twitter
rss

HEBATNYA “YA WAHHAB”





                Kali pertama saya mendengar orang menyuruh untuk mengamalkan “ya Wahhab” pada kali pertama ialah apabila emak kata amalkan pada sujud terakhir solat dhuha sebanyak 41 kali. Kali kedua ialah ketika terbuka blog seseorang..tapi saya tak ingat…namun kedua-duanya sangat berkesan untuk saya…Cuma istiqamah dan tidak sahaja. Semoga insane-insan yang saya sebutkan di atas dalam peliharaan Allah. Ameen.

                Pada suatu hari setelah saya terbaca blog seseorang tadi..saya menjadikan ia sebahagian zikir harian saya..malah saya hadirkan bersama dalam solat ketika berdoa saya zikirkan “ya Wahhab” sebanyak 200 kali sebelum berdoa. Apa yang saya nak katakan ialah , terasa betapa kerdilnya saya tidak membaca sebanyak 300 kali. Allah Maha Pengasih. Ada masanya saya membaca ikut kemampuan saya sahaja.

Selang beberapa hari setelah menjadi amalan..saya diberi rezeki yang agak besar…bersyukurnya saya..Allah memang Maha Memberi dan Maha Besar. Esoknya saya dikhabarkan dengan berita gembira sekali lagi. Alhamdulillah.

                Baru-baru ini keadaan mmg agak sukar untuk saya, saya berasa sangat bosan kerana sebelum ini hidup disibukkan dengan perniagaan tetapi kini tidak lagi. Namun saya terus berdoa supaya saya akan menjadi peniaga yang berjaya satu hari nanti dan bersara awal pada 45 tahun  dan semoga menjadi kenyataan. Ameen.


Rahsia kehebatannya:
1->Menjadi kaya dan terkenal
Bila membaca Ya Wahhab 300 kali setiap hari atau selepas setiap solat fardhu,insya Allah anda akan dikurniakan kekayaan,kemakmuran dan kemasyhuran.
Mengamalkan solat sunat Dhuha dan membaca Ya Wahhab 41 kali di sujud yang terakhir,insya Allah anda akan dirahmati dengan harta yang banyak. Peluang akan datang dengan mudah sekali.
2->Permintaan dimakbulkan
Siapa yang membaca Ya Wahhab 7 kali sebelum meminta sesuatu,insya Allah permintaanNya akan diperkenankan.Jika dibaca 100 kali dengan tangan menadah ke langit,doa anda akan dimakbulkan. Ini lah yang saya amalkan semasa berPM dengan customer. Alhamdulillah close sale dan urusan dengan customer lancar sahaja.
3->Mencari pekerjaan
Siapa yang tidak mempunyai pekerjaan atau sangat miskin,hendaklah dia mengamalkan solat sunat,kemudian sujud dan membaca 70 kali Ya Wahhab. Dia akan mendapat makanan tanpa disangka-sangka(dari kawan,jiran atau seumpamanya).
4->Membayar hutang
Jika anda mempunyai hutang yang banyak tetapi tidak ada wang untuk membayarnya, kerjakanlah sembahyang sunat hajat 2 rakaat selepas tengah malam setiap Khamis selepas Maghrib dan Isyak,kemudian memalingkan wajah ke langit dan membaca Ya Wahhab 111 kali. Kemudian hendaklah dia membaca Al-Fatihah dan ini hendaklah dilakukan 3 malam berturut-turut(tiga Khamis).Insya Allah keperluan anda akan tersedia dan hutang akan dapat dilangsaikan.
5->Menjauhi kelaparan
Baca Ya Wahhab 41 kali di sujud terakhir solat Zuhur,insya Allah anda tidak akan merasa lapar.
6->Dimakbulkan doa
Baca Ya Wahhab 7 kali selepas berdoa pada bila-bila masa,kemusykilan anda akan terjawab dan permintaan anda akan diperkenankan,insya Allah.
7->Membebaskan diri
Jika ditangkap oleh musuh atau pendapatan anda tidak mencukupi,bacalah Ya Wahhab 100 kali selama 3 hingga 7 malam selepas solat sunat nafil 2 rakaat di tengah malam.Insya Allah anda akan berasa bebas atau mendapat rezeki yang banyak.
Untuk permulaan kita boleh praktis amal dalam 100x sehari, esok lusa kita up lagi. Lama-lama inshaaAllah zikir a-wahhab ini akan jadi amalan kita.

PERINGATAN : AL WAHHAB BUKAN SATU-SATU NYA AMALAN MENJEMPUT REZEKI. TAPI ZIKIR YA WAHHAB ANTARA SALAH SATU AMALAN MENJEMPUT REZEKI. DHUHA, TAHAJJUD DAN SEBAGAINYA JUGA SANGAT HEBAT



1 comments:

  1. amin. mudahmudahan sis adah awie.

Post a Comment