CABARAN RAYA
Lama tak mencatat sesuatu. Entri
kali ini sekadar pandangan sepanjang kehidupan yang bersisa.Menjelang Hari Raya
pasti ramai yang ternanti-nanti kerana inilah masanya bermaaf-maafan dan
berjumpa taulan dan handai yang mungkin jarang kita ketemui.
Musim puasa tiba ramai pihak
berlumba-lumba menjual aneka kuih dan makanan di bazar.Usaha yang bagus dalam
menambah pendapatan tapi dalam masa yang sama tidak menjaga etika penjual
seperti kualiti yang perlu dijaga.Pembeli pun tidak kurang hebatnya
berlumba-lumba beli kerana nafsu makan yang tak terkawal dan pada akhirnya ke
tong sampah juga….kalau bulan tersebut bukan
bulan Ramadhan pasti gembira sakan syaitan…heheehe
Masuk bulan Syawal. Pada saya
hari paling bermakna ialah hari pertama. Hari inilah rasanya paling menyentuh
hati.Bermaaf-maafan dan mengingati yang telah tiada.Hari kedua masyarakat kita
terbiasa dengan “OPEN HOUSE”. Konsep yang salah. Yang hendak mengunjungi
sepatutnyalah yang pergi tanpa perlu undangan bukan menanti undangan
semata-mata. Pada bulan ini apa yang saya lihat …orang
sanggup berhabis dan tidak merancang kewangan yang baik dalam pada masa yang sama konsep bersedekah
terus menjadi amalan.
Paling tidak saya gemari, dating
ke rumah orang melihat, meninjau dan bercakap sesama . Kasihannya tuan rumah.
Pernah pengalaman saya menyertai marhaban rakan sekerja. Apabila pergi tentu
membawa keluarga. Ada tetamu yang memang agak cergas sedikit anaknya dan
bermain di sofa tuan rumah hingga terbolos sedikit. Rasanya cerita tersebut
tetap dijaja selama bertahun-tahun. Tidak perlu utk mengambil marhaban jika
kisahnya menjadi sebutan sepanjang zaman. Kasihan sungguh kawan yang sorang tu.