The Teacher and The Curriculum
�
Ambivalent Feelings About
Curriculum Work
�
Finding Time and Resources
For Curriculum Work
�
Who Has The Authority to
Make Curriculum Decisions
�
When Is a Curriculum
Change a Change for the Better
�
Preparing for Curriculum
Work
Guru dan
kurikulum seiring ke arah pendidikan
pelajar. Seorang guru dan
pengaruh kurikulum dan memberi kesan kepada pendidikan kanak-kanak dan juga
pencapaian sesebuah Negara.Apakah tujuan pendidikan? Kurikulum merujuk
kurikulum rasmi ia meliputi tujuan pendidikan, aktiviti yang dijalankan dan
program pendidikan yang dilaksanakan.
Guru- guru
yang tertakluk kepada system sekolah mereka biasanya gembira untuk melaksanakan
kurikulum rasmi di sekolah dan mereka menerima apa yang ada dalam panduan rasmi
kurikulum dan apabila mereka diberi peluang mereka bentuk kurikulum mereka
sendiri mereka lebih seronok dan memikirkan cara yang lebih baik untuk mengajar
subjek kegemaran mereka sendiri.
Apa yang
paling sukar ialah praktikal dalam kurikulum kerana guru memerlukan masa yang
lama untuk menyesuaikan diri dalam melaksanakannya. Misalnya pelaksanaan PBS di Negara kita iaitu KSSR dan
KSSM. Apabila ia dilaksanakan ia memerlukan masa untuk guru menyesuaikan diri
dan faham system yang baru jadi ia melibatkan masa dan tenaga untuk menceburkan
diri dalamnya.Tetapi ramai yang merungut kerana ramai guru yang mahu menumpukan
lebih masa kepada urusan masing –masing dahulu seperti keluarga.Perjawatan guru
memerlukan sesuatu yang lebih besar kerana guru memerlukan bekalan dan
peralatan untuk melaksanakan pengajaran yang lebih baik. Misalnya computer dan
akses internet.Suka atau pun tidak guru terpaksa menerimanya dan ia ada dalam
system. Contohnya pada hari ini dalam system pendidikan kita keperluan computer
dan akses internet adalah sesuatu yang biasa. Komputer diperlukan untuk menjadikan P & P lebih menarik, proses gabungjalin
lebih baik, memasukkan markah peperiksaan awam ke dalam system seperti SAPS, memasukkan
data murid ke sekolah menengah dan sebagainya malah untuk tujuan pengembangan
kerjaya guru itu sendiri memerlukan computer dan akses internet.Sesetengah guru
berjaya dalam pengembangan kerjaya melalui pelbagai cara misalnya melalui
perundingan dengan rakan sekerja dari tempat lain.
Bekerja dalam
satu pasukan memang digemari oleh para guru kerana melaluinya mereka boleh
dibantu oleh rakan sejawat dania memberi motivasi untuk tugasan mereka. Apa pun
memikirkan tentang sekolah, murid dan lain – lain hal tentang kurikulum
merupakan sebahagian dari diri guru.. Sebagai guru ia takkan lekang dari
ingatan. Guru juga boleh membangunkan diri dan kerjaya melalui projek inovasi,
menulis geran untuk projek kurikulum dan sebagainya. Misalnya guru di Malaysia
dikehendaki membuat penulisan melalui Kajian Tindakan.Ia bagus dan
memperlihatkan banyak masalah dalam kurikulum yang boleh ditemui jalan
penyelesaian melaluinya.Apa pun sebagai guru, kita perlulah mempunyai strategi
untuk menjadikan kerjaya kita lebih baik dan berjaya bukan selamanya di takuk
yang sama.
Situasi ini
sebenarnya sama sahaja dengan kondisi Negara kita. Guru sering dipanggil
mesyuarat untuk membincangankan isu-isu semasa tentang P & P, dipanggil
untuk menghadiri latihan misalnya penandaan kertas, kejurulatihan, Kursus KSSR
mengikut tahun dan sebagainya.Namum kerja – kerja dalam kurikulum ini boleh
menjadi kekecewaan sekiranya kurikulum
yang dirancang belum lagi mantap dan guru perlu menghabiskan banyak masa untuk
memikir dan meyelesaikan masalah tentangnya dan kurikulum itu perlu disemak
apabila ia terlalu sukar untuk disampaikan atau terlalu mudah untuk diterima
ini kerana kurikulum yang benar – benar ideal itu tidak wujud.Pentadbiran
sekolah menjadikan kurikulum sebagai sesuatu yang tidak selesa untuk para guru.
Apabila perubahan diperkenalkan guru menjadi tidak pasti samada untuk menentang
atau menyokong perubahan tersebut. Keadaan ini sama dengan keadaan sekarang
apabila KSSR diperkenalkan.Ramai guru sebenarnya masih tidak faham tentang idea
KSSR itu sendiri malah mereka kurang diberi pendedahan tentangnya. Maka
segolongan guru membentuk kesatuan kecil untuk menentang KSSR atau meminta ia ditangguhkan. Kurikulum yang
unggul memerlukan guru – guru untuk menyokongnya dan sifat kurikulum itu
sendiri sebenarnya tidak statik maka gurulah yang patut sama – sama
menjadikannya stabil dan bukan menentangnya.Bukankah tugas guru itu sebagai
pelaksana.
Masalah paling
serius dalam melaksanakan tugas harian
sebagai pelaksana kurikulum ialah “Siapa Yang Mempunyai Kuasa Dalam
Membuat Keputusan?”.Guru sekadar melaksanakan kurikulum
ideal yang telah dirancang.Guru akan megubah mengikut kesesuaian untuk
meyampaikannya. Seperti situasi hari ini guru diberi kebebasan untuk
menyampaikan mengikut cara sendiri dan mereka hanya diberi guidline ini kerana individu yang menerima mempunyai
latar yang berbeza seperti agama, jantina, latar belakang keluarga dan
sebagainya begitu juga dengan guru yang mempunyai pengalaman yang berbeza –
beza.Dalam banyak hal ketika menyampaikan kurikulum sebenarnya gurulah orang
yang paling berkuasa dalam membuat keputusan. Mereka sering menyampaikan
mengikut perkiraan sendiri.
Kurikulum yang
ideal telah pun dibina tetapi ada yang
jelas tentangnya dan ada yang tidak jelas tentangnya. Apa sahaja yang dilakukan
guru di sekolah di kira sebahagian kurikulum.Di Malaysia sistem perguruan itu
sendiri telah dirancang. Bagaimana ia bermula?.Pengambilan guru bermula dan
yang terpilih serta menepati kriteria akan diberi latihan yang cukup untuk
menjadi seorang pendidik.Guru pelatih diberi asas bersesuaian dengan sistem
kurikulum yang diamalkan. Misalnya beberpa tahun dulu guru-guru yang dilatih
adalah mengikut sistem KBSR dan KBSM tetapi pelatih yang terkini menggunakan
sistem KSSR dan KSSM.Guru hari ini dilihat dari segi pencapaian. Semua perkara
mesti ada perubahan. Mudahnya ia seperti seorang bayi yang pada akhirnya bila
masa berlalu ia akan menjadi dewasa.Misalnya dalam kokurikulum yang menjadi
sebahagian nadi dalam kurikulum. Semakin hari ia menjadi semakin baik dan
tujuannya juga menjadi baik. Dahulu tidak ada 1 Murid 1 Sukan (1M1S) tetapi
kini ia dilaksanakan untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Apa masalahnya? Ia
menyelesaikan masalah pelajar negara kita yang semakin obseti.Apabila ramai
yang gemuk penyakit seperti diabetis dan hipertensi mudah menyerang dan ini
menjadi satu kerugian kepada negara pada akhirnya.
Apabila
berlaku perubahan semua orang patut terlibat dan ambil peranan supaya mendapat sesuatu yang lebih baik. Apa
yang perlu dibuat melaksanakan perubahan?Ia mestilah ada perancangan .
Misalnya 2011 :bilangan murid tahu 1
ialah 25 orang dan jumlah ini cukup untuk sebuah kelas sahaja tetapi pada 2012
murid bertambah sekali ganda lebih.
Kelas baru seagai tambahan perlu dirancang dan disediakan untuk menampung
ketidakcukupan tadi.
Sedar atau
tidak masyarakat juga mempunyai hak ke atas kurikulum.Masyarakat terdiri
daripada ibu bapa dan orang awam. Oleh itu mereka berhak tahu tentang kurikulum
dan apa yang berlaku. Merekalah orang yang mengharapkan hasil daripada
kurikulum dengan melihat melalui anak – anak mereka. Sebelum KSSR dan KSSM diwujudkan sistem kita lebih tertutup.Hanya
golongan tertentu sahaja yang benar-benar faham tentangnya selain guru misalnya
jawatan- jawatan profesional. Tetapi kini pandangan telah berubah. Kurikulum
baru yang terhasil melibatkan semua peringkat masyarakat dan mempertimbangkan
apa yang mayarakat mahu sebab itu adanya dialog pendidikan untuk menampung keperluan
ini.Apa pun guru sebenarnya selalu mengikut intuisi sendiri untuk tahu sesebuah
kurikulum itu patut berubah atau tidak kerana mereka yang melaksanakan maka
mereka rasa mereka lebih arif sama ada untuk mengekalkan atau sebaliknya.
|