twitter
rss






1.0              Pengenalan

Perkembangan teori kurikulum tidak dapat dipisahkan daripada sejarah perkembangannya. Perkembangan kurikulum telah bermula sekitar 1890 dengan tulisan Charles dan McMurry, tetapi definisinya dimulakan oleh Franklin Bobbitt pada tahun 1918. John Franklin Bobbitt dianggap sebagai ahli kurikulum pertama dan perintis perkembangan kurikulum. Bobbitt juga turut menggunakan pendekatan ilmiah dalam mengenal pasti hubungan antara kecekapan pekerjaan dan kehidupan manusia sebagai dasar pengembangan kurikulum. Menurut Bobbitt, inti pati teori kurikulum itu amat sederhana iaitu berkisar tentang kehidupan manusia. Kehidupan manusia meskipun berbeza-beza pada dasarnya tetapi mempunyai persamaan dari segi pekerjaan. Pendidikan yang sempurna berupaya menyediakan manusia kepada kebolehan yang lebih sempurna. Kebolehan-kebolehan ini harus dikuasai agar dapat memenuhi keperluan semasa yang sentiasa menuntut penguasaan pengetahuan, keterampilan,sikap, kebiasaan dan apresiasi tertentu. Hal-hal ini merupakan tujuan utama dalam kurikulum. Semua tujuan berserta pengalaman-pengalaman inilah menjadi bahan kajian teori kurikulum.

Kurikulum merupakan alat untuk mencapai pendidikan melalui proses pengajaran. Salah satu peranan kurikulum adalah menjalankan aktiviti dan kegiatan yang kreatif dan konstruktif iaitu mencipta dan menyusun sesuatu yang baru yang dapat diguna pakai sejajar dengan keperluan pada masa ini dan akan datang. Oleh itu, tidaklah menghairankan jika kurikulum sentiasa dirombak dan disusun semula demi perkembangan ilmu pengetahuan. Kegiatan pengembangan kurikulum merangkumi penyusunan kurikulum itu sendiri, pelaksanaan di sekolah-sekolah serta penilaian . Memahami sejarah perkembangan kurikulum pada hakikatnya akan menyedarkan kita bahawa perubahan kurikulum khususnya dalam suatu sistem pendidikan yang sudah mapan dan baik merupakan suatu hal yang dianggap biasa dan selalu terjadi. Perubahan tetap berlaku, baik dalam waktu tertentu dan teratur mahupun apabila sahaja perubahan tersebut dianggap perlu. Perubahan biasanya berlaku apabila kurikulum dianggap tidak seiring dengan keperluan kehidupan dan masyarakat, perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi, serta perkembangan-perkembangan lainnya yang mungkin terjadi setiap saat.


Menjelaskan pengertian kurikulum mungkin merupakan pekerjaan yang paling sukar. Hal ini disebabkan pengertian kurikulum yang terdapat sekarang ini berbeza antara satu dengan lain menurut pandangan para ahli dalam bidang masing-masing. Untuk memahami sifat dan tingkat perbezaan tersebut, alangkah baiknya mengkaji terlebih dahulu berbagai pengertian kurikulum yang dikemukakan oleh ahlinya masing-masing. Kurikulum merupakan suatu pembinaan semula berterusan yang memaparkan pengalaman belajar anak didik melalui suatu susunan pengetahuan yang terancang dengan baik yang biasanya disebut kurikulum.


1.1       Definisi Kurikulum

            Secara etimologis, kurikulum berasal dari perkataan Bahasa Latin ”curir” yang membawa maksud pelari, dan ”curere” yang membawa maksud ”tempat berlari”. Dengan kata lain, ia membawa pengertian suatu jarak yang harus ditempuh oleh seseorang pelari bermula daripada garisan permulaan hinggalah ke garisan penamat. Istilah kurikulum pada awalnya berasal dari dunia olahraga pada zaman Romawi Kuno di Yunani, dan kemudian diterima pakai ke dalam dunia pendidikan. Pengertian tersebut kemudian digunakan dalam dunia pendidikan, dengan membawa maksud cakupan dan aturan tentang sejumlah mata pelajaran yang harus dipelajari oleh seseorang pelajar dalam menempuh alam pendidikan sebagaimana yang telah ditetapkan oleh sistem pendidikan.

John Franklin Bobbitt menerusi bukunya  The Curriculum, yang diterbitkan pada tahun 1918, menyatakan bahawa
‘curriculum, as an idea, has its roots in the Latin word for race-course, explaining the curriculum as the course of deeds and experiences through which children become the adults they should be, for success in adult society. Furthermore, the curriculum encompasses the entire scope of formative deed and experience occurring in and out of school, and not experiences occurring in school; experiences that are unplanned and undirected, and experiences intentionally directed for the purposeful formation of adult members of society’. (www.wikipedia.com).



Kurikulum merupakan keseluruhan kegiatan dan pengalaman yang diperoleh di dalam dan di luar sekolah. Ia merupakan pengalaman yang disusun secara sistematik untuk mencapai tujuan ke arah pembentukan perubahan tingkah laku  dan persediaan ke alam dewasa. Secara terminologis, istilah kurikulum yang digunakan dalam dunia pendidikan mengandungi pengertian sebagai sejumlah pengetahuan atau mata pelajaran yang harus ditempuh untuk mencapai satu tujuan pendidikan atau kompetensi yang telah ditetapkan. Franklin Bobbitt (1918) , ‘Bapa Kurikulum’ melihat kurikulum dari dua perspektif iaitu:

i.                    Pengalaman yang terarah atau tidak yang mana memberi fokus kepada perkembangan individu secara menyeluruh.
ii.                  Pengalaman yang disediakan oleh pihak sekolah secara sedar terhadap murid.

Menurut Zais, (1976:10) menyatakan bahawa kurikulum adalah dokumen bertulis yang berisikan pelbagai komponen sebagai dasar bagi guru untuk mengembangkan kurikulum guru. McDonald pula berpendapat bahawa kurikulum adalah "statement of objectives" sementara ada pula yang menyatakan bahawa kurikulum adalah perancangan bagi guru untuk mengembangkan proses pembelajaran (Saylor, Alexander,dan Lewis, 1981).

Memahami sejarah perkembangan kurikulum sejak awal lagi membolehkan kita menerokai masa-masa aliran yang mempengaruhi perubahan kurikulum. Perubahan kurikulum khususnya di negara-negara yang sudah maju sering dipengaruhi oleh  kewujudan dari kekuatan masyarakat, dan perubahan itu biasanya menawarkan suatu pandangan yang lebih luas atau biasanya disebut inovasi dan pembaharuan. Sejarah perkembangan kurikulum secara kronologi telah mengalami enam peringkat yang masing-masing mempunyai  ciri   istimewa  iaitu academic  scientism,  progressive  functionalism, developmental conformism, scholarly structuralism,romantic radicalism, dan privatistic conservatism. John Dewey (1902) pula menyatakan bahawa istilah kurikulum dan pelajar merupakan dua hal yang berbeza tetapi kedua-duanya adalah saling berkaitan dalam bidang pendidikan. Kurikulum merupakan suatu rekonstruksi berlanjutan yang memaparkan pengalaman belajar pelajar melalui suatu susunan pengetahuan yang terancang secara  dengan baik dan sistematik.



2.0              Latar Belakang Tokoh

John Franklin Bobbitt dilahirkan di Inggeris, Indiana pada 16 Februari 1876. Beliau merupakan anak kepada pasangan James dan Martha Bobbitt. Merupakan seorang yang amat percaya bahawa kerja keras, sentiasa berpegang teguh kepada disiplin diri, meningkatkan dan menimba sebanyak mungkin ilmu, berpengetahuan dan kepatuhan agama yang tinggi merupakan perkara penting dalam kehidupan ini. Sebagai seorang pemikir ulung, beliau mengkhusus kepada bidang kurikulum. Selain bertugas sebagai seorang profesor pentadbiran pendidikan di Universiti Chicago, Franklin Bobbitt juga merupakan seorang penulis. Beliau  juga memainkan peranan penting dalam tempoh tiga dekad pertama abad ke-20 dalam membangunkan kurikulum sebagai satu bidang pengkhususan dalam disiplin pendidikan. Bobbit melanjutkan  pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Indiana sebelum menimba berpengalaman mengajar di Philippine Normal School di Manila dari tahun 1903 hingga 1907. Selepas menerima doktor falsafah di Universiti Clark pada tahun 1909, beliau menyertai fakulti University of Chicago sehinggalah beliau bersara pada tahun 1941.

 Bobbitt dilihat sebagai bapa kurikulum kerana beliau merupakan profesor kurikulum pertama di Amerika Syarikat (Smiley,1902; Winfield,2004). Kedua-dua datuknya dan bapanya bekerja sebagai seorang guru dan menteri dan dicta agama mereka mempengaruhi hasil kerja Bobbitt. Oleh itu, beliau amat menekankan kepentingan disiplin, kepercayaan agama dan keperluan sosial dari sudut kurikulum (Smiley,1992). Bobbitt melihat kurikulum sebagai satu cara untuk persediaan pelajar mengetahui peranan mereka dalam masyarakat perindustrian yang sedang berkembang ketika itu. Beliau juga percaya, melalui kurikulum, mata pelajaran konvensional perlu diganti dengan mengajar mata pelajaran yang lebih sesuai dengan keperluan sosial. Hasil kerja Bobbitt mempunyai pengaruh yang besar dalam pembangunan kurikulum  di mana beliau memberi penekanan yang khusus kepada keperluan sosial semasa berbanding pengajaran semata-mata.

Menurut Bobbitt, kurikulum boleh dihuraikan sebagai alat untuk menyediakan pelajar ke alam dewasa bagi membolehkan pelajar memainkan peranan penting dalam masyarakat perindustrian. Bobbitt juga percaya pengisian kurikulum perlu  mengandungi matlamat tingkah laku yang dapat membantu untuk menjadi pelajar bagaimana untuk mendapatkan kehidupan yang baik. Selain itu, Bobbitt juga percaya bahar prosedur untuk perancangan kurikulum harus dilihat sebagai analisis kerja yang boleh memberi manfaat untuk menentukan aktiviti tertentu yang berguna untuk peranan sosial mereka seperti ahli keluarga, pekerja dan kewarganegaraan.

Pada tahun 1918, Bobbitt menghasilkan sebuah buku bertajuk ‘The Curriculum’. Buku tulisan Bobbitt ini merupakan sebuah buku pertama yang memberi tumpuan khusus kepada teori pembentukan kurikulum. Buku ini diiktiraf oleh ramai sarjana sebagai sebuah buku yang mempunyai kurikulum berstruktur. Walaupun begitu, Bobbitt sedar bahawa buku ini tidak mencukupi untuk membangunkan sebuah kurikulum yang baru. Beliau melihat bahawa terdapat keperluan untuk mengetahui lebih lanjut lagi bagaimana sesuatu kurikulum yang baik perlu dibangunkan. Pembinaan kurikulum ini hanya terhasil melalui pengalaman yang luas dalam bidang ini. Kaji selidik beliau yang paling terkenal ialah kajian berkaitan penilaian pada tahun 1914 di San Antonio Public Schools dan kajian mengenai kurikulum di Los Angeles City Schools.

Melalui bukunya, Bobbitt menyatakan bahawa, melalui pengalamannya, beliau melihat kurikulum dari sudut keperluan sosial dan bukannya kajian akademik semata-mata. Ketika awal pendudukan Amerika, beliau telah dihantar ke Filipina sebagai ahli jawatankuasa merangka kurikulum sekolah rendah untuk kepulauan Filipina. Jawatankuasa ini diberi kebebasan untuk memberi pandangan dan syor bagi memenuhi keperluan penduduk setempat. Jawatankuasa ini juga diberi kuasa untuk mengekalkan kurikulum asal dengan membuat pindaan serta membangunkan semula kurikulum sedia ada bagi tujuan penambahbaikan. Apabila melihat idea mereka tidak relevan dengan realiti masyarakat setempat, Bobbit dan jawatankuasanya beralih kepada kerangka lain iaitu untuk membantu meningkatkan mutu kesihatan dan mata pencarian. Bobbitt percaya bahawa terdapat penyelesaian yang lebih baik untuk membentuk kurikulum berbanding hanya berbekalkan kepercayaan tradisional.

Pada peringkat awal, Bobbitt dan ahli-ahli jawatan kuasanya hanya bertemu dan mengumpulkan buku-buku teks Amerika untuk dibaca. Antaranya buku-buku seperti aritmetik, geografi, sejarah Amerika Syarikat, dan mata pelajaran lain yang biasa diajar di Amerika. Tanpa disedari, perjumpaan tersebut telah bertukar menjadi kursus asas pengajian gred lapan.



Bobbitt merumuskan lima langkah dalam pembinaan kurikulum iaitu:
a.       Analisis pengalaman manusia
b.      Analisis kerja
c.       Mendapatkan objektif
d.      Memilih objektif
e.       Perancangan secara terperinci

Langkah pertama ialah mengasingkan pelbagai jenis pengalaman manusia kepada beberapa bidang utama. Kemudian, diikuti langkah kedua iaitu menganalis kepada bidang yang lebih khusus. Seterusnya, langkah ketiga iaitu membentuk objektif pelajaran berdasarkan kebolehan untuk melaksanakan aktiviti. Langkah keempat ialah memilih objektif  untuk merancang aktiviti pengajaran. Langkah terakhir ialah menyusun atur aktiviti, pengalaman dan peluang untuk mencapai objektif yang telah dirancang. Melalui bukunya ‘Curriculum of Modern Education’, selepas tiga dekad dalam bidang kurikulum, Bobbitt akhirnya berjaya mengubah pandangan tentang kurikulum sekitar 1940-an. Bobbitt menyedari bahawa di dalam silibus yang diajar, terlalu banyak mata pelajaran seperti kewarganegaraan, kesihatan, bahasa dan sebagainya yang tidak mempunyai matlamat jelas. Ini merupakan sebab mengapa kurikulum dengan beberapa mata pelajaran tertentu yang dipelajari tidak mencukupi sebagai hasil sosialisasi biasa, maka mata pelajaran tersebut dianggap lemah.

3.0       Sumbangan dalam perkembangan teori kurikulum

John Franklin Bobbitt merupakan seorang sarjana yang sangat dikenali menerusi dua buah buku tulisannya iaitu ‘The Curriculum’ yang diterbitkan pada tahun 1918 dan ‘How To Make Curriculum’ yang diterbitkan pada tahun 1924. Melalui tulisannya, Bobbitt telah mengembangkan suatu teori pembangunan kurikulum yang diilhamkan daripada prinsip-prinsip pengurusan saintifik .

Di dalam bukunya ‘The Curriculum’, Bobbitt menyatakan bahawa teori kurikulum adalah sesuatu yang mudah. Kehidupan manusia walaupun sentiasa berubah-ubah, tetap melaksanakan aktiviti-aktiviti yang tertentu. Pendidikan merupakan keperluan seumur hidup di mana manusia perlu mengetahui dan mencari maklumat lengkap mengenainya. Maklumat ini merangkumi kebolehan, sikap, tabiat dan pengetahuan yang perlu ada bagi menjadi objektif dalam pembentukan dan pembinaan kurikulum. John Franklin Bobbitt menyatakan bahawa kurikulum adalah kejuruteraan arena sosial yang beranggapan bahawa dalam budaya dan definisi sosial, penggubalan kurikulum mempunyai dua ciri ketara ialah:
(i)                               pakar-pakar ilmiah yang terbaik akan memenuhi syarat untuk layak dan wajar dalam merancang bentuk kurikulum berdasarkan pengetahuan akan menghasilkan kualiti dalam kurikulum yang dibina
(ii)                             kurikulum ditakrifkan sebagai perbuatan dan pengalaman pelajar yang sepatutnya ada untuk menjadi dewasa

Bobbitt dan Ralph W. Tyler berkongsi pandangan tentang hubungan teori kurikulum berdasarkan empat soalan asas iaitu :

a.       Apakah tujuan pendidikan yang hendak dicapai oleh pihak sekolah?
b.      Apakah pengalaman pendidikan yang boleh disediakan oleh pihak sekolah untuk mencapai tujuan pendidikan?
c.       Bagaimanakah pengalaman pendidikan ini boleh dilaksanakan?
d.      Bagaimanakah cara untuk mengetahui tujuan pendidikan ini tercapai?

Terdapat beberapa langkah dalam menghasilkan pemikiran yang produktif  seperti yang dinyatakan di bawah ini iaitu:
Langkah 1       : Diagnosis of need
Langkah 2       : Formulation of objectives
Langkah 3       : Selection of content
Langkah 4       : Organization of content
Langkah 5       : Selection of learning experiences
Langkah 6       : Organization of learning experiences
Langkah 7       : Determination of what to evaluate and of the ways and means                            of doing it





Sesuatu yang menarik tentang teori kurikulum dan praktis ini adalah ia lebih sistematik ke arah pembentukan objektif tingkah laku serta memberikan tanggapan yang jelas tentang dapatan bagi membolehkan kandungan dan metod yang diperoleh diguna tadbir sebaik mungkin serta keputusannya dapat dinilai. Legasi Bobbitt dapat dibahagikan kepada empat bidang. Bidang pertama ialah beliau merupakan salah seorang pendidik warga Amerika yang pertama mengenal pasti objektif sebagai titik permulaan untuk pembentukan kurikulum. Bersama-sama pengarang The National Education  Association’s Cardinal Principles of Secondary Education, Bobbitt turut memberi pandangan tentang kandungan kurikulum yang tidak jelas dalam kurikulum tradisional tetapi diperoleh daripada objektif yang mempunyai peranan dan fungsi dalam menyediakan seseorang ke alam dewasa dan kewarganegaraan. Pendidikan bukan semata-mata untuk diri sendiri tetapi ia lebih kepada penyediaan ke alam kehidupan alam dewasa. Bidang kedua ialah pendekatan saintifik untuk membentuk kurikulum sebagai suatu cara atau kaedah bagi para pendidik dalam membentuk dan membangunkan kurikulum.


Bidang  ketiga ialah Bobbitt bersama-sama pembentuk kurikulum yang berorientasikan kecekapan berpendapat bahawa kurikulum patut dibezakan dalam daripada pelbagai program yang lain di mana para pelajar diberi pendidikan sama ada vokasional atau teknikal sejajar dengan kebolehan dan minat mereka. Seterusnya, hasil kerja mereka ini dapat digunakan selaras dengan kehendak kurikulum vokasional. Bidang keempat ialah Bobbitt merupakan salah seorang warga pendidik Amerika yang memberi takrifan kurikulum sebagai alat kawalan sosial atau peraturan yang dibentuk untuk menangani masalah-masalah masyarakat moden. Beliau melihat tugas-tugas di sekolah adalah seperti memupuk kemahiran dalam kalangan belia, memberi pengetahuan dan kepercayaan bahawa khidmat dan fungsi mereka dalam masyarakat serta pembangunan industri sangat diperlukan.


4.0        Idea dan pandangan dalam kurikulum dan pengajaran

Sebagai seorang yang dikenali sebagai ‘Bapa Kurikulum’, tidak dapat dinafikan peranan Bobbitt dalam pembentukan kurikulum sangat penting. Bobbitt menyatakan, dalam prosedur bagi perancangan kurikulum, segala aktiviti yang dilakukan oleh orang dewasa dalam memenuhi pelbagai pekerjaan, kewarganegaraan dan kekeluargaan serta peranan sosial yang dimainkan  menjadi objektif kurikulum. Bobbitt juga menyatakan bahawa kurikulum itu sendiri terdiri daripada pengalaman yang dibina oleh pendidik itu sendiri dan bersifat umum serta mewakili pengetahuan bahawa kanak-kanak perlu bersedia untuk menunaikan tanggungjawab mereka sebagai warganegara sebagaimana orang dewasa yang lain. Dengan kata lain, kanak-kanak diajar dan dididik bahawa dengan pengetahuan dan pendidikan, kanak-kanak mempunyai peranan tertentu yang lebih khusus dalam menyumbang kemahiran dalam masyarakat.

Bobbitt juga percaya bahawa sekolah-sekolah perlu menyediakan kandungan kurikulum yang sesuai berdasarkan kebolehan intelektual kanak-kanak agar apa yang dihajatkan atau diimpikan menjadi kenyataan. Dengan kata lain, sekolah atau institusi pendidikan  berperanan menyediakan kanak-kanak untuk masa hadapan. Bobbitt turut mentakrifkan kurikulum sebagai sesuatu yang ideal yang merupakan perbuatan dan pengalaman yang dapat membentuk seseorang untuk menjadi apa yang mereka inginkan. Walau bagaimanapun, pandangan Bobbitt tentang ciri-ciri kurikulum ini ditolak oleh pandangan kontemporari. Bobbitt tetap dengan pendiriannya yang menyatakan bahawa penyertaan individu dalam kumpulan dapat membentuk individu untuk masa hadapan. Walaupun berlaku pertentangan idea tetapi para penyelidik kurikulum secara amnya bersetuju dengan pandangan Bobbitt ini.


5.0       Teori Kurikulum

Ramai orang masih menyamakan kurikulum dengan sukatan pelajaran. Sukatan pelajaran, pada asasnya bererti penyataan yang ringkas lagi padat tentang kandungan dan mata pelajaran. Teori kurikulum adalah berkaitan dengan kehidupan manusia. Walau bagaimanapun, ia diubah dan disusun semula serta disesuaikan dengan keperluan masyarakat dan pendidikan setempat. Dengan kata lain, kurikulum merupakan suatu kajian yang sistematik. Dalam pembangunan dan pembentukan kurikulum, ia tidak dapat lari dari kelemahan dan kritikan, dan setiap kelemahan serta kritikan akan membantu membentuk kurikulum yang lebih baik dari sebelumnya. Kurikulum juga tidak bersifat statik, ia sentiasa berubah dari semasa ke semasa.


Teori kurikulum merupakan satu set atau sistem penyataan yang menjelaskan serangkaian hal dan bersifat menyatupadukan serta dilengkapi kaedah-kaedah yang tertentu untuk mencapai matlamatnya. Teori kurikulum lahir dari suatu proses yang menerangkan suatu kejadian yang bersifat universal. Teori kurikulum juga merupakan suatu perangkat penyataan yang memberikan makna terhadap kurikulum sekolah di mana adanya penegasan hubungan antara unsur-unsur kurikulum seperti perkembangan, penggunaan serta penilaian kurikulum.

4 komponen utama dalam pembentukan dan pengembangan teori kurikulum iaitu :
i.                    Tujuan (aims, goals and objectives)
ii.                  Isi/bahan (content)
iii.                Aktiviti pembelajaran (learning activities)
iv.                Penilaian (evaluation)

Fungsi teori adalah untuk mendeskripsi, menjelaskan serta meramalkan. Teori dapat digunakan sebagai alat untuk menerangkan sesuatu dengan tepat di mana ia melibatkan definisi dan istilah yang tepat. Dalam proses pengumpulan data, banyak bahan dan teori yang akan digunakan. Semakin banyak teori yang digunakan, maka semakin banyaklah teori-teori baru yang dilahirkan dan dihasilkan. Selain itu, teori juga mempunyai fungsi untuk meramalkan di mana dapatan yang diperoleh amat berguna untuk masa hadapan.  Penjelasan dan ramalan yang diperoleh memerlukan penjelasan. Penjelasan berfungsi untuk mengukuhkan sesuatu dapatan atau hasil yang diperolehi. Oleh itu, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa teori kurikulum merupakan satu set definisi yang saling berkait dan berhubung rapat antara satu sama lain dari segi konsep, andaian dan konstruk yang digunakan untuk menggambar, meramal dan menjelaskan sesuatu. Ia juga digunakan sebagai dasar untuk membentuk kurikulum.

Melalui teori kurikulum, Franklin Bobbitt mendesak rakan-rakannya agar sentiasa menggunakan teknologi baru sebagai panduan untuk fungsi pendidikan. Prinsip pengurusan dan aplikasi teori dapat membantu pendidik agar lebih cekap dalam pengurusan bidang masing-masing. Bobbitt dan Charters sering mengaitkan idea analisis aktiviti dalam membentuk kurikulum. Idea-idea yang dihasilkan menghubungkan objektif mata pelajaran dengan aktiviti di mana ia penting untuk menyediakan pelajar ke alam pekerjaan.

Sebagai seorang ahli teori yang penting dalam pembinaan kurikulum sekolah di Amerika Syarikat, Bobbitt banyak menekankan betapa pentingnya menjaga dan memelihara identiti budaya sesuatu kaum dan agama. Beliau mengambil ideologi eugenik dan disiplin mental adalah asas teori yang utama. Karya terawal beliau berdasarkan pandangan esentialist. Bagaimanapun, Bobbitt mendakwa kurikulum harus berpaksikan kenyataan khusus. Beliau juga dengan tegas mencadangkan agar anak-anak harus meneruskan pendidikan mereka sehingga mereka berusia 18 hingga 20 tahun. Bobbitt juga menyokong pengurusan kurikulum saintifik dan berasaskan kecekapan. Oleh itu, teori fungsionalis adalah asas kepada kajian yang dilakukan. Dalam kajian yang dijalankan, Bobbitt menekankan kepada perkembangan pembentukan tingkah laku kanak-kanak.

Selain itu, Bobbitt juga memberi tumpuan kepada keperluan pendidikan am dan pembangunan intelek. Dalam karya-karyanya yang kemudian, Bobbitt menganjurkan satu siri ujian yang didorong oleh kurikulum dan pengajaran yang berasaskan kompetensi. Null (1999) menyatakan empat komponen asas yang dianjurkan oleh Bobbitt iaitu :
a.       penekanan terhadap kepentingan pendidikan umum
b.      ketidakupayaan untuk kehidupan masa depan menentukan peranan pelajar
c.       keperluan untuk membangunkan intelek pelajar
d.      penghormatan kepada kebanyakan pengarang yang menghasilkan karya-karya agung

Karya-karya dan hasil kerja Bobbitt banyak membawa pembangunan dan perubahan dalam bidang kurikulum dalam abad ke-20. Beliau merupakan salah seorang ahli teori yang pertama membuat kurikulum dengan memberi penekanan kepada mengenal pasti objektif. Beliau juga menyatakan bahawa aktiviti-aktiviti dan persediaan merupakan elemen yang amat penting dalam pembentukan kurikulum. Aktiviti-aktiviti dirancang harus berdasarkan kebolehan dan keupayaan seseorang pelajar. Bobbitt juga melihat amat penting dalam menentukan prinsip pengurusan saintifik. Bobbitt  berusaha keras bagi memastikan bidang kurikulum diterima dalam pembangunan dan pembentukan kurikulum. Bersama-sama dengan penyelidik lain seperti W. W. Charters, Ross L. Finney, Charles C. Peters dan David Snedden, pada sekitar awal abad ke-20, teori kecekapan Bobbit memberi perubahan dan sinar dalam pendidikan. Sekolah-sekolah telah menjadi institusi utama dalam kehidupan di Amerika. Objektif pendidikan memainkan peranan yang sangat penting untuk menyediakan pelajar ke alam dewasa dan pekerjaan kelak. Pelbagai aktiviti dilakukan bagi memenuhi tujuan sosial ini.

Pembelajaran adalah suatu proses yang dirancang dan dibimbing. Kita perlu menyatakan terlebih dahulu apa yang kita cari untuk mencapai sesuatu objektif pembelajaran dan pengajaran dan bagaimana cara untuk kita mencapainya. Pembelajaran merujuk kepada  bagaimana teori dan amalan kurikulum dilaksanakan di sekolah dan berhubung dengan idea-idea persekolahan lain seperti subjek diajar dan pengajaran. Bobbitt menyatakan terdapat empat cara mendekati teori dan amalan kurikulum iaitu melalui:
1.  Kurikulum sebagai sebuah badan pengetahuan untuk memindahkan maklumat
2. Kurikulum sebagai satu usaha untuk mencapai tujuan tertentu
3 . Kurikulum sebagai satu proses
4.  Kurikulum sebagai satu praktis

5.1              Kurikulum sebagai alat untuk memindahkan maklumat

Ramai yang keliru untuk membezakan kurikulum dan sukatan pelajaran. Sukatan pelajaran secara amnya bermaksud penyataan yang ringkas lagi padat yang mengandungi kandungan tentang mata pelajaran diajar. Sukatan pelajaran secara amnya tidak menunjukkan kepentingan relatif topik dengan apa yang dikaji. Oleh itu, satu pendekatan antara teori dan amalan kurikulum yang memberi tumpuan kepada sukatan pelajaran yang hanya benar-benar mengandungi kandungan perlu diujudkan. Dalam erti kata lain, pendidikan adalah satu proses yang diturunkan atau ‘diserahkan’ kepada pelajar dengan kaedah yang paling berkesan. (Blenkin et al 1992: 23). Pandangan tentang kurikulum ini telah diterima pakai oleh semua golongan pendidik dan para guru. Pendidikan yang disertai dengan objektif pembelajaran, kerangka yang sesuai dan penilaian pada akhirnya dilihat sebagai sebagai satu set lengkap membentuk kurikulum. Bobbitt dalam bukunya menegaskan bahawa teori kurikulum dan kehidupan manusia merupakan dua perkara yang saling berhubung kait. Pendidikan merupakan proses seumur hidup dan berpanjangan. Teori kurikulum juga menekankan tentang aktiviti (guru dan murid) supaya murid-murid akan mencapai tahap serta objektif tertentu dalam pendidikan.

5.2              Kurikulum sebagai satu proses untuk mencapai tujuan tertentu

Kurikulum pada asasnya adalah satu set dokumen untuk dilaksanakan. Salah satu cara melihat teori kurikulum dan amalan adalah melalui proses. Pengertian ini bukan menrupakan suatu perkara yang dilihat secara fizikal sahaja, tetapi sebaliknya melalui interaksi para guru, pelajar dan ilmu pengetahuan. Dalam erti kata lain, kurikulum adalah apa sebenarnya berlaku di dalam bilik darjah dan apa yang mereka lakukan untuk menyediakan dan menilai. Ia adalah suatu proses yang aktif dan hubungan dengan bentuk praktikal. Apabila guru masuk ke dalam bilik darjah, beliau perlu berfikir secara kritis dalam setiap tindakan yang diambil dan memahami peranan mereka di samping prinsip-prinsip dan ciri-ciri penting dalam pendidikan.  Teori dan praktis secara amnya adalah sebagai satu cara untuk membantu berfikir tentang peranan mereka sebelum, semasa dan selepas sesuatu proses pengajaran itu berlaku. Melalui kurikulum juga, ia sebagai asas untuk merancang sesuatu, mengetahui apa yang perlu dipelajari, prinsip-prinsip untuk membangunkan strategi  pengajaran, prinsip-prinsip untuk membuat keputusan menurut urutan serta mengkaji kekuatan dan kelemahan seseorang pelajar.

5.3              Kurikulum sebagai satu proses

Kurikulum merupakan satu bentuk spesifikasi tentang amalan pengajaran. Ia merupakan satu cara untuk menterjemahkan apa-apa idea pendidikan kepada andaian yang boleh diuji yang membolehkan sesuatu dapatan dikaji dan dianalisis. Para guru, pelajar dan ibu bapa dapat melihat dan menilai hasil ujian untuk melakukan penambahbaikan kepada kandungan mata pelajaran dan kurikulum sekolah. Apabila seseorang pelajar dapat menunjukkan kemahiran tertentu, mereka disifatkan sebagai telah menyempurnakan proses. Dengan kata lain, produk yang dihasilkan telah menjadi.


5.4       Kurikulum sebagai praktis
 Untuk melaksanakan tugas profesionalnya dengan baik, para guru harus memiliki empat standard kompetensi guru, iaitu kompetensi pedagogi, kompetensi keperibadian, kompetensi sosial, dan kompetensi profesional. Rancangan Pembelajaran diharapkan dapat menjadi panduan para guru tentang pelbagai aspek yang berkaitan dengan kurikulum dan pembelajaran. Dalam sistem pendidikan nasional, kita mengenal tiga komponen utama, iaitu pelajar, guru dan kurikulum. Dalam proses belajar mengajar, ketiga-tiga komponen tersebut mempunyai hubungan yang tidak dapat dipisahkan antara satu dengan yang lain. Tanpa pelajar, guru tidak akan dapat melaksanakan proses pembelajaran. Tanpa guru, para pelajar juga tidak akan dapat belajar secara optima. Tanpa kurikulum, guru pun tidak akan mempunyai bahan ajar yang akan diajarkan kepada pelajarnya. Pengembangan kurikulum adalah proses penyusunan kurikulum oleh para pembina kurikulum (curriculum developer) dan kegiatan tersebut wajar dilakukan agar kurikulum yang dihasilkan dapat menjadi bahan pengajaran  dan  sebagai  reka  bentuk  yang  digunakan  untuk   mencapai  tujuan  pendidikan nasional.

6.0        Karya-karya John Franklin Bobbit

Sebagai seorang ‘Bapa Kurikulum’, tulisan-tulisan dan karya Bobbitt sering diangkat dan diiktiraf dalam dunia pendidikan. Antara karya Bobbit yang terkenal ialah:
1.      The Curriculum .1918. Houghton Miffin Company, Boston, New York.
2.      How to make a curriculum. 1924. Houghton Miffin Company, Boston, New York.
3.      Curriculum making in Los Angeles. 1922. University of Chicago Press, Chicago.
4.      The San Antonio Public School System: A survey conducted by J.F.Bobbittjanuary,1915.
5.      The curriculum of modern education. 1941. Mcgraw Hill Book Company.inc,New York.
6.      The Growth of Philippine Children (1909)
7.      Curriculum Principles (1922)
8.      Sir John Franklin's journals and correspondence: the first Arctic land expedition, 1819-1822, Volume 1:Publications of the Champlain Society.1995. University of Michigan.

7.0        Kesimpulan
Kurikulum adalah rancangan untuk pembelajaran. Semua rancangan mengandungi visi yang mentakrifkan nilai sosial dan struktur yang diterjemahkan ke dalam pengalaman. Perkembangan kurikulum ialah proses yang dinilai, diterjemah dan disusun ke dalam pengalaman pembelajaran. Perkembangan kurikulum sebagai satu proses  merupakan putaran asas yang mengandungi beberapa peringkat iaitu menganalisis, mereka bentuk, melaksanakan dan menilai.  Proses ini digunakan di semua peringkat dalam pembentukan konsep dan menyepadukan semua usaha untuk meningkatkan kualiti program persekolahan. Kurikulum ialah segala pengalaman pembelajaran yang dirancang dan diarahkan oleh sebuah sekolah untuk mencapai matlamat pendidikan. Di bawah kurikulum akademik, terdapat pelbagai jenis kurikulum, seperti kurikulum integrasi, teras dan aktiviti atau pengalaman yang dapat digabungkan untuk membentuk kurikulum formal. Pembentukan dan perubahan dalam kurikulum dipengaruhi oleh polisi-polisi kerajaan, matlamat dan keutamaan program, keperluan negara dan masyarakat, keperluan individu serta keperluan menyeluruh.
Usaha berterusan perlu dilakukan bagi memastikan kurikulum yang dirancang dapat dilaksanakan sejajar dengan keperluan dan kehendak semasa. Memetik kata-kata tentang John Franklin Bobbitt dalam wikipedia,
... he said in regards to students, “They should only learn those skills which were necessary to fulfill their personal tasks” and he believed “girls had a very different future than boys, so they did not need the same sort of education.” He said, “Educate the individual according to his capabilities”. This requires that the material of the curriculum be sufficient various to meet the needs of every class of individuals in the community and that the course of training and study be sufficiently flexible that the individual can be given just the things that he needs. I think of this as NOT being individualized/differentiated instruction in the way we mayhthink of it but, as it says in his quote, teach just what someone needs…no more. To me that means do not further the capacity of their minds, bringing about a Prussian ideal of teaching just what that person will need to know- not what they want to know- to ensure they are not intelligent enough to cause a ruckus or be “too educated”. (www.wikipedia.com).

Rujukan
6.      www.authorstream.com














JOHN DEWEY
1.Latar belakang tokoh
2.Pandangan mereka tentang pendidikan serta sumbangan dalam teori kurikulum
3.idea dan penulisan penting dalam bidang kurikulum dan pengajaran

1.LATAR  BELAKANG TOKOH.
                  Pada separuh pertama abad ke-20, John Dewey adalah salah seorang  guru yang paling terkenal di Amerika  (kajian alam semesta dan kedudukan manusia di dalamnya). Beliau juga membuat beberapa cadangan kontroversi untuk perubahan dalam sistem pendidikan Amerika.
Kehidupan awal
Dilahirkan pada 20 Oktober 1859, di Burlington, Vermont, John Dewey adalah anak ketiga dari keempat pasangan  Archibald Dewey  dan Lucina Artemisia . Bapanya adalah seorang pedagang tempatan yang suka sastera. Ibunya memiliki pegangan  moral yang berdasarkan kepercayaan kepada Calvin (agama di mana iman seseorang dinyatakan melalui tingkah laku moral dan kerja-kerja yang baik). John Dewey belajar mengenai budaya lain daripada penempatan berdekatan Ireland dan Perancis-Kanada. Pekerjaannya  semasa kanak-kanak yang menyampaikan surat khabar dan bekerja di sebuah kawasan kayu . Ketika melawat bapanya, yang berkhidmat dalam Tentera Kesatuan di Virginia, beliau melihat kengerian Perang Saudara (1861-1865) secara langsung.
Kerjaya pendidikan
Pada usia 15, Dewey, selepas menerima keputusan  sekolah awam di Vermont. Dewey menjadi sedar dunia ilmu seumur hidup . Beliau mengambil Kursus psikologi (sains minda dan tingkah laku), agama, etika (kajian nilai-nilai moral), dan logik (sains penaakulan). Gurunya, HAP Torrey, memperkenalkan beliau kepada kerja-kerja ahli falsafah yang berbeza. Kualiti kerja bertambah baik, dan pada usia 19 tahun, beliau lulus  tempat kedua di dalam kelas.
Dewey berharap untuk mengajar sekolah menengah. Selepas musim panas beliau gagal mencari pekerjaan, sepupunya, pengetua seminari (institut untuk latihan imam) di Pennsylvania, memberi peluang 'mengajar', selama dua tahun. Dewey terus membaca  buku falsafah dalam masa lapang. Apabila sepupunya meletak jawatan, Dewey turut hilang kerja. Beliau kembali ke Vermont untuk menjadi guru di sebuah sekolah swasta di Charlotte. Beliau memulakan untuk menghabiskan masa dengan Torrey lagi, dan kedua-dua membincangkan bacaan Dewey dalam falsafah purba dan moden.
Perkembangan intelek
Pada masa ini kebanyakan guru falsafah Amerika adalah orang-orang agama, yang meletakkan kepentingan lebih kepada idea-idea agama daripada berfikir secara kreatif. Falsafah telah diajar oleh  guru (guru tidak dikaitkan dengan mana-mana agama tertentu) dalam  beberapa buah sekolah sahaja. Satu sekolah itu di St Louis, di mana William T. Harris menubuhkan Jurnal Falsafah spekulatif. Di sini Dewey menerbitkan esei pertama. Dewey membuat keputusan untuk meneruskan kerjaya dalam falsafah dan memohon kemasukan Johns dan menubuhkan Hopkins University,. Di Johns Hopkins, Dewey belajar dengan George S. Morris, yang menjadi pengerusi jabatan falsafah di University of Michigan. Pada tahun 1884, Dewey tamat kedoktoran dan menerima  jemputan Morris, dia pergi untuk mengajar di Michigan.
Di Ann Arbor, Michigan, Dewey bertemu dan berkahwin dengan Alice Powered  dan  mempunyai tujuh orang anak. 
                                           

2Pandangan John Dewey tentang pendidikan serta sumbangan dalam teori kurikulum

 Pemikiran John Dewey Tentang Pendidikan

 Pengalaman dan Pertumbuhan

                 Pemikiran John Dewey banyak dipengaruhi oleh teori evolusi Charles Darwin (1809-1882) yang mengajarkan bahwa hidup di dunia ini merupakan suatu proses, dimulai dari tingkatan terendah dan berkembang maju dan meningkat. Hidup tidak statik, melainkan bersifat dinamik. Semuanya dalam perkembangan. Pandangan Dewey mencerminkan teori evolusi dan kepercayaannya pada kapasiti  manusia dalam kemajuan moral dan lingkungan masyarakat, khususnya melalui pendidikan. 

             Menurut Dewey, dunia ini penciptaannya belum selesai. Segala sesuatu berubah, tumbuh, berkembang, tidak ada batas, tidak statik, dan tidak ada finalnya. Bahkan, hukum moral pun berubah, berkembang menjadi sempurna. Tidak ada batasan hukum moral dan tidak ada prinsip-prinsip abadi, baik tingkah laku mahu pun pengetahuan.

                Pengalaman  adalah salah satu kunci dalam falsafah instrumentalisme. Pengalaman merupakan keseluruhan aktiviti manusia yang mencakup segala proses yang saling mempengaruhi antara organisma yang hidup dalam lingkungan sosial dan fizik. Falsafah  instrumentalisme Dewey dibangun berdasarkan andaian  bahawa pengetahuan berpangkal dari pengalaman-pengalaman dan bergerak kembali menuju pengalaman. Untuk menyusun kembali pengalaman-pengalaman tersebut diperlukan pendidikan yang merupakan transformasi yang diawasi  dari keadaan tidak menentu ke arah keadaan tertentu. Pandangan Dewey mengenai pendidikan tumbuh bersama dengan kerjanya di makmal sekolah untuk anak-anak di University of Chicago. Di tempat  ini, Dewey mencuba untuk mengupayakan sekolah sebagai segolongan masyarakat  yang menggunakan pengalaman. Dengan model tersebut, pelajar dapat melakukan sesuatu secara bersama-sama dan belajar untuk memantapkan kemampuannya dan keahliannya. 

                Sebagai tokoh pragmatisme, Dewey memberikan kebenaran berdasarkan manfaatnya dalam kehidupan praktik, baik secara individual mahu pun kolektif. Oleh kerana  ia berpendapat bahwa tugas falsafah  memberikan garis-garis arahan bagi perbuatan. Falsafah  tidak boleh tenggelam dalam pemikiran metafizik yang sama sekali tidak berfaedah. Falsafah harus berpijak pada pengalama serta mengolah pengalaman tersebut secara aktif dan kritis. Dengan cara demikian, falsafah  menurut Dewey dapat menyusun norma-norma dan nilai-nilai dalam masyarakat .

Sumbangan John Dewey Dalam Kurikulum

               Dalam menghadapi industrialisasi Eropah dan Amerika, Dewey berpendirian bahawa sistem pendidikan sekolah harus diubah. Sains, menurutnya, tidak mesti diperoleh dari buku-buku, melainkan harus diberikan kepada pelajar  melalui praktik dan tugas-tugas yang berguna. Belajar harus lebih banyak difokuskan melalui tindakan dari pada melalui buku. Dewey percaya terhadap adanya pembahagian yang tepat antara teori dan praktik. Yang dimaksud di sini bukan berarti ia menyeru anti intelektual, tetapi untuk mengambil kelebihan fakta bahwa manusia harus aktif, penuh minat dan siap mengadakan eksplorasi.
 
          Dalam masyarakat industri, sekolah harus merupakan medan bengkel yang membantu komuniti. Pelajar haruslah ditekankan  pada praktik dan ujian dan sentiasa mencuba. Akhirnya, pendidikan harus disusun kembali bukan hanya sebagai persiapan menuju kedewasaan, tetapi pendidikan sebagai kelanjutan pertumbuhan pemikiran untuk menerangi hidup. Sekolah hanya dapat memberikan kita alat pertumbuhan mental, sedangkan pendidikan yang sebenarnya adalah saat kita telah meninggalkan bangku sekolah, dan tidak ada alasan mengapa pendidikan harus berhenti sebelum kematian menjemput. 

            Tujuan pendidikan adalah untuk kecekapan sosial dengan cara memberikan kemampuan untuk menyertai  dalam kegiatan-kegiatan demi pemenuhan kepentingan dan kesejahteraan bersama secara bebas dan maksimum. Tata susunan masyarakat yang dapat menampung individu yang memiliki kecekapani di atas adalah sistem demokrasi yang didasarkan atas kebebasan, asas saling menghormati kepentingan bersama, dan asas ini merupakan kawalan  sosial. Mengenai konsep demokrasi dalam pendidikan, Dewey berpendapat bahawa dalam proses belajar ,pelajar  harus diberikan kebebasan mengeluarkan pendapat,  aktif dan tidak hanya menerima pengetahuan yang diberikan oleh guru. Begitu pula, guru harus menciptakan suasana agar pelajar sentiasa  merasa haus akan pengetahuan. Masyarakat yang demikian harus memiliki semacam pendidikan yang memberikan minat individu  kepada individu dalam hubungan kemasyarakatan dan mempunyai pemikiran yang menjamin perubahan-perubahan sosial. 

   Dasar demokrasi adalah kepercayaan dalam kapasitinya sebagai manusia. Iaitu, kepercayaan dalam kecerdasan manusia dan dalam kekuatan kelompok serta pengalaman bekerjasama. Hal ini tidak dapat dinafikan bahawa semua dapat menumbuhkan dan membangkitkankemajuan pengetahuan dan kebijaksanaan yang diperlukan dalam aktiviti bersama. Idea  kebebasan dalam demokrasi bukan bermakna  hak bagi individu untuk berbuat sekehendak hatinya. Dasar demokrasi adalah kebebasan pilihan dalam perbuatan (serta pengalaman) yang sangat penting untuk menghasilkan kebijaksanaan. Bentuk-bentuk kebebasan adalah kebebasan dalam berkepercayaan, mengekspresikan pendapat, dan lain-lain. Kebebasan tersebut harus dijamin, sebab tanpa kebebasan setiap individu tidak dapat berkembang. 

        Falsafah tidak dapat dipisahkan dari pendidikan, kerana falsafah  pendidikan merupakan rumusan secara jelas dan tegas membahas masalah  kehidupan mental dan moral dalam kaitannya dengan menghadapi tentangan dan kesulitan yang timbul dalam realiti sosial dewasa ini. Masalah  tersebut jelas memerlukan pemecahan sebagai solusinya. Pikiran dapat dipandang sebagai instrumen yang dapat menyelesaikan masalah dan kesulitan tersebut. Di dalam falsafah  John Dewey disebutkan adanya “experimental continuum”  atau rangkaian kesatuan pengalaman, iaitu  proses pendidikan yang bermula dari pengalaman menuju idea  tentang kebiasaan (habit) dan diri (self) kepada hubungan antara pengetahuan dan kesadaran, dan kembali lagi ke pendidikan sebagai proses sosial. Kesatuan rangkaian pengalaman tersebut memiliki dua aspek penting untuk pendidikan, iaitu hubungan lanjutan individu dan masyarakat serta hubungan lanjutan fikiran dan benda.

 Pandangan Falsafah  John Dewey

Pandangan Dewey tentang manusia bertolak dari konsepnya tentang situasi kehidupan manusia itu sendiri. Manusia adalah makhluk sosial, sehingga segala perbuatannya, entah baik atau buruk akan diberi penilaian oleh masyarakat. Akan tetapi di lain pihak, manusia menurutnya adalah yang menciptakan nilai bagi dirinya sendiri secara alamiah. Masyarakat di sekitar manusia dengan segala  yang ada, harus disusun dan dibentuk sedemikian rupa sehingga dapat memberikan perkembangan semaksima mungkin. Itu bererti,  peribadi seorang yang hendak berkembang selain berkembang atas kemungkinan semula jadi, perkembangan juga turut disokong oleh masyarakat yang ada di sekitarnya.Dewey juga berpandangan bahawa setiap peribadi manusia memiliki struktur-struktur  tertentu. Misalnya naluri yang dibawa oleh setiap  manusia. Naluri-naluri itu  tidak bersifat statik atau sudah memiliki bentuk baku, melainkan sangat  fleksibel. Ia sangat kelihatan apabila ia berhadapan dengan persekitaran.  Pandangan Dewey di sini sebenarnya ialah bahawa manusia mengandungi  kemampuan-kemampuan tertentu. Kemampuan-kemampuan itu diaktualisasikan sesuai dengan keadaan  sosial persekitaran manusia. Kebiasaan ini dapat berubah sesuai dengan tuntutan persekitarannya.


Pandangan John Dewey Tentang Pendidikan
A. Hakikat Pendidikan

          Dewey menjadi sangat terkenal kerana pandangan-pandangannya tentang falsafah pendidikan. Pandangan-pandangan yang dikemukakan banyak mempengaruhi perkembangan pendidikan moden di Amerika. Ketika ia pertama kali memulakan eksperimennya di Universiti Chicago, ia mulai mengkritik tentang sistem pendidikan tradisional yang bersifat determinasi. Sekarang ini, pandangannya tidak berlaku di Amerika tetapi juga di banyak negara-negara lain di seluruh dunia.
Bagi Dewey, kehidupan masyarakat yang berdemokratis adalah dapat wujud bila dalam dunia pendidikan hal itu sudah terlatih menjadi suatu kebiasaan yang baik. Ia mengatakan bahawa idea pokok demokrasi adalah pandangan hidup yang dicerminkan dengan perluanya penglibatan  dari setiap warga yang sudah dewasa dalam membentuk nilai-nilai yang mengatur hidup bersama. Ia menekankan bahawa demokrasi merupakan suatu keyakinan, suatu prinsip utama yang harus diterangkan dan dilaksanakan secara sistematik dalam bentuk aturan sosial politik.  Sehubungan dengan hal tersebut maka Dewey menekankan pentingnya kebebasan akademik dalam lingkungan pendidikan. Ia dengan secara tidak langsung menyatakan bahawa kebebasan akademik perlu untuk mengembangkan prinsip demokrasi di sekolah yang bertumpu  pada interaksi dan kerja sama, berdasarkan pada sikap saling menghormati dan memperhatikan satu sama lain; berfikir kreatif, mencari penyelesaian atas masalah yang dihadapi bersama, dan bekerja sama untuk merancang dan melaksanakan penyelesaian. Secara implisit hal ini bererti sekolah demokratik harus menggalakkan dan memberikan peluang kepada semua pelajar untuk aktif mengambil bahagian dalam membuat keputusan, merancang kegiatan dan melaksanakan rancangan tersebut.




B. Fungsi dan Tujuan Pendidikan.

          Dewey sangat menganggap penting pendidikan dalam rangka mengubah dan membaharui suatu masyarakat. Ia begitu percaya bahawa pendidikan dapat berfungsi sebagai cara untuk peningkatan keberanian dan pembentukan kemampuan inteligensi.Dengan itu, dapat pula diusahakan kesedaran akan pentingnya penghormatan kepada hak dan kewajipan yang paling asas dari setiap orang. Baginya ilmu pendidikan  tidak dapat dipisahkan daripada falsafah. Maksud dan tujuan sekolah adalah untuk membangkitkan sikap hidup yang demokratik dan untuk mengembangkannya.Pendidikan merupakan kekuatan yang boleh dipercayai untuk menghancurkan kebiasaan yang lama dan membina kembali yang baru.

C. Kandungan Kurikulum
          Bagi Dewey, lebih penting melatih fikiran manusia untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi, daripada mengisinya dengan formula-formula yang pelbagai..  Pendidikan harus pula mengenal hubungan yang erat antara tindakan dan pemikiran, antara eksperimen dan refleksi. Pendidikan  merupakan refleksi atas pengalaman juga akan mengembangkan moral kepada anak-anak didik. Dengan demikian belajar dalam erti mencari pengetahuan, merupakan suatu proses yang berterusan. Dalam proses ini, ada perjuangan yang terus menerus untuk membentuk teori dalam konteks eksperimen dan pemikiran. Ia juga mengkritik sistem kurikulum yang hanya "ditentukan dari atas" tanpa memperhatikan masukan-masukan dari bawah.

D. Kaedah Pendidikan

          Untuk memahami pemikiran John Dewey, kita harus berusaha untuk memahami titik-titik lemah yang ada dalam dunia pendidikan itu sendiri. Ia secara realistik mengkritik amalan pendidikan yang hanya menekankan pentingnya peranan guru dan mengenepikan peranan para pelajar dalam sistem pendidikan. Penyiksaan fizikal dan indoktrinasi dalam bentuk penerapan doktrin-doktrin menghilangkan kebebasan dalam pelaksanaan pendidikan. Dewey mengadakan penyelidikan mengenai pendidikan di sekolah-sekolah dan cuba menerapkan teori pendidikannya dalam amalan di sekolah-sekolah. Hasilnya, ia meninggalkan pola dan proses pendidikan tradisional yang bergantung kemampuan mendengar dan menghafal. Sebagai gantinya, ia menekankan pentingnya kreativiti dan penglibatan pelajar dalam semua bidang.



3.Idea dan penulisan penting dalam bidang kurikulum dan pengajaran

Buku yang ditulis agak banyak begitu juga dengan idea-ideanya.Salah satu ideanya yang paling penting ialah pragmatism.Pragmatisme jika mengikut istilahnya bermakna  cara menangani atau menghadapi sesuatu isu secara praktikal.Atas sebab itulah beliau dikenal sebagai bapa pragmatisme.

Latar belakang munculnya pragmatisme

             Pragmatisme sebagai suatu gerakan dalam falsafah lahir pada akhir abad ke-19 di Amerika. Kerana itu sering dikatakan bahawa pragmatisme merupakan sumbangan yang paling asli dari pemikiran Amerika terhadap perkembangan falsafah dunia.Pragmatisme dilahirkan dengan tujuan untuk menyelesaikan  dua kecenderungan berbeza yang ada pada saat itu. Kedua-dua kecenderungan yang mahu  diselesaikan  itu ialah  pertentangan yang terjadi antara "yang spekulatif" dan "yang praktis". Tradisi pemikiran yang spekulatif  berpunca dari warisan falsafah rasionalistik  Descartes dan berkembang melalui idealisme kritis dari Kant, idealisme mutlak Hegel serta sejumlah pemikir rasionalistik lain. Warisan ini memberikan kepada nisbah manusia kedudukan yang penting kerana mempunyai kekuatan instrinsik yang besar. Warisan ini pulalah yang telah mendorong para ahli falsafah dan saintis-saintis membina teori-teori yang mengunakan daya intelek  spekulatif  untuk mengerti dan menjelaskan alam semesta. Akan tetapi, di pihak lain ada juga warisan pemikiran yang hanya begitu menekankan pentingnya pemikiran yang bersifat amali semata (empirisme). Bagi kelompok ini, kerja nisbah tidak terlalu ditekankan sehingga nisbah kehilangan tempatnya. Nisbah kehilangan kreativitinya sebagai instrumen khas manusiawi yang mampu membentuk pemikiran dan mengarahkan sejarah. Hasil dari model pemikiran ini y munculnya ilmu-ilmu terapan. Termasuk di dalamnya  Sains dan Teknologi .

          Seperti yang sudah dijelaskan di atas, secara falsafah, pragmatisme berusaha untuk menyelesaikan  dua aliran falsafah tradisional ini. Atas salah satu cara pragmatisme menyetujui apa yang menjadi keunggulan dari empirisme(pengalaman praktis). Hal-hal itu seperti:

a. Bahawa kita tidak pernah memiliki konsep yang menyeluruh tentang realiti,

b. Pengetahuan mengenai objek-objek material berpunca dari persepsi dengan perspektif yang berbeza-beza,

c. Diperlukan pemahaman multidimensi atau memerlukan pemahaman kepelbagaian.Jadi pemahaman menyeluruh mesti dilihat dalam kepelbagaian.

          Selain sependapat dengan empirisme untuk beberapa hal di atas, pragmatisme juga sependapat dengan tradisi rasionalisme dan idealisme dalam hal keseluruhan nilai hidup, terutama moral dan agama memberi makna untuk hidup manusia.
Melihat apa yang ingin diselesaikan ini, pragmatisme mengangkat nilai-nilai positif yang ada pada kedua-dua tradisi tersebut. Prinsip yang dipegang kaum pragmatik iaitu  tidak penting bahawa saya menerima teori ini atau itu  yang penting ialah apakah saya   mempunyai suatu teori atau nilai yang dapat berfungsi dalam tindakan.

JOHN DEWEY dan pragmatisme

          Secara teori, gerakan pragmatisme bermula dari upaya formulasi yang dilakukan oleh Charles Sanders Peirce , meskipun kemudian pragmatisme dikembangkan oleh William James . Secara metodologi, pragmatisme akhirnya berjaya diserap oleh bidang-bidang kehidupan seharian di Amerika Syarikat berkat kerja keras John Dewey.Dewey memusatkan perhatiaanya pada masalah-masalah yang berkaitan dengan etika, pemikiran sosial dan pendidikan. Memang ada begitu banyak pandangan-pandangan para ahli falsafah yang berkaitan dengan bidang pragmatisme ini, akan tetapi ketiga tokoh di atas yang popular dan banyak dibicarakan dalam pembangunan pragmatisme. Peirce dipandang sebagai pengasas pragmatisme, James sebagai pemajunya dan Dewey sebagai orang yang melaksanakan pragmatisme dalam pelbagai bidang kehidupan.


 JOHN DEWEY: KARYANYA

          Karya-karya Dewey banyak mempengaruhi corak berfikir Amerika. Pengaruh ini juga banyak berasal dari buku-buku atau karya-karya yang dihasilkannya. Bukunya yang pertama iaitu  Psychology  yang diterbitkan dalam tahun 1891. Dalam tahun 1891, bukunya  Outlines of a Critica Theory of etics  diterbitkan. Tiga tahun kemudian, 1894, terbit lagi  The Study Of etics: A Syllabus .Ketika ia berkarya di Universiti Chicago, berturut-turut ia menerbitkan My Pedagogic Creed (1897), The School and Society (1903), dan Logical Conditions of a Scientific Treatment of Morality (1903). Ia juga banyak menghasilkan uku-buku ketika berada di Universiti Colombia seperti Ethics (1908), How We Think (1910), The Influence of Darwin and Other Essays in Contemporary Thought (1910), School of Tomorrow (1915), Democraty and Education ( 1916), Essays in Experimental Logic (1916), Experience Recunstruction in Philosophy (1920), Human Nature and Conduct (1922), and Nature (1925), The Quest for Certainty (1929), Art as Experience (1934), A Common Faith (1934), Experience and Education (1938), Logic: The Theory of Inquiry (1938), Theory of Valuation (1939), Education Today (1940), Problem of Men (1946), dan Knowing and The Known (1949) .

          Nampak jelas dari tulisan-tulisan Dewey bahawa ia menaruh minat besar dalam bidang logik, metafizik dan teori pengatahuan. Tetapi perhatian Dewey di bidang pragmatisme terutama dicurahkan pada realiti sosial daripada kehidupan individu. Hal ini nampak dalam tema-tema bukunya: pendidikan, demokrasi, etika, agama, dan seni.


PANDANGAN DEWEY TENTANG PENGALAMAN DAN PENGARUHNYA PADA CORAK BERPIKIR MANUSIA

          Konsep kunci dalam falsafah Dewey adalah pengalaman. Pemahaman ini dipengaruhi    oleh pemahaman kaum Hegelianisme tentang  perkembangan pengalaman. Kaum Hegelian ini juga mempengaruhi pandangan Dewey dalam pemahamannya mengenai konsep sejarah dan kaedah dialog yang dikembangkannya dalam teori-teorinya tentang pendidikan sekolah.  Bagi Dewey, pengalaman sebagai suatu yang bersifat personal dan dinamik dan kesatuan. Tidak ada pengalaman yang bergerak secara berasingan dan semua pengalaman itu memainkan suatu kerumitan sistem yang organik. Menurutnya, pemikiran kita bermula dari pengalaman-pengalaman dan menuju pengalaman-pengalaman. Gerak itu dibangkitkan segera dan kita dihadapkan dengan suatu keadaan yang menimbulkan persoalan pada dunia sekitarnya, dan gerak itu berakhir dalam masa beberapa perubahan dalam dunia sekitar atau dalam dunia kita.Pengalaman yang langsung bukanlah soal pengetahuan, yang terkandung di dalamnya pemisahan subjek dan objek, pemisahan antara pelaku dan sarananya. Di dalam pengalaman itu keduanya   bukan dipisahkan, tetapi disatukan. Apa yang dialami tidak dipisahkan dari yang mengalaminya sebagai satu hal yang penting atau yang bererti.Jikalau terdapat pemisahan di antara subjek dan objek hal itu bukan pengalaman, melainkan pemikiran kembali atas pengalaman tadi. Pemikiran, itulah yang menyusun sasaran pengetahuan.  Atas dasar ini pula, Dewey merumuskan tujuan falsafah sebagai memberikan garis-garis pengarahan bagi perbuatan dalam kenyataan hidup.Oleh kerana itu, falsafah tidak boleh tenggelam dalam pemikiran-pemikiran metafizik yang tidak bermanfaat. Dalam konteks ini, falsafah digunakan sebagai asas dan fungsi sosial. Menurutnya, kaum empiris telah beranggapan bahawa fikiran selalu menunjuk pada objek-objek dari alam, dan setiap idea selalu berkaitan dengan suatu realiti. Dengan kata lain, pengetahuan seakan-akan dibentuk selepas subjek berhadapan dengan atau memandang sesuatu di luar dirinya. Inilah yang disebut "a spectator theory of  knowledge". Menurut  teori ini, subjek pengetahuan bertindak bagaikan seorang penonton yang hanya dengan memandang untuk mendapatkan idea tentang objeknya. Inilah pandangan kaum rasionalis. Menurut pandangan ini, nisbah merupakan suatu instrumen untuk memperhatikan apa yang tetap dan pasti pada alam.Alam dan rasional adalah dua perkara yang berasingan dan berbeza.

         Dewey beranggapan bahawa baik apa yang dibangunkan oleh kaum empiris mahupun kaum rasionalis terlalu statik di satu pihak dan terlampau mekanistik di lain pihak. Atas pengaruh Hegelian, Dewey mengakui bahawa antara manusia dan persekitaran semula jadi terdapat dialektika yang konfliknya "diselesaikan" dalam pengalaman. Hal ini disebabkan kerana setiap pengalaman adalah kekuatan yang berguna. Maksudnya, pengalaman merupakan pertemuan antara manusia dengan alam sekitar yang mengitarinya dan itu membawa manusia pada pemahaman yang baru.Pengalaman juga bersifat dinamik kerana persekitaran juga bercorak dinamik.Hakikatnya merupakan kekuatan yang dimiliki manusia untuk menghadapi persekitaran hidup yang terserap dalam pengalamannya. Dalam konteks ini, berfikir adalah suatu aktiviti inteligensi yang lahir kerana adanya pengalaman manusia dan bukan suatu akiviti yang terpencil dalam fikiran semata-mata. Menurut dewey ada dua jenis pemikiran iaitu yang membingungkan dan yang jelas dan segala masalah mudah diselesaikan

           Hal ini mengandaikan bahawa aktiviti berfikir lebih luas dari sekadar aktiviti kognitif, iaitu meliputi keinginan-keinginan yang muncul dalam diri  ketika berhadapan dengan persekitarannya. Inilah yang disebut Dewey teori instrumentalisme tentang pengetahuan.Yang dimaksudkan dengan teori instrumentalisme adalah suatu usaha untuk menyusun suatu teori yang logik dan tepat dari konsep-konsep, pertimbangan-pertimbangan, penyimpulan-penyimpulan dalam bentuknya yang bermacam-macam, dengan cara menyiasat bagaimana fikiran berfungsi dalam penentuan-penentuan yang berdasarkan pengalaman, yang mengenai kesan-kesan di masa depan. Teori ini juga yang mendorongnya untuk menyebut sistemnya dengan istilah instrumentalisme daripada disebut sebagai pragmatisme.


PANDANGAN DEWEY TENTANG MANUSIA DAN LINGKUNGAN SOSIALNYA.

          Padangan Dewey tentang manusia bertolak dari konsepnya tentang situasi kehidupan manusia itu sendiri. Manusia adalah makhluk sosial, sehingga segala perbuatannya, entah baik atau buruk, akan diberi penilaian oleh masyarakat. Akan tetapi di lain pihak, manusia menurutnya adalah yang mencipta nilai bagi dirinya sendiri secara semula jadi. Masyarakat di sekitar manusia dengan segala lembaganya, harus disusun dan dibentuk sedemikian rupa sehingga dapat memberikan perkembangan semaksima mungkin. Itu bererti, peribadi seorang yang hendak berkembang selain berkembang atas kemungkinan semula jadi, perkembangannya juga turut disokong oleh masyrakat yang ada di sekitarnya dan mempunyai takdir yang tertentu.

         Dewey juga berbicara tentang kejahatan  manusia. Kejahatan bukanlah sesuatu yang tidak dapat diubah. Sebaliknya, kejahatan merupakan hasil dari cara tertentu manusia yang dibentuk dan dikondisikan oleh budaya. 

          Dewey juga menjadi sangat terkenal kerana pandangan-pandanganya tentang falsafah pendidikan. Pandangan yang dikemukakan banyak mempengaruhi perkembangan pendidikan moden di Amerika. Ketika ia pertama kali memulakan eksperimennya di Universiti Chicago, ia telah mula mengkritik tentang sisitem pendidikan tradisional yang bersifat determinasi. Sekarang ini, pandangannya tidak hanya digunakan di Amerika, tetapi juga di banyak negara-negara lain di seluruh dunia.

          Untuk memahami pemikiran John Dewey, kita harus berusaha untuk memahami titik-titik lemah yang ada dalam dunia pendidikan itu sendiri. Ia secara realistik mengkritik amalan pendidikan yang hanya menekankan pentingnya peranan guru dan mengenepikan para pelajar dalam sistem pendidikan. Penyikasaan fizikal  dalam bentuk penerapan dokrin-dokrin menghilangkan kebebasan dalam pelaksanaan pendidikan. Tak lepas dari kritikannya juga iaitu sistem kurikulum yang hanya "ditentukan dari atas" tanpa memperhatikan masukkan-masukkan dari bawah.

          Dewey sangat menganggap penting pendidikan dalam rangka mengubah dan membaharui suatu masyarakat. Ia begitu percaya bahawa pendidikan dapat berfungsi sebagai cara untuk peningkatan keberanian dan kedudukan kebijaksanaan . Dengan itu, dapat pula diusahakan kesedaran akan pentingnya penghormatan pada hak dan kewajipan yang paling asas dari setiap orang.Gagasan ini juga bertolak dari gagasannya tentang perkembangan seperti yang sudah di bahas sebelumnya. Baginya ilmu mendidik tidak dapat dipisahkan daripada falsafah.Maksud dan tujuan sekolah adalah untuk membangkitkan sikap hidup yang demokratik dan untuk mengembangkannya.  Pendidikan merupakan kekuatan yang boleh dipercayai untuk menghancurkan kebiasaan yang lama, dan membina kembali yang baru. Bagi Dewey, lebih penting melatih fikiran manusia untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi, daripada mengisisnya secara sarat dengan formula yang pelbagai. Pendidikan harus pula mengenal hubungan yang erat antara tindakan dan pemikiran, antara eksperimen dan refleksi.

           Bagi Dewey, kehidupan masyarakat yang berdemokrtatis adalah berlaku jika dalam dunia pendidikan hal itu sudah terlatih menjadi suatu kebiasaan yang baik. Ia menyatakan bahawa idea pokok demokrasi adalah pandangan hidup yang dicerminkan dengan perlunya penyertaan dari setiap warga yang sudah dewasa dalam membentuk nilai-nilai yang mengatur kehidupan bersama. Ia menekankan bahawa demokrasi merupakan suatu keyakinan, suatu prinsip utama yang harus diterangkan dan dilaksanakan secara sistematik dalam bentuk aturan sosial politik.  Dari kenyataan ini, bagi Dewey demokrasi bukan sekadar berkaitan suatu bentuk kehidupan bersama dalam kehidupan bermasyarakat, berbangsa dan bernegara. Demokrasi bererti setiap orang mengalami kebebasannya untuk berkreasi dan mendedahkan pengalaman kehidupannya dalam penyertaan bersama. Untuk tujuan ini, maka sekolah menjadi medium yang mendedahkan bagaimana hidup dalam suatu komuniti yang demokratik.Dewey selalu mengatakan bahawa sekolah merupakan suatu kelompok sosial yang kecil (minoriti); yang menggambarkan atau menjadi cerminan dari kumpulan sosial yang lebih besar (majoriti). Ia menegaskan bahawa sosialisasi nilai-nilai demokrasi harus dilaksanakan oleh sekolah yang demokratik. Dan ini diusahakan antara lain dengan menekankan pentingnya kebebasan akademik dalam lingkungan pendidikan.Ia dengan secara tidak langsung menyatakan bahawa kebebsan akademik perlu untuk mengembangkan prinsip demokrasi di sekolah yang bertumpu pada interaksi dan kerjasama, berdasarkan pada sikap saling menghormati dan memperhatikan satu sama lain; berfikir kreatif, mencari penyelesaian atas masalah yang dihadapi bersama, dan bekerjasama untuk merancang dan melaksanakan penyelesaian.  Secara implisit hal ini bererti sekolah yang demokratik harus menggalakkan dan memberikan peluang kepada semua pelajar untuk aktif mengambil bahagian dalam membuat keputusan, merancang kegiatan dan melaksanakan rancangan tersebut.

Penutup

          Dewey dikumpulkan dengan Pierce dan William James sebagai pengasas pragmatisme. Pragmatisme  pada terasnya adalah pandangan falsafah pengetahuan manusia dan bersifat biologi di dalam segi psikologi moden , ia adalah bersamaan dengan teori gestalt atau paradigma ilmu - iaitu pengetahuan  bermakna dalam perspektif  hubungan kepada. Diambil untuk  yang melampau, ia  membayangkan bahawa tidak ada objektiviti kepada pengetahuan.

       Walaupun  ramai yang telah mengkritik pragmatism  ia adalah jelas daripada kajian tulisan Dewey bahawa beliau tidak menafikan kebenaran yang sebenar. Usaha Dewey  mentakrifkan pragmatisme adalah merupakan satu usaha untuk mendamaikan  perspektif manusia dalam berhubung dengan realiti sebenar

          Mungkin kesan yang paling berkekalan  dalam kerjaya Dewey adalah gambaran pada falsafah  pendidikan. Dewey adalah sebahagian daripada pergerakan  Progresif selama bertahun-tahun sejak kematiannya.
Falsafah pendidikan Dewey telah dikritik sebagai punca masalah institusi. Ada kumpulan yang merasakan bahawa Dewey membantu memupuk sikap ke arah pendidikan yang membawa kepada kerosakan di dalam kelas yang bermula pada tahun 1960-an. Walau bagaimana dikecam sekali pun Dewey tetap dikenang sebagai bapa Pragmatisme atau bapa Instrumentalisme. namun Dewey lebih suka menggelak penggunaan Pragmatis apabila merujuk tentang dirinya. Dewey menghormati fungsi penting bahawa institusi-institusi agama dan amalan yang dimainkan dalam kehidupan manusia, menolak kepercayaan dalam mana-mana yang ideal statik, seperti tuhan secara peribadi. Dewey merasakan bahawa hanya kaedah saintifik pasti boleh meningkatkan insan yang baik. Falsafah Dewey mempunyai nama-nama lain daripada "pragmatisme". Beliau telah dipanggil instrumentalis,  empirisme, fungsionalis , dan naturalis. 

Rujukan

SEMANIS KURMA