Baru – baru ini keluar iklan KFC beli thermos dapat snack plate. Suami saya agak teruja untuk mendapatkan Thermos bukannya teruja dengan snack plate. Sebenarnya nak lawan Water Vacuum saya jenama Zebra yang saya beli ketika promosi Pakson Melaka.....
Tadaaaa......Ini vacuum water saya...tapi saya punya berwarna peach...cantikkkkk....

cover thermos tu saya buat sendiri ye....supaya di bawa ke mana.......
Travelog 2
Seadanya kami di sana rasa seronok
dengan tempat yang indah dah cuaca yang agak sejuk...agak kering tapi dingin
seperti di Cameron Highland .
Hari
pertama selepas sampai saya tidak menjejakkan kaki ke masjid Nabawi. Kepenatan
yang amat sangat mendorong saya untuk tidur.Tapi tidak mak, suami, Akmal dan
abah serta 2 orang lagi rakan sebilik.Kuatnya semangat mereka sedangkan
masjidnya sangat hampir dengan penginapan kami.
Sekitar
hotel banyak kedai yang menjual pelbagai aneka barangan termasuk barangan
cenderahati dan juga kedai menjual minyak wangi yang bila melaluinya pasti saya
pening dan sakit kepala.hurrmmmmm....itulah yang disukai oleh ramai orang
....mak kata peliklah saya ni...tak suka bau-bauan.
Beberapa
hari di sana agak saya untuk bangun awal untuk solat subuh di sana.Tetapi demi
mak kadang-kadang saya gagahkan juga walaupun banyak tak gagahnya.
Antara
aktiviti di sana yang paling peting ialah menziarahi makam nabi.Kami diatur
untuk pergi waktu malam. Paling indah jadualnya ialah khamis malam jumaat
sebelum kami bertolak keesokkan harinya.kami
yang perempuan mula berkumpul selepas maghrib. Emak tidak pergi sama
kerana menemani abah yang demam .Sedih juga sebab emak tak ikut serta tetapi
hikmahnya emak boleh menemani abah dan
muhammad yang tentu nak ikut serta. Tetapi keadaan tidak mengizinkan untuk
Muhammad turut serta.
Kami
bergerak dalam kumpulan dan saya lebih kerap bersama Kak Ana dan ibunya Cik
Esah.Bila di sana baru terasa sayunya hati. Begitu sukar untuk sampai ke makam
nabi.Sebelum betul ke tempat terhampir emak telah berpesan untuk saya solat dan
membaca apa yang patut seperti yang terdapat dalam panduan Tabung Haji.Kami
bergerak sedikit-sedikit dalam kumpulan kerana kumpulan orang-orang Arab sering
memoong jalan kami dan polis-polis wanita di Masjid Nabawi turut marah dengan
tindakan mereka. Saya merasa tersangat
letih sebab giliran yang terlalu lama dan berasak-asak. Ya Allah...itu sahaja
mampu saya ungkapkan selalu. Sayunya hati di tempat suci ini. Hanya Allah mampu
memberi ruang untuk saya dan jemaah lain.Jam menunjukkan pukul 12.00 tengah
malam .Masih tiada ruang untuk saya dan ahli yang lain.Apabila jam menunjukkan
masa menghampiri ke 1.00 pagi lebih kami dah mula berasak-asak untuk mendapat
tempat di barisan hadapan tetapi masih sukar. Kami berusaha.Akhirnya kami dapat
masuk ke Raudhah. Indahnya perasaan tersebut tetapi sukarnya untuk solah di
sana kerana bangsa Arab bangsa yang agak kasar dan besar. Kami ditolak-tolak sesuka hati.Terima
kasih untuk Cik Esah kerana menjaga
untuk saya solat di hadapan sekali.Alhamdulillah....
Agak
lewat kami pulang dan emak risau tetapi kami pulang sekitar 1.30
pagi....keletihan kami pun tidur dengan nyenyaknya.
bersama Hj Ariffin .Mutawil kami. Alhamdulillah banyak urusan dipermudahkan Allah
Pemandangan Raudhah dari luar dan waktu siang
Taman bunga berhampiran Anwar Movenpick Hotel...Akhirnya dapat juga saya melihat tumbuh-tumbuhan di tempat yang gersang ini.
Kucing di sana....sama sahaja dengan di Malaysia..hehehhehe.
Penjaga taman yang ayikla mengekori kami.....takut kami pada mulanya...mmujur Hj Ariffin memberitahu siapa beliau....apabila kami sibuk bergambar sibuk juga dia nak bergambar....mmm ambillah sekali untuk kenangan....memang kenangan pun akhirnya.
bersambung.....
|
E
|
thical leadership and diversity.
“.…pada dasarnya jiwa kepemimpinan dimilki oleh setiap
diri manusia (self leadership), setidaknya dirasakan manakala seseorang
melewati suatu proses merencanakan dan menetapkan suatu keputusan guna
merealisasikan tujuan hidupnya, namun dalam merencanakan kepemimpinan itu
sendiri sering sekali manusia dihadapkan pada berbagai permasalahan hidup silih
berganti, tidak sedikit persoalan muncul hanya disebabkan kesalahan dalam
bertindak dan keliru mempersepsikan sesuatu, untuk menghindarinya menjadi
penting faktor mengendali diri dengan baik, salah satunya adalah dengan mengamalkan
nilai-nilai etika dan moral dalam kehidupan, jadi kepemimpinan dengan etika dan
moral merupakan satu kesatuan yang sangat erat…..”
Pemimpin yang beretika dianggap
pemimpin yang jujur, amanah, sangat dipercayai dan dapat diharapkan bukan setakat untuk
memimpin dan melindungi subordinat, tetapi dijadikan sumber rujukan dan contoh
tauladan hidup oleh subordinat. Apakah yang dikatakan pemimpin yang beretika?
Pemimpin
yang beretika adalah pemimpin yang mengotakan apa yang dilafazkan. Kewibawaan
seorang pemimpin terjejas apabila tindakan-tindakan atau keputusan-keputusan
yang diambil tidak selaras dengan ikrar, janji atau kata-kata yang pernah
dilafazkan. Pihak yang mendengar, melihat dan menyedari tentang perkara ini
akan memandang serong kepada pemimpin sebegini dan melihat kepimpinannya dengan
sinis.
Pemimpin
yang tidak mengotakan kata-katanya akan dianggap sebagai pemimpin yang lemah,
tidak perlu ditakuti, tidak boleh dipercayai, dianggap penuh retorik dan penuh
dengan budaya propaganda. Lebih malang lagi sekiranya ini berlaku, bukan hanya
subordinat tetapi masyarakat sekeliling akan memberikan tafsiran pelbagai
dengan konotasi negatif setiap kali pemimpin sebegini melafazkan kata-kata.
Kata-katanya tidak diterima sepenuh hati, arahan tugasan olehnya dilaksanakan
oleh subordinat dengan separuh hati.
Menjaga Kerahsiaan
Pemimpin
yang berada dipuncak hierarki akan biasa berhadapan dengan suasana kerja yang
memerlukan kerahsiaan. Rahsia adalah sesuatu yang perlu disimpan dengan cermat
dan teliti. Rahsia tidak lagi menjadi rahsia sekiranya terdapat pihak yang
tidak berkaitan mengetahui rahsia tersebut. Apabila disebut tentang kerahsiaan,
ia pasti akan dikaitkan dengan data, statistik, maklumat terperingkat,
perancangan atau perkara-perkara yang bakal dilakukan. Pemimpin haruslah
bertanggungjawab sepenuhnya dalam menjaga kerahsiaan. Kegagalan pemimpin untuk
memelihara kerahsiaan menimbulkan rasa tidak senang dikalangan subordinat dan
masyarakat sekeliling tetapi juga integriti seorang pemimpin tersebut
dipertikaikan.
Lebih malang lagi apabila rahsia
tersebut bukannya bocor akibat dari kehilangan fail-fail sulit mahupun dokumen
terperingkat yang berada di tangan pemimpin atau staf terdekatnya, tetapi
rahsia tersebut tiris dari lidah pemimpin itu sendiri dan terus mengalir ke
pintu pejabat dan banjir ke seluruh organisasi. Mungkin pada awalnya pemimpin
merasakan bahawa dirinya penting di dalam organisasi kerana dianggap sebagai ‘first hand information informer’. Tetapi dihujungnya pemimpin
sebegini akan hilang wibawa di mata subordinat dan masyarakat sekeliling.
Berhadapan Konflik
Dalam
memimpin sebuah organisasi, seorang pemimpin tidak dapat lari dari risiko
bahawa organisasinya berhadapan dengan pelbagai jenis konflik. Konflik adalah
salah satu medan yang mengukur kewibawaan dan keupayaan seorang pemimpin dalam
usaha menanganinya. Terdapat sesetengah konflik yang kritikal dan perlu diselesaikan serta-merta.
Terdapat juga konflik yang memerlukan masa untuk menyelesaikannya.
Pemimpin
yang berwibawa tidak mudah melatah dan membuat keputusan yang terburu-buru
apabila berhadapan dengan konflik. Apabila organisasi menghadapi konflik,
seluruh organisasi akan memberikan tumpuan kepada pemimpin dan warga kerjanya.
Segala pernyataan, tindakan dan keputusan pemimpin akan dianggap sebagai arahan
yang perlu dilaksanakan sebagai jalan keluar untuk mengatasi konflik. Sekiranya
pemimpin terlalu terburu-buru dan sentiasa mengeluarkan kenyataan dan keputusan
yang saling bertentangan, kewibawaan pemimpin akan dipertikaikan dan subordinat
beranggapan bahawa pemimpin mereka bercakap dahulu baru berfikir.
Ibarat
kata Hang Jebat , otak diletak ke empu kaki. Pemimpin yang berwibawa adalah
pemimpin yang tidak menuding jari dan meletakkan kesalahan atas kewujudan
konflik ke atas subordinat, tetapi mengambil tanggungjawab untuk ke hadapan
menyelesaikannya. Malah lebih hilang wibawa seorang pemimpin yang pandai
mengambil kredit atas kelebihan subordinat dengan mengecapkannya sebagai usaha
pemimpin tetapi apabila timbul masalah, subordinatlah orang yang patut
dipersalahkan dan dihukum.
Mengendali Subordinat
Di
dalam organisasi, pemimpin tidak dapat dipisahkan dari subordinat. Ia ibarat
aur dengan tebing. Pemimpin akan menghadapi kepelbagaian sikap dan mentaliti
subordinat. Ada yang berpendirian keras, konservatif, moderat, idealis dan
pelbagai lagi. Walaupun terdapat pelbagai teori dan pendekatan yang dikemukakan
oleh sarjana dan pengkaji bidang sains sosial, setakat ini tiada pendekatan
yang benar-benar dianggap terbaik dalam pengendalian subordinat. Pemimpin harus
melihat semula kepada ‘nature of subordinate’.
Mengendalikan subordinat adalah subjektif sifatnya dan kaedahnya adalah
pelbagai bergantung kepada situasi dan keadaan.
Pemimpin yang berwibawa adalah
pemimpin yang turun padang dan bertemu dengan subordinat, hatta pada hierarki
yang paling bawah. Jubah dan ego seorang pemimpin harus diletakkan dan
digantung disebalik pintu bilik kerja apabila seorang pemimpin turun padang.
Pemimpin harusnya berbicara dengan nada dan ‘bahasa’ subordinat agar subordinat
menerima kehadiran pemimpin dengan perasaan terbuka. Pemimpin haruslah mencari,
mendengar dan menyelami masalah subordinat dan berusaha menyelesaikannya.
Pemimpin yang berwibawa harus lebih banyak mendengar dan bertindak.
Pemimpin
yang berwibawa adalah pemimpin tidak mudah membuat penilaian negatif terhadap
subordinat dan bertindak menghukumnya. Subordinat yang bermasalah wajar
dinasihatkan, dibantu dan dibentuk semula agar ia mengikuti jalan yang
digariskan dan diingini oleh pemimpin. Subordinat yang dianggap sebagai ‘new blood in the organisation’ pula sepatutnya diberikan pendedahan dan panduan
yang lengkap dengan ‘job
description’ , ‘standard
operation and prosedure’ dan senarai ‘do
and don’t’ yang
bersesuaian dengan tugas dan diberikan masa yang munasabah untuknya
menyesuaikan diri. Penyesuaian diri dengan tugas terutama kepada subordinat
baru bukannya perkara yang boleh diselesaikan dalam satu malam atau satu
purnama. Sikap pemimpin yang gemar memandang rendah kepada ‘new comers’ ini
adalah antara sikap yang menjatuhkan wibawa seorang pemimpin.
Nature of Leadership
Kepimpinan tidak lepas daripada sifat-sifat seorang
pemimpin.Hakikatnya mengetahui sifat pemimpin perlu agar kita tidak memilih
pemimpin yang salah. Misalnya dalam pilihan raya. Kita mestilah mengundi. Wajib
kita mengetahui pemimpin yang tepat dalam menentukan hak dan halatuju untuk
kita dan masyarakat pada masa akan datang.
Ciri-ciri
kepimpinan merangkumi aspek pengurusan diri, perhubungan dengan keluarga, guru,
rakan-rakan dan masyarakat umum. Dengan lain perkataan ciri-ciri kepimpinan ini
mampu membina modal insan yang berkualiti, berakhlak mulia, berketrampilan,
berwawasan dan mewujudkan kesejahteraan diri dan kemakmuran Negara.
Ilmu, kemahiran dan pengalaman dalam sesuatu
aktiviti merupakan elemen yang penting dalam aspek kepimpinan. Setiap aktiviti
memberi pendedahan dan peluang untuk mendapat ilmu seperti ilmu kemanusiaan,
ilmu kemasyarakatan, ilmu sains dan sebagainya. Dalam bidang akademik tumpuan
diberikan pada ilmu-ilmu yang dapat merungkai dan menerokai rahsia sesuatu
kejadian, peristiwa atau permasalahan untuk memberi ruang penyelesaian.
Kejayaan yang dicapai adalah hasil daripada pengalaman yang dilaluinya setelah mampu menghadapi pelbagai cabaran. Cabaran yang dilaluinya itu adalah hasil daripada kejayaannya mengawal dan memimpin diri. Setelah berjaya memimpin diri, maka ia akan berjaya memimpin generasi yang lain untuk mencapai kejayaan.
Sifat kepimpinan Rasulullah
Islam adalah sebuah agama yang
sangat memperhatikan terhadap pemerintah, sebab Islam sangat menekankan ajaran
tentang kepemimpinan. Bahkan sejarah peradaban Islam pun cenderung diawali
dengan persoalan kepemimpinan.
Rasulullah adalah seorang pemimpin,
bahkan negarawan sejati yang benar-benar memahami kondisi bangsanya, sehingga
oleh Allah swt ia bukan hanya diangkat pemimpin bangsa Arab saat itu, akan
tetapi juga oleh seantero dunia dengan menyatakan bahwa Rasulullah adalah
rahmatan lil 'alamin.
Rasulullah mampu mempersatukan dalam sebuah
kebersamaan antara kaum muhajirin dan Anshar. Rasulullah mampu mempersatukan
dalam sebuah kebersamaan antara suku Aus dan Khazraj yang dulunya saling
berperang. Bahkan Rasulullah mampu mempersatukan antara masyarakat yang
beragama Islam dengan masyarakat yang beragama lainnya dalam sebuah masyarakat
madani, masyarakat yang berperadaban, masyarakat yang menjunjung nilai-nilai
etika dan akhlak.
Memang kita
berat mencontoh kepemimpinan Rasulullah dan kita juga sulit mencari pemimpin
seperti sifat kepemimpinan Rasulullah, tapi bagaimana pun kita
adalah pemimpin terhadap diri kita sendiri, ban kadangkala kita juga harus
mencari pemimpin di kota kita, mencari pemimpin kita di
semua tingkatan. Oleh karena itu, mari kita meneladani dan memilih orang
yang meneladani sifat kepemimpinan Rasulullah.
Dalam menentukan seorang pemimpin, Rasulullah telah
menjadikan dirinya sebagai figur dan pelaku. Empat sikap yang menjadi
sifat-sifat wajib baginya adalah amanah, fathanah, siddiq dan tabligh ternyata
sangat erat kaitannya dengan tugasnya sebagai khalifah Allah di muka bumi ini,
yang mana tanpa keempat sifat tersebut dalam pribadi beliau maka
mustahil kepemimpinan beliau dapat berjalan dengan baik dan mendapatkan pujian
oleh masyarakat.
Mencari pemimpin yang tepat berarti menemukan empat
sifat Nabi ini dalam pribadi seorang pemimpin. Keempat sifat ini tentu saja
tidak secara tiba-tiba ada dalam diri seseorang, sebagaimana halnya dengan
Rasulullah yang telah melalui perjuangan dan pembinaan yang intensif baik
secara jasmani maupun ruhani hingga menjadi pemimpin sejati.
Sikap yang amanah menjadi syarat pertama yang harus
dimiliki oleh pemimpin daerah dan bangsa ini, sebab amanah yang berarti
kejujuran dan kesetiaan, dan transparansi menjadi kunci penting yang harus
ditegakkan.
Sikap amanah ini menjadi sangat penting sebab salah
satu penyebab kemerosotan bangsa ini adalah pengelolaannya yang tidak
didasarkan pada sikap amanah, kejujuran, transparansi dan keadilan. Rasulullah
telah digelari sebagai orang yang al-amin sebelum beliau menjadi seorang Rasul, yang gelar itu
bukan diproklamirkan oleh beliau, melainkan oleh seluruh masyarakat yang ada
baik anggota sukunya maupun suku-suku yang lain.
Sifat yang kedua adalah fathanah, yang berarti cerdas
dan cerdik, kecerdasan yang dimiliki oleh Rasulullah tidak hanya kecerdasan
intelektual, tapi juga kecerdasan emosional, spiritual dan sosial. Rasulullah
dekat dengan rakyatnya. Sehingga semua lapisan rakyatnya merasa mendapatkan
perhatian darinya. Lebih dari itu Rasulullah bukan hanya mengerti hanya sebatas
persoalan duniawi semata, melainkan juga persoalan agama dan ruhani mereka,
sehingga kecerdasan yang dimilikinya menyangkut akal dan qalbunya.
Sifat selanjutnya adalah siddiq ertinya
kebenaran, artinya seorang pemimpin mestilah orang yang mampu membedakan
kebenaran dan kebathilan, dan selalu berpihak pada kebenaran. Keberpihakan
kepada kebenaran menjadi dasar yang amat penting dalam upaya menegakkan hukum
di suatu negara. Kaburnya yang benar dari yang salah menyebabkan kesalahan
dalam membuat suatu kebijaksanaan dan pada lahirnya menabur kezhaliman dan
ketidakadilan.
Selanjutnya sifat yang mesti dimiliki seorang pemimpin
adalah tablig, yang berarti
penyuluh, penerang bagi rakyat menyangkut persoalan yang dihadapi dan sekaligus
penjelas terhadap ajaran-ajaran Allah swt yang akan dilaksanakan dalam
kehidupan. Sifat tablighjuga dapat
mengandung arti adanya komunikasi yang baik, keterbukaan terhadap rakyat, di
samping perlunya kemampuan seorang pemimpin untuk memahamkan rakyatnya tentang
program-program yang akan dijalankannya.
Dari huraian di atas, dapat disimpulkan bahwa empat sifat
yang diwajibkan kepada Nabi sebenarnya juga harus dimiliki oleh setiap
pemimpin, sebab setiap pemimpin sebenarnya adalah pewaris Nabi. Isyarat Nabi
yang menyatakan bahwa "ulama adalah pewaris para Nabi", sama sekali
bukan hanya diarahkan pada ulama dalam arti sempit, melainkan ulama dalam arti
yang sangat luas. Maka setiap yang memiliki empat sifat dan karakter di atas,
akan dikategorikan sebagai ulama. Oleh karenanya seorang ulama bukan hanya
pewaris dari salah satu tugas Nabi yaitu sebagai guru, melainkan ia harus
mewarisi semua aspek yang ditangani oleh Rasulullah termasuk sebagai pemimpin
dan negarawan dan itu tentu saja harus dengan memiliki keempat sifat tersebut
dalam dirinya. Sebab hanya dengan mengemban semua tugas kenabianlah seseorang
pantas digelari sebagai pewaris Nabi.
Travelog 1
Tarikh
19.3.2013 adalah satu tarikh yang memang yang
kami nantikan
Untuk tiba ke tarikh tersebut banyak hal yang perlu diselesaikan. Pada
mulanya kami seperti ye tak yer jer....maklumlah hal menjadi tetamu Allah
bukanlah sesuatu yang dijangka.
Seperti yang dijanji Allah 19.3.2013 kami sekeluarga pun bertolak ke
Changi Airport ke Abu Dhabi dan Jeddah.Setelah beberapa jam di dalam kapal
terbang menimbulkan seronok untuk Muhammad....maklumlah tak dilahirkan dalam
kapal terbang.
Tiba di Abu Dhabi....satu
perasaan halus dan asing timbul....hanya Allah yang tahu...namun perhentian
kami dan rombongan yg lain hanya seketika....usai solat isya` kami bergegas
untuk masuk semula ke dalam pesawat dan meneruskan perjalanan yang hanya
berbaki lebih kurang 2 jam ke jeddah.Sesampai di Jeddah kami semua menunaikan
solat subuh di sebuah tempat yang agak asing.Disana kami melihat kemunculan
suria pagi yang indah.Indahnya ciptaan Allah. Allah Maha Agung.
Seawal subuh kami bertolak untuk ke destinasi
seterusnya.Madinah.Madinah al-Munawarah adalah kota kedua suci untuk umat
islam.perjalanan agak memenatkan kerana mengambil masa lebih kurang 5 jam dari Jeddah.Tetapi
dalam penat kami meneruskan perjalanan. Maklumlah kali pertama untuk saya,
suami, Muhammad dan Akmal. Bagi mak n abah memang tidak asing.Perasaan yang
berbeza agaknya sebab itu Allah kurniakan mak n abah untuk selalu ke tanah
suci.Uniknya perasaan di tempat ini. Tak dapat nak digambar dengan perkataan
dan gambaran. Tiba saja di sini saya masih teringat buah hati yang tiga eko tue…Mok,
Boboi n Putih…tapi saya serahkan segala-galanya pada Allah..Biarlah Allah
aturkan segala-galanya untuk saya .Tak mampu untuk mengingatkan perkara lain
selain untuk selalu mengunjungi rumah Allah.
suasana di Changi Airport...
Subscribe to:
Posts (Atom)
