MAJLIS KONVOKESYEN KALI KE 52
24-25 MEI 2014
Alhamdulillah….tamat sudah
perjuangan saya dalam menuntut ilmu…semoga ilmu yang saya peroleh mampu menjadikan saya
berfikir di luar kotak. Memang agak sukar sebenarnya berkerja dan belajar dalam
masa yang sama. Pelbagai cabaran dan hinaan harus diterima dengan sabar.
Apa
pun saya bersyukur dengan kurnia Allah
kerana dalam kesusahan ada kesenangan yang dikirim. Allah anugerahkan emak dan
abah yang mendoakan kejayaan saya, suami yang memahami, anak yang keletah dan
manja, sahabat-sahabat yang memahami tuntutan yang perlu saya lakukan dan
sahabat seperjuangan yang sama- sama berusaha dan tidak berputus asa