanpa gaji seperti yang lama, tetapi saya nekad dan katakan pada diri rezeki saya Allah yang tentukan kerana tarikh kami bertolak ialah 25.12.2014 hingga 5 Januari 2015 dan pada tarikh itu bagi negeri Johor telah pun memulakan sesi persekolahan.

Perasaan kali ini agak berbeza kerana saya memang betul2 rindukan kaabag. Perjalanan kami bermula dari dari JB ke KLIA. Terima kasih untuk Abg Aie dan Nan yang menghantar kami. Kakak tidak menghantar kami kerana baru 2 bulan abang ipar saya NOR AZAHAR BIN AHMAD pergi menyahut panggilan Illahi. Kematian yang tidak sangka dan menjadi kesedihan yang mendalam untuk kami semua. Pemergian kami menjadi kesedihan untuk kakak juga namun apakan daya.. Semoga bermula detik 31 Oktober 2014 menjadikan kakak seorang yang kuat dan tabah mengharungi kehidupan. Kami hanya mampu mendoakan dari sana.

Di sana kami tiba di lapangan terbang dan seterusnya bertolak dengan bas ke Madinan. Kali ini kami pergi bersama rombongan Andalusia. Baguskah Travel Agensi ini? Tunggu sehingga cerita tamat.

Apa yang penting ialah perasaan saya ketika di Madinah. Rasa yang tidak pernah saya rasa sebelum ini dan apa yang pernah saya terfikirkan dulu dan Allah beri apa yang saya fikir.

Allah memang maha berkuasa...sebenarnya bila saya renungi kehidupan saya hari ini, Allah memang beri apa yang saya kehendaki dan ingini. Pada travelog pertama saya memang teringin untuk pergi pada musim sejuk dan Allah Maha mendengar. Sejukkkkkkknya ketika sampai di perhentian sebelum tiba ke Madinah.Bila cuaca sejuk begitu kasihan pulak abah yang telah agak uzur dan kurang sihat.

Usai berehat dan solat bagi jemaah lain kami meneruskan perjalanan menuju kota Nabi kota Madinah.Sesampai kami di sana kami ditempatkan di hotel di sana iaitu Hotel Mubarak Silver.

Di sana sebenarnya saya tersangatlah sedih tetapi sebenarnya Allah nak beri saya pahala yang lain barangkali.Di sana Sekali pun saya tidak bersolat di Masjid.Apabila saya tidak bersolat sayalah yang menguruskan Muhammad dan Fatiha serta abah.Agak malu juga setiap kali orang solat sayalah orang pertama tiba di dewan makan kerana saya perlu mengambilkan makanan untuk mak dan abah kerana faktor usia agar mrk lebih selesa kemudian barulah membawa kanak-kanak ribena makanan.Ha....nilah kanak2nya....




Pada hari terakhir di sana saya menangis bersungguh ....dipujuk Oteh dan emak pun tak mampu meredakan resah hati saya.AKhirnya saya mengadu pada suami dan menangis lagi bersungguh2 juga...Hebatnya doa orang disekeliling ditunaikan Allah. Sebelum bertolak saya mandi wajib dan sampai di Mekah saya tidak lagi uzur. Alhamdulillah.











Bercerita tentang pengalaman di Mekah.Penalaman dan tempat yang saya rindu sentiasa pada masa kini. Semoga Allah sentiasa menjemput saya menjadi tetamu di Tanah suci.

0 comments:

Post a comment