The
Teacher and The Curriculum
�
Ambivalent Feelings About
Curriculum Work
�
Finding Time and Resources
For Curriculum Work
�
Who Has The Authority to
Make Curriculum Decisions
�
When Is a Curriculum
Change a Change for the Better
�
Preparing for Curriculum
Work
Guru dan
kurikulum seiring ke arah pendidikan
pelajar. Seorang guru dan
pengaruh kurikulum dan memberi kesan kepada pendidikan kanak-kanak dan juga
pencapaian sesebuah Negara.Apakah tujuan pendidikan? Kurikulum merujuk
kurikulum rasmi ia meliputi tujuan pendidikan, aktiviti yang dijalankan dan
program pendidikan yang dilaksanakan.
Guru- guru
yang tertakluk kepada system sekolah mereka biasanya gembira untuk melaksanakan
kurikulum rasmi di sekolah dan mereka menerima apa yang ada dalam panduan rasmi
kurikulum dan apabila mereka diberi peluang mereka bentuk kurikulum mereka
sendiri mereka lebih seronok dan memikirkan cara yang lebih baik untuk mengajar
subjek kegemaran mereka sendiri.
Apa yang
paling sukar ialah praktikal dalam kurikulum kerana guru memerlukan masa yang
lama untuk menyesuaikan diri dalam melaksanakannya. Misalnya pelaksanaan PBS di Negara kita iaitu KSSR dan
KSSM. Apabila ia dilaksanakan ia memerlukan masa untuk guru menyesuaikan diri
dan faham system yang baru jadi ia melibatkan masa dan tenaga untuk menceburkan
diri dalamnya.Tetapi ramai yang merungut kerana ramai guru yang mahu menumpukan
lebih masa kepada urusan masing –masing dahulu seperti keluarga.Perjawatan guru
memerlukan sesuatu yang lebih besar kerana guru memerlukan bekalan dan
peralatan untuk melaksanakan pengajaran yang lebih baik. Misalnya computer dan
akses internet.Suka atau pun tidak guru terpaksa menerimanya dan ia ada dalam
system. Contohnya pada hari ini dalam system pendidikan kita keperluan computer
dan akses internet adalah sesuatu yang biasa. Komputer diperlukan untuk menjadikan P & P lebih menarik, proses gabungjalin
lebih baik, memasukkan markah peperiksaan awam ke dalam system seperti SAPS, memasukkan
data murid ke sekolah menengah dan sebagainya malah untuk tujuan pengembangan
kerjaya guru itu sendiri memerlukan computer dan akses internet.Sesetengah guru
berjaya dalam pengembangan kerjaya melalui pelbagai cara misalnya melalui
perundingan dengan rakan sekerja dari tempat lain.
Bekerja dalam
satu pasukan memang digemari oleh para guru kerana melaluinya mereka boleh
dibantu oleh rakan sejawat dania memberi motivasi untuk tugasan mereka. Apa pun
memikirkan tentang sekolah, murid dan lain – lain hal tentang kurikulum
merupakan sebahagian dari diri guru.. Sebagai guru ia takkan lekang dari
ingatan. Guru juga boleh membangunkan diri dan kerjaya melalui projek inovasi,
menulis geran untuk projek kurikulum dan sebagainya. Misalnya guru di Malaysia
dikehendaki membuat penulisan melalui Kajian Tindakan.Ia bagus dan
memperlihatkan banyak masalah dalam kurikulum yang boleh ditemui jalan
penyelesaian melaluinya.Apa pun sebagai guru, kita perlulah mempunyai strategi
untuk menjadikan kerjaya kita lebih baik dan berjaya bukan selamanya di takuk
yang sama.
Situasi ini
sebenarnya sama sahaja dengan kondisi Negara kita. Guru sering dipanggil
mesyuarat untuk membincangankan isu-isu semasa tentang P & P, dipanggil
untuk menghadiri latihan misalnya penandaan kertas, kejurulatihan, Kursus KSSR
mengikut tahun dan sebagainya.Namum kerja – kerja dalam kurikulum ini boleh
menjadi kekecewaan sekiranya kurikulum
yang dirancang belum lagi mantap dan guru perlu menghabiskan banyak masa untuk
memikir dan meyelesaikan masalah tentangnya dan kurikulum itu perlu disemak
apabila ia terlalu sukar untuk disampaikan atau terlalu mudah untuk diterima
ini kerana kurikulum yang benar – benar ideal itu tidak wujud.Pentadbiran
sekolah menjadikan kurikulum sebagai sesuatu yang tidak selesa untuk para guru.
Apabila perubahan diperkenalkan guru menjadi tidak pasti samada untuk menentang
atau menyokong perubahan tersebut. Keadaan ini sama dengan keadaan sekarang
apabila KSSR diperkenalkan.Ramai guru sebenarnya masih tidak faham tentang idea
KSSR itu sendiri malah mereka kurang diberi pendedahan tentangnya. Maka
segolongan guru membentuk kesatuan kecil untuk menentang KSSR atau meminta ia ditangguhkan. Kurikulum yang
unggul memerlukan guru – guru untuk menyokongnya dan sifat kurikulum itu
sendiri sebenarnya tidak statik maka gurulah yang patut sama – sama
menjadikannya stabil dan bukan menentangnya.Bukankah tugas guru itu sebagai
pelaksana.
Masalah paling
serius dalam melaksanakan tugas harian
sebagai pelaksana kurikulum ialah “Siapa Yang Mempunyai Kuasa Dalam
Membuat Keputusan?”.Guru sekadar melaksanakan kurikulum
ideal yang telah dirancang.Guru akan megubah mengikut kesesuaian untuk
meyampaikannya. Seperti situasi hari ini guru diberi kebebasan untuk
menyampaikan mengikut cara sendiri dan mereka hanya diberi guidline ini kerana individu yang menerima mempunyai
latar yang berbeza seperti agama, jantina, latar belakang keluarga dan
sebagainya begitu juga dengan guru yang mempunyai pengalaman yang berbeza –
beza.Dalam banyak hal ketika menyampaikan kurikulum sebenarnya gurulah orang
yang paling berkuasa dalam membuat keputusan. Mereka sering menyampaikan
mengikut perkiraan sendiri.
Kurikulum yang
ideal telah pun dibina tetapi ada yang
jelas tentangnya dan ada yang tidak jelas tentangnya. Apa sahaja yang dilakukan
guru di sekolah di kira sebahagian kurikulum.Di Malaysia sistem perguruan itu
sendiri telah dirancang. Bagaimana ia bermula?.Pengambilan guru bermula dan
yang terpilih serta menepati kriteria akan diberi latihan yang cukup untuk
menjadi seorang pendidik.Guru pelatih diberi asas bersesuaian dengan sistem
kurikulum yang diamalkan. Misalnya beberpa tahun dulu guru-guru yang dilatih
adalah mengikut sistem KBSR dan KBSM tetapi pelatih yang terkini menggunakan
sistem KSSR dan KSSM.Guru hari ini dilihat dari segi pencapaian. Semua perkara
mesti ada perubahan. Mudahnya ia seperti seorang bayi yang pada akhirnya bila
masa berlalu ia akan menjadi dewasa.Misalnya dalam kokurikulum yang menjadi
sebahagian nadi dalam kurikulum. Semakin hari ia menjadi semakin baik dan
tujuannya juga menjadi baik. Dahulu tidak ada 1 Murid 1 Sukan (1M1S) tetapi
kini ia dilaksanakan untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Apa masalahnya? Ia
menyelesaikan masalah pelajar negara kita yang semakin obseti.Apabila ramai
yang gemuk penyakit seperti diabetis dan hipertensi mudah menyerang dan ini
menjadi satu kerugian kepada negara pada akhirnya.
Apabila
berlaku perubahan semua orang patut terlibat dan ambil peranan supaya mendapat sesuatu yang lebih baik. Apa
yang perlu dibuat melaksanakan perubahan?Ia mestilah ada perancangan .
Misalnya 2011 :bilangan murid tahu 1
ialah 25 orang dan jumlah ini cukup untuk sebuah kelas sahaja tetapi pada 2012
murid bertambah sekali ganda lebih.
Kelas baru sebagai tambahan perlu dirancang dan disediakan untuk menampung ketidakcukupan.
Sedar atau
tidak masyarakat juga mempunyai hak ke atas kurikulum.Masyarakat terdiri
daripada ibu bapa dan orang awam. Oleh itu mereka berhak tahu tentang kurikulum
dan apa yang berlaku. Merekalah orang yang mengharapkan hasil daripada
kurikulum dengan melihat melalui anak – anak mereka. Sebelum KSSR dan KSSM diwujudkan sistem kita lebih tertutup.Hanya
golongan tertentu sahaja yang benar-benar faham tentangnya selain guru misalnya
jawatan- jawatan profesional. Tetapi kini pandangan telah berubah. Kurikulum
baru yang terhasil melibatkan semua peringkat masyarakat dan mempertimbangkan
apa yang mayarakat mahu sebab itu adanya dialog pendidikan untuk menampung keperluan
ini.Apa pun guru sebenarnya selalu mengikut intuisi sendiri untuk tahu sesebuah
kurikulum itu patut berubah atau tidak kerana mereka yang melaksanakan maka
mereka rasa mereka lebih arif sama ada untuk mengekalkan atau sebaliknya.
Agak lama tidak menulis di laman blog. Seingat saya sejurus menamatkan Post Graduate Mei 2014 tahun lalu.Rindu tetap bertamu bila mengenangkan tempat belajar..sedangkan tempat jatuh lagi di kenang...tapi rutin hidup yang betul2 sibuk betul-betul menyekat keinginan yang pelbagai.
Tahun 2014 dan 2015 menyaksikan saya hadir sekali lagi ke tanah suci. Panggilan yang saya tak duga. Benar kata emak , bila sampai masa menjadi jemputan Allah kita tidak dapat menolaknya. Ketika emak menyuarakan rasa hati untuk pergi sekali lagi saya hanya mendiamkan diri kerana baru sahaja pulang pada tahun 2013. Bukannya tidak mahu tetapi pada perkiraan saya saya perlu menyimpan semula.Akhirnya saya mengalah bila mengenangkan emak dan dalam masa yang sama memujuk Oteh untuk pergi bersama. Akhirnya setelah beberapa kali berbincang pergilah kami berlapa. Siapa? emak, abah, saya , suami, Aqil, oteh, suami Oteh dan Fatihah.
Tarikh perjalanan kami memang dinanti dan doa tidak berhenti apabila tiba masanya segalanya menjadi mudah untuk kami sekeluarga.
Untuk tujuan itu saya membuat persiapan lebih awal berbanding yang lama cuma kali ini saya tidak mengambil cuti tanpa gaji seperti yang lama, tetapi saya nekad dan katakan pada diri rezeki saya Allah yang tentukan kerana tarikh kami bertolak ialah 25.12.2014 hingga 5 Januari 2015 dan pada tarikh itu bagi negeri Johor telah pun memulakan sesi persekolahan.
Perasaan kali ini agak berbeza kerana saya memang betul2 rindukan kaabag. Perjalanan kami bermula dari dari JB ke KLIA. Terima kasih untuk Abg Aie dan Nan yang menghantar kami. Kakak tidak menghantar kami kerana baru 2 bulan abang ipar saya NOR AZAHAR BIN AHMAD pergi menyahut panggilan Illahi. Kematian yang tidak sangka dan menjadi kesedihan yang mendalam untuk kami semua. Pemergian kami menjadi kesedihan untuk kakak juga namun apakan daya.. Semoga bermula detik 31 Oktober 2014 menjadikan kakak seorang yang kuat dan tabah mengharungi kehidupan. Kami hanya mampu mendoakan dari sana.
Di sana kami tiba di lapangan terbang dan seterusnya bertolak dengan bas ke Madinan. Kali ini kami pergi bersama rombongan Andalusia. Baguskah Travel Agensi ini? Tunggu sehingga cerita tamat.
Apa yang penting ialah perasaan saya ketika di Madinah. Rasa yang tidak pernah saya rasa sebelum ini dan apa yang pernah saya terfikirkan dulu dan Allah beri apa yang saya fikir.
Allah memang maha berkuasa...sebenarnya bila saya renungi kehidupan saya hari ini, Allah memang beri apa yang saya kehendaki dan ingini. Pada travelog pertama saya memang teringin untuk pergi pada musim sejuk dan Allah Maha mendengar. Sejukkkkkkknya ketika sampai di perhentian sebelum tiba ke Madinah.Bila cuaca sejuk begitu kasihan pulak abah yang telah agak uzur dan kurang sihat.
Usai berehat dan solat bagi jemaah lain kami meneruskan perjalanan menuju kota Nabi kota Madinah.Sesampai kami di sana kami ditempatkan di hotel di sana iaitu Hotel Mubarak Silver.
Di sana sebenarnya saya tersangatlah sedih tetapi sebenarnya Allah nak beri saya pahala yang lain barangkali.Di sana Sekali pun saya tidak bersolat di Masjid.Apabila saya tidak bersolat sayalah yang menguruskan Muhammad dan Fatiha serta abah.Agak malu juga setiap kali orang solat sayalah orang pertama tiba di dewan makan kerana saya perlu mengambilkan makanan untuk mak dan abah kerana faktor usia agar mrk lebih selesa kemudian barulah membawa kanak-kanak ribena makanan.Ha....nilah kanak2nya....
Pada hari terakhir di sana saya menangis bersungguh ....dipujuk Oteh dan emak pun tak mampu meredakan resah hati saya.AKhirnya saya mengadu pada suami dan menangis lagi bersungguh2 juga...Hebatnya doa orang disekeliling ditunaikan Allah. Sebelum bertolak saya mandi wajib dan sampai di Mekah saya tidak lagi uzur. Alhamdulillah.
Bercerita tentang pengalaman di Mekah.Penalaman dan tempat yang saya rindu sentiasa pada masa kini. Semoga Allah sentiasa menjemput saya menjadi tetamu di Tanah suci.

HEBATNYA
“YA WAHHAB”
Kali
pertama saya mendengar orang menyuruh untuk mengamalkan “ya Wahhab” pada kali
pertama ialah apabila emak kata amalkan pada sujud terakhir solat dhuha
sebanyak 41 kali. Kali kedua ialah ketika terbuka blog seseorang..tapi saya tak
ingat…namun kedua-duanya sangat berkesan untuk saya…Cuma istiqamah dan tidak
sahaja. Semoga insane-insan yang saya sebutkan di atas dalam peliharaan Allah.
Ameen.
Pada
suatu hari setelah saya terbaca blog seseorang tadi..saya menjadikan ia
sebahagian zikir harian saya..malah saya hadirkan bersama dalam solat ketika
berdoa saya zikirkan “ya Wahhab” sebanyak 200 kali sebelum berdoa. Apa yang saya
nak katakan ialah , terasa betapa kerdilnya saya tidak membaca sebanyak 300 kali. Allah Maha Pengasih. Ada masanya saya membaca ikut kemampuan saya sahaja.
Selang beberapa hari setelah
menjadi amalan..saya diberi rezeki yang agak besar…bersyukurnya saya..Allah
memang Maha Memberi dan Maha Besar. Esoknya saya dikhabarkan dengan berita
gembira sekali lagi. Alhamdulillah.
Baru-baru
ini keadaan mmg agak sukar untuk saya, saya berasa sangat bosan kerana sebelum
ini hidup disibukkan dengan perniagaan tetapi kini tidak lagi. Namun saya terus
berdoa supaya saya akan menjadi peniaga yang berjaya satu hari nanti dan
bersara awal pada 45 tahun dan semoga
menjadi kenyataan. Ameen.
Rahsia kehebatannya:
1->Menjadi kaya dan terkenal
Bila membaca Ya Wahhab 300 kali setiap hari atau selepas setiap solat fardhu,insya Allah anda akan dikurniakan kekayaan,kemakmuran dan kemasyhuran.
Bila membaca Ya Wahhab 300 kali setiap hari atau selepas setiap solat fardhu,insya Allah anda akan dikurniakan kekayaan,kemakmuran dan kemasyhuran.
Mengamalkan solat sunat Dhuha dan
membaca Ya Wahhab 41 kali di sujud yang terakhir,insya Allah anda akan
dirahmati dengan harta yang banyak. Peluang akan datang dengan mudah sekali.
2->Permintaan dimakbulkan
Siapa yang membaca Ya Wahhab 7 kali sebelum meminta sesuatu,insya Allah permintaanNya akan diperkenankan.Jika dibaca 100 kali dengan tangan menadah ke langit,doa anda akan dimakbulkan. Ini lah yang saya amalkan semasa berPM dengan customer. Alhamdulillah close sale dan urusan dengan customer lancar sahaja.

3->Mencari pekerjaan
Siapa yang tidak mempunyai pekerjaan atau sangat miskin,hendaklah dia mengamalkan solat sunat,kemudian sujud dan membaca 70 kali Ya Wahhab. Dia akan mendapat makanan tanpa disangka-sangka(dari kawan,jiran atau seumpamanya).

4->Membayar hutang
Jika anda mempunyai hutang yang banyak tetapi tidak ada wang untuk membayarnya, kerjakanlah sembahyang sunat hajat 2 rakaat selepas tengah malam setiap Khamis selepas Maghrib dan Isyak,kemudian memalingkan wajah ke langit dan membaca Ya Wahhab 111 kali. Kemudian hendaklah dia membaca Al-Fatihah dan ini hendaklah dilakukan 3 malam berturut-turut(tiga Khamis).Insya Allah keperluan anda akan tersedia dan hutang akan dapat dilangsaikan.

5->Menjauhi kelaparan
Baca Ya Wahhab 41 kali di sujud terakhir solat Zuhur,insya Allah anda tidak akan merasa lapar.
Baca Ya Wahhab 41 kali di sujud terakhir solat Zuhur,insya Allah anda tidak akan merasa lapar.
6->Dimakbulkan doa
Baca Ya Wahhab 7 kali selepas berdoa pada bila-bila masa,kemusykilan anda akan terjawab dan permintaan anda akan diperkenankan,insya Allah.
Baca Ya Wahhab 7 kali selepas berdoa pada bila-bila masa,kemusykilan anda akan terjawab dan permintaan anda akan diperkenankan,insya Allah.
7->Membebaskan diri
Jika ditangkap oleh musuh atau pendapatan anda tidak mencukupi,bacalah Ya Wahhab 100 kali selama 3 hingga 7 malam selepas solat sunat nafil 2 rakaat di tengah malam.Insya Allah anda akan berasa bebas atau mendapat rezeki yang banyak.
Untuk permulaan kita boleh praktis amal dalam 100x sehari, esok lusa kita up lagi. Lama-lama inshaaAllah zikir a-wahhab ini akan jadi amalan kita.

PERINGATAN
: AL WAHHAB BUKAN SATU-SATU NYA AMALAN MENJEMPUT REZEKI. TAPI ZIKIR YA WAHHAB
ANTARA SALAH SATU AMALAN MENJEMPUT REZEKI. DHUHA, TAHAJJUD DAN SEBAGAINYA JUGA
SANGAT HEBAT
Subscribe to:
Posts (Atom)