DROPSHIP
Kita mungkin jarang atau tidak pernah
mendengar apa itu dropship .Dunia perniagaan moden kini memang menuntut peranan
dropship. Bagi seseorang yang baru berjinak-jinak dalam dunia bisnes,mereka pasti
mahu bisness yang meminimakan modal. Dropship ini adalah salah
satu cara bisnes tanpa modal! Menarik kan? Jana keuntungan tanpa modal
adalah sesuatu yang tidak mustahil jika kena pada caranya.
BAGAIMANA DROPSHIP BERFUNGSI?
Dropship berfungsi
sangat mudah:
1 – Anda pilih apa yang ingin anda jual daripada katalog Dropshippers atau laman web.
2 – Senaraikan produk yang anda pilih itu di
Facebook, laman web anda, katalog atau di tempat lain menggunakan foto produk
dan keterangan Dropshippers.
3 – Apabila ada tempahan daripada para pelanggan, anda menempah produk dari dropshipper
tersebut. Mereka kemudian akan menghantarnya terus ke pelanggan anda.Pelanggan
anda akan berfikir barang yang mereka beli datang secara langsung daripada
anda.
4 – Anda mendapat keuntungan
dengan mudah!
TANPA
MODAL
KAEDAH DROPSHIP
Dropship adalah memerlukan anda mempromot barang
tersebut dilamansosial,laman-laman pengiklanan dan sebagainya. Sesuatu
yang menarik, anda tidak perlu beli stok ataupun menyimpan
stok. Anda hanya perlu ambil gambar produk tersebut, iklankan. Bila anda dapat
tempahan, anda hanya perlu hubungi supplier produk tersebut dan supplier itu
sendiri yang akan menghantarkan untuk anda. Sebut pula pasal harga, anda jual
produk tersebut dengan harga pasaran dan anda bayar supplier tersebut dengan
harga agent. Menarik bukan?
1. Promot
produk di mana-mana sahaja(yang sesuai)
2.
Pembeli membeli produk tersebut dengan anda
3.
Pembeli bayar anda dengan harga pasaran
4. Anda
sebagai agent/orang tengah membayar pembekal/supplier dengan harga
yang lebih murah berbanding harga pasaran/harga agent.
5.
Pembekal akan menghantar produk tersebut pada pelanggan anda.