twitter
rss

.........hai semua.....mari saya tunjukkan cara mudah untuk ubah background dalam blog..... sangat mudah..




Boleh cuba cari di sini

http://www.glitter-graphics.com....pilih and copy











pilih html/java script....





 paste....


tadaaaa..... lihat hasilnya.


Delegation

Follower Ship

Teori Pertukaran Pengikut - Pemimpin

The Leader - Follower Relationship

Foundations of Curriculum

Approaches Adapted to Current Condition

Social Perspective and the Task of Curriculum Building

bila ada yang datang rumah, mereka akan kata..."banyaknya bunga" atau pun "boleh mintak benih yang tue..." mari kita lihat bunga-bunga emak...

...penat plak upload gambar nie....rehat dululah...

Emak saya aktif orangnya...macam benda nak dibuatnya....pertandingan memasak?...haa ni pun buktinya.....

haaaa....ni satu lagi hobi mak....mari kita lihat betapa rajinnya mak....

Inilah emak dan abah saya yang disayangi...

ini masa mereka menerima tokoh ibu bapa mithali dan mereka mewakili Kulaijyaya... kami pun adik beradi dan yang sekufu dengannya turut datang memeriahkan majlis...
malammya..mereka diraikan oleh pihak Pejabat Agama Johor..

Adaptation of Current Practice to Current

L E a D E R S H I P- Nota Mgg 7 Dan 8

p e n y e l i a a n p e n g a Ja r a n d a n p e m b e l a j a r a N-nota Mgg 9

Kbsr vs Kssr

Curriculum Theory

melaksanakan perubahan


K E N A P A   P E R L U  K U R U S

Manusia dilahirkan dengan saiz, tinggi, dan bentuk badan yang berbeza. Sebab itu, tidak semua orang mempunyai ketinggian, bentuk, dan berat badan yang sama. Berat badan sepatutnya dikategorikan sebagai sederhana, iaitu tidak gemuk dan tidak pula kurus. Jika anda hendakkan berat badan sebegini, anda perlu menjauhi makanan yang mengandungi banyak lemak dan kalori. Tetapi, jangan berlapar sehingga badan berubah menjadi kurus. Makanlah dengan cukup. Oleh itu, banyakkan makan makanan berkhasiat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran kerana badan anda amat memerlukan makanan tersebut.

            Ramai beranggapan kurus tak penting.yang penting bahagia.betul ker…………..tak pandangan saya ianya  kurang tepat kalau kita lihat dan fikir dari banyak sudut.Di sisi pencipta kita semuanya sama sahaja..tapi bila gemuk kita  lebih mudah terdedah kepada pelbagai penyakit

Sekiranya berat badan berlebihan, pelbagai keadaan serta masalah boleh berlaku, antaranya ialah:
v  Penyakit kardioviskular (berkaitan dengan jantung)
v  Strok (angin ahmar)
v  Diabetes (kencing manis)
v  Paras kolestrol darah yang tinggi
v  Gout
v  Sakit di bahagian bawah belakang badan
v  Sukar bernafas
v  Gangguan pembuangan air kecil
v  Penyakit hati


Bahkan bukankah Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang berbunyi:
Daripada Aisyah r.a., Bala yang pertama sekali berlaku kepada umat ini sesudah kepergian Nabi SAW ialah kekenyangan perut, sebab apabila sesuatu kaum kenyang perutnya, GEMUK badannya, lalu akan lemahlah hatinya dan akan bermaharajalela syahwatnya.
(Hadis riwayat Bukhari )

Pernahkah anda mendengar istilah BMI (Body Mass Index)? BMI atau Indeks Jisim Tubuh merupakan satu piawai pengukuran bagi menentukan berat badan yang unggul.
Berat (Kg)
Tinggi (m) x Tinggi (m)
v  Kurang dari < 20 = Kurang berat badan 
v  20 hingga 25       = Berat badan unggul 
v  25 hingga 30       = Berlebihan berat badan 
v  Lebih dari > 30    = Obesiti 

Agak-agaknya di manakah kedudukan kita? Setelah mendapat keputusan BMI, bolehlah kita  menentukan sama ada kita  tergolong dalam kategori gemuk atau terlalu kurus
Julat sihat (berat badan unggul) adalah antara 20 hingga 25. Pengiraan BMI ini hanya diterima pakai bagi usia antara 18 hingga 64 tahun .

             Berat badan anda berlebihan? Jangan risau, pasti ada penyelesaian jika anda benar-benar inginkan perubahan. Langkah seterusnya, setkan dalam otak sebab-sebab mengapa perlu kurus: 

1.                  Kesihatan yang baik : Risiko untuk menghidapi penyakit kronik seperti sakit jantung, darah tinggi atau kencing manis dapat dikurangkan jika badan kurus. 
2.                  Jimat duit makan : Jika badan gemuk, makan pun pasti  berselera besar.Shopping barangan dapur pun tentu banyak (termasuk beras dan makanan rapu). Nak jimat kena la kurus. 
3.                  Jimat duit petrol : Berat badan berlebihan menyebabkan bebanan kepada kereta. Pasti terpaksa  tekan minyak lebih untuk menggerakkan kereta. 
4.                  Meningkatkan keyakinan diri : Estim diri bertambah bila berada di sekeliling orang lain. Panggilan  'kakak' atau 'makcik' dapat dilenyapkan. Di samping itu, mudah mencari pasangan hidup. 
5.                  Membuktikan bahawa diri mampu berubah : Ramai insan yang mencabar kita untuk kurus. Oleh itu, buktikan kepada mereka bahawa kita semestinya boleh kurus dan cantik. 
6.                  Memberi kepuasan kepada diri sendiri : Satu kepuasan jika dapat mencapai sasaran. Cabaran paling besar dalam hidup si gemuk adalah di saat perpisahan dengan makanan kegemarannya. 
7.                  Senang mencari saiz baju : Dulu kurus, baju saiz S atau M je. Tapi kini dah jadi saiz L atau XL. Sayang dah tak boleh pakai baju saiz S atau M tu.  Kalau dipakai juga, sebiji macam sarung nangka. 
8.                  Memudahkan pergerakan : Kalau naik pengangkutan awam (bas, komuter) yang padat, sukar untuk menyelit masuk dengan tubuh badan yang besar. Terpaksa tunggu bas atau tren seterusnya. 

Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh orang yang nak kurus adalah berazam dalam hati dan fikirkan bahawa hanya kita yang mampu mengubah diri kita. Lakukanlah dengan perlahan tetapi konsisten. Ingatlah bahawa ''mencegah itu lebih baik daripada mengubati''.






T I P S   K U R U S K A N   B A D A N   D E N G A N   S I H A T
1. Piramid makanan
Anda harus belajar untuk membuat susunan keperluan makanan anda dalam bentuk piramid. Pastikan urutannya bersesuaian seperti yang anda perlukan diikuti dengan panduan cara diet yang betul dan bagus untuk kesihatan. Dengan cara ini, ia akan memberitahu atau mengingatkan anda makanan yang boleh anda masukkan ke dalam menu pemakanan harian anda dan berapa jumlah yang perlu diambil setiap hari. Keperluan ini bergantung kepada setiap individu kerana ia berbeza mengikut keperluan tubuh badan masing-masing. Dengan ini, ia akan menunjukkan bagaimana anda boleh menjalankan diet yang seimbang dengan mengikut urutan daripada piramid pemakanan tersebut.Kita maklum agak sukar mematuhinya terutamanya pada musim perayaan.

2. Perhatikan warna
Semasa hendak memilih buah atau sayuran, pilihlah yang warnanya terang dan kelihatan segar. Elakkan buah atau sayur yang warnanya sudah pudar atau kelihatan lebam. Buah-buahan seperti anggur atau kranberri kaya dengan bahan kimia semulajadi yang membantu melindungi tubuh daripada penyakit seperti kanser dan masalah jantung. Manakala sayuran yang berdaun hijau, lobak merah, kentang dan bayam juga kaya dengan zat tertentu yang membantu mencegah penyakit.

3. Jangan lupakan serat
Pastikan anda mengambil serat dalam menu anda setiap hari. Caranya mudah, banyakkan makan buah dan sayuran serta pastikan anda minum air yang cukup (8 gelas sehari). Serat penting untuk membantu proses pencernaan anda sihat dan mampu bekerja dengan baik.

4. Bakteria baik juga penting
Bukan semua bakteria itu jahat dan boleh mendatangkan penyakit. Ada juga bakteria yang membantu tubuh untuk menjalankan tugas dengan lancar dan ia dianggap bakteria yang baik kerana memberi faedah untuk tubuh kita. Antara contoh makanan yang mengandungi bakteria baik adalah seperti yogurt yang bagus untuk dimasukkan ke dalam menu pemakanan/diet anda. Ini kerana ia mengandungi bakteria yang membantu menjaga saluran pencernaan agar dapat berfungsi dengan baik selain membantu menangani bakteria jahat yang masuk melalui makanan yang anda makan.

5. Rahsia ikan laut
Walaupun sedang berdiet atau dalam proses menguruskan badan, bukan bermakna anda harus menghindari lemak sepenuhnya. Ini kerana tubuh juga memerlukan lemak untuk kesihatan. Yang penting, anda memilih lemak yang baik untuk keperluan tubuh. Anda boleh memperolehinya melalui ikan laut seperti salmon dan tuna. Lemak pada ikan ini (omega 3) membantu untuk kesihatan jantung. Malah, ia juga mengandungi sumber protein yang tinggi.

6. Khasiat kacang soya
Amalkan makan makanan berasaskan soya setiap hari kerana ia membantu menurunkan kadar kolesterol dan kaloridalam tubuh selain membantu melindungi anda daripada serangan sakit jantung. Makanan yang dihasilkan daripada kacang soya ada banyak seperti taufu, minuman, tepung dan banyak lagi.

7. Jangan lupakan air putih
Sentiasa pastikan anda minum air putih yang cukup setiap hari. Sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Air amat penting untuk menjaga keseimbangan cecair dalam tubuh kita. Tambahan pula keperluan minum untuk tubuh juga seiring dengan pertambahan usia.

8. Lakukan senaman
Selain faktor pemakanan seperti di atas, jangan lupa anda perlu lakukan senaman atau olahraga secara konsisten kerana ia juga membantu mengatasi berat tubuh daripada bertambah.

C A R A   U N T U K   K U R U S
Seperti yang kita tahu, semakin ramai rakyat Malaysia yang telah mencapai tahap obesiti.Di Sini  ada  tips untuk menurunkan berat badan lalu mencapai berat badanyang ideal.
Berdasarkan statistik yang dihasilkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), seramai 29% penduduk dewasa mempunyai berat badan yang lebih dan 14% mengalami obesiti di Malaysia pada tahun 2006. Berikut merupakan beberapa cara yang boleh digunakan untuk menurunkan berat badan dengan cepat dan juga sihat.
1.      Kunyah makanan lebih lama dari biasa. Ini akan membuatkan anda berasa cepat kenyang lantas akan mengurangkan pengambilan makanan.
2.      Kurangkan pengambilan makanan yang tidak sihat sedikit demi sedikit. Makan makanan yang kurang lemak. Kurangkan makanan yang mengandungi jumlah gula yang tinggi seperti air bergas, kuih muih, dan makanan ringan.
3.      Jika anda terasa lapar, makan hanya sedikit sahaja nasi dan banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk menghilangkan rasa lapar. 
4.      Jangan makan lewat malam. Jika anda tergolong dalam golongan ini, kurangkan pengambilan sedikit demi sedikit dan makan selewat-lewatnya 3 jam sebelum masuk tidur. 
5.      Jika anda terbangun dari tidur pada waktu malam dan terasa lapar, minum air kosong atau makan sebiji buah seperti epal atau pisang.
6.      Jangan terlepas atau sengaja melepaskan waktu makan anda dengan tujuan untuk menurunkan berat badan. Anda hanya akan berjaya menurunkan metabolisme badan sahaja dengan cara ini. Langkah terbaik adalah makan 5-7 hidangan sederhana sehari. 
7.      Kawal nafsu makan anda kerana ia akan membuatkan anda makan lebih dari yang sepatutnya. Inilah sebabnya anda perlu makan 5-7 kali hidangan sehari demi untuk mengawal nafsu makan anda. 
8.      Jika anda masih gagal mengawal nafsu makan, anda boleh membeli 'protein shakes' dan memakannya di antara hidangan dua kali sehari iaitu antara sarapan dan makan tengahari serta antara makan tengahari dan makan malam.
9.      Anda boleh menggunakan pil diet untuk mempercepatkan lagi proses menurunkan berat badan. Tetapi ia akan menjadi sia-sia jika anda tidak mengamalkan cara pemakanan yang betul dan sihat.
10.  Tingkatkan aktiviti fizikal anda. Latih diri berjalan sekurang-kurangnya 400 meter sehari. Anda tidak semestinya perlu pergi ke gym atau berjogging di padang permainan. Objektif utama adalah untuk membakar lebih banyak kalori. Lakukan aktiviti seperti park kereta anda lebih jauh dari destinasi yang hendak dituju dan pilih untuk menggunakan tangga daripada menggunakan lif.
11.  Buat senaman 'sit up' dan 'push up' setiap kali bangun tidur pada waktu pagi dan pada waktu petang  selepas balik kerja. Lakukan sebanyak 20 kali setiap set. Tambah jumlah 'sit up' dan 'push up' dari hari ke hari sehingga mampu untuk membuat 100 kali setiap set. Dengan cara ini, anda bukan sahaja boleh menurunkan berat badan dengan cepat, malah berpotensi untuk mendapat abs yang cantik berketul-ketul.
P AN D U A N  M E N U R U K A N  B E R A T  B A D A N

1.Berpuasa
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, "Berpuasalah nescaya anda akan sihat". Dengan berpuasa seseorang itu dapat mengurangkan pengambilan makanan dan minuman dengan syarat semasa berbuka seseorang itu tidak makan terlalu banyak semasa berbuka dan pada waktu malam. Memadailah makan sekadar yang perlu sahaja. Semasa berbuka, berbukalah secara orang "miskin"..air masak atau air mineral dan buah kurma, selepas itu pergi solat dan baca Al-Quran. Selepas itu baru makan berat. Makan berat itupun cukup makan nasi, sayur dan SEJENIS protin SAHAJA seperti akan, telur, ayam atau daging, tidak perlu makan kueh kerana kueh mengandungi banyak gula, santan, margerin, susu dan pewarna yang boleh menggalakkan kegemukan. Sebenarnya puasa adalah jalan yang baik untuk penjagaan kesihatan. Dengan berpuasa seseorang itu dapat merehatkan sistem penghadamannya dan melancarkan perjalanan angin dalam badan.

2.Penjagaan makanan
Cara makanan yang baik adalah cara makanan "orang miskin" iaitu makan makanan biasa seperti nasim sayur, dan sejenis protin sahaja setiap kali makan utama dan makan besar hanya sekali sekala sahaja. Begitulah cara orang miskin makan. Mereka hanya makan besar sekali sekali seperti ketika ada jemputan kenduri. Sebab itulah ramai orang miskin kurus. Bagi menjaga pemakana yang baik, kawalan nafsu makan adalah sangat perlu. Badan kita adalah apa yang kita makan. Kueh-mueh Tidak patut makan dengan banyak. Seperti yang ditulis diatas kueh banyak mengandungi bahan-bahan yang boleh menggalakkan kegemukan. Jika hendak bersnek, ambillah buah seperti jambu, sengkuang, betik dan sebagainya.

3.Elakkan makanan ringan/ makanan segera
Penjajahan barat bukan setakat mengongkong politi dan ekonomi kita agar serasi dengan mereka bahkan turut melibatkan budaya kita termasuklah apa yang kita makan. Mereka menjadikan negara dunia kita sebagai tempat lambakan barangan mereka. salah satu produk mereka adalah makanan ringan dan makanan segera. Makanan dan minuman jenis ini mengandungi bahan-bahan yang sudah diproses yang sudah hilang keasliannya, pewarna dan perasa tiruan, kandungan gula dan lemak yang tinggi yang boleh mengganggu sistem penghadaman den pembesaran badan yang kemudiannya menggalakkan kegemukan.

4.Bersenam
Bersenam perlu diamalkan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dengan sekurang-kurangnya 20 minit satu sesi. Bersenam dapat melancarkan perjalanan darah. Apabila perjalanan darah lancar, organ-organ badan dapat menerima oksigen dengan mencukupi dan dapat menjalankan berfunginya dengan baik. Salah satu sebab masalah kegemukan berlaku apabila organ-organ yang terlibat dengan kerja-kerja memproses makanan dalam badan tidak dapat befungsi dengan baik akibat kekurangan bekalan oksigen.

5.Kawal nafsu makan
Makanan yang dihidangkan bukan untuk dimakan semuanya. Kita hanya perlu makan yang diperlukan oleh badan kita sahaja untuk melakukan kerja harian kita. Seseorang itu mungkin berkata, "Saya makan apa sahaja. Badan saya tidak gemuk." kata-kata itu mungkin betul untuk masa iu. Akan tetapi perubahan mungkin berlaku apabila ia menjangkau usia 40-an dan hal itu sudah banyak kita lihat dalam realiti kehidupan dalam mana seseorang yang "slim" ketika usia belasan dan 20-an tahun tetapi menjadi gemuk setelah usia 40-an. Oleh itu, khasnya untuk generasi muda, kawal nafsu makan hari ini untuk keselesaan hari esok.






My first project....laptop sleeve....ciko sleeve.....ini gambar ciko....ini kenangan terakhir untuk ciko...selebihnya tersemat dalam hati...hampir sebelas tahun kami bersama....ciko kucing yang sangat setia....semalam makan udang n teringat kat ciko...sedih rasanya......udang  memang kegemaran ciko.....







1.0              Pengenalan

Perkembangan teori kurikulum tidak dapat dipisahkan daripada sejarah perkembangannya. Perkembangan kurikulum telah bermula sekitar 1890 dengan tulisan Charles dan McMurry, tetapi definisinya dimulakan oleh Franklin Bobbitt pada tahun 1918. John Franklin Bobbitt dianggap sebagai ahli kurikulum pertama dan perintis perkembangan kurikulum. Bobbitt juga turut menggunakan pendekatan ilmiah dalam mengenal pasti hubungan antara kecekapan pekerjaan dan kehidupan manusia sebagai dasar pengembangan kurikulum. Menurut Bobbitt, inti pati teori kurikulum itu amat sederhana iaitu berkisar tentang kehidupan manusia. Kehidupan manusia meskipun berbeza-beza pada dasarnya tetapi mempunyai persamaan dari segi pekerjaan. Pendidikan yang sempurna berupaya menyediakan manusia kepada kebolehan yang lebih sempurna. Kebolehan-kebolehan ini harus dikuasai agar dapat memenuhi keperluan semasa yang sentiasa menuntut penguasaan pengetahuan, keterampilan,sikap, kebiasaan dan apresiasi tertentu. Hal-hal ini merupakan tujuan utama dalam kurikulum. Semua tujuan berserta pengalaman-pengalaman inilah menjadi bahan kajian teori kurikulum.

Kurikulum merupakan alat untuk mencapai pendidikan melalui proses pengajaran. Salah satu peranan kurikulum adalah menjalankan aktiviti dan kegiatan yang kreatif dan konstruktif iaitu mencipta dan menyusun sesuatu yang baru yang dapat diguna pakai sejajar dengan keperluan pada masa ini dan akan datang. Oleh itu, tidaklah menghairankan jika kurikulum sentiasa dirombak dan disusun semula demi perkembangan ilmu pengetahuan. Kegiatan pengembangan kurikulum merangkumi penyusunan kurikulum itu sendiri, pelaksanaan di sekolah-sekolah serta penilaian . Memahami sejarah perkembangan kurikulum pada hakikatnya akan menyedarkan kita bahawa perubahan kurikulum khususnya dalam suatu sistem pendidikan yang sudah mapan dan baik merupakan suatu hal yang dianggap biasa dan selalu terjadi. Perubahan tetap berlaku, baik dalam waktu tertentu dan teratur mahupun apabila sahaja perubahan tersebut dianggap perlu. Perubahan biasanya berlaku apabila kurikulum dianggap tidak seiring dengan keperluan kehidupan dan masyarakat, perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi, serta perkembangan-perkembangan lainnya yang mungkin terjadi setiap saat.


Menjelaskan pengertian kurikulum mungkin merupakan pekerjaan yang paling sukar. Hal ini disebabkan pengertian kurikulum yang terdapat sekarang ini berbeza antara satu dengan lain menurut pandangan para ahli dalam bidang masing-masing. Untuk memahami sifat dan tingkat perbezaan tersebut, alangkah baiknya mengkaji terlebih dahulu berbagai pengertian kurikulum yang dikemukakan oleh ahlinya masing-masing. Kurikulum merupakan suatu pembinaan semula berterusan yang memaparkan pengalaman belajar anak didik melalui suatu susunan pengetahuan yang terancang dengan baik yang biasanya disebut kurikulum.


1.1       Definisi Kurikulum

            Secara etimologis, kurikulum berasal dari perkataan Bahasa Latin ”curir” yang membawa maksud pelari, dan ”curere” yang membawa maksud ”tempat berlari”. Dengan kata lain, ia membawa pengertian suatu jarak yang harus ditempuh oleh seseorang pelari bermula daripada garisan permulaan hinggalah ke garisan penamat. Istilah kurikulum pada awalnya berasal dari dunia olahraga pada zaman Romawi Kuno di Yunani, dan kemudian diterima pakai ke dalam dunia pendidikan. Pengertian tersebut kemudian digunakan dalam dunia pendidikan, dengan membawa maksud cakupan dan aturan tentang sejumlah mata pelajaran yang harus dipelajari oleh seseorang pelajar dalam menempuh alam pendidikan sebagaimana yang telah ditetapkan oleh sistem pendidikan.

John Franklin Bobbitt menerusi bukunya  The Curriculum, yang diterbitkan pada tahun 1918, menyatakan bahawa
‘curriculum, as an idea, has its roots in the Latin word for race-course, explaining the curriculum as the course of deeds and experiences through which children become the adults they should be, for success in adult society. Furthermore, the curriculum encompasses the entire scope of formative deed and experience occurring in and out of school, and not experiences occurring in school; experiences that are unplanned and undirected, and experiences intentionally directed for the purposeful formation of adult members of society’. (www.wikipedia.com).



Kurikulum merupakan keseluruhan kegiatan dan pengalaman yang diperoleh di dalam dan di luar sekolah. Ia merupakan pengalaman yang disusun secara sistematik untuk mencapai tujuan ke arah pembentukan perubahan tingkah laku  dan persediaan ke alam dewasa. Secara terminologis, istilah kurikulum yang digunakan dalam dunia pendidikan mengandungi pengertian sebagai sejumlah pengetahuan atau mata pelajaran yang harus ditempuh untuk mencapai satu tujuan pendidikan atau kompetensi yang telah ditetapkan. Franklin Bobbitt (1918) , ‘Bapa Kurikulum’ melihat kurikulum dari dua perspektif iaitu:

i.                    Pengalaman yang terarah atau tidak yang mana memberi fokus kepada perkembangan individu secara menyeluruh.
ii.                  Pengalaman yang disediakan oleh pihak sekolah secara sedar terhadap murid.

Menurut Zais, (1976:10) menyatakan bahawa kurikulum adalah dokumen bertulis yang berisikan pelbagai komponen sebagai dasar bagi guru untuk mengembangkan kurikulum guru. McDonald pula berpendapat bahawa kurikulum adalah "statement of objectives" sementara ada pula yang menyatakan bahawa kurikulum adalah perancangan bagi guru untuk mengembangkan proses pembelajaran (Saylor, Alexander,dan Lewis, 1981).

Memahami sejarah perkembangan kurikulum sejak awal lagi membolehkan kita menerokai masa-masa aliran yang mempengaruhi perubahan kurikulum. Perubahan kurikulum khususnya di negara-negara yang sudah maju sering dipengaruhi oleh  kewujudan dari kekuatan masyarakat, dan perubahan itu biasanya menawarkan suatu pandangan yang lebih luas atau biasanya disebut inovasi dan pembaharuan. Sejarah perkembangan kurikulum secara kronologi telah mengalami enam peringkat yang masing-masing mempunyai  ciri   istimewa  iaitu academic  scientism,  progressive  functionalism, developmental conformism, scholarly structuralism,romantic radicalism, dan privatistic conservatism. John Dewey (1902) pula menyatakan bahawa istilah kurikulum dan pelajar merupakan dua hal yang berbeza tetapi kedua-duanya adalah saling berkaitan dalam bidang pendidikan. Kurikulum merupakan suatu rekonstruksi berlanjutan yang memaparkan pengalaman belajar pelajar melalui suatu susunan pengetahuan yang terancang secara  dengan baik dan sistematik.



2.0              Latar Belakang Tokoh

John Franklin Bobbitt dilahirkan di Inggeris, Indiana pada 16 Februari 1876. Beliau merupakan anak kepada pasangan James dan Martha Bobbitt. Merupakan seorang yang amat percaya bahawa kerja keras, sentiasa berpegang teguh kepada disiplin diri, meningkatkan dan menimba sebanyak mungkin ilmu, berpengetahuan dan kepatuhan agama yang tinggi merupakan perkara penting dalam kehidupan ini. Sebagai seorang pemikir ulung, beliau mengkhusus kepada bidang kurikulum. Selain bertugas sebagai seorang profesor pentadbiran pendidikan di Universiti Chicago, Franklin Bobbitt juga merupakan seorang penulis. Beliau  juga memainkan peranan penting dalam tempoh tiga dekad pertama abad ke-20 dalam membangunkan kurikulum sebagai satu bidang pengkhususan dalam disiplin pendidikan. Bobbit melanjutkan  pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Indiana sebelum menimba berpengalaman mengajar di Philippine Normal School di Manila dari tahun 1903 hingga 1907. Selepas menerima doktor falsafah di Universiti Clark pada tahun 1909, beliau menyertai fakulti University of Chicago sehinggalah beliau bersara pada tahun 1941.

 Bobbitt dilihat sebagai bapa kurikulum kerana beliau merupakan profesor kurikulum pertama di Amerika Syarikat (Smiley,1902; Winfield,2004). Kedua-dua datuknya dan bapanya bekerja sebagai seorang guru dan menteri dan dicta agama mereka mempengaruhi hasil kerja Bobbitt. Oleh itu, beliau amat menekankan kepentingan disiplin, kepercayaan agama dan keperluan sosial dari sudut kurikulum (Smiley,1992). Bobbitt melihat kurikulum sebagai satu cara untuk persediaan pelajar mengetahui peranan mereka dalam masyarakat perindustrian yang sedang berkembang ketika itu. Beliau juga percaya, melalui kurikulum, mata pelajaran konvensional perlu diganti dengan mengajar mata pelajaran yang lebih sesuai dengan keperluan sosial. Hasil kerja Bobbitt mempunyai pengaruh yang besar dalam pembangunan kurikulum  di mana beliau memberi penekanan yang khusus kepada keperluan sosial semasa berbanding pengajaran semata-mata.

Menurut Bobbitt, kurikulum boleh dihuraikan sebagai alat untuk menyediakan pelajar ke alam dewasa bagi membolehkan pelajar memainkan peranan penting dalam masyarakat perindustrian. Bobbitt juga percaya pengisian kurikulum perlu  mengandungi matlamat tingkah laku yang dapat membantu untuk menjadi pelajar bagaimana untuk mendapatkan kehidupan yang baik. Selain itu, Bobbitt juga percaya bahar prosedur untuk perancangan kurikulum harus dilihat sebagai analisis kerja yang boleh memberi manfaat untuk menentukan aktiviti tertentu yang berguna untuk peranan sosial mereka seperti ahli keluarga, pekerja dan kewarganegaraan.

Pada tahun 1918, Bobbitt menghasilkan sebuah buku bertajuk ‘The Curriculum’. Buku tulisan Bobbitt ini merupakan sebuah buku pertama yang memberi tumpuan khusus kepada teori pembentukan kurikulum. Buku ini diiktiraf oleh ramai sarjana sebagai sebuah buku yang mempunyai kurikulum berstruktur. Walaupun begitu, Bobbitt sedar bahawa buku ini tidak mencukupi untuk membangunkan sebuah kurikulum yang baru. Beliau melihat bahawa terdapat keperluan untuk mengetahui lebih lanjut lagi bagaimana sesuatu kurikulum yang baik perlu dibangunkan. Pembinaan kurikulum ini hanya terhasil melalui pengalaman yang luas dalam bidang ini. Kaji selidik beliau yang paling terkenal ialah kajian berkaitan penilaian pada tahun 1914 di San Antonio Public Schools dan kajian mengenai kurikulum di Los Angeles City Schools.

Melalui bukunya, Bobbitt menyatakan bahawa, melalui pengalamannya, beliau melihat kurikulum dari sudut keperluan sosial dan bukannya kajian akademik semata-mata. Ketika awal pendudukan Amerika, beliau telah dihantar ke Filipina sebagai ahli jawatankuasa merangka kurikulum sekolah rendah untuk kepulauan Filipina. Jawatankuasa ini diberi kebebasan untuk memberi pandangan dan syor bagi memenuhi keperluan penduduk setempat. Jawatankuasa ini juga diberi kuasa untuk mengekalkan kurikulum asal dengan membuat pindaan serta membangunkan semula kurikulum sedia ada bagi tujuan penambahbaikan. Apabila melihat idea mereka tidak relevan dengan realiti masyarakat setempat, Bobbit dan jawatankuasanya beralih kepada kerangka lain iaitu untuk membantu meningkatkan mutu kesihatan dan mata pencarian. Bobbitt percaya bahawa terdapat penyelesaian yang lebih baik untuk membentuk kurikulum berbanding hanya berbekalkan kepercayaan tradisional.

Pada peringkat awal, Bobbitt dan ahli-ahli jawatan kuasanya hanya bertemu dan mengumpulkan buku-buku teks Amerika untuk dibaca. Antaranya buku-buku seperti aritmetik, geografi, sejarah Amerika Syarikat, dan mata pelajaran lain yang biasa diajar di Amerika. Tanpa disedari, perjumpaan tersebut telah bertukar menjadi kursus asas pengajian gred lapan.



Bobbitt merumuskan lima langkah dalam pembinaan kurikulum iaitu:
a.       Analisis pengalaman manusia
b.      Analisis kerja
c.       Mendapatkan objektif
d.      Memilih objektif
e.       Perancangan secara terperinci

Langkah pertama ialah mengasingkan pelbagai jenis pengalaman manusia kepada beberapa bidang utama. Kemudian, diikuti langkah kedua iaitu menganalis kepada bidang yang lebih khusus. Seterusnya, langkah ketiga iaitu membentuk objektif pelajaran berdasarkan kebolehan untuk melaksanakan aktiviti. Langkah keempat ialah memilih objektif  untuk merancang aktiviti pengajaran. Langkah terakhir ialah menyusun atur aktiviti, pengalaman dan peluang untuk mencapai objektif yang telah dirancang. Melalui bukunya ‘Curriculum of Modern Education’, selepas tiga dekad dalam bidang kurikulum, Bobbitt akhirnya berjaya mengubah pandangan tentang kurikulum sekitar 1940-an. Bobbitt menyedari bahawa di dalam silibus yang diajar, terlalu banyak mata pelajaran seperti kewarganegaraan, kesihatan, bahasa dan sebagainya yang tidak mempunyai matlamat jelas. Ini merupakan sebab mengapa kurikulum dengan beberapa mata pelajaran tertentu yang dipelajari tidak mencukupi sebagai hasil sosialisasi biasa, maka mata pelajaran tersebut dianggap lemah.

3.0       Sumbangan dalam perkembangan teori kurikulum

John Franklin Bobbitt merupakan seorang sarjana yang sangat dikenali menerusi dua buah buku tulisannya iaitu ‘The Curriculum’ yang diterbitkan pada tahun 1918 dan ‘How To Make Curriculum’ yang diterbitkan pada tahun 1924. Melalui tulisannya, Bobbitt telah mengembangkan suatu teori pembangunan kurikulum yang diilhamkan daripada prinsip-prinsip pengurusan saintifik .

Di dalam bukunya ‘The Curriculum’, Bobbitt menyatakan bahawa teori kurikulum adalah sesuatu yang mudah. Kehidupan manusia walaupun sentiasa berubah-ubah, tetap melaksanakan aktiviti-aktiviti yang tertentu. Pendidikan merupakan keperluan seumur hidup di mana manusia perlu mengetahui dan mencari maklumat lengkap mengenainya. Maklumat ini merangkumi kebolehan, sikap, tabiat dan pengetahuan yang perlu ada bagi menjadi objektif dalam pembentukan dan pembinaan kurikulum. John Franklin Bobbitt menyatakan bahawa kurikulum adalah kejuruteraan arena sosial yang beranggapan bahawa dalam budaya dan definisi sosial, penggubalan kurikulum mempunyai dua ciri ketara ialah:
(i)                               pakar-pakar ilmiah yang terbaik akan memenuhi syarat untuk layak dan wajar dalam merancang bentuk kurikulum berdasarkan pengetahuan akan menghasilkan kualiti dalam kurikulum yang dibina
(ii)                             kurikulum ditakrifkan sebagai perbuatan dan pengalaman pelajar yang sepatutnya ada untuk menjadi dewasa

Bobbitt dan Ralph W. Tyler berkongsi pandangan tentang hubungan teori kurikulum berdasarkan empat soalan asas iaitu :

a.       Apakah tujuan pendidikan yang hendak dicapai oleh pihak sekolah?
b.      Apakah pengalaman pendidikan yang boleh disediakan oleh pihak sekolah untuk mencapai tujuan pendidikan?
c.       Bagaimanakah pengalaman pendidikan ini boleh dilaksanakan?
d.      Bagaimanakah cara untuk mengetahui tujuan pendidikan ini tercapai?

Terdapat beberapa langkah dalam menghasilkan pemikiran yang produktif  seperti yang dinyatakan di bawah ini iaitu:
Langkah 1       : Diagnosis of need
Langkah 2       : Formulation of objectives
Langkah 3       : Selection of content
Langkah 4       : Organization of content
Langkah 5       : Selection of learning experiences
Langkah 6       : Organization of learning experiences
Langkah 7       : Determination of what to evaluate and of the ways and means                            of doing it





Sesuatu yang menarik tentang teori kurikulum dan praktis ini adalah ia lebih sistematik ke arah pembentukan objektif tingkah laku serta memberikan tanggapan yang jelas tentang dapatan bagi membolehkan kandungan dan metod yang diperoleh diguna tadbir sebaik mungkin serta keputusannya dapat dinilai. Legasi Bobbitt dapat dibahagikan kepada empat bidang. Bidang pertama ialah beliau merupakan salah seorang pendidik warga Amerika yang pertama mengenal pasti objektif sebagai titik permulaan untuk pembentukan kurikulum. Bersama-sama pengarang The National Education  Association’s Cardinal Principles of Secondary Education, Bobbitt turut memberi pandangan tentang kandungan kurikulum yang tidak jelas dalam kurikulum tradisional tetapi diperoleh daripada objektif yang mempunyai peranan dan fungsi dalam menyediakan seseorang ke alam dewasa dan kewarganegaraan. Pendidikan bukan semata-mata untuk diri sendiri tetapi ia lebih kepada penyediaan ke alam kehidupan alam dewasa. Bidang kedua ialah pendekatan saintifik untuk membentuk kurikulum sebagai suatu cara atau kaedah bagi para pendidik dalam membentuk dan membangunkan kurikulum.


Bidang  ketiga ialah Bobbitt bersama-sama pembentuk kurikulum yang berorientasikan kecekapan berpendapat bahawa kurikulum patut dibezakan dalam daripada pelbagai program yang lain di mana para pelajar diberi pendidikan sama ada vokasional atau teknikal sejajar dengan kebolehan dan minat mereka. Seterusnya, hasil kerja mereka ini dapat digunakan selaras dengan kehendak kurikulum vokasional. Bidang keempat ialah Bobbitt merupakan salah seorang warga pendidik Amerika yang memberi takrifan kurikulum sebagai alat kawalan sosial atau peraturan yang dibentuk untuk menangani masalah-masalah masyarakat moden. Beliau melihat tugas-tugas di sekolah adalah seperti memupuk kemahiran dalam kalangan belia, memberi pengetahuan dan kepercayaan bahawa khidmat dan fungsi mereka dalam masyarakat serta pembangunan industri sangat diperlukan.


4.0        Idea dan pandangan dalam kurikulum dan pengajaran

Sebagai seorang yang dikenali sebagai ‘Bapa Kurikulum’, tidak dapat dinafikan peranan Bobbitt dalam pembentukan kurikulum sangat penting. Bobbitt menyatakan, dalam prosedur bagi perancangan kurikulum, segala aktiviti yang dilakukan oleh orang dewasa dalam memenuhi pelbagai pekerjaan, kewarganegaraan dan kekeluargaan serta peranan sosial yang dimainkan  menjadi objektif kurikulum. Bobbitt juga menyatakan bahawa kurikulum itu sendiri terdiri daripada pengalaman yang dibina oleh pendidik itu sendiri dan bersifat umum serta mewakili pengetahuan bahawa kanak-kanak perlu bersedia untuk menunaikan tanggungjawab mereka sebagai warganegara sebagaimana orang dewasa yang lain. Dengan kata lain, kanak-kanak diajar dan dididik bahawa dengan pengetahuan dan pendidikan, kanak-kanak mempunyai peranan tertentu yang lebih khusus dalam menyumbang kemahiran dalam masyarakat.

Bobbitt juga percaya bahawa sekolah-sekolah perlu menyediakan kandungan kurikulum yang sesuai berdasarkan kebolehan intelektual kanak-kanak agar apa yang dihajatkan atau diimpikan menjadi kenyataan. Dengan kata lain, sekolah atau institusi pendidikan  berperanan menyediakan kanak-kanak untuk masa hadapan. Bobbitt turut mentakrifkan kurikulum sebagai sesuatu yang ideal yang merupakan perbuatan dan pengalaman yang dapat membentuk seseorang untuk menjadi apa yang mereka inginkan. Walau bagaimanapun, pandangan Bobbitt tentang ciri-ciri kurikulum ini ditolak oleh pandangan kontemporari. Bobbitt tetap dengan pendiriannya yang menyatakan bahawa penyertaan individu dalam kumpulan dapat membentuk individu untuk masa hadapan. Walaupun berlaku pertentangan idea tetapi para penyelidik kurikulum secara amnya bersetuju dengan pandangan Bobbitt ini.


5.0       Teori Kurikulum

Ramai orang masih menyamakan kurikulum dengan sukatan pelajaran. Sukatan pelajaran, pada asasnya bererti penyataan yang ringkas lagi padat tentang kandungan dan mata pelajaran. Teori kurikulum adalah berkaitan dengan kehidupan manusia. Walau bagaimanapun, ia diubah dan disusun semula serta disesuaikan dengan keperluan masyarakat dan pendidikan setempat. Dengan kata lain, kurikulum merupakan suatu kajian yang sistematik. Dalam pembangunan dan pembentukan kurikulum, ia tidak dapat lari dari kelemahan dan kritikan, dan setiap kelemahan serta kritikan akan membantu membentuk kurikulum yang lebih baik dari sebelumnya. Kurikulum juga tidak bersifat statik, ia sentiasa berubah dari semasa ke semasa.


Teori kurikulum merupakan satu set atau sistem penyataan yang menjelaskan serangkaian hal dan bersifat menyatupadukan serta dilengkapi kaedah-kaedah yang tertentu untuk mencapai matlamatnya. Teori kurikulum lahir dari suatu proses yang menerangkan suatu kejadian yang bersifat universal. Teori kurikulum juga merupakan suatu perangkat penyataan yang memberikan makna terhadap kurikulum sekolah di mana adanya penegasan hubungan antara unsur-unsur kurikulum seperti perkembangan, penggunaan serta penilaian kurikulum.

4 komponen utama dalam pembentukan dan pengembangan teori kurikulum iaitu :
i.                    Tujuan (aims, goals and objectives)
ii.                  Isi/bahan (content)
iii.                Aktiviti pembelajaran (learning activities)
iv.                Penilaian (evaluation)

Fungsi teori adalah untuk mendeskripsi, menjelaskan serta meramalkan. Teori dapat digunakan sebagai alat untuk menerangkan sesuatu dengan tepat di mana ia melibatkan definisi dan istilah yang tepat. Dalam proses pengumpulan data, banyak bahan dan teori yang akan digunakan. Semakin banyak teori yang digunakan, maka semakin banyaklah teori-teori baru yang dilahirkan dan dihasilkan. Selain itu, teori juga mempunyai fungsi untuk meramalkan di mana dapatan yang diperoleh amat berguna untuk masa hadapan.  Penjelasan dan ramalan yang diperoleh memerlukan penjelasan. Penjelasan berfungsi untuk mengukuhkan sesuatu dapatan atau hasil yang diperolehi. Oleh itu, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa teori kurikulum merupakan satu set definisi yang saling berkait dan berhubung rapat antara satu sama lain dari segi konsep, andaian dan konstruk yang digunakan untuk menggambar, meramal dan menjelaskan sesuatu. Ia juga digunakan sebagai dasar untuk membentuk kurikulum.

Melalui teori kurikulum, Franklin Bobbitt mendesak rakan-rakannya agar sentiasa menggunakan teknologi baru sebagai panduan untuk fungsi pendidikan. Prinsip pengurusan dan aplikasi teori dapat membantu pendidik agar lebih cekap dalam pengurusan bidang masing-masing. Bobbitt dan Charters sering mengaitkan idea analisis aktiviti dalam membentuk kurikulum. Idea-idea yang dihasilkan menghubungkan objektif mata pelajaran dengan aktiviti di mana ia penting untuk menyediakan pelajar ke alam pekerjaan.

Sebagai seorang ahli teori yang penting dalam pembinaan kurikulum sekolah di Amerika Syarikat, Bobbitt banyak menekankan betapa pentingnya menjaga dan memelihara identiti budaya sesuatu kaum dan agama. Beliau mengambil ideologi eugenik dan disiplin mental adalah asas teori yang utama. Karya terawal beliau berdasarkan pandangan esentialist. Bagaimanapun, Bobbitt mendakwa kurikulum harus berpaksikan kenyataan khusus. Beliau juga dengan tegas mencadangkan agar anak-anak harus meneruskan pendidikan mereka sehingga mereka berusia 18 hingga 20 tahun. Bobbitt juga menyokong pengurusan kurikulum saintifik dan berasaskan kecekapan. Oleh itu, teori fungsionalis adalah asas kepada kajian yang dilakukan. Dalam kajian yang dijalankan, Bobbitt menekankan kepada perkembangan pembentukan tingkah laku kanak-kanak.

Selain itu, Bobbitt juga memberi tumpuan kepada keperluan pendidikan am dan pembangunan intelek. Dalam karya-karyanya yang kemudian, Bobbitt menganjurkan satu siri ujian yang didorong oleh kurikulum dan pengajaran yang berasaskan kompetensi. Null (1999) menyatakan empat komponen asas yang dianjurkan oleh Bobbitt iaitu :
a.       penekanan terhadap kepentingan pendidikan umum
b.      ketidakupayaan untuk kehidupan masa depan menentukan peranan pelajar
c.       keperluan untuk membangunkan intelek pelajar
d.      penghormatan kepada kebanyakan pengarang yang menghasilkan karya-karya agung

Karya-karya dan hasil kerja Bobbitt banyak membawa pembangunan dan perubahan dalam bidang kurikulum dalam abad ke-20. Beliau merupakan salah seorang ahli teori yang pertama membuat kurikulum dengan memberi penekanan kepada mengenal pasti objektif. Beliau juga menyatakan bahawa aktiviti-aktiviti dan persediaan merupakan elemen yang amat penting dalam pembentukan kurikulum. Aktiviti-aktiviti dirancang harus berdasarkan kebolehan dan keupayaan seseorang pelajar. Bobbitt juga melihat amat penting dalam menentukan prinsip pengurusan saintifik. Bobbitt  berusaha keras bagi memastikan bidang kurikulum diterima dalam pembangunan dan pembentukan kurikulum. Bersama-sama dengan penyelidik lain seperti W. W. Charters, Ross L. Finney, Charles C. Peters dan David Snedden, pada sekitar awal abad ke-20, teori kecekapan Bobbit memberi perubahan dan sinar dalam pendidikan. Sekolah-sekolah telah menjadi institusi utama dalam kehidupan di Amerika. Objektif pendidikan memainkan peranan yang sangat penting untuk menyediakan pelajar ke alam dewasa dan pekerjaan kelak. Pelbagai aktiviti dilakukan bagi memenuhi tujuan sosial ini.

Pembelajaran adalah suatu proses yang dirancang dan dibimbing. Kita perlu menyatakan terlebih dahulu apa yang kita cari untuk mencapai sesuatu objektif pembelajaran dan pengajaran dan bagaimana cara untuk kita mencapainya. Pembelajaran merujuk kepada  bagaimana teori dan amalan kurikulum dilaksanakan di sekolah dan berhubung dengan idea-idea persekolahan lain seperti subjek diajar dan pengajaran. Bobbitt menyatakan terdapat empat cara mendekati teori dan amalan kurikulum iaitu melalui:
1.  Kurikulum sebagai sebuah badan pengetahuan untuk memindahkan maklumat
2. Kurikulum sebagai satu usaha untuk mencapai tujuan tertentu
3 . Kurikulum sebagai satu proses
4.  Kurikulum sebagai satu praktis

5.1              Kurikulum sebagai alat untuk memindahkan maklumat

Ramai yang keliru untuk membezakan kurikulum dan sukatan pelajaran. Sukatan pelajaran secara amnya bermaksud penyataan yang ringkas lagi padat yang mengandungi kandungan tentang mata pelajaran diajar. Sukatan pelajaran secara amnya tidak menunjukkan kepentingan relatif topik dengan apa yang dikaji. Oleh itu, satu pendekatan antara teori dan amalan kurikulum yang memberi tumpuan kepada sukatan pelajaran yang hanya benar-benar mengandungi kandungan perlu diujudkan. Dalam erti kata lain, pendidikan adalah satu proses yang diturunkan atau ‘diserahkan’ kepada pelajar dengan kaedah yang paling berkesan. (Blenkin et al 1992: 23). Pandangan tentang kurikulum ini telah diterima pakai oleh semua golongan pendidik dan para guru. Pendidikan yang disertai dengan objektif pembelajaran, kerangka yang sesuai dan penilaian pada akhirnya dilihat sebagai sebagai satu set lengkap membentuk kurikulum. Bobbitt dalam bukunya menegaskan bahawa teori kurikulum dan kehidupan manusia merupakan dua perkara yang saling berhubung kait. Pendidikan merupakan proses seumur hidup dan berpanjangan. Teori kurikulum juga menekankan tentang aktiviti (guru dan murid) supaya murid-murid akan mencapai tahap serta objektif tertentu dalam pendidikan.

5.2              Kurikulum sebagai satu proses untuk mencapai tujuan tertentu

Kurikulum pada asasnya adalah satu set dokumen untuk dilaksanakan. Salah satu cara melihat teori kurikulum dan amalan adalah melalui proses. Pengertian ini bukan menrupakan suatu perkara yang dilihat secara fizikal sahaja, tetapi sebaliknya melalui interaksi para guru, pelajar dan ilmu pengetahuan. Dalam erti kata lain, kurikulum adalah apa sebenarnya berlaku di dalam bilik darjah dan apa yang mereka lakukan untuk menyediakan dan menilai. Ia adalah suatu proses yang aktif dan hubungan dengan bentuk praktikal. Apabila guru masuk ke dalam bilik darjah, beliau perlu berfikir secara kritis dalam setiap tindakan yang diambil dan memahami peranan mereka di samping prinsip-prinsip dan ciri-ciri penting dalam pendidikan.  Teori dan praktis secara amnya adalah sebagai satu cara untuk membantu berfikir tentang peranan mereka sebelum, semasa dan selepas sesuatu proses pengajaran itu berlaku. Melalui kurikulum juga, ia sebagai asas untuk merancang sesuatu, mengetahui apa yang perlu dipelajari, prinsip-prinsip untuk membangunkan strategi  pengajaran, prinsip-prinsip untuk membuat keputusan menurut urutan serta mengkaji kekuatan dan kelemahan seseorang pelajar.

5.3              Kurikulum sebagai satu proses

Kurikulum merupakan satu bentuk spesifikasi tentang amalan pengajaran. Ia merupakan satu cara untuk menterjemahkan apa-apa idea pendidikan kepada andaian yang boleh diuji yang membolehkan sesuatu dapatan dikaji dan dianalisis. Para guru, pelajar dan ibu bapa dapat melihat dan menilai hasil ujian untuk melakukan penambahbaikan kepada kandungan mata pelajaran dan kurikulum sekolah. Apabila seseorang pelajar dapat menunjukkan kemahiran tertentu, mereka disifatkan sebagai telah menyempurnakan proses. Dengan kata lain, produk yang dihasilkan telah menjadi.


5.4       Kurikulum sebagai praktis
 Untuk melaksanakan tugas profesionalnya dengan baik, para guru harus memiliki empat standard kompetensi guru, iaitu kompetensi pedagogi, kompetensi keperibadian, kompetensi sosial, dan kompetensi profesional. Rancangan Pembelajaran diharapkan dapat menjadi panduan para guru tentang pelbagai aspek yang berkaitan dengan kurikulum dan pembelajaran. Dalam sistem pendidikan nasional, kita mengenal tiga komponen utama, iaitu pelajar, guru dan kurikulum. Dalam proses belajar mengajar, ketiga-tiga komponen tersebut mempunyai hubungan yang tidak dapat dipisahkan antara satu dengan yang lain. Tanpa pelajar, guru tidak akan dapat melaksanakan proses pembelajaran. Tanpa guru, para pelajar juga tidak akan dapat belajar secara optima. Tanpa kurikulum, guru pun tidak akan mempunyai bahan ajar yang akan diajarkan kepada pelajarnya. Pengembangan kurikulum adalah proses penyusunan kurikulum oleh para pembina kurikulum (curriculum developer) dan kegiatan tersebut wajar dilakukan agar kurikulum yang dihasilkan dapat menjadi bahan pengajaran  dan  sebagai  reka  bentuk  yang  digunakan  untuk   mencapai  tujuan  pendidikan nasional.

6.0        Karya-karya John Franklin Bobbit

Sebagai seorang ‘Bapa Kurikulum’, tulisan-tulisan dan karya Bobbitt sering diangkat dan diiktiraf dalam dunia pendidikan. Antara karya Bobbit yang terkenal ialah:
1.      The Curriculum .1918. Houghton Miffin Company, Boston, New York.
2.      How to make a curriculum. 1924. Houghton Miffin Company, Boston, New York.
3.      Curriculum making in Los Angeles. 1922. University of Chicago Press, Chicago.
4.      The San Antonio Public School System: A survey conducted by J.F.Bobbittjanuary,1915.
5.      The curriculum of modern education. 1941. Mcgraw Hill Book Company.inc,New York.
6.      The Growth of Philippine Children (1909)
7.      Curriculum Principles (1922)
8.      Sir John Franklin's journals and correspondence: the first Arctic land expedition, 1819-1822, Volume 1:Publications of the Champlain Society.1995. University of Michigan.

7.0        Kesimpulan
Kurikulum adalah rancangan untuk pembelajaran. Semua rancangan mengandungi visi yang mentakrifkan nilai sosial dan struktur yang diterjemahkan ke dalam pengalaman. Perkembangan kurikulum ialah proses yang dinilai, diterjemah dan disusun ke dalam pengalaman pembelajaran. Perkembangan kurikulum sebagai satu proses  merupakan putaran asas yang mengandungi beberapa peringkat iaitu menganalisis, mereka bentuk, melaksanakan dan menilai.  Proses ini digunakan di semua peringkat dalam pembentukan konsep dan menyepadukan semua usaha untuk meningkatkan kualiti program persekolahan. Kurikulum ialah segala pengalaman pembelajaran yang dirancang dan diarahkan oleh sebuah sekolah untuk mencapai matlamat pendidikan. Di bawah kurikulum akademik, terdapat pelbagai jenis kurikulum, seperti kurikulum integrasi, teras dan aktiviti atau pengalaman yang dapat digabungkan untuk membentuk kurikulum formal. Pembentukan dan perubahan dalam kurikulum dipengaruhi oleh polisi-polisi kerajaan, matlamat dan keutamaan program, keperluan negara dan masyarakat, keperluan individu serta keperluan menyeluruh.
Usaha berterusan perlu dilakukan bagi memastikan kurikulum yang dirancang dapat dilaksanakan sejajar dengan keperluan dan kehendak semasa. Memetik kata-kata tentang John Franklin Bobbitt dalam wikipedia,
... he said in regards to students, “They should only learn those skills which were necessary to fulfill their personal tasks” and he believed “girls had a very different future than boys, so they did not need the same sort of education.” He said, “Educate the individual according to his capabilities”. This requires that the material of the curriculum be sufficient various to meet the needs of every class of individuals in the community and that the course of training and study be sufficiently flexible that the individual can be given just the things that he needs. I think of this as NOT being individualized/differentiated instruction in the way we mayhthink of it but, as it says in his quote, teach just what someone needs…no more. To me that means do not further the capacity of their minds, bringing about a Prussian ideal of teaching just what that person will need to know- not what they want to know- to ensure they are not intelligent enough to cause a ruckus or be “too educated”. (www.wikipedia.com).

Rujukan
6.      www.authorstream.com