bila ada yang datang rumah, mereka akan kata..."banyaknya bunga" atau pun "boleh mintak benih yang tue..." mari kita lihat bunga-bunga emak...
...penat plak upload gambar nie....rehat dululah...Emak saya aktif orangnya...macam benda nak dibuatnya....pertandingan memasak?...haa ni pun buktinya.....
haaaa....ni satu lagi hobi mak....mari kita lihat betapa rajinnya mak....Inilah emak dan abah saya yang disayangi...
ini masa mereka menerima tokoh ibu bapa mithali dan mereka mewakili Kulaijyaya... kami pun adik beradi dan yang sekufu dengannya turut datang memeriahkan majlis... malammya..mereka diraikan oleh pihak Pejabat Agama Johor..
K E N A P A P E R L U
K U R U S
Manusia dilahirkan dengan saiz,
tinggi, dan bentuk badan yang berbeza. Sebab itu, tidak semua orang mempunyai
ketinggian, bentuk, dan berat badan yang sama. Berat badan sepatutnya
dikategorikan sebagai sederhana, iaitu tidak gemuk dan tidak pula kurus. Jika
anda hendakkan berat badan sebegini, anda perlu menjauhi makanan yang
mengandungi banyak lemak dan kalori. Tetapi, jangan berlapar sehingga badan
berubah menjadi kurus. Makanlah dengan cukup. Oleh itu, banyakkan makan makanan
berkhasiat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran kerana badan anda amat memerlukan
makanan tersebut.
Ramai
beranggapan kurus tak penting….yang
penting bahagia….betul
ker…………..tak
pandangan saya ianya kurang tepat kalau
kita lihat dan fikir dari banyak sudut.Di sisi pencipta kita semuanya sama
sahaja…..tapi
bila gemuk kita lebih mudah terdedah
kepada pelbagai penyakit
Sekiranya berat badan
berlebihan, pelbagai keadaan serta masalah boleh berlaku, antaranya ialah:
v Paras kolestrol darah
yang tinggi
v Sakit di bahagian bawah
belakang badan
v Sukar bernafas
v Gangguan pembuangan air
kecil
v Penyakit hati
Bahkan bukankah Nabi Muhammad SAW pernah bersabda
yang berbunyi:
Daripada Aisyah r.a., “Bala yang pertama sekali berlaku kepada umat ini
sesudah kepergian Nabi SAW ialah kekenyangan perut, sebab apabila sesuatu kaum kenyang
perutnya, GEMUK badannya, lalu akan lemahlah hatinya dan akan bermaharajalela
syahwatnya.”
(Hadis riwayat Bukhari )
Pernahkah anda mendengar
istilah BMI (Body Mass Index)? BMI atau Indeks Jisim Tubuh merupakan satu piawai pengukuran bagi
menentukan berat badan yang unggul.
Berat (Kg)
Tinggi (m) x Tinggi (m)
v Kurang dari
< 20 = Kurang berat badan
v 20 hingga 25
= Berat badan unggul
v 25 hingga 30
= Berlebihan berat badan
v Lebih dari
> 30 = Obesiti
Agak-agaknya
di manakah kedudukan kita? Setelah mendapat keputusan BMI, bolehlah kita menentukan sama ada kita tergolong dalam kategori gemuk atau terlalu
kurus
Julat sihat
(berat badan unggul) adalah antara 20 hingga 25. Pengiraan BMI
ini hanya diterima pakai bagi usia antara 18 hingga 64 tahun .
Berat badan anda berlebihan? Jangan risau, pasti ada penyelesaian jika anda benar-benar inginkan perubahan. Langkah seterusnya, setkan dalam otak sebab-sebab mengapa perlu kurus:
Berat badan anda berlebihan? Jangan risau, pasti ada penyelesaian jika anda benar-benar inginkan perubahan. Langkah seterusnya, setkan dalam otak sebab-sebab mengapa perlu kurus:
1.
Kesihatan yang baik :
Risiko untuk menghidapi penyakit kronik seperti sakit jantung, darah tinggi
atau kencing manis dapat dikurangkan jika badan kurus.
2.
Jimat duit makan : Jika
badan gemuk, makan pun pasti berselera besar.Shopping barangan dapur
pun tentu banyak (termasuk beras dan makanan rapu). Nak jimat kena la
kurus.
3.
Jimat duit petrol : Berat
badan berlebihan menyebabkan bebanan kepada kereta. Pasti terpaksa tekan
minyak lebih untuk menggerakkan kereta.
4.
Meningkatkan keyakinan diri :
Estim diri bertambah bila berada di sekeliling orang lain. Panggilan 'kakak'
atau 'makcik' dapat dilenyapkan. Di samping itu, mudah mencari pasangan
hidup.
5.
Membuktikan bahawa diri mampu berubah :
Ramai insan yang mencabar kita untuk kurus. Oleh itu, buktikan kepada mereka
bahawa kita semestinya boleh kurus dan cantik.
6.
Memberi kepuasan kepada diri sendiri : Satu
kepuasan jika dapat mencapai sasaran. Cabaran paling besar dalam hidup si gemuk
adalah di saat perpisahan dengan makanan kegemarannya.
7.
Senang mencari saiz baju : Dulu
kurus, baju saiz S atau M je. Tapi kini dah jadi saiz L atau XL. Sayang dah tak
boleh pakai baju saiz S atau M tu. Kalau dipakai juga, sebiji macam
sarung nangka.
8.
Memudahkan pergerakan :
Kalau naik pengangkutan awam (bas, komuter) yang padat, sukar untuk menyelit
masuk dengan tubuh badan yang besar. Terpaksa tunggu bas atau tren
seterusnya.
Perkara
pertama yang perlu dilakukan oleh orang yang nak kurus adalah berazam dalam
hati dan fikirkan bahawa hanya kita yang mampu mengubah diri kita. Lakukanlah
dengan perlahan tetapi konsisten. Ingatlah bahawa ''mencegah itu lebih baik
daripada mengubati''.
T
I P S K U R U S K A N B A D A N
D E N G A N S I H A T
1. Piramid makanan
Anda harus belajar untuk membuat susunan keperluan makanan anda dalam bentuk piramid. Pastikan urutannya bersesuaian seperti yang anda perlukan diikuti dengan panduan cara diet yang betul dan bagus untuk kesihatan. Dengan cara ini, ia akan memberitahu atau mengingatkan anda makanan yang boleh anda masukkan ke dalam menu pemakanan harian anda dan berapa jumlah yang perlu diambil setiap hari. Keperluan ini bergantung kepada setiap individu kerana ia berbeza mengikut keperluan tubuh badan masing-masing. Dengan ini, ia akan menunjukkan bagaimana anda boleh menjalankan diet yang seimbang dengan mengikut urutan daripada piramid pemakanan tersebut.Kita maklum agak sukar mematuhinya terutamanya pada musim perayaan.
2. Perhatikan warna
Semasa hendak memilih buah atau sayuran, pilihlah yang warnanya terang dan kelihatan segar. Elakkan buah atau sayur yang warnanya sudah pudar atau kelihatan lebam. Buah-buahan seperti anggur atau kranberri kaya dengan bahan kimia semulajadi yang membantu melindungi tubuh daripada penyakit seperti kanser dan masalah jantung. Manakala sayuran yang berdaun hijau, lobak merah, kentang dan bayam juga kaya dengan zat tertentu yang membantu mencegah penyakit.
3. Jangan lupakan serat
Pastikan anda mengambil serat dalam menu anda setiap hari. Caranya mudah, banyakkan makan buah dan sayuran serta pastikan anda minum air yang cukup (8 gelas sehari). Serat penting untuk membantu proses pencernaan anda sihat dan mampu bekerja dengan baik.
4. Bakteria baik juga penting
Bukan semua bakteria itu jahat dan boleh mendatangkan penyakit. Ada juga bakteria yang membantu tubuh untuk menjalankan tugas dengan lancar dan ia dianggap bakteria yang baik kerana memberi faedah untuk tubuh kita. Antara contoh makanan yang mengandungi bakteria baik adalah seperti yogurt yang bagus untuk dimasukkan ke dalam menu pemakanan/diet anda. Ini kerana ia mengandungi bakteria yang membantu menjaga saluran pencernaan agar dapat berfungsi dengan baik selain membantu menangani bakteria jahat yang masuk melalui makanan yang anda makan.
Anda harus belajar untuk membuat susunan keperluan makanan anda dalam bentuk piramid. Pastikan urutannya bersesuaian seperti yang anda perlukan diikuti dengan panduan cara diet yang betul dan bagus untuk kesihatan. Dengan cara ini, ia akan memberitahu atau mengingatkan anda makanan yang boleh anda masukkan ke dalam menu pemakanan harian anda dan berapa jumlah yang perlu diambil setiap hari. Keperluan ini bergantung kepada setiap individu kerana ia berbeza mengikut keperluan tubuh badan masing-masing. Dengan ini, ia akan menunjukkan bagaimana anda boleh menjalankan diet yang seimbang dengan mengikut urutan daripada piramid pemakanan tersebut.Kita maklum agak sukar mematuhinya terutamanya pada musim perayaan.
2. Perhatikan warna
Semasa hendak memilih buah atau sayuran, pilihlah yang warnanya terang dan kelihatan segar. Elakkan buah atau sayur yang warnanya sudah pudar atau kelihatan lebam. Buah-buahan seperti anggur atau kranberri kaya dengan bahan kimia semulajadi yang membantu melindungi tubuh daripada penyakit seperti kanser dan masalah jantung. Manakala sayuran yang berdaun hijau, lobak merah, kentang dan bayam juga kaya dengan zat tertentu yang membantu mencegah penyakit.
3. Jangan lupakan serat
Pastikan anda mengambil serat dalam menu anda setiap hari. Caranya mudah, banyakkan makan buah dan sayuran serta pastikan anda minum air yang cukup (8 gelas sehari). Serat penting untuk membantu proses pencernaan anda sihat dan mampu bekerja dengan baik.
4. Bakteria baik juga penting
Bukan semua bakteria itu jahat dan boleh mendatangkan penyakit. Ada juga bakteria yang membantu tubuh untuk menjalankan tugas dengan lancar dan ia dianggap bakteria yang baik kerana memberi faedah untuk tubuh kita. Antara contoh makanan yang mengandungi bakteria baik adalah seperti yogurt yang bagus untuk dimasukkan ke dalam menu pemakanan/diet anda. Ini kerana ia mengandungi bakteria yang membantu menjaga saluran pencernaan agar dapat berfungsi dengan baik selain membantu menangani bakteria jahat yang masuk melalui makanan yang anda makan.
5. Rahsia ikan laut
Walaupun sedang berdiet atau dalam proses menguruskan badan, bukan bermakna anda harus menghindari lemak sepenuhnya. Ini kerana tubuh juga memerlukan lemak untuk kesihatan. Yang penting, anda memilih lemak yang baik untuk keperluan tubuh. Anda boleh memperolehinya melalui ikan laut seperti salmon dan tuna. Lemak pada ikan ini (omega 3) membantu untuk kesihatan jantung. Malah, ia juga mengandungi sumber protein yang tinggi.
6. Khasiat kacang soya
Amalkan makan makanan berasaskan soya setiap hari kerana ia membantu menurunkan kadar kolesterol dan kaloridalam tubuh selain membantu melindungi anda daripada serangan sakit jantung. Makanan yang dihasilkan daripada kacang soya ada banyak seperti taufu, minuman, tepung dan banyak lagi.
7. Jangan lupakan air putih
Sentiasa pastikan anda minum air putih yang cukup setiap hari. Sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Air amat penting untuk menjaga keseimbangan cecair dalam tubuh kita. Tambahan pula keperluan minum untuk tubuh juga seiring dengan pertambahan usia.
8. Lakukan senaman
Selain faktor pemakanan seperti di atas, jangan lupa anda perlu lakukan senaman atau olahraga secara konsisten kerana ia juga membantu mengatasi berat tubuh daripada bertambah.
Walaupun sedang berdiet atau dalam proses menguruskan badan, bukan bermakna anda harus menghindari lemak sepenuhnya. Ini kerana tubuh juga memerlukan lemak untuk kesihatan. Yang penting, anda memilih lemak yang baik untuk keperluan tubuh. Anda boleh memperolehinya melalui ikan laut seperti salmon dan tuna. Lemak pada ikan ini (omega 3) membantu untuk kesihatan jantung. Malah, ia juga mengandungi sumber protein yang tinggi.
6. Khasiat kacang soya
Amalkan makan makanan berasaskan soya setiap hari kerana ia membantu menurunkan kadar kolesterol dan kaloridalam tubuh selain membantu melindungi anda daripada serangan sakit jantung. Makanan yang dihasilkan daripada kacang soya ada banyak seperti taufu, minuman, tepung dan banyak lagi.
7. Jangan lupakan air putih
Sentiasa pastikan anda minum air putih yang cukup setiap hari. Sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Air amat penting untuk menjaga keseimbangan cecair dalam tubuh kita. Tambahan pula keperluan minum untuk tubuh juga seiring dengan pertambahan usia.
8. Lakukan senaman
Selain faktor pemakanan seperti di atas, jangan lupa anda perlu lakukan senaman atau olahraga secara konsisten kerana ia juga membantu mengatasi berat tubuh daripada bertambah.
C
A R A U N T U K K U R
U S
Seperti yang kita tahu,
semakin ramai rakyat Malaysia yang telah mencapai tahap obesiti.Di Sini ada tips untuk menurunkan berat badan lalu
mencapai berat badanyang ideal.
Berdasarkan statistik
yang dihasilkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), seramai 29% penduduk dewasa
mempunyai berat badan yang lebih dan 14% mengalami obesiti di Malaysia pada
tahun 2006. Berikut merupakan beberapa cara yang boleh digunakan untuk menurunkan berat badan dengan cepat dan juga
sihat.
1.
Kunyah makanan lebih lama dari biasa. Ini akan membuatkan anda berasa
cepat kenyang lantas akan mengurangkan pengambilan makanan.
2.
Kurangkan pengambilan makanan yang tidak sihat sedikit demi sedikit.
Makan makanan yang kurang lemak. Kurangkan makanan yang mengandungi jumlah gula
yang tinggi seperti air bergas, kuih muih, dan makanan ringan.
3.
Jika anda terasa lapar, makan hanya sedikit sahaja nasi dan banyakkan
makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk menghilangkan rasa lapar.
4.
Jangan makan lewat malam. Jika anda tergolong dalam golongan ini,
kurangkan pengambilan sedikit demi sedikit dan makan selewat-lewatnya 3 jam
sebelum masuk tidur.
5.
Jika anda terbangun dari tidur pada waktu malam dan terasa lapar, minum
air kosong atau makan sebiji buah seperti epal atau pisang.
6.
Jangan terlepas atau sengaja melepaskan waktu makan anda dengan tujuan
untuk menurunkan berat badan. Anda hanya akan berjaya menurunkan metabolisme
badan sahaja dengan cara ini. Langkah terbaik adalah makan 5-7 hidangan
sederhana sehari.
7. Kawal nafsu makan anda
kerana ia akan membuatkan anda makan lebih dari yang sepatutnya. Inilah
sebabnya anda perlu makan 5-7 kali hidangan sehari demi untuk mengawal nafsu
makan anda.
8.
Jika anda masih gagal mengawal nafsu makan, anda boleh membeli 'protein
shakes' dan memakannya di antara hidangan dua kali sehari iaitu antara sarapan
dan makan tengahari serta antara makan tengahari dan makan malam.
9.
Anda boleh menggunakan pil diet untuk mempercepatkan lagi proses
menurunkan berat badan. Tetapi ia akan menjadi sia-sia jika anda tidak
mengamalkan cara pemakanan yang betul dan sihat.
10. Tingkatkan aktiviti
fizikal anda. Latih diri berjalan sekurang-kurangnya 400 meter sehari. Anda
tidak semestinya perlu pergi ke gym atau berjogging di padang permainan.
Objektif utama adalah untuk membakar lebih banyak kalori. Lakukan aktiviti
seperti park kereta anda lebih jauh dari destinasi yang hendak dituju dan pilih
untuk menggunakan tangga daripada menggunakan lif.
11. Buat senaman 'sit up'
dan 'push up' setiap kali bangun tidur pada waktu pagi dan pada waktu
petang selepas balik kerja. Lakukan sebanyak 20 kali setiap set. Tambah
jumlah 'sit up' dan 'push up' dari hari ke hari sehingga mampu untuk membuat
100 kali setiap set. Dengan cara ini, anda bukan sahaja boleh menurunkan berat
badan dengan cepat, malah berpotensi untuk mendapat abs yang cantik berketul-ketul.
P AN D U A N M E N U R U K A N B E R A T
B A D A N
1.Berpuasa
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, "Berpuasalah nescaya anda akan sihat". Dengan berpuasa seseorang itu dapat mengurangkan pengambilan makanan dan minuman dengan syarat semasa berbuka seseorang itu tidak makan terlalu banyak semasa berbuka dan pada waktu malam. Memadailah makan sekadar yang perlu sahaja. Semasa berbuka, berbukalah secara orang "miskin"..air masak atau air mineral dan buah kurma, selepas itu pergi solat dan baca Al-Quran. Selepas itu baru makan berat. Makan berat itupun cukup makan nasi, sayur dan SEJENIS protin SAHAJA seperti akan, telur, ayam atau daging, tidak perlu makan kueh kerana kueh mengandungi banyak gula, santan, margerin, susu dan pewarna yang boleh menggalakkan kegemukan. Sebenarnya puasa adalah jalan yang baik untuk penjagaan kesihatan. Dengan berpuasa seseorang itu dapat merehatkan sistem penghadamannya dan melancarkan perjalanan angin dalam badan.
2.Penjagaan makanan
Cara makanan yang baik adalah cara makanan "orang miskin" iaitu makan makanan biasa seperti nasim sayur, dan sejenis protin sahaja setiap kali makan utama dan makan besar hanya sekali sekala sahaja. Begitulah cara orang miskin makan. Mereka hanya makan besar sekali sekali seperti ketika ada jemputan kenduri. Sebab itulah ramai orang miskin kurus. Bagi menjaga pemakana yang baik, kawalan nafsu makan adalah sangat perlu. Badan kita adalah apa yang kita makan. Kueh-mueh Tidak patut makan dengan banyak. Seperti yang ditulis diatas kueh banyak mengandungi bahan-bahan yang boleh menggalakkan kegemukan. Jika hendak bersnek, ambillah buah seperti jambu, sengkuang, betik dan sebagainya.
3.Elakkan makanan ringan/ makanan segera
Penjajahan barat bukan setakat mengongkong politi dan ekonomi kita agar serasi dengan mereka bahkan turut melibatkan budaya kita termasuklah apa yang kita makan. Mereka menjadikan negara dunia kita sebagai tempat lambakan barangan mereka. salah satu produk mereka adalah makanan ringan dan makanan segera. Makanan dan minuman jenis ini mengandungi bahan-bahan yang sudah diproses yang sudah hilang keasliannya, pewarna dan perasa tiruan, kandungan gula dan lemak yang tinggi yang boleh mengganggu sistem penghadaman den pembesaran badan yang kemudiannya menggalakkan kegemukan.
4.Bersenam
Bersenam perlu diamalkan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dengan sekurang-kurangnya 20 minit satu sesi. Bersenam dapat melancarkan perjalanan darah. Apabila perjalanan darah lancar, organ-organ badan dapat menerima oksigen dengan mencukupi dan dapat menjalankan berfunginya dengan baik. Salah satu sebab masalah kegemukan berlaku apabila organ-organ yang terlibat dengan kerja-kerja memproses makanan dalam badan tidak dapat befungsi dengan baik akibat kekurangan bekalan oksigen.
5.Kawal nafsu makan
Makanan yang dihidangkan bukan untuk dimakan semuanya. Kita hanya perlu makan yang diperlukan oleh badan kita sahaja untuk melakukan kerja harian kita. Seseorang itu mungkin berkata, "Saya makan apa sahaja. Badan saya tidak gemuk." kata-kata itu mungkin betul untuk masa iu. Akan tetapi perubahan mungkin berlaku apabila ia menjangkau usia 40-an dan hal itu sudah banyak kita lihat dalam realiti kehidupan dalam mana seseorang yang "slim" ketika usia belasan dan 20-an tahun tetapi menjadi gemuk setelah usia 40-an. Oleh itu, khasnya untuk generasi muda, kawal nafsu makan hari ini untuk keselesaan hari esok.
My first project....laptop sleeve....ciko sleeve.....ini gambar ciko....ini kenangan terakhir untuk ciko...selebihnya tersemat dalam hati...hampir sebelas tahun kami bersama....ciko kucing yang sangat setia....semalam makan udang n teringat kat ciko...sedih rasanya......udang memang kegemaran ciko.....
1.0
Pengenalan
Perkembangan
teori kurikulum tidak dapat dipisahkan daripada sejarah perkembangannya.
Perkembangan kurikulum telah bermula sekitar 1890 dengan tulisan Charles dan
McMurry, tetapi definisinya dimulakan oleh Franklin Bobbitt pada tahun 1918. John
Franklin Bobbitt dianggap sebagai ahli kurikulum pertama dan perintis
perkembangan kurikulum. Bobbitt juga turut menggunakan pendekatan ilmiah dalam
mengenal pasti hubungan antara kecekapan pekerjaan dan kehidupan manusia
sebagai dasar pengembangan kurikulum. Menurut Bobbitt, inti pati teori
kurikulum itu amat sederhana iaitu berkisar tentang kehidupan manusia.
Kehidupan manusia meskipun berbeza-beza pada dasarnya tetapi mempunyai
persamaan dari segi pekerjaan. Pendidikan yang sempurna berupaya menyediakan
manusia kepada kebolehan yang lebih sempurna. Kebolehan-kebolehan ini harus
dikuasai agar dapat memenuhi keperluan semasa yang sentiasa menuntut penguasaan
pengetahuan, keterampilan,sikap, kebiasaan dan apresiasi tertentu. Hal-hal ini
merupakan tujuan utama dalam kurikulum. Semua tujuan berserta
pengalaman-pengalaman inilah menjadi bahan kajian teori kurikulum.
Kurikulum merupakan alat untuk mencapai pendidikan
melalui proses pengajaran. Salah satu peranan kurikulum adalah menjalankan
aktiviti dan kegiatan yang kreatif dan konstruktif iaitu mencipta dan menyusun
sesuatu yang baru yang dapat diguna pakai sejajar dengan keperluan pada masa
ini dan akan datang. Oleh itu, tidaklah menghairankan jika kurikulum sentiasa dirombak
dan disusun semula demi perkembangan ilmu pengetahuan. Kegiatan pengembangan
kurikulum merangkumi penyusunan kurikulum itu sendiri, pelaksanaan di
sekolah-sekolah serta penilaian . Memahami sejarah
perkembangan kurikulum pada hakikatnya akan menyedarkan kita bahawa perubahan
kurikulum khususnya dalam suatu sistem pendidikan yang sudah mapan dan baik
merupakan suatu hal yang dianggap biasa dan selalu terjadi. Perubahan tetap
berlaku, baik dalam waktu tertentu dan teratur mahupun apabila sahaja perubahan
tersebut dianggap perlu. Perubahan biasanya berlaku apabila kurikulum dianggap
tidak seiring dengan keperluan kehidupan dan masyarakat, perkembangan ilmu
pengetahuan dan teknologi, serta perkembangan-perkembangan lainnya yang mungkin
terjadi setiap saat.
Menjelaskan pengertian kurikulum mungkin merupakan pekerjaan yang paling sukar.
Hal ini disebabkan pengertian kurikulum yang terdapat sekarang ini berbeza
antara satu dengan lain menurut pandangan para ahli dalam bidang masing-masing.
Untuk memahami sifat dan tingkat perbezaan tersebut, alangkah baiknya mengkaji
terlebih dahulu berbagai pengertian kurikulum yang dikemukakan oleh ahlinya
masing-masing. Kurikulum
merupakan suatu pembinaan semula berterusan yang memaparkan pengalaman belajar
anak didik melalui suatu susunan pengetahuan yang terancang dengan baik yang
biasanya disebut kurikulum.
1.1 Definisi Kurikulum
Secara etimologis, kurikulum berasal dari perkataan
Bahasa Latin ”curir” yang membawa maksud pelari, dan ”curere”
yang membawa maksud ”tempat berlari”. Dengan kata lain, ia membawa pengertian
suatu jarak yang harus ditempuh oleh seseorang pelari bermula daripada garisan
permulaan hinggalah ke garisan penamat. Istilah kurikulum pada awalnya berasal
dari dunia olahraga pada zaman Romawi Kuno di Yunani, dan kemudian diterima pakai
ke dalam dunia pendidikan. Pengertian tersebut kemudian digunakan dalam dunia
pendidikan, dengan membawa maksud cakupan dan aturan tentang sejumlah mata
pelajaran yang harus dipelajari oleh seseorang pelajar dalam menempuh alam
pendidikan sebagaimana yang telah ditetapkan oleh sistem pendidikan.
John Franklin Bobbitt menerusi bukunya The Curriculum, yang diterbitkan pada tahun
1918, menyatakan bahawa
‘curriculum,
as an idea, has its roots in the Latin word for race-course, explaining the
curriculum as the course of deeds and experiences through which children become
the adults they should be, for success in adult society. Furthermore, the
curriculum encompasses the entire scope of formative deed and experience
occurring in and out of school, and not experiences occurring in school;
experiences that are unplanned and undirected, and experiences intentionally
directed for the purposeful formation of adult members of society’. (www.wikipedia.com).
Kurikulum
merupakan keseluruhan kegiatan dan pengalaman yang diperoleh di dalam dan di
luar sekolah. Ia merupakan pengalaman yang disusun secara sistematik untuk
mencapai tujuan ke arah pembentukan perubahan tingkah laku dan persediaan ke alam dewasa. Secara
terminologis, istilah kurikulum yang digunakan dalam dunia pendidikan
mengandungi pengertian sebagai sejumlah pengetahuan atau mata pelajaran yang
harus ditempuh untuk mencapai satu tujuan pendidikan atau kompetensi yang telah
ditetapkan. Franklin Bobbitt (1918) , ‘Bapa Kurikulum’ melihat kurikulum dari dua
perspektif iaitu:
i.
Pengalaman yang terarah atau tidak yang mana memberi
fokus kepada perkembangan individu secara menyeluruh.
ii.
Pengalaman yang disediakan oleh pihak sekolah secara
sedar terhadap murid.
Menurut Zais, (1976:10) menyatakan
bahawa kurikulum adalah dokumen bertulis yang berisikan pelbagai komponen
sebagai dasar bagi guru untuk mengembangkan kurikulum guru. McDonald pula berpendapat
bahawa kurikulum adalah "statement
of objectives" sementara ada pula yang menyatakan bahawa kurikulum
adalah perancangan bagi guru untuk
mengembangkan proses pembelajaran (Saylor, Alexander,dan Lewis, 1981).
Memahami sejarah
perkembangan kurikulum sejak awal lagi membolehkan kita menerokai masa-masa
aliran yang mempengaruhi perubahan kurikulum. Perubahan kurikulum
khususnya di negara-negara yang sudah maju sering dipengaruhi oleh kewujudan dari kekuatan masyarakat, dan
perubahan itu biasanya menawarkan suatu pandangan yang lebih luas atau biasanya
disebut inovasi dan pembaharuan. Sejarah perkembangan kurikulum secara
kronologi telah mengalami enam peringkat yang masing-masing
mempunyai ciri istimewa iaitu academic scientism, progressive functionalism,
developmental conformism, scholarly structuralism,romantic radicalism, dan
privatistic conservatism. John Dewey (1902) pula menyatakan bahawa istilah
kurikulum dan pelajar merupakan dua hal yang berbeza tetapi kedua-duanya adalah
saling berkaitan dalam bidang pendidikan. Kurikulum merupakan suatu
rekonstruksi berlanjutan yang memaparkan pengalaman belajar pelajar melalui
suatu susunan pengetahuan yang terancang secara dengan baik dan sistematik.
2.0
Latar Belakang Tokoh
John
Franklin Bobbitt dilahirkan di Inggeris, Indiana pada 16 Februari 1876. Beliau
merupakan anak kepada pasangan James dan Martha Bobbitt. Merupakan seorang yang
amat percaya bahawa kerja keras, sentiasa berpegang teguh kepada disiplin diri,
meningkatkan dan menimba sebanyak mungkin ilmu, berpengetahuan dan kepatuhan
agama yang tinggi merupakan perkara penting dalam kehidupan ini. Sebagai
seorang pemikir ulung, beliau mengkhusus kepada bidang kurikulum. Selain
bertugas sebagai seorang profesor pentadbiran pendidikan di Universiti Chicago,
Franklin Bobbitt juga merupakan seorang penulis. Beliau juga memainkan peranan penting dalam tempoh
tiga dekad pertama abad ke-20 dalam membangunkan kurikulum sebagai satu bidang
pengkhususan dalam disiplin pendidikan. Bobbit melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di
Universiti Indiana sebelum menimba berpengalaman mengajar di Philippine Normal
School di Manila dari tahun 1903 hingga 1907. Selepas menerima doktor falsafah
di Universiti Clark pada tahun 1909, beliau menyertai fakulti University of
Chicago sehinggalah beliau bersara pada tahun 1941.
Bobbitt dilihat sebagai bapa kurikulum kerana
beliau merupakan profesor kurikulum pertama di Amerika Syarikat (Smiley,1902;
Winfield,2004). Kedua-dua datuknya dan bapanya bekerja sebagai seorang guru dan
menteri dan dicta agama mereka mempengaruhi hasil kerja Bobbitt. Oleh itu,
beliau amat menekankan kepentingan disiplin, kepercayaan agama dan keperluan
sosial dari sudut kurikulum (Smiley,1992). Bobbitt melihat kurikulum sebagai
satu cara untuk persediaan pelajar mengetahui peranan mereka dalam masyarakat
perindustrian yang sedang berkembang ketika itu. Beliau juga percaya, melalui
kurikulum, mata pelajaran konvensional perlu diganti dengan mengajar mata
pelajaran yang lebih sesuai dengan keperluan sosial. Hasil kerja Bobbitt
mempunyai pengaruh yang besar dalam pembangunan kurikulum di mana beliau memberi penekanan yang khusus
kepada keperluan sosial semasa berbanding pengajaran semata-mata.
Menurut
Bobbitt, kurikulum boleh dihuraikan sebagai alat untuk menyediakan pelajar ke
alam dewasa bagi membolehkan pelajar memainkan peranan penting dalam masyarakat
perindustrian. Bobbitt juga percaya pengisian kurikulum perlu mengandungi matlamat tingkah laku yang dapat
membantu untuk menjadi pelajar bagaimana untuk mendapatkan kehidupan yang baik.
Selain itu, Bobbitt juga percaya bahar prosedur untuk perancangan kurikulum
harus dilihat sebagai analisis kerja yang boleh memberi manfaat untuk
menentukan aktiviti tertentu yang berguna untuk peranan sosial mereka seperti
ahli keluarga, pekerja dan kewarganegaraan.
Pada
tahun 1918, Bobbitt menghasilkan sebuah buku bertajuk ‘The Curriculum’. Buku
tulisan Bobbitt ini merupakan sebuah buku pertama yang memberi tumpuan khusus
kepada teori pembentukan kurikulum. Buku ini diiktiraf oleh ramai sarjana
sebagai sebuah buku yang mempunyai kurikulum berstruktur. Walaupun begitu,
Bobbitt sedar bahawa buku ini tidak mencukupi untuk membangunkan sebuah
kurikulum yang baru. Beliau melihat bahawa terdapat keperluan untuk mengetahui
lebih lanjut lagi bagaimana sesuatu kurikulum yang baik perlu dibangunkan.
Pembinaan kurikulum ini hanya terhasil melalui pengalaman yang luas dalam
bidang ini. Kaji selidik beliau yang paling terkenal ialah kajian berkaitan
penilaian pada tahun 1914 di San Antonio Public Schools dan kajian mengenai
kurikulum di Los Angeles City Schools.
Melalui
bukunya, Bobbitt menyatakan bahawa, melalui pengalamannya, beliau melihat
kurikulum dari sudut keperluan sosial dan bukannya kajian akademik semata-mata.
Ketika awal pendudukan Amerika, beliau telah dihantar ke Filipina sebagai ahli
jawatankuasa merangka kurikulum sekolah rendah untuk kepulauan Filipina.
Jawatankuasa ini diberi kebebasan untuk memberi pandangan dan syor bagi
memenuhi keperluan penduduk setempat. Jawatankuasa ini juga diberi kuasa untuk
mengekalkan kurikulum asal dengan membuat pindaan serta membangunkan semula
kurikulum sedia ada bagi tujuan penambahbaikan. Apabila melihat idea mereka
tidak relevan dengan realiti masyarakat setempat, Bobbit dan jawatankuasanya beralih
kepada kerangka lain iaitu untuk membantu meningkatkan mutu kesihatan dan mata
pencarian. Bobbitt percaya bahawa terdapat penyelesaian yang lebih baik untuk
membentuk kurikulum berbanding hanya berbekalkan kepercayaan tradisional.
Pada
peringkat awal, Bobbitt dan ahli-ahli jawatan kuasanya hanya bertemu dan
mengumpulkan buku-buku teks Amerika untuk dibaca. Antaranya buku-buku seperti
aritmetik, geografi, sejarah Amerika Syarikat, dan mata pelajaran lain yang
biasa diajar di Amerika. Tanpa disedari, perjumpaan tersebut telah bertukar
menjadi kursus asas pengajian gred lapan.
Bobbitt
merumuskan lima langkah dalam pembinaan kurikulum iaitu:
a. Analisis
pengalaman manusia
b. Analisis
kerja
c. Mendapatkan
objektif
d. Memilih
objektif
e. Perancangan
secara terperinci
Langkah pertama ialah mengasingkan
pelbagai jenis pengalaman manusia kepada beberapa bidang utama. Kemudian,
diikuti langkah kedua iaitu menganalis kepada bidang yang lebih khusus.
Seterusnya, langkah ketiga iaitu membentuk objektif pelajaran berdasarkan kebolehan
untuk melaksanakan aktiviti. Langkah keempat ialah memilih objektif untuk merancang aktiviti pengajaran. Langkah
terakhir ialah menyusun atur aktiviti, pengalaman dan peluang untuk mencapai
objektif yang telah dirancang. Melalui bukunya ‘Curriculum of Modern
Education’, selepas tiga dekad dalam bidang kurikulum, Bobbitt akhirnya berjaya
mengubah pandangan tentang kurikulum sekitar 1940-an. Bobbitt menyedari bahawa
di dalam silibus yang diajar, terlalu banyak mata pelajaran seperti
kewarganegaraan, kesihatan, bahasa dan sebagainya yang tidak mempunyai matlamat
jelas. Ini merupakan sebab mengapa kurikulum dengan beberapa mata pelajaran
tertentu yang dipelajari tidak mencukupi sebagai hasil sosialisasi biasa, maka
mata pelajaran tersebut dianggap lemah.
3.0
Sumbangan dalam perkembangan teori
kurikulum
John Franklin Bobbitt merupakan
seorang sarjana yang sangat dikenali menerusi dua buah buku tulisannya iaitu
‘The Curriculum’ yang diterbitkan pada tahun 1918 dan ‘How To Make Curriculum’
yang diterbitkan pada tahun 1924. Melalui tulisannya, Bobbitt telah
mengembangkan suatu teori pembangunan kurikulum yang diilhamkan daripada
prinsip-prinsip pengurusan saintifik .
Di
dalam bukunya ‘The Curriculum’, Bobbitt menyatakan bahawa teori kurikulum adalah
sesuatu yang mudah. Kehidupan manusia walaupun sentiasa berubah-ubah, tetap
melaksanakan aktiviti-aktiviti yang tertentu. Pendidikan merupakan keperluan
seumur hidup di mana manusia perlu mengetahui dan mencari maklumat lengkap
mengenainya. Maklumat ini merangkumi kebolehan, sikap, tabiat dan pengetahuan
yang perlu ada bagi menjadi objektif dalam pembentukan dan pembinaan kurikulum.
John Franklin Bobbitt menyatakan bahawa kurikulum adalah kejuruteraan arena
sosial yang beranggapan bahawa dalam budaya dan definisi sosial, penggubalan
kurikulum mempunyai dua ciri ketara ialah:
(i)
pakar-pakar ilmiah yang terbaik akan memenuhi syarat
untuk layak dan wajar dalam merancang bentuk kurikulum berdasarkan pengetahuan akan
menghasilkan kualiti dalam kurikulum yang dibina
(ii)
kurikulum ditakrifkan sebagai perbuatan dan pengalaman
pelajar yang sepatutnya ada untuk menjadi dewasa
Bobbitt
dan Ralph W. Tyler berkongsi pandangan tentang hubungan teori kurikulum
berdasarkan empat soalan asas iaitu :
a.
Apakah tujuan pendidikan yang hendak
dicapai oleh pihak sekolah?
b.
Apakah pengalaman pendidikan yang boleh
disediakan oleh pihak sekolah untuk mencapai tujuan pendidikan?
c.
Bagaimanakah pengalaman pendidikan ini
boleh dilaksanakan?
d.
Bagaimanakah cara untuk mengetahui
tujuan pendidikan ini tercapai?
Terdapat beberapa langkah dalam
menghasilkan pemikiran yang produktif
seperti yang dinyatakan di bawah ini iaitu:
Langkah
1 : Diagnosis of need
Langkah
2 : Formulation of objectives
Langkah
3 : Selection of content
Langkah
4 : Organization of content
Langkah
5 : Selection of learning
experiences
Langkah
6 : Organization of learning
experiences
Langkah
7 : Determination of what to
evaluate and of the ways and means
of doing it
Sesuatu yang menarik tentang teori
kurikulum dan praktis ini adalah ia lebih sistematik ke arah pembentukan
objektif tingkah laku serta memberikan tanggapan yang jelas tentang dapatan
bagi membolehkan kandungan dan metod yang diperoleh diguna tadbir sebaik
mungkin serta keputusannya dapat dinilai. Legasi Bobbitt dapat dibahagikan
kepada empat bidang. Bidang pertama ialah beliau merupakan salah seorang
pendidik warga Amerika yang pertama mengenal pasti objektif sebagai titik
permulaan untuk pembentukan kurikulum. Bersama-sama pengarang The National
Education Association’s Cardinal
Principles of Secondary Education, Bobbitt turut memberi pandangan tentang
kandungan kurikulum yang tidak jelas dalam kurikulum tradisional tetapi diperoleh
daripada objektif yang mempunyai peranan dan fungsi dalam menyediakan seseorang
ke alam dewasa dan kewarganegaraan. Pendidikan bukan semata-mata untuk diri
sendiri tetapi ia lebih kepada penyediaan ke alam kehidupan alam dewasa. Bidang
kedua ialah pendekatan saintifik untuk membentuk kurikulum sebagai suatu cara
atau kaedah bagi para pendidik dalam membentuk dan membangunkan kurikulum.
Bidang
ketiga ialah Bobbitt bersama-sama pembentuk kurikulum yang
berorientasikan kecekapan berpendapat bahawa kurikulum patut dibezakan dalam
daripada pelbagai program yang lain di mana para pelajar diberi pendidikan sama
ada vokasional atau teknikal sejajar dengan kebolehan dan minat mereka.
Seterusnya, hasil kerja mereka ini dapat digunakan selaras dengan kehendak
kurikulum vokasional. Bidang keempat ialah Bobbitt merupakan salah seorang
warga pendidik Amerika yang memberi takrifan kurikulum sebagai alat kawalan
sosial atau peraturan yang dibentuk untuk menangani masalah-masalah masyarakat
moden. Beliau melihat tugas-tugas di sekolah adalah seperti memupuk kemahiran
dalam kalangan belia, memberi pengetahuan dan kepercayaan bahawa khidmat dan
fungsi mereka dalam masyarakat serta pembangunan industri sangat diperlukan.
4.0
Idea dan pandangan dalam kurikulum dan
pengajaran
Sebagai seorang yang dikenali sebagai
‘Bapa Kurikulum’, tidak dapat dinafikan peranan Bobbitt dalam pembentukan
kurikulum sangat penting. Bobbitt menyatakan, dalam prosedur bagi perancangan
kurikulum, segala aktiviti yang dilakukan oleh orang dewasa dalam memenuhi
pelbagai pekerjaan, kewarganegaraan dan kekeluargaan serta peranan sosial yang
dimainkan menjadi objektif kurikulum.
Bobbitt juga menyatakan bahawa kurikulum itu sendiri terdiri daripada
pengalaman yang dibina oleh pendidik itu sendiri dan bersifat umum serta
mewakili pengetahuan bahawa kanak-kanak perlu bersedia untuk menunaikan
tanggungjawab mereka sebagai warganegara sebagaimana orang dewasa yang lain.
Dengan kata lain, kanak-kanak diajar dan dididik bahawa dengan pengetahuan dan
pendidikan, kanak-kanak mempunyai peranan tertentu yang lebih khusus dalam
menyumbang kemahiran dalam masyarakat.
Bobbitt juga percaya bahawa sekolah-sekolah perlu
menyediakan kandungan kurikulum yang sesuai berdasarkan kebolehan intelektual
kanak-kanak agar apa yang dihajatkan atau diimpikan menjadi kenyataan. Dengan
kata lain, sekolah atau institusi pendidikan berperanan menyediakan kanak-kanak untuk masa
hadapan. Bobbitt turut mentakrifkan kurikulum sebagai sesuatu yang ideal yang
merupakan perbuatan dan pengalaman yang dapat membentuk seseorang untuk menjadi
apa yang mereka inginkan. Walau bagaimanapun, pandangan Bobbitt tentang
ciri-ciri kurikulum ini ditolak oleh pandangan kontemporari. Bobbitt tetap
dengan pendiriannya yang menyatakan bahawa penyertaan individu dalam kumpulan
dapat membentuk individu untuk masa hadapan. Walaupun berlaku pertentangan idea
tetapi para penyelidik kurikulum secara amnya bersetuju dengan pandangan
Bobbitt ini.
5.0
Teori Kurikulum
Ramai orang masih menyamakan
kurikulum dengan sukatan pelajaran. Sukatan pelajaran, pada asasnya bererti
penyataan yang ringkas lagi padat tentang kandungan dan mata pelajaran. Teori
kurikulum adalah berkaitan dengan kehidupan manusia. Walau bagaimanapun, ia
diubah dan disusun semula serta disesuaikan dengan keperluan masyarakat dan
pendidikan setempat. Dengan kata lain, kurikulum merupakan suatu kajian yang
sistematik. Dalam pembangunan dan pembentukan kurikulum, ia tidak dapat lari
dari kelemahan dan kritikan, dan setiap kelemahan serta kritikan akan membantu
membentuk kurikulum yang lebih baik dari sebelumnya. Kurikulum juga tidak
bersifat statik, ia sentiasa berubah dari semasa ke semasa.
Teori
kurikulum merupakan satu set atau sistem penyataan yang menjelaskan serangkaian
hal dan bersifat menyatupadukan serta dilengkapi kaedah-kaedah yang tertentu
untuk mencapai matlamatnya. Teori kurikulum lahir dari suatu proses yang
menerangkan suatu kejadian yang bersifat universal. Teori kurikulum juga
merupakan suatu perangkat penyataan yang memberikan makna terhadap kurikulum
sekolah di mana adanya penegasan hubungan antara unsur-unsur kurikulum seperti
perkembangan, penggunaan serta penilaian kurikulum.
4 komponen utama dalam pembentukan
dan pengembangan teori kurikulum iaitu :
i.
Tujuan (aims, goals and objectives)
ii.
Isi/bahan (content)
iii.
Aktiviti pembelajaran (learning
activities)
iv.
Penilaian (evaluation)
Fungsi teori adalah untuk
mendeskripsi, menjelaskan serta meramalkan. Teori dapat digunakan sebagai alat
untuk menerangkan sesuatu dengan tepat di mana ia melibatkan definisi dan
istilah yang tepat. Dalam proses pengumpulan data, banyak bahan dan teori yang
akan digunakan. Semakin banyak teori yang digunakan, maka semakin banyaklah
teori-teori baru yang dilahirkan dan dihasilkan. Selain itu, teori juga
mempunyai fungsi untuk meramalkan di mana dapatan yang diperoleh amat berguna
untuk masa hadapan. Penjelasan dan
ramalan yang diperoleh memerlukan penjelasan. Penjelasan berfungsi untuk
mengukuhkan sesuatu dapatan atau hasil yang diperolehi. Oleh itu, dapatlah
dibuat kesimpulan bahawa teori kurikulum merupakan satu set definisi yang
saling berkait dan berhubung rapat antara satu sama lain dari segi konsep,
andaian dan konstruk yang digunakan untuk menggambar, meramal dan menjelaskan
sesuatu. Ia juga digunakan sebagai dasar untuk membentuk kurikulum.
Melalui teori kurikulum, Franklin
Bobbitt mendesak rakan-rakannya agar sentiasa menggunakan teknologi baru
sebagai panduan untuk fungsi pendidikan. Prinsip pengurusan dan aplikasi teori
dapat membantu pendidik agar lebih cekap dalam pengurusan bidang masing-masing.
Bobbitt dan Charters sering mengaitkan idea analisis aktiviti dalam membentuk
kurikulum. Idea-idea yang dihasilkan menghubungkan objektif mata pelajaran
dengan aktiviti di mana ia penting untuk menyediakan pelajar ke alam pekerjaan.
Sebagai seorang ahli teori yang
penting dalam pembinaan kurikulum sekolah di Amerika Syarikat, Bobbitt banyak menekankan
betapa pentingnya menjaga dan memelihara identiti budaya sesuatu kaum dan
agama. Beliau mengambil ideologi eugenik dan disiplin mental adalah asas teori
yang utama. Karya terawal beliau berdasarkan pandangan esentialist.
Bagaimanapun, Bobbitt mendakwa kurikulum harus berpaksikan kenyataan khusus.
Beliau juga dengan tegas mencadangkan agar anak-anak harus meneruskan
pendidikan mereka sehingga mereka berusia 18 hingga 20 tahun. Bobbitt juga
menyokong pengurusan kurikulum saintifik dan berasaskan kecekapan. Oleh itu,
teori fungsionalis adalah asas kepada kajian yang dilakukan. Dalam kajian yang
dijalankan, Bobbitt menekankan kepada perkembangan pembentukan tingkah laku
kanak-kanak.
Selain itu, Bobbitt juga memberi
tumpuan kepada keperluan pendidikan am dan pembangunan intelek. Dalam
karya-karyanya yang kemudian, Bobbitt menganjurkan satu siri ujian yang
didorong oleh kurikulum dan pengajaran yang berasaskan kompetensi. Null (1999)
menyatakan empat komponen asas yang dianjurkan oleh Bobbitt iaitu :
a. penekanan
terhadap kepentingan pendidikan umum
b. ketidakupayaan
untuk kehidupan masa depan menentukan peranan pelajar
c. keperluan
untuk membangunkan intelek pelajar
d. penghormatan
kepada kebanyakan pengarang yang menghasilkan karya-karya agung
Karya-karya
dan hasil kerja Bobbitt banyak membawa pembangunan dan perubahan dalam bidang
kurikulum dalam abad ke-20. Beliau merupakan salah seorang ahli teori yang
pertama membuat kurikulum dengan memberi penekanan kepada mengenal pasti
objektif. Beliau juga menyatakan bahawa aktiviti-aktiviti dan persediaan
merupakan elemen yang amat penting dalam pembentukan kurikulum.
Aktiviti-aktiviti dirancang harus berdasarkan kebolehan dan keupayaan seseorang
pelajar. Bobbitt juga melihat amat penting dalam menentukan prinsip pengurusan
saintifik. Bobbitt berusaha keras bagi
memastikan bidang kurikulum diterima dalam pembangunan dan pembentukan
kurikulum. Bersama-sama dengan penyelidik lain seperti W. W. Charters, Ross L. Finney,
Charles C. Peters dan David Snedden, pada sekitar awal abad ke-20, teori
kecekapan Bobbit memberi perubahan dan sinar dalam pendidikan. Sekolah-sekolah
telah menjadi institusi utama dalam kehidupan di Amerika. Objektif pendidikan
memainkan peranan yang sangat penting untuk menyediakan pelajar ke alam dewasa
dan pekerjaan kelak. Pelbagai aktiviti dilakukan bagi memenuhi tujuan sosial
ini.
Pembelajaran adalah suatu proses
yang dirancang dan dibimbing. Kita perlu menyatakan terlebih dahulu apa yang kita
cari untuk mencapai sesuatu objektif pembelajaran dan pengajaran dan bagaimana cara
untuk kita mencapainya. Pembelajaran merujuk kepada bagaimana teori dan
amalan kurikulum dilaksanakan di sekolah dan berhubung dengan idea-idea
persekolahan lain seperti subjek diajar dan pengajaran. Bobbitt
menyatakan terdapat empat cara mendekati teori dan amalan kurikulum iaitu
melalui:
1.
Kurikulum sebagai sebuah badan pengetahuan untuk memindahkan maklumat
2. Kurikulum sebagai satu usaha
untuk mencapai tujuan tertentu
3 . Kurikulum sebagai satu proses
4.
Kurikulum sebagai satu praktis
5.1
Kurikulum sebagai alat untuk memindahkan maklumat
Ramai yang
keliru untuk membezakan kurikulum dan sukatan pelajaran. Sukatan pelajaran
secara amnya bermaksud penyataan yang ringkas lagi padat yang mengandungi
kandungan tentang mata pelajaran diajar. Sukatan pelajaran secara amnya tidak
menunjukkan kepentingan relatif topik dengan apa yang dikaji. Oleh itu, satu
pendekatan antara teori dan amalan kurikulum yang memberi tumpuan kepada
sukatan pelajaran yang hanya benar-benar mengandungi kandungan perlu diujudkan.
Dalam erti kata lain, pendidikan adalah satu proses yang diturunkan atau
‘diserahkan’ kepada pelajar dengan kaedah yang paling berkesan. (Blenkin et al
1992: 23). Pandangan tentang kurikulum ini telah diterima pakai oleh semua
golongan pendidik dan para guru. Pendidikan yang disertai dengan objektif
pembelajaran, kerangka yang sesuai dan penilaian pada akhirnya dilihat sebagai
sebagai satu set lengkap membentuk kurikulum. Bobbitt dalam bukunya menegaskan
bahawa teori kurikulum dan kehidupan manusia merupakan dua perkara yang saling
berhubung kait. Pendidikan merupakan proses seumur hidup dan berpanjangan.
Teori kurikulum juga menekankan tentang aktiviti (guru dan murid) supaya
murid-murid akan mencapai tahap serta objektif tertentu dalam pendidikan.
5.2
Kurikulum sebagai satu proses untuk mencapai tujuan
tertentu
Kurikulum
pada asasnya adalah satu set dokumen untuk dilaksanakan. Salah satu cara
melihat teori kurikulum dan amalan adalah melalui proses. Pengertian ini bukan
menrupakan suatu perkara yang dilihat secara fizikal sahaja, tetapi sebaliknya
melalui interaksi para guru, pelajar dan ilmu pengetahuan. Dalam erti kata
lain, kurikulum adalah apa sebenarnya berlaku di dalam bilik darjah dan apa
yang mereka lakukan untuk menyediakan dan menilai. Ia adalah suatu proses yang
aktif dan hubungan dengan bentuk praktikal. Apabila guru masuk ke dalam bilik
darjah, beliau perlu berfikir secara kritis dalam setiap tindakan yang diambil
dan memahami peranan mereka di samping prinsip-prinsip dan ciri-ciri penting
dalam pendidikan. Teori dan praktis
secara amnya adalah sebagai satu cara untuk membantu berfikir tentang peranan
mereka sebelum, semasa dan selepas sesuatu proses pengajaran itu berlaku.
Melalui kurikulum juga, ia sebagai asas untuk merancang sesuatu, mengetahui apa
yang perlu dipelajari, prinsip-prinsip untuk membangunkan strategi pengajaran, prinsip-prinsip untuk membuat
keputusan menurut urutan serta mengkaji kekuatan dan kelemahan seseorang
pelajar.
5.3
Kurikulum sebagai satu proses
Kurikulum
merupakan satu bentuk spesifikasi tentang amalan pengajaran. Ia merupakan satu
cara untuk menterjemahkan apa-apa idea pendidikan kepada andaian yang boleh
diuji yang membolehkan sesuatu dapatan dikaji dan dianalisis. Para guru,
pelajar dan ibu bapa dapat melihat dan menilai hasil ujian untuk melakukan
penambahbaikan kepada kandungan mata pelajaran dan kurikulum sekolah. Apabila
seseorang pelajar dapat menunjukkan kemahiran tertentu, mereka disifatkan
sebagai telah menyempurnakan proses. Dengan kata lain, produk yang dihasilkan
telah menjadi.
5.4 Kurikulum
sebagai praktis
Untuk melaksanakan tugas
profesionalnya dengan baik, para guru harus memiliki empat standard kompetensi
guru, iaitu kompetensi pedagogi, kompetensi keperibadian, kompetensi sosial, dan
kompetensi profesional. Rancangan Pembelajaran diharapkan dapat menjadi panduan
para guru tentang pelbagai aspek yang berkaitan dengan kurikulum dan
pembelajaran. Dalam sistem pendidikan nasional, kita mengenal tiga komponen
utama, iaitu pelajar, guru dan kurikulum. Dalam proses belajar mengajar, ketiga-tiga
komponen tersebut mempunyai hubungan yang tidak dapat dipisahkan antara satu
dengan yang lain. Tanpa pelajar, guru tidak akan dapat melaksanakan proses
pembelajaran. Tanpa guru, para pelajar juga tidak akan dapat belajar secara
optima. Tanpa kurikulum, guru pun tidak akan mempunyai bahan ajar yang akan
diajarkan kepada pelajarnya. Pengembangan kurikulum adalah proses penyusunan
kurikulum oleh para pembina kurikulum (curriculum developer) dan kegiatan tersebut
wajar dilakukan agar kurikulum yang dihasilkan dapat menjadi bahan pengajaran dan sebagai reka bentuk yang digunakan untuk mencapai tujuan pendidikan nasional.
6.0 Karya-karya John Franklin Bobbit
Sebagai
seorang ‘Bapa Kurikulum’, tulisan-tulisan dan karya Bobbitt sering diangkat dan
diiktiraf dalam dunia pendidikan. Antara karya Bobbit yang terkenal ialah:
1. The
Curriculum .1918. Houghton Miffin Company, Boston, New York.
2. How
to make a curriculum. 1924. Houghton Miffin Company, Boston, New York.
3. Curriculum
making in Los Angeles. 1922. University of Chicago Press, Chicago.
4. The
San Antonio Public School System: A survey conducted by
J.F.Bobbittjanuary,1915.
5. The
curriculum of modern education. 1941. Mcgraw Hill Book Company.inc,New York.
6. The
Growth of Philippine Children (1909)
7. Curriculum
Principles (1922)
8.
Sir John
Franklin's journals and correspondence: the first Arctic land expedition,
1819-1822, Volume 1:Publications of the Champlain Society.1995.
University of Michigan.
7.0
Kesimpulan
Kurikulum adalah
rancangan untuk pembelajaran. Semua rancangan mengandungi visi yang
mentakrifkan nilai sosial dan struktur yang diterjemahkan ke dalam pengalaman.
Perkembangan kurikulum ialah proses yang dinilai, diterjemah dan disusun ke
dalam pengalaman pembelajaran. Perkembangan kurikulum sebagai satu proses merupakan putaran asas yang mengandungi beberapa
peringkat iaitu menganalisis, mereka bentuk, melaksanakan dan menilai.
Proses ini digunakan di semua peringkat dalam pembentukan konsep dan
menyepadukan semua usaha untuk meningkatkan kualiti program persekolahan. Kurikulum
ialah segala pengalaman pembelajaran yang dirancang dan diarahkan oleh sebuah
sekolah untuk mencapai matlamat pendidikan. Di bawah kurikulum akademik,
terdapat pelbagai jenis kurikulum, seperti kurikulum integrasi, teras dan
aktiviti atau pengalaman yang dapat digabungkan untuk membentuk kurikulum
formal. Pembentukan dan perubahan dalam kurikulum dipengaruhi oleh
polisi-polisi kerajaan, matlamat dan keutamaan program, keperluan negara dan
masyarakat, keperluan individu serta keperluan menyeluruh.
Usaha
berterusan perlu dilakukan bagi memastikan kurikulum yang dirancang dapat
dilaksanakan sejajar dengan keperluan dan kehendak semasa. Memetik kata-kata
tentang John Franklin Bobbitt dalam wikipedia,
... he said in regards to students, “They should only learn those skills
which were necessary to fulfill their personal tasks” and he believed “girls
had a very different future than boys, so they did not need the same sort of
education.” He said, “Educate the individual according to his
capabilities”. This requires that the material of the curriculum be
sufficient various to meet the needs of every class of individuals in the
community and that the course of training and study be sufficiently flexible
that the individual can be given just the things that he needs. I think of this
as NOT being individualized/differentiated instruction in the way we mayhthink
of it but, as it says in his quote, teach just what someone needs…no more. To
me that means do not further the capacity of their minds, bringing about a
Prussian ideal of teaching just what that person will need to know- not what
they want to know- to ensure they are not intelligent enough to cause a ruckus
or be “too educated”. (www.wikipedia.com).
Rujukan
Subscribe to:
Posts (Atom)