Sekitar awal
tahun 2015 saya membuka sebuah perniagaan berkonsepkan kosmetik seusai pulang
dari mengerjakan umrah.Kedai tersebut dinamakan SYUHADAH
KOSMETIK.
Peringkat awal penubuhan agak sukar untuk saya menyesuaikan diri maklumlah pagi
saya bekerja, pulang dari sekolah menguruskan mohd untuk mengaji dan 3.30
mengambil pulang dari mengaji…Sekitar 4.30 saya terconggok di kedai bersama Mohd yang sudi menemani saban hari.
Minggu pertama
hingga sebulan tu penuh dengan cabaran untuk saya, maklumlah suasana baru dan
setting masa yang baru.Hampir saya mahu mengalah kerana terlalu penat saya
rasakan. Jejak bulan ke 2 saya mula sesuaikan diridan melakukan rutin dengan
gembira dan terbuka.
Masuk bulan ketiga saya semakin
selesa. Tetapi pada satu malam yang menduga hati, Allah gerakkan hati untuk
membeli teh halia ais di kedai mamak yang sebaris dengan kedai saya tetapi jauh
sedikit. Pada kebiasaannya saya tidak singgah di kedai mamak. Malam itu kenapa
entah….tapi ketika saya order air yang saya tidak beli saya terpandang dua
pasangan melayu yang putih dan agak menarik tapi pada perkiraan saya bukan
bangsa Melayu.
Tiba-tiba saya
terpandang sebuah kedai yang sedang berkemas yang pada hemat saya seperti
guardian … yang peliknya kenapa kedai tersebut menjual barang-barang seperti
kedai saya?....Malam itu saya pulang dengan resah sehingga lupa menghidupkan
lampu kereta. Saya mengadu esoknya kepada Sarah sahabat saya yang saya pujuknya
membuka spa di atas kedai saya. Menurut Sarah janganlah risau Guardian tue……Mendengar
jawapannya gundah saya berkurang . Hal yang sama saya ceritakan pada suami…jawapan
yang sama saya terima buat gundah saya semakin pudar.
Beberapa hari
kemudian suami memberitahu bahawa kedai tersebut berkonsepkan kedai seperti
saya menjual pelbagai produk Dherb, V`asia, Dnarz dan lain-lain lagi. Tersentap
hati saya. Kedai tersebut ialah Sri Tanjung. Yang ownernya berbangsa Cina dan
pekerjanya Melayu Acheh. Saya tidak hairan bersaing dengan kedai yang ownernya
Melayu Acheh sebab masih lagi seagama dengan saya.Di sini saya lihat permainan
strategi mereka.
Seminggu tidur
saya mimpinya bertemakan kedai sahaja. Resahnya hati saya hanya Allah yang
tahu.Satu hari saya terdengar ustaz di radio IKIM memberitahu…. Bila Allah menarik zon selesa kita bermakna Allah
mahukan kita berfikir lebih baik untuk dapat sesuatu yang lebih baik… Akhirnya
sejuk resah hati saya ini
Dalam seminggu
ini saya perlu bertindak pantas dan memikirkan idea lagi. Dalam saya gembira
berniaga ada untung , balik modal dan gaji untuk saya sendiri tetapi perniagaan
saya menghadapi risiko jika saya meneruskannya. Mampukah saya nanti ?Ramai yang
mengatakan janganlah tutup kerana telah ada pelanggan yang setia tetapi saya
perlu memastikan apa yang saya dapat cukup untuk membayar sewa dan lain-lain.Selamat
tinggal untuk Syuhadah Kosmetik dan selamat datang perniagaan baru. Tentu ada
rezeki untuk saya kerana saya orang yang berusaha. Allah dah janji ada rezeki
bagi yang berusaha. Saya akan teruskan usaha semoga Allah melorongkan saya
sesuatu yang lebih baik. Ameen.
Semua ini akan jadi kenangan dan cabaran untuk saya