twitter
rss

 Pelbagai Definisi Hubungan Sains dan Teknologi

 Epistemologi pada dasarnya adalah ilmu yang mengkaji kebenaran secara umum sesebuah pengetahuan sehingga dapat ditemukan sebuah kebenaran yang bertanggungjawab. Secara terminologi, epistemologi berasal dari bahasa Yunani yaitu Episteme dan logos . Episteme bermakna pengetahuan atau epistamai yaitu mendudukkan atau meletakkan. Sedangkan secara harfiah epistemologi adalah pengetahuan sebagai percubaan intelektual untuk meletakkan sesuatu pada tempatnya. Selain disebut dengan epistemologi, ilmu ini juga disebut dengan teori pengetahuan.Epistemologi diharap dapat member kepastian terhadap sesuatu. Epistemologi dalam mengkaji sebuah kebenaran epistemologi perlu mengetahui ciri-ciri umum sebuah pengetahuan seperti

 • bagaimanan dasar sebuah ilmu pengetahuan?
 • Bagaimana ruang lingkup?
 • Kritis mengkaji pengandaian / syarat logik dengan mempertanggungjawabkan secara rasional.

 Selain itu epistemologi juga disebut ilmu yang evaluatif, normatif, dan kritis. Evaluatif di sini berarti mampu menilai kebenaran yang objektif dan mampu membuktikan bahawa pengetahuan tersebut benar-benar sebuah kebenaran.Normatif bererti imu tersebut dapat memberikan sebuah tolak ukur kebenaran, maksudnya sampai dimanakan sesuatu pengetahuan tersebut dapat diakui sebagai sebuah kebenaran. Dan kritikal iaitu mampu mempersoalkan andaian andaian, pendekatan-pendekatan, dan kesimpulan-kesimpulan. Adapun tujuan adanya kritis di sini adalah untuk mempertanggunjawabkan kebenaran yang mampu memberikan manfaat bagi kehidupan manusia.

  Definisi sains dan Teknologi
 Ilmu pengetahuan adalah seluruh usaha  untuk menyiasat, mencari, dan meningkatkan pemahaman manusia dari berbagai segi kenyataan dalam alam manusia. Ia dihasilkan rumusan-rumusan yang pasti. Ilmu memberikan kepastian dengan membatasi lingkup pandangannya, dan kepastian ilmu-ilmu diperoleh dari keterbatasannya. Ilmu bukan sekadar pengetahuan (knowledge), tetapi merangkum sekumpulan pengetahuan berdasarkan teori-teori yang disepakati dan dapat secara sistematik diuji dengan seperangkat kaedah yang diiktiraf dalam bidang ilmu tertentu. Dipandang dari sudut falsafah, ilmu terbentuk karena manusia berusaha berfikir lebih jauh mengenai pengetahuan yang dimilikinya.

 Teknologi adalah kaedah saintifik untuk mencapai tujuan praktikal; ilmu pengetahuan terapan atau dapat pula diterjemahkan sebagai keseluruhan cara untuk menyediakan barang-barang yang diperlukan bagi kelangsungan dan keselesaan hidup manusia ringkasnya ia memudahkan individu yang menggunakannya seperti mesin cetak, telefon dan sebagainya. Sains merupakan suatu proses pengumpulan ilmu atau maklumat dan penyusunannya.

 Perkataan sains datang daripada bahasa Latin, scinetia, yang bermaksud mendapatkan ilmu atau maklumat. Dan seperti proses mendapatkan maklumat yang lain, sains bermula dengan pengalaman, dan kemudiannya mendapatkan fakta dan peraturan daripadanya. sains bertujuan untuk memahami dunia di sekliling kita. Terdapat tiga komponen utama dalam setiap aktiviti sains iaitu Penghuraian, Mencari Keseragaman, dan Pembentukan Teori dan Hukum

  Teknologi: Mencipta Masalah Lain Untuk Menyelesaikan Satu Masalah Khusus?
Kita dapati dunia hari ini diancam dengan berbagai-bagai isu alam sekitar seperti pemanasan global, penipisan lapisan ozon, kesan rumah hijau, pencemaran laut, kesan sisa radioaktif dan sebagainya. Teknologi enjin kenderaan berasaskan minyak petrol didapati mampu menyelesaikan masalah pengangkutan yang lambat tetapi pada masa yang sama memberi kesan kepada alam sekitar. Karbon monoksida yang dihasilkan oleh kenderaan-kenderaan berenjin petrol dan diesel ini turut memberi kesan buruk kepada kesihatan manusia. Bahan-bahan kegunaan manusia berasaskan plastik pula didapati sukar untuk dilupuskan secara semulajadi dan meningkatkan lagi pencemaran alam sekitar. Adakah harga sesuatu kemudahan yang dicipta berasaskan teknologi itu menuntut pengorbanan unsur semula jadi sebagai bayarannya? Manusia terus berusaha mencipta peralatan dan kemudahan berasaskan teknologi terbaru sejak beribu-ribu tahun lampau. Sepanjang tempoh itu, kita dapati kerosakan dan pencemaran menjadi pengiring bagi hampir semua ciptaan manusia. Teknologi hidroelektrik yang menggunakan empangan telah memusnahkan hutan-hutan tadahan air di serata dunia, teknologi nuklear pula meninggalkan sisa-sisa radioaktif yang merbahaya kepada kehidupan bumi. Dilaporkan juga terdapat beratus-ratus bendasing yang persekitaran orbit bumi, hasil tinggalan stesen-stesen angkasa yang berada di angkasa lepas. Manusia walau bagaimana pun terus menghasilkan teknologi baru dengan harapan dapat mencipta sesuatu yang sempurna dan dapat memberi kebaikan secara keseluruhan kepada umat manusia dan alam ini. Teknologi-teknologi ciptaan manusia tidak dapat dinafikan membantu mengubah kehidupan manusia. Pelbagai jenis penyakit dapat dirawat, pelbagai urusan dapat diselesaikan dengan lebih cepat dan berkesan, tetapi manusia tetap manusia.
SEMANIS KURMA

0 comments:

Post a Comment