(Ethnography)
Pendahuluan
Etnografi merupakan sejenis kajian lapangan yang berbentuk
pemerhatian yang sering digunakan
dalam kajian sosiologi dan antropologi dan dirujuk sebagai penyelidikan
saintifik semula jadi (field research). Menurut Creswell (2005), etnografi merupakan bentuk kajian yang
praktikal untuk mengkaji sesuatu kumpulan seperti pendidikan, kepercayaan,
tingkahlaku dan bahasa. Merupakan bentuk kajian kualitatif yang digunakan
untuk menerangkan, menganalisa dan meinterpretasi bentuk“culture-sharing”
sesuatu kumpulan seperti tingkah laku, kepercayaan. Menurut Sabitha Marican
(2005), etnografi juga dianggap sebagai satu kajian yang paling asas dalam penyelidikan sosial. Kajian
etnografi merupakan kajian yang mengfokuskan pada penggambaran yang terperinci
dan tepat dan bukan berunsur perkaitan .
Mengenali dan memahami masyarakat adalah suatu tugasan yang
sukar.Ianya memberikan perspektif yang
berbeza-beza.Etnografi adalah usaha yang dijalankan oleh manusia dengan
komitmen yang pelbagai kerana setiap orang mempunyai latar belakang, biografi ,
dan identiti yang berbeza.Asal istilah etnografi bermula dari istilah
antropologi.Tahap pertama perkembangannya
ialah sebelum tahun 1800-an.Kata etnografi berasal dari bahasa Yunani
iaitu bererti sebuah deskripsi mengenai orang-orang atau tentang penulisan
budaya.Menurut Ember & Ember (1990) entnografi adalah satu penelitian
antroplogi budaya.Oleh itu ia adalah pengembaraan suatu budaya atau cara hidup
dalam sesuatu komuniti.Ia menjelaskan sesuatu budaya atau mana-mana aspek
budaya.Ringkasnya etnografi ialah usaha untuk memahami budaya melalui rangkaian
pengamatan dan interprestasi manusia, yang berinteraksi dengan manusia yang
lain.Frey et al (1992) berpendapat etnografi digunakan untuk meneliti perilaku
manusia dalam lingkungan spesifik semulajadi. Penelitian etnografi kadang memerlukan masa panjang, dan interaksi temu muka dengan masyarakat di suatu daerah dengan menggunakan sejumlah
kaedah pengumpulan data.
Pada awal abad ke -20 seorang penyelidik mungkin
menghabiskan rata-rata 2 hingga 3 tahun untuk memperoleh gambaran tentang masyarakat
dan budayanya. Salah satu
contoh kajian ethnografi yang dijalankan olehTaylor(1983)
ialah kajian etnografi yang terperinci selama 3tahun ke atas 6 buah
keluarga, setiap satu keluarga mempunyai seorang kanak-kanak berumur antara 6
hingga7 tahun. Kanak-kanak ini dianggap oleh ibu bapa merekasebagai sudah
boleh belajar membaca dan menulis. Setiapkeluarga juga mempunyai seorang atau
dua orang lagikanak-kanak, dan mereka berumur antara 6 bulan hingga17
tahun. Walaupun semua keluarga ini adalah darikalangan orang kulit putih dan
kelas pertengahan dantinggal di Bandar-bandar, salah satu dapatan
menarikkajian Taylor ini adalah
tabiat-tabiat literasi yang berbeza-beza dari satu individu ke satu
individu yang lain, dankepelbagaian dalam sejarah literasi para ibu
bapa. (MurielSaville- T,1991)
Etnografi, Kebudayaan dan Masyarakat
Secara umum etnografi disebut sebagai ‘menuliskan tentang kelompok masyarakat’. Secara khusus hal tersebut juga bermakna menuliskan tentang kebudayaan sebuah kelompok masyarakat. Disebutkan bahawa seluruh manusia, dan juga beberapa binatang (seperti orangutan dan gorila) menciptakan, mentransmisikan, membahagi, merubah, menolak, dan menciptakan kembali budaya di dalam sebuah kelompok. Semua peneliti etnografi dimulai, dan diakhiri penelitiannya dengan berfokus pada pola-pola ini, dan sifat-sifat yang ‘dipersamakan’ atau ‘disepakati’ bersama, membentuk sebuah kebudayaan masyarakat. Dokumen yang dihasilkan dari fokus tersebut disebut dengan etnografi.
Secara umum etnografi disebut sebagai ‘menuliskan tentang kelompok masyarakat’. Secara khusus hal tersebut juga bermakna menuliskan tentang kebudayaan sebuah kelompok masyarakat. Disebutkan bahawa seluruh manusia, dan juga beberapa binatang (seperti orangutan dan gorila) menciptakan, mentransmisikan, membahagi, merubah, menolak, dan menciptakan kembali budaya di dalam sebuah kelompok. Semua peneliti etnografi dimulai, dan diakhiri penelitiannya dengan berfokus pada pola-pola ini, dan sifat-sifat yang ‘dipersamakan’ atau ‘disepakati’ bersama, membentuk sebuah kebudayaan masyarakat. Dokumen yang dihasilkan dari fokus tersebut disebut dengan etnografi.
Kebudayaan
bukan sebuah sifat individual. Meskipun demikian seorang individu boleh disebut
sebagai menciptakan pola-pola budaya dengan menemukannya dan
mengkomunikasikannya dengan yang lainnya. Bentuk atau unsur budaya ada hanya
ketika hal tersebut dibahagi dengan
orang lain di dalam kelompok. Kebudayaan terdiri dari pola-pola perilaku dan
kepercayaan kelompok yang berlangsung secara terus menerus. Kerana, sebuah
kelompok (bahkan kelompok kecil sekali pun) harus mengambil kira perilaku atau kepercayaan dan
mempraktikkannya secara terus menerus jika hal tersebut akan didefinisikan
sebagai sifat budaya daripada sebagai peribadi atau individual.
Tujuan Kajian Etnografi
Tujuan Kajian Etnografi adalah untuk
memahami isu yang dikaji dari kaca mata kumpulan atau budaya tersebut,kajian
etnografi berusaha untuk menambah pengetahuan mengenai sesuatu budaya atau
mengenalpasti corak interaksi sosial dan membangunkan satu penafsiran yang
menyeluruh terhadap sesuatu masyarakat atau institusi sosial.
Tujuan penelitian etnografi untuk menggambarkan
budaya atau subkultur dengan seperinci mungkin, termasuk bahasa, adat istiadat,
nilai-nilai, upacara keagamaan dan
undang-undang.Maknanya ia mempunyai tujuan mencari dan menggambarkan budaya
sesuatu masyarakat atau organisasi tertentu.Fokus penyelidikan adalah pola-pola
yang tercermin dalam sikap tidak dan prikelakuan masyarakat atau organisasi
yang diteliti.ada pun yang dicari dalam kajian ini beerti bukan hal yang Nampak
melainkan yang terkandung dalam hal yang nampak tersebut.
Umumnya jenis kajian ini
mensyaratkan seorang peneliti yang berpengalaman, harus dapat membenammkan
dirinya dalam budaya mayarakat yang diteliti.Maknanya dia harus bersosialisasi dirinya sendiri ke dalam
budaya tersebut dan cuba menjelaskannya.Menjadi sebahagian budaya yang baharu
tersebut dan kadangkala ia menjadi masalah apabila hendak kembali kepada
budayanya sendiri.
Etnografi berfokus pada
pertanyaan:”Apakah budaya sekelompik orang”.Gagasan budaya merupakan inti
etnografi.Ciri penting dalam penelitian etnografi adalah setiap kelompok
manusia manusia secara bersama-sama untuk jangka waktu tertentu dan
memperkembangkan budaya.Menurut Earl babbie, 1998:282 , etnografi menghuraikan
budaya tertentu secara holistik. Selain data secara holistik ciri-ciri lainnya ialah
ü Bersifat ilmiah(pengkaji harus memahami gejala
empiric dalam kehidupan seharian
ü Pengkaji adalah instrumen yang penting dalam
pengkajian data
ü Bersifat keterangan iaitu mencatat dengan teliti
fenomena budaya yang dilihat, dibaca.
ü Digunakan untuk memahami bentuk-bentuk kes tertentu
ü Analisisi bersifat induktif
ü Pengkaji harus bersikap seperti masyarakat yang
dikajinya.
ü Data dan informasi
mesti diperolehi dari orang yang asal
ü Kebenaran informasi mesti diperiksa dengan data yang
lain(maklumat diperiksa dan dipadankan dengan data bertulis)
ü Subjek
penelitian disebut peserta (buku juga disebut peserta)
ü Pengkaji harus menaruh perhatian pada masalah
penting yang diteliti dari orang yang diteliti dan bukan etnik
ü Menggunakan data kualitatif dan kuantitatif tetapi lebih
banyak menggunakan kualitatif
Ringkasnya
tujuan etnografi boleh dikecilkan skopnya dan dilihat dalam 4 perspektif iaitu:
·
Etnografi akademik
·Lazimnya dilakukan oleh
golongan akademik (utk menambah pengetahuan / celik akal dlm kalangan pelajar /
rakan sejawat )
·Lebih berfokus kpd pembinaan
asas pengetahuan berkaitan dgn sst budaya / teori
·Cth: penyelidikan etnografi
dalam konsep “darah” dalam kinship Orang Asli.
·
·
Etnografi aplikasi
·Bertujuan utk membuat
perubahan sosial yg dpt mempengaruhi polisi institusi ( hospital, sekolah dan
agensi kerajaan)
·
·
Etnografi
tradisional / klasik
·Penyelidik akan tinggal
bersama dan menghuraikan pelbagai kumpulan sosial.
·Data yang dikumpul ialah data
tekstual, cth : jurnal refleksi atau nota lapangan.
·Lebih menjurus kepada
akademik
·
·
Etnografi analitik
·Melibatkan kerja lapangan
yang meluas dan pelbagai jenis (pemerhatian turut serta, temubual informal dan
formal, pengumpulan dokumen, membuat rakaman dan sebagainya)
·
Jenis Etnografi
Secara umumnya skop penyelidikan etnografi
terbahagi kepada dua iaitu:
Makroetnografi
|
Mikroetnografi
|
·
Suatu
penyelidikan yang cuba menjelaskan keseluruhan cara hidup sesebuah
kumpulan/komuniti
|
·
Memberi
fokus (dipilih kerana mewakili elemen penting dalam kehidupan kumpulan
tersebut) kepada keadaan tertentu pada tempat dalam situasi kumpulan atau
institusi yang lebih besar
·
Lebih
memberi fokus secara terus terhadap interaksi bersemuka peserta dalam
kumpulan atau institusi yang diselidik.
|
Seorang ahli antropologi Amerika, R.Naroll menyusun
suatu senarai prinsip yang digunakan oleh para antropologi untuk menentukan
batas-batas dari masyarakat, senarai itu mengandungi:
1. Kesatuan masyarakat yang dilingkungi satu desa
atau lebih
2. Kesatuan masyarakat yang terdiri dari penduduk
yang menuturkan satu bahasa atau satu loghat bahasa.
3. Kesatuan masyarakat yang dibatasi
oleh garis batas suatu daerah politikal dan pentadbiran
4. Kesatuan masyarakat
yang batasnya ditentukan oleh
rasa identiti penduduknya sendiri
5. Kesatuan masyarakat yang ditentukan oleh suatu
kawasan geografi
6. Kesatuan dalam masyarakat ditentukan oleh
kesatuan ekologi(hubungan antara makhluk dan sekitarnya)
7. Kesatuan masyarakat dengan penduduk yang
mengalami satu pengalaman yang sama.
8. Kesatuan masyarakat dengan susuanan sosial yang
seragam
9. Kesatuan masyarakat dengan penduduk yang
frekuensi interaksinya adalah sama tahapnya.
Bagaimanapun sesetangah pihak mengkelaskan jenis penyelidikan etnografi kepada kelas-kelas berikut:
Jenis
etnografi
|
Keterangan
|
Etnografi
realis
|
Etnografi
yang objektifnya ditulis secara saintifik
|
Etnografi
pengakuan
|
Laporan
pengalaman kerja lapangan ahli etnografi
|
Etnografi
sejarah hidup
|
Kajian
terhadap seorang individu yang berada dalam konteks budayanya
|
Etnografi
auto
|
Satu
refleksi kendiri daripada penelitian oleh seorang individu yang berada dalam
konteks budayanya
|
Etnografi
mikro
|
Kajian
yang berfokus kepada satu aspek tertentu bagi satu kumpulan budaya
|
Etnografi
kajian kes
|
Analisis
satu kes perorangan,peristiwa, aktiviti atau proses.
|
Etnografi
kritikal
|
Kajian
terhadap perempuan dan amalan budaya yang menarik kuasa dan menekan mereka.
|
Etnografi
pasca moden
|
Etnografi
yang ditulis untuk mencabar masalah-masalah dalam masyarakat kita
|
Etnografi
novel
|
Penulisan
fiksyen yang berfokus kepasa aspek kebudayaan sesuatu kumpulan.
|
Etnografi
feminis
|
Satu
penyelidikan terhadap wanita dan amalan budaya yang menghalang kuasa dan
mendominasi mereka
|
Ciri – ciri penyelidikan
Etnografi
Etnografi
mempunyai ciri-ciri yang tertentu iaitu:-
- Budaya yg memandu tingkah laku manusia
dalam kumpulan kecil diselidik
dalam konteks persekitaran harian
- Penyelidik menyertai sesebuah kumpulan untuk
jangka masa yang lama supaya boleh hidup dua kehidupan secara serentak;
insider (dlm kumpulan) outsider ( pemerhati dalam kump )
- Pemerhatian dan temubual informal menjadi
sumber maklumat utama walaupun
sumber lain boleh digunakan.
- Pengumpulan data dilaksanakan secara tidak
begitu berstruktur supaya data dapat dikumpul secara “dengar-dengar” penyelidik dapat memperoleh sebanyak
mungkin maklumat berhubungan kehidupan seharian kumpulan
- Data yang banyak dengan huraian yang kaya
serta mendalam tentang kumpulan yang diselidik dianalisis untuk
mengekstrak makna dan fungsi tingkah laku kumpulan dan dilaporkan dalam bentuk
huraian dan penjelasan verbal.
Sifat
Etnografi
Emzir
(2008) , mengatakan prosedur penelitian etnografi bersifat kitaran.Ia
merangkumi enam langkah iaitu:
i.
Pemilihan suatu projek etnografi.
ii.
Mengajukan soalan
etnografi. Terdapat tiga jenis soalan etnografi, iaitu soalan deskriptif,
struktur, dan kontras.
iii.
Pengumpulan data
etnografi. Dengan cara pemerhatian peserta, kita akan mengumpulkan data
dari aktiviti mengamati aktiviti orang, ciri-ciri fizikal, dan situasi
sosial. Setelah data diperolehi, mungkin untuk menyempitkan penelitian
dengan memerhati semula.
iv.
Pembuatan suatu rakaman
etnografi. Pada tahap ini hal yang dapat dilakukan adalah pengambilan catatan
lapangan, pengambilan foto, pembuatan peta, dan penggunaan cara-cara lain untuk
merakam observasi.
v.
Analisis data etnografi. Terdapat
tiga jenis analisis yang akan di gambarkan secara umum dalam makalah ini
iaitu:-
a.
analisis domain (mendapatkan
gambaran umum dan menyeluruh dari objek penelitian)
b.
taksonomi (menjadikan domain-domain yang dipilih menjadi lebih
mudah)
c.
tema budaya (mencari hubungan di
antara domain dan hubungan dengan keseluruhan yang selanjutnya dinyatakan
dalam tema-tema sesuai dengan fokus dan
subfokus penelitian.
vi.
Penulisan sebuah
etnografi. Ertinya setelah tahap penelitian diselesaikan maka tugas
selanjutnya adalah menuliskan hasil penelitiannya tersebut. Ada enam
langkah yang disyorkan harus diikuti ketika mulai menuliskan sebuah etnografi:
a.
memilih khalayak
b.
memilih hipotesis
c.
membuat senarai topik dan garis
besar
d.
menulis naskah kasar
e.
menyemak semula garis besar dan
anak tajuk
f.
mengedit naskah kasar
Penentuan Sampel
Ada lima jenis
penentuan sampel dalam etnografi iaitu :-
- pilihan sederhana –
hanya menggunakan satu kriteria sahaja seperti umur atau wilayah subjek
- pilihan menyeluruh – pilihan berdasarkan kes,
tahap, dan unsur yang relevan
- pilihan kuota –
apabila penduduk besar untuk itu populasinya dijadikan bebberapa kumpulan
sepeeti pekerjaan dan jantina.
- Pilihan menggunakan
rangkaian – maklumat dari salah satu warga pemilik budaya
- Pilihan dengan
perbandingan antara kes – membandingkan kes – kes yang ada sehingga
diperolehi ciri – ciri tertentu
misalnya yang teladan dan mempunyai pengalaman khas.
Daripada kesemua cara di atas
boleh dipilih salah satu cara tetapi jika menggunakan kesemuanya penyelidik
akan mampu menggunakan langkah yang
tepat selaras dengan apa yang diteliti.Apa yang lebih peting sampel diambil
secara pragmatik dan bukan secara rawak. Penyelidik mestilah tahu konteks
masyarakat yang ditelitinya dan juga mestilah mempertimbangkan aspek – aspek
lain yang ada dalam budaya tersebut.Oleh itu penyelidik haruslah mengutamakan
titik perhatian di mana unsur yang penting diberi perhatian dan unsur lain
hanyalah peserta sahaja.
Bahan – bahan etnografi berasal
dari masyarakat yang disusun secara deskriptif yang menyangkut pelbagai aspek
kehidupan untuk meninjau salah satu aspek yang diteliti. Ia mampu melakarkan
fenomena budaya selengkap-lengkapnya. Menurut Koentjaraningrat (1990:333) ia
meliputi unsur – unsur kebudayaan secara
universal iaitu bahasa, sistem teknologi , organisasi sosial, sistem
pengetahuan, kesenian dan sistem agama.Namun semua ini tidaklah semestinya
digunakan semuanya.Penyelidik boleh menggunakan sub tertentu yang dirasakan
penting.
Penetapan model etnografi
memerlukan strategi khusus iaitu penyelidik mestilah:-
- Menjadi pengamal –
asalkan apa yang dipilih mampu
mewakili fenomena.
- Usahakan tempat yang
asing dari penyelidik
- Jangan terlalu
berpegang kepada rencana penyelidik ia boleh berubah setelah dilapangan
- Fikirkan sejumlah
topik yang sukar dicapai.
Pengkaji etnografi mengenal dua reka bentuk kajian iaitu kajian
kes dan multiple site dan subjek studies
.Ia akan mencari keunikan budaya pada kawasan tertentu.Penyimpangan
merupakan kes yang menarik dan kan menjadi sorotan penyelidik sedangkan muliple
site dan subjek studies lebih cenderung untuk meneliti skop yang lebih luas. Dari dua reka bentuk demikian, dapat dinyatakan bahawa etnografi
adalah salah satu model kajian budaya yang mengangkat hal-hal khusus. Kekhususan penelitian budaya adalah
pada kemampuan memanfaatkan model etnografi sejelas yang mungkin.
Langkah-langkah
Etnografi
Sebagai sebuah model,
tentu saja etnografi mempunyai ciri-ciri dan langkah-langkah tersendiri.
Langkah yang dimaksudkan adalah seperti yang dikemukakan oleh Spradley (1997)
dalam buku Kaedah Etnografi, sebagai berikut:
1. menetapkan informan.-
mempunyai lima syarat iaitu
·
Enkulturasi penuh (mengetahui
budaya miliknya dengan baik)
·
Penglibatan langsung
·
Suasana budaya yang tidak
dikenali (akan menerima seadanya tanpa tokok tambah)
·
Mempunyai masa yang cukup
·
Non-analitis
Penyelidik
sekuarang-kurangnya mempunyai dua hingga tiga syarat dan penyelidik seharusnya
tahu siapa yang layak menjadi informannya.
2. Melakukan wawancara kepada informan. Dijalankan dengan penuh persahabatan.informan
perlu diberitahu tentang tujuan etnografi (meliputi rakaman,model wawancara,
masa dan dalam bahasa yang difahaminya), penjelasan soalan (meliputi
soalan deskriptif, struktur, dan kontras). Wawancara
hendaknya jangan sampai menimbulkan kecurigaan kepada informan.
3. Membuat catatan etnografi - Catatan dapat berupa laporan ringkas,
laporan yang diperluas, jurnal lapangan, dan perlu diberikan analisis atau
interpretasi. Catatan ini juga sangat fleksibel, tidak harus menggunakan kertas
ini itu atau buku ini itu, melainkan cukup sederhana saja.
4.
Mengajukan soalan
deskriptif – untuk menggambarkan keadaan tempatan.
5.
Melakukan analisis wawancara etnografis - Analisis dikaitkan dengan simbol dan makna yang disampaikan
informan. Tugas penyelidik adalah
memberi laluan simbol-simbol budaya serta mengenal pasti peraturan dan
pengekodan
6.
Membuat analisis domain
- penyelidik menggunakan istilah
mencakupi apa yang dikatakan oleh informan
7.
Mengajukan soalan struktur
- soalan untuk melengkapkan soalan deskriptif.Contoh apakah cara orang pekak
berkomunikasi?
8.
Membuat analisi
taksonomik - usaha
pemfokusan soalan yang telah diajukan.Ada lima langkah iaitu:-
§
pilih sebuah domain analisis
taksonomi(contoh siapa-siapakah penghuni penjara)
§
pengenalan kerangka substitusi
yang tepat untuk analisis
§
cari subset di antara beberapa
istilah
§
cari domain yang lebih besar
§
buat taksonomi sementara
9.
mengajukan soalan kontras –
contoh sountuk mencari perbezaan wanita, gadis, perempuan, orang dewasa, perempuan
simpanan
10. Membuat
analisis komponen - dilakukan ketika dan setelah di lapangan. Hal ini untuk mengelakkan
manakala ada hal-hal yang masih perlu ditambah, akan dilakukan wawancara ulang
kepada informan
11. Mencari tema-tema budaya
12. Menulis etnografi
Bagi penyelidik memang
sukar untuk menentukan informan .Untuk itu informan mestilah orang yang
tahu,dewasa, sihat jasmani dan rohani, tidak mempunyai kepentingan peribadi dan
berpengetahuan luas.
Pemilihan Informan
Boleh melalui empat cara
iaitu:-
- Secara
sampingan.Maknanya penyelidik menemui
seseorang yang sama sekali belum diketahui pada salah satu wilayah
penelitian. Penyelidik
boleh menyamar sebagai pembeli atau penjual tertentu ke suatu wilayah. Yang penting, sikap dan perilaku
penyelidik tidak menimbulkan kecurigaan
- Menggunakan orang-orang yang telah dikenal sebelumnya. Penyelidik berusaha menghubungi
beberapa orang, mungkin melalui orang terdekat. Cara ini dipandang lebih efektif,
kerana penyelidik boleh mengemukakan maksudnya dengan lebih selesa. Melalui orang dekat tersebut,
penyelidik boleh meyakinkan bahawa kajiannya akan dihargai.
- Sistem
quota.Maknanya informan telah dirumuskan kriterianya, misalkan ketua
organisasi, dukun dan sebagainya.
- Secara
snowball.Maknanya informan bermula dengan
jumlah kecil (satu orang), kemudian atas cadangan orang tersebut, informan
kunci menjajdi semakin besar sampai jumlah tertentu.Informer akan
berkembang terus, sampai memperoleh data yang banyak.
Dari cara-cara
tersebut, penyelidik boleh memilih salah satu yang paling sesuai. Pemilihan berdasarkan pada aspek
kemudahan penyelidik
Kelebihan
dan kelemahan Etnografi
Secara ringkas kelebihan dan kelemahan etnografi
boleh dilihat dari jadual dibawah:
Kelebihan
|
Kelemahan
|
Menghasilkan pemahaman yang mendalam.Kerana yang
dicari dalam penelitian ini bukan hal yang nanpak, melainkan yang terkandung
dalam hal yang Nampak tersebut.
|
Mengambil masa yang lama untuk mencari dan
mengumpulkan data
|
Mendapatkan
atau memperoleh data dari sumber utama
|
Perspektif
pengkajian kemungkinan dipengaruhi oleh kecenderungan budaya peneliti
|
Mengasilkan
deskripsi yang kaya dengan penjelasan yang spesifik dan terperinci
|
Pengaruh
budaya yang diteliti dapat mempengaruhi psikologi pengkaji, ketika pengkaji
hendak kembali kepada budayanya
|
Pengkaji
berinteraksi langsung dengan masyarakat social yang akan diteliti
|
Pengkaji
yang tidak memiliki kemampuan sosialisasi, terdapat kemungkinan penolakkan
dari masyarakat yang diteliti
|
Membantu
kemampuan berinteraksi kerana membantu kemampuan bersosialisasi dalam budaya
yang ia cuba untuk jelaskan.
|
Mungkin
seorang pengkaji yang memiliki latar belakang pengetahuan yang kuat,
mengetahui dengan jelas subjek yang akan diteliti atau dipelajarinya.
|
Rujukan
Kerangka Etnografi dari
Topik 5 Kaedah Kajian dari
Sekadar berbagi
pengetahuan, semoga bermakna dari http://wwwrickysukandar.blogspot.com/2011/05/pengumpulan-data-etnografi.html
Teknik Analisis
Dalam Kajian Etnografi dari http://texbuk.blogspot.com/2011/09/teknik-analisis-dalam-penelitian_6070.html
Kajian Etnografi
dari
Penelitian Etnografi dari
PENGAJIAN DAN ETNOGRAFI CERITA RAKYAT – ANTRPLGIE dari
Arabi Idid (1993), Kaedah Penyelidikan Komunikasi dan Sains Sosial. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Aziz Yahya & et.al (2006), Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan:
Teori, Analisis & Interpretasi Data. Kuala Lumpur: PTS Professional
Publishing Sdn.Bhd.
Lim Chong Hin,
2007. PENYELIDIKAN PENDIDIKAN: Pendekatan
Kuantitatif dan
Kualitatif. Shah Alam: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn.
Bhd.
Sulaiman Masri (2005), Kaedah Penyelidikan dan Panduan Penulisan:
Esei, Proposal & Tesis. Kuala Lumpur: Utusan Publication &
Distributors Sdn. Bhd.
Kajian Etnografi
dari
PENDEKATAN
ETNOMETODOLOGI, ETNOGRAFI DAN FENOmenology
dari
METODE
ETNOGRAFI DALAM PENELITIAN KOMUNIKASI
Bambang
Mudjiyanto
20 October 2014 at 01:49
tq utk penerangan yang diberi..sgt membantu