twitter
rss


E


thical leadership and diversity.

“.…pada dasarnya jiwa kepemimpinan dimilki oleh setiap diri manusia (self leadership), setidaknya dirasakan manakala seseorang melewati suatu proses merencanakan dan menetapkan suatu keputusan guna merealisasikan tujuan hidupnya, namun dalam merencanakan kepemimpinan itu sendiri sering sekali manusia dihadapkan pada berbagai permasalahan hidup silih berganti, tidak sedikit persoalan muncul hanya disebabkan kesalahan dalam bertindak dan keliru mempersepsikan sesuatu, untuk menghindarinya menjadi penting faktor mengendali diri dengan baik, salah satunya adalah dengan mengamalkan nilai-nilai etika dan moral dalam kehidupan, jadi kepemimpinan dengan etika dan moral merupakan satu kesatuan yang sangat erat…..”   

Pemimpin yang beretika dianggap pemimpin yang jujur, amanah, sangat dipercayai dan dapat diharapkan bukan setakat untuk memimpin dan melindungi subordinat, tetapi dijadikan sumber rujukan dan contoh tauladan hidup oleh subordinat. Apakah yang dikatakan pemimpin yang beretika?
Pemimpin yang beretika adalah pemimpin yang mengotakan apa yang dilafazkan. Kewibawaan seorang pemimpin terjejas apabila tindakan-tindakan atau keputusan-keputusan yang diambil tidak selaras dengan ikrar, janji atau kata-kata yang pernah dilafazkan. Pihak yang mendengar, melihat dan menyedari tentang perkara ini akan memandang serong kepada pemimpin sebegini dan melihat kepimpinannya dengan sinis.
Pemimpin yang tidak mengotakan kata-katanya akan dianggap sebagai pemimpin yang lemah, tidak perlu ditakuti, tidak boleh dipercayai, dianggap penuh retorik dan penuh dengan budaya propaganda. Lebih malang lagi sekiranya ini berlaku, bukan hanya subordinat tetapi masyarakat sekeliling akan memberikan tafsiran pelbagai dengan konotasi negatif setiap kali pemimpin sebegini melafazkan kata-kata. Kata-katanya tidak diterima sepenuh hati, arahan tugasan olehnya dilaksanakan oleh subordinat dengan separuh hati.

Menjaga Kerahsiaan
Pemimpin yang berada dipuncak hierarki akan biasa berhadapan dengan suasana kerja yang memerlukan kerahsiaan. Rahsia adalah sesuatu yang perlu disimpan dengan cermat dan teliti. Rahsia tidak lagi menjadi rahsia sekiranya terdapat pihak yang tidak berkaitan mengetahui rahsia tersebut. Apabila disebut tentang kerahsiaan, ia pasti akan dikaitkan dengan data, statistik, maklumat terperingkat, perancangan atau perkara-perkara yang bakal dilakukan. Pemimpin haruslah bertanggungjawab sepenuhnya dalam menjaga kerahsiaan. Kegagalan pemimpin untuk memelihara kerahsiaan menimbulkan rasa tidak senang dikalangan subordinat dan masyarakat sekeliling tetapi juga integriti seorang pemimpin tersebut dipertikaikan.

Lebih malang lagi apabila rahsia tersebut bukannya bocor akibat dari kehilangan fail-fail sulit mahupun dokumen terperingkat yang berada di tangan pemimpin atau staf terdekatnya, tetapi rahsia tersebut tiris dari lidah pemimpin itu sendiri dan terus mengalir ke pintu pejabat dan banjir ke seluruh organisasi. Mungkin pada awalnya pemimpin merasakan bahawa dirinya penting di dalam organisasi kerana dianggap sebagai ‘first hand information informer’. Tetapi dihujungnya pemimpin sebegini akan hilang wibawa di mata subordinat dan masyarakat sekeliling.

Berhadapan Konflik
Dalam memimpin sebuah organisasi, seorang pemimpin tidak dapat lari dari risiko bahawa organisasinya berhadapan dengan pelbagai jenis konflik. Konflik adalah salah satu medan yang mengukur kewibawaan dan keupayaan seorang pemimpin dalam usaha menanganinya. Terdapat sesetengah konflik yang kritikal dan perlu diselesaikan serta-merta. Terdapat juga konflik yang memerlukan masa untuk menyelesaikannya.
Pemimpin yang berwibawa tidak mudah melatah dan membuat keputusan yang terburu-buru apabila berhadapan dengan konflik. Apabila organisasi menghadapi konflik, seluruh organisasi akan memberikan tumpuan kepada pemimpin dan warga kerjanya. Segala pernyataan, tindakan dan keputusan pemimpin akan dianggap sebagai arahan yang perlu dilaksanakan sebagai jalan keluar untuk mengatasi konflik. Sekiranya pemimpin terlalu terburu-buru dan sentiasa mengeluarkan kenyataan dan keputusan yang saling bertentangan, kewibawaan pemimpin akan dipertikaikan dan subordinat beranggapan bahawa pemimpin mereka bercakap dahulu baru berfikir.
Ibarat kata Hang Jebat , otak diletak ke empu kaki. Pemimpin yang berwibawa adalah pemimpin yang tidak menuding jari dan meletakkan kesalahan atas kewujudan konflik ke atas subordinat, tetapi mengambil tanggungjawab untuk ke hadapan menyelesaikannya. Malah lebih hilang wibawa seorang pemimpin yang pandai mengambil kredit atas kelebihan subordinat dengan mengecapkannya sebagai usaha pemimpin tetapi apabila timbul masalah, subordinatlah orang yang patut dipersalahkan dan dihukum.

Mengendali Subordinat
Di dalam organisasi, pemimpin tidak dapat dipisahkan dari subordinat. Ia ibarat aur dengan tebing. Pemimpin akan menghadapi kepelbagaian sikap dan mentaliti subordinat. Ada yang berpendirian keras, konservatif, moderat, idealis dan pelbagai lagi. Walaupun terdapat pelbagai teori dan pendekatan yang dikemukakan oleh sarjana dan pengkaji bidang sains sosial, setakat ini tiada pendekatan yang benar-benar dianggap terbaik dalam pengendalian subordinat. Pemimpin harus melihat semula kepada ‘nature of subordinate’. Mengendalikan subordinat adalah subjektif sifatnya dan kaedahnya adalah pelbagai bergantung kepada situasi dan keadaan.

Pemimpin yang berwibawa adalah pemimpin yang turun padang dan bertemu dengan subordinat, hatta pada hierarki yang paling bawah. Jubah dan ego seorang pemimpin harus diletakkan dan digantung disebalik pintu bilik kerja apabila seorang pemimpin turun padang. Pemimpin harusnya berbicara dengan nada dan ‘bahasa’ subordinat agar subordinat menerima kehadiran pemimpin dengan perasaan terbuka. Pemimpin haruslah mencari, mendengar dan menyelami masalah subordinat dan berusaha menyelesaikannya. Pemimpin yang berwibawa harus lebih banyak mendengar dan bertindak.
Pemimpin yang berwibawa adalah pemimpin tidak mudah membuat penilaian negatif terhadap subordinat dan bertindak menghukumnya. Subordinat yang bermasalah wajar dinasihatkan, dibantu dan dibentuk semula agar ia mengikuti jalan yang digariskan dan diingini oleh pemimpin. Subordinat yang dianggap sebagai ‘new blood in the organisation’ pula sepatutnya diberikan pendedahan dan panduan yang lengkap dengan ‘job description’ , ‘standard operation and prosedure’ dan senarai ‘do and don’t’ yang bersesuaian dengan tugas dan diberikan masa yang munasabah untuknya menyesuaikan diri. Penyesuaian diri dengan tugas terutama kepada subordinat baru bukannya perkara yang boleh diselesaikan dalam satu malam atau satu purnama. Sikap pemimpin yang gemar memandang rendah kepada ‘new comers’ ini adalah antara sikap yang menjatuhkan wibawa seorang pemimpin.


Nature of Leadership


Kepimpinan tidak lepas daripada sifat-sifat seorang pemimpin.Hakikatnya mengetahui sifat pemimpin perlu agar kita tidak memilih pemimpin yang salah. Misalnya dalam pilihan raya. Kita mestilah mengundi. Wajib kita mengetahui pemimpin yang tepat dalam menentukan hak dan halatuju untuk kita dan masyarakat pada masa akan datang.
Ciri-ciri kepimpinan merangkumi aspek pengurusan diri, perhubungan dengan keluarga, guru, rakan-rakan dan masyarakat umum. Dengan lain perkataan ciri-ciri kepimpinan ini mampu membina modal insan yang berkualiti, berakhlak mulia, berketrampilan, berwawasan dan mewujudkan kesejahteraan diri dan kemakmuran Negara.
Ilmu, kemahiran dan pengalaman dalam sesuatu aktiviti merupakan elemen yang penting dalam aspek kepimpinan. Setiap aktiviti memberi pendedahan dan peluang untuk mendapat ilmu seperti ilmu kemanusiaan, ilmu kemasyarakatan, ilmu sains dan sebagainya. Dalam bidang akademik tumpuan diberikan pada ilmu-ilmu yang dapat merungkai dan menerokai rahsia sesuatu kejadian, peristiwa atau permasalahan untuk memberi ruang penyelesaian.

          Kejayaan yang dicapai adalah hasil daripada pengalaman yang dilaluinya setelah mampu menghadapi pelbagai cabaran. Cabaran yang dilaluinya itu adalah hasil daripada kejayaannya mengawal dan memimpin diri. Setelah berjaya memimpin diri, maka ia akan berjaya memimpin generasi yang lain untuk mencapai kejayaan.


Sifat kepimpinan Rasulullah
Islam adalah sebuah agama yang sangat memperhatikan terhadap pemerintah, sebab Islam sangat menekankan ajaran tentang kepemimpinan. Bahkan sejarah peradaban Islam pun cenderung diawali dengan persoalan kepemimpinan.

Rasulullah adalah seorang pemimpin, bahkan negarawan sejati yang benar-benar memahami kondisi bangsanya, sehingga oleh Allah swt ia bukan hanya diangkat pemimpin bangsa Arab saat itu, akan tetapi juga oleh seantero dunia dengan menyatakan bahwa Rasulullah adalah rahmatan lil 'alamin.

Rasulullah mampu mempersatukan dalam sebuah kebersamaan antara kaum muhajirin dan Anshar. Rasulullah mampu mempersatukan dalam sebuah kebersamaan antara suku Aus dan Khazraj yang dulunya saling berperang. Bahkan Rasulullah mampu mempersatukan antara masyarakat yang beragama Islam dengan masyarakat yang beragama lainnya dalam sebuah masyarakat madani, masyarakat yang berperadaban, masyarakat yang menjunjung nilai-nilai etika dan akhlak.

Memang kita berat mencontoh kepemimpinan Rasulullah dan kita juga sulit mencari pemimpin seperti sifat kepemimpinan  Rasulullah, tapi bagaimana pun kita adalah pemimpin terhadap diri kita sendiri, ban kadangkala kita juga harus mencari pemimpin di kota kita, mencari pemimpin kita di semua tingkatan. Oleh karena itu, mari kita meneladani dan memilih orang yang meneladani sifat kepemimpinan Rasulullah.

Dalam menentukan seorang pemimpin, Rasulullah telah menjadikan dirinya sebagai figur dan pelaku. Empat sikap yang menjadi sifat-sifat wajib baginya adalah amanah, fathanah, siddiq dan tabligh ternyata sangat erat kaitannya dengan tugasnya sebagai khalifah Allah di muka bumi ini, yang mana tanpa  keempat sifat tersebut dalam pribadi beliau maka mustahil kepemimpinan beliau dapat berjalan dengan baik dan mendapatkan pujian oleh masyarakat.

Mencari pemimpin yang tepat berarti menemukan empat sifat Nabi ini dalam pribadi seorang pemimpin. Keempat sifat ini tentu saja tidak secara tiba-tiba ada dalam diri seseorang, sebagaimana halnya dengan Rasulullah yang telah melalui perjuangan dan pembinaan yang intensif baik secara jasmani maupun ruhani hingga menjadi pemimpin sejati.

Sikap yang amanah menjadi syarat pertama yang harus dimiliki oleh pemimpin daerah dan bangsa ini, sebab amanah yang berarti kejujuran dan kesetiaan, dan transparansi menjadi kunci penting yang harus ditegakkan.

Sikap amanah ini menjadi sangat penting sebab salah satu penyebab kemerosotan bangsa ini adalah pengelolaannya yang tidak didasarkan pada sikap amanah, kejujuran, transparansi dan keadilan. Rasulullah telah digelari sebagai orang yang al-amin sebelum beliau menjadi seorang Rasul, yang gelar itu bukan diproklamirkan oleh beliau, melainkan oleh seluruh masyarakat yang ada baik anggota sukunya maupun suku-suku yang lain.

Sifat yang kedua adalah fathanah, yang berarti cerdas dan cerdik, kecerdasan yang dimiliki oleh Rasulullah tidak hanya kecerdasan intelektual, tapi juga kecerdasan emosional, spiritual dan sosial. Rasulullah dekat dengan rakyatnya. Sehingga semua lapisan rakyatnya merasa mendapatkan perhatian darinya. Lebih dari itu Rasulullah bukan hanya mengerti hanya sebatas persoalan duniawi semata, melainkan juga persoalan agama dan ruhani mereka, sehingga kecerdasan yang dimilikinya menyangkut akal dan qalbunya.

Sifat selanjutnya adalah siddiq ertinya kebenaran, artinya seorang pemimpin mestilah orang yang mampu membedakan kebenaran dan kebathilan, dan selalu berpihak pada kebenaran. Keberpihakan kepada kebenaran menjadi dasar yang amat penting dalam upaya menegakkan hukum di suatu negara. Kaburnya yang benar dari yang salah menyebabkan kesalahan dalam membuat suatu kebijaksanaan dan pada lahirnya menabur kezhaliman dan ketidakadilan.

Selanjutnya sifat yang mesti dimiliki seorang pemimpin adalah tablig, yang berarti penyuluh, penerang bagi rakyat menyangkut persoalan yang dihadapi dan sekaligus penjelas terhadap ajaran-ajaran Allah swt yang akan dilaksanakan dalam kehidupan. Sifat tablighjuga dapat mengandung arti adanya komunikasi yang baik, keterbukaan terhadap rakyat, di samping perlunya kemampuan seorang pemimpin untuk memahamkan rakyatnya tentang program-program yang akan dijalankannya.
   
Dari huraian di atas, dapat disimpulkan bahwa empat sifat yang diwajibkan kepada Nabi sebenarnya juga harus dimiliki oleh setiap pemimpin, sebab setiap pemimpin sebenarnya adalah pewaris Nabi. Isyarat Nabi yang menyatakan bahwa "ulama adalah pewaris para Nabi", sama sekali bukan hanya diarahkan pada ulama dalam arti sempit, melainkan ulama dalam arti yang sangat luas. Maka setiap yang memiliki empat sifat dan karakter di atas, akan dikategorikan sebagai ulama. Oleh karenanya seorang ulama bukan hanya pewaris dari salah satu tugas Nabi yaitu sebagai guru, melainkan ia harus mewarisi semua aspek yang ditangani oleh Rasulullah termasuk sebagai pemimpin dan negarawan dan itu tentu saja harus dengan memiliki keempat sifat tersebut dalam dirinya. Sebab hanya dengan mengemban semua tugas kenabianlah seseorang pantas digelari sebagai pewaris Nabi.




Travelog 1





Tarikh 19.3.2013 adalah satu tarikh yang memang yang kami nantikan

Untuk tiba ke tarikh tersebut banyak hal yang perlu diselesaikan. Pada mulanya kami seperti ye tak yer jer....maklumlah hal menjadi tetamu Allah bukanlah sesuatu yang dijangka.

Seperti yang dijanji Allah 19.3.2013 kami sekeluarga pun bertolak ke Changi Airport ke Abu Dhabi dan Jeddah.Setelah beberapa jam di dalam kapal terbang menimbulkan seronok untuk Muhammad....maklumlah tak dilahirkan dalam kapal terbang.







Tiba di Abu Dhabi....satu perasaan halus dan asing timbul....hanya Allah yang tahu...namun perhentian kami dan rombongan yg lain hanya seketika....usai solat isya` kami bergegas untuk masuk semula ke dalam pesawat dan meneruskan perjalanan yang hanya berbaki lebih kurang 2 jam ke jeddah.Sesampai di Jeddah kami semua menunaikan solat subuh di sebuah tempat yang agak asing.Disana kami melihat kemunculan suria pagi yang indah.Indahnya ciptaan Allah. Allah Maha Agung.





Seawal subuh kami bertolak untuk ke destinasi seterusnya.Madinah.Madinah al-Munawarah adalah kota kedua suci untuk umat islam.perjalanan agak memenatkan kerana mengambil masa lebih kurang 5 jam dari Jeddah.Tetapi dalam penat kami meneruskan perjalanan. Maklumlah kali pertama untuk saya, suami, Muhammad dan Akmal. Bagi mak n abah memang tidak asing.Perasaan yang berbeza agaknya sebab itu Allah kurniakan mak n abah untuk selalu ke tanah suci.Uniknya perasaan di tempat ini. Tak dapat nak digambar dengan perkataan dan gambaran. Tiba saja di sini saya masih teringat buah hati yang tiga eko tue…Mok, Boboi n Putih…tapi saya serahkan segala-galanya pada Allah..Biarlah Allah aturkan segala-galanya untuk saya .Tak mampu untuk mengingatkan perkara lain selain untuk selalu mengunjungi rumah Allah.











suasana di Changi Airport...