twitter
rss

Sains dan Teknologi Dalam Pelupusan Sampah
1.0              Pengenalan

Apakah yang akan berlaku jika beribu-ribu tan sampah yang kita buang setiap hari terpaksa dikumpulkan dalam satu tempat dan tidak dapat dilupuskan? Kajian menunjukkan rakyat Malaysia secara keseluruhannya menghasilkan kira-kira 16,000 tan sampah sehari yang dikendalikan oleh 168 tapak pelupusan buat masa sekarang. Apa yang kita buang bukan sahaja mendatangkan beban kewangan kepada kerajaan tetapi juga mempunyai kesan langsung kepada alam sekitar dan kualiti kesihatan kita keseluruhannya. Secara purata, setiap rakyat Malaysia menghasilkan 0.8kg. sampah setiap hari. Jumlah ini bertambah besar jika mengambil kira individu yang tinggal di bandar. Penghuni kawasan bandar dianggarkan menghasilkan 1.5kg. sampah setiap hari. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada tahun 2001, 16,247 tan sampah dihasilkan di Malaysia setiap hari. Negeri Selangor mendahului negeri-negeri lain dengan penghasilan sampah sebanyak 2,955 tan sehari. Ini diikuti dengan Kuala Lumpur (2,634 tan/hari), Johor (2,002 tan/hari), Perak (1,596 tan/hari) dan Kedah (1,383 tan/hari).
Melihatkan data di atas, penghasilan sampah atau sisa pepejal bergantung kepada keluasan sesebuah kawasan, jumlah penduduk dan aktiviti yang dijalankan. Jenis sampah yang terhasil juga berbeza mengikut kawasan. Bagi kawasan bandar, sampah pepejal yang terhasil adalah lebih kompleks berbanding di luar bandar. Sampah yang terhasil adalah dalam bentuk kertas, bahan-bahan kaca, kayu-kayu sisa binaan, bahan-bahan plastik, sisa-sisa makanan, bahan-bahan aluminium dan sebagainya. Isu pelupusan sampah di ibu kota menjadi masalah utama dan tidak berkesudahan. Di Kuala Lumpur saja, tidak kurang 300 kenderaan sampah atau kira-kira 2,500 tan sampah dihantar ke Tapak Pelupusan Sampah Taman
Beringin, Jinjang, sehari untuk dilupuskan. Tapak pelupusan ini adalah satu-satunya tapak pelupusan sampah yang masih wujud di ibu kota dan ia juga sudah nyawa-nyawa ikan..Ia sepatutnya ditutup sejak 1998, namun sehingga hari ini, tapak pelupusan itu masih beroperasi dan terus menyeksa penduduk sekitar.



1.1       :Pengurusan sisa
Pengurusan sisa ialah pemungutan,  pengangkutan,  pemprosesan,  pengitaran   semula atau pembuangan, dan pengawasan bahan sisa. Istilah ini biasanya dikaitkan dengan bahan yang dihasilkan oleh kegiatan manusia, dengan pengurusan sisa umumnya dilakukan untuk mengurangkan kesannya pada  kesihatan, persekitaran  atau estetik. Pengurusan sisa boleh membabitkan  pepejal, cecair, gas, atau bahan radioaktif, dengan kaedah dan kepakarannya berbeza-beza. Amalan  pengurusan  sisa  berbeza   antara  negara  maju   dengan   negara membangun, antara   kawasan  bandar   dengan  kawasan  luar  bandar,  dan  antara  penghasil kawasan kediaman dan penghasil industri. Pengurusan untuk sisa tidak berbahaya bagi kawasan kediaman dan institusi di kawasan metropolitan biasanya merupakan tanggungjawab pihak berkuasa kerajaan tempatan, manakala sisa tidak berbahaya komersil dan perindustrian biasanya merupakan tanggungjawab penjananya.

2.0              Pengurusan Sisa Pepejal di Malaysia

Walaupun Malaysia mempunyai jumlah tapak pelupusan sisa pepejal yang banyak, namun jumlah ini tidak mencukupi untuk menampung jumlah sampah yang dihasilkan. Dianggarkan, sebahagian besar tapak ini akan penuh atau tidak boleh digunakan dalam masa dua tahun lagi. Bukan itu sahaja, kaedah pelupusan sampah jenis ini berisiko tinggi terhadap alam sekitar dan manusia di sekitar kawasan tapak pelupusan itu. Sebagai contoh, tapak pelupusan terbuka boleh memberi kesan kepada sistem tanah dan air di kawasan tersebut. Selain bau busuk, penyakit mata dan kulit juga boleh mengganggu hidup manusia di persekitaran kawasan tapak.

Akibat masalah ruang yang semakin terhad, Malaysia kini beralih kepada teknik pembakaran untuk mengatasi masalah pelupusan sampah. Terdapat tujuh pusat pembakaran mini di Pulau Langkawi, Pulau Tioman, Pulau Pangkor dan Pulau Labuan. Pusat pembakaran mini ini mempunyai kapasiti pengurusan sisa pepejal sebanyak 3-10 tan/hari/unit. Di samping itu, sebuah pusat pembakaran berteknologi tinggi (Thermal Treatment Plant) akan dibina di Kampung Brogo, Semenyih, Selangor. Pusat pembakaran ini mampu menguruskan 1,500 tan sisa pepejal dalam sehari. Sementara itu, di Pulau Labuan juga terdapat sebuah pusat pembakaran yang menggunakan kaedah 'Thermal Oxidation'. Pusat pembakaran ini mampu mengendalikan 40 tan sisa pepejal sehari.

Pembinaan pusat pembakaran dikatakan mampu mengatasi masalah pelupusan sisa pepejal di Malaysia .Ini kerana sistem itu berkeupayaan membakar sampah dengan lebih cepat berbanding pelupusan sampah terbuka. Sistem pembakaran boleh membakar 99 peratus sisa pepejal menggunakan suhu yang tinggi sekitar 500-600 darjah celsius. Melalui kaedah ini separuh dari sisa pepejal yang dihasilkan boleh dibakar setiap hari. Abu hasil dari pembakaran itu pula dikatakan 99 peratus selamat untuk ditanam di mana-mana tapak pelupusan sampah yang sedia ada. Selain dari itu, kaedah pembakaran juga dikatakan mampu membakar kuman-kuman yang terdapat dalam sisa bagi mengelakkan masalah penyebaran penyakit. Dalam masa yang sama, sistem ini telah dibina dengan mengambil kira semua aspek bagi mengatasi masalah jerebu, masalah bau busuk dan pelepasan gas dioksin.

Walaupun kaedah pembakaran menjadi pilihan untuk mengatasi masalah pelupusan sampah yang meningkat, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira. Pembinaan pusat pembakaran sebenarnya memerlukan sumber kewangan yang sangat tinggi. Misalnya, pembinaan pusat pembakaran mini di Langkawi sahaja melibatkan kos sebanyak RM5.7 juta. Manakala pembinaan pusat pembakaran di ibu kota pula menelan belanja antara RM500 juta hingga RM1 bilion. Dengan kos yang setinggi ini, seluruh rakyat perlu menanggung kos itu secara bersama. Ini tentu sahaja akan menimbulkan rungutan pihak tertentu.

Di samping itu, masalah alam sekitar dan kesihatan manusia yang berpunca dari aktiviti pembakaran juga harus diambil kira. Misalnya masalah jerebu dan masalah gas dioksin akibat pembakaran sisa yang tidak sempurna. Di Jepun, pelepasan gas dioksin merupakan satu masalah yang besar. Ia dikaitkan dengan penyakit kanser, kecacatan bayi dalam kandungan, masalah kulit dan memberi kesan negatif kepada sistem reproduktif manusia. Selain mencemarkan udara, dioksin juga mampu menyerap ke dalam tanah dan air lalu mencemarkan air dan seterusnya mencemarkan tumbuhan, hasil tenusu dan ikan. Kedua-dua masalah ini perlu diambil kira agar tidak mewujudkan masalah lain yang akan menyukarkan kehidupan manusia dan merosakkan alam sekitar.

3.0              Inovasi Pengurusan Sampah
3.1       Konsep Rawat Dan Jana
Konsep pengurusan sampah membabitkan sistem pengumpulan, pengangkutan dan penghapusan yang efisien dan seharusnya sangat efektif, khususnya dari segi teknologi pelupusan. Ini kerana timbunan sampah yang tidak diurus dengan baik akan menimbulkan kesan yang negatif terhadap alam sekitar seperti bau busuk, pengaliran air kotor (leachate) ke dalam sungai dan pembebasan gas merbahaya umpamanya karbon dioksida dan metana daripada tapak pelupusan sampah itu sendiri. Pengurusan sampah di Selangor dan Lembah Klang kini lebih berinovatif dengan adanya loji Bahan Bakar Terbitan atau Refuse Derived Fuel(RDF) yang beroperasi di Semenyih Kajang. Projek perintis ini bermula pada tahun 2006 melalui kerjasama antara Majlis Perbandaran Kajang, firma bumiputra Recycle Energy Sdn Bhd (RESB), Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) dan Universiti Putra Malaysia (UPM). Loji RDF ini adalah sistem dua dalam satu yang mampu memproses serta merawat sampah yang dibuang oleh pendudduk setempat dan dalam masa yang sama boleh menjanakan tenaga eletrik daripada sampah terbabit.

3.2       Skematik Proses

Berbanding dengan tempat pelupusan sampah konvensional yang hanya sekadar melambakkan sisa sampah dengan banyaknya, teknologi RDF ini mempunyai mekanisme pintar untuk mengurus dan merawat antara 700 dan 1000 tan sampah dalam sehari. Proses yang digunakan adalah cukup mudah, bermula dari penghantaran sampah ke tempat pengumpulan sisa-sisa pepejal yang terdapat di loji RDF ini. Sistem unik ini mampu untuk membuat pemilihan sampah yang mempunyai bahan boleh bakar agar ia boleh dikitar semula menjadi pelet (butir-butir kecil) yang dinamakan RDF untuk dijadikan sumber bahan api.

RDF yang dihasilkan oleh loji ini mempunyai ciri-ciri kemeruapan yang tinggi, mudah terbakar dan mempunyai nilai kolorifik yang rendah disebabkan kandungan kelembapannya di dalam kadar antara 20 dan 30 peratus. Istimewanya RDF ini ialah ia boleh diubahsuai dan dicampur aduk dengan bahan buangan yang lain mengikut kesesuaian untuk menghasilkan pelbagai jenis pelet yang berlainan jenis dan karakter. Ia juga boleh digunakan sebagai bahan api untuk kilang pemprosesan simen atau kilang penghasilan batu-bata, dek kerana harga pasarannya yang jauh lebih murah berbanding arang batu. Bagi bahan tidak boleh bakar pula, ianya boleh diasingkan secara mekanikal daripada sisa sampah pejal ini.

Bahan yang berguna seperti plastik, kaca, botol, bahan logam dan kertas akan dijadikan bahan kitar semula yang bernilai dan boleh dijual kepada kilang-kilang yang berminat untuk mendapatkannya. Kebaikan sistem inovatif ini ialah pada akhir proses, hanya 10 peratus sahaja amaun sisa sampah pepejal yang tinggal. Bahan lengai ini yang terdiri daripada pasir,batu dan kayu boleh dibuang dengan selamat di tempat pelupusan sampah tanpa meninggalkan sebarang kesan pencemaran.

3.3       Melupuskan sampah cara pyrolisis


Teknologi pelupusan sampah terbaru dan pertama dunia menggunakan teknik pyrolisis - proses pembakaran tanpa oksigen pada suhu yang tinggi di antara 800 hingga 1,1000C - akan menghasilkan sedimen (sisa buangan) yang boleh diguna sebagai baja dan gas pembakaran bagi kegunaan rumah serta menjana kuasa tenaga elektrik. Menurut Pengarah Urusan DRT Technologies Sdn. Bhd., Mohd. Ayub Harun, loji pelupusan sampah menggunakan teknologi pyrolisis amat praktikal didirikan di taman perumahan, kawasan perindustrian, ladang-ladang mahupun hospital. ``Menggunakan teknik mesra alam, teknologi pyrolisis tidak menghasilkan gas-gas toksik yang mencemarkan alam sekitar. Kadar pelepasan dioksin (satu kumpulan sebatian kimia yang wujud di atmosfera dan dihasilkan secara tidak sengaja sewaktu proses pembakaran) juga amat rendah di paras 0.0087ng TEQ/M padu berbanding dengan paras yang dibenarkan di negara-negara Eropah iaitu 0.1 TEQ/m padu),'' katanya.
Masa yang diperlukan untuk memproses 10 tan sampah amat singkat iaitu hanya lapan hingga 12 jam diperlukan untuk memproses 10 tan sampah. Menurut Ayub lagi, kos pembinaan loji tersebut adalah murah berbanding dengan jenis-jenis loji pelupusan yang lain. ``Berbekalkan pelaburan sebanyak RM600,000 hingga RM100 juta, sebuah loji yang boleh memproses satu hingga 500 tan sampah sehari boleh beroperasi. Malah loji ini juga mudah untuk dipindahkan ke tempat lain dengan mudah jika kawasan berkenaan tidak lagi memerlukannya,'' katanya. Menurut Ayub, penggunaan loji berkenaan sangat kos efektif kerana hanya memerlukan lima hingga 15 orang sahaja bagi mengendalikan operasinya yang menggunakan teknologi komputer. Memerlukan keluasan setengah hingga satu ekar tanah saja, satu loji mempunyai reka bentuk mekanikal yang mudah dan selamat boleh didirikan terutama di taman-taman perumahan.
Loji pelupusan itu amat berkesan kerana boleh memproses serta melupuskan pelbagai jenis sampah dan bahan buangan seperti biomas, bahan toksik, sampah kediaman, sampah klinikal, plastik, kayu dan getah. Malah melalui proses pyrolisis ini, kita tidak perlu mengasingkan atau menghancurkan sampah terlebih dahulu. Segalanya boleh diproses sekali gus daripada bahan buangan ladang seperti tandan kelapa sawit, bahan buangan rumah sehingga ke klinik tanpa mengganggu teknik-teknik pemprosesannya. Proses pembakaran menggunakan teknik pyrolisis ini tidak menghasilkan sebarang gas beracun seperti karbon monoksida sebagai bahan buangan akhir. Loji ini tidak menghasilkan bahan akhir lain yang beracun, malah gas pembakaran yang dihasilkan boleh digunakan semula bagi proses pyrolisis yang seterusnya. Selain itu, bahan api tambahan juga tidak diperlukan bagi memulakan semula proses pyrolisis. Malah dengan menggunakan teknik ini setiap tan sampah akan dapat menghasilkan sehingga 300 hingga 350 meter padu gas yang bersamaan 19 hingga 23 silinder gas memasak. Gas itu yang telah dibersihkan mempunyai nilai pembakaran 8,000 kJ/kg hampir sama dengan gas memasak daripada gas asli. Sementara itu sedimen yang terhasil daripada proses pyrolisis boleh digunakan untuk dijadikan baja di taman-taman perumahan.

3.4       : Pelupusan sampah di rumah 
Bagi kawasan kecil atau persendirian mungkin anda tidak terfikir untuk memiliki sebuah pelupus sampah sendiri. Tapi sebenarnya teknik pelupusan sampah persendirian ini boleh dibuat dengan menggunakan bahan-bahan yang terbuang. Malah lebih menjimatkan hasil pelupusan boleh digunakan untuk menyuburkan semula kawasan taman di rumah anda. Pelupus sampah sebenarnya mengumpulkan haba yang cukup untuk membakar semua sampah dengan sempurna. Maka dengan itu hasil pelupusan merupakan bahan yang baik untuk menjadi nutrient kepada tanah. Berbanding dengan teknik pembakaran biasa, haba yang tersebar menjadikan banyak sampah yang tertinggal (tidak terbakar), maka pelupusan menjadi sukar terutama sampah yang agak lembab seperti sampah makanan.
Bagi pelupus sampah ringkas boleh dibuat menggunakan tong yang besar dengan menyediakan lubang-lubang udara di bahagian bawahnya. Aliran udara ini yang membantu untuk proses pembakaran berlaku dengan sempurna manakala ruangan di dalam tong memerangkap haba supaya dapat membakar keseluruhan sampah sehingga betul-betul habis.
                                    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEghKnVMV-cQPx8mv4UL9s8-lZZxkZsn2JWj12wbzF5pTM-nr2eRtIxas27Ud1VMgXSH7X5RJw8dXOLu29eRuuZF3GMlJIcplqoRHLmkr8cj0NYNTlqWk_Kk69SS092zK9_Yy3vsEc00Xys/s320/IncineratorMT.png
                                          Pelupus sampah ringkas untuk rumah kediaman


                                  https://encrypted-tbn1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcS2j4qHerSN_v-2cUtYESTH3gSy5cI8HRDnlKwJJzgcUbPfrJ-L
                      http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/1230/Kosmo/Rencana_Utama/ru_02.3.jpg
     Tapak pelupusan sampah pembuangan terbuka memerlukan kos tinggi untuk
   dibangunkan semula, selain menurunkan nilai hartanah di kawasan berhampiran.


3.5       Tapak Pelupusan Sanitari

Tapak pelupusan sanitari merupakan satu kaedah yang mempunyai sistem saluran paip untuk menyerap gas Metana yang dihasilkan daripada proses pereputan sampah dalam tempoh tertentu yang kemudian boleh ditukar menjadi tenaga elektrik. Dalam kes Bukit Tagar misalnya, sel di tapak pelupusan yang ditutup pada November 2007, selepas beroperasi selama dua tahun, kini menjana 1.0 Megawatt elektrik yang digunakan bagi tujuan operasi di tapak pelupusan sisa pepejal sanitari itu. Keadaan itu (sistem paip gas) juga boleh mengelakkan risiko berlakunya pembakaran tidak dijangka, ekoran pembebasan gas rumah hijau itu, yang boleh berlaku pada bila-bila masa. Tapak pelupusan sanitari kurang berbau kerana mempunyai penutup harian daripada tanah liat atau plastik yang digunakan menutup sampah dilupuskan untuk mengelakkan risiko bau dan haiwan seperti lalat, tikus dan gagak.
Contoh terkini ialah kebakaran timbunan sampah setinggi 91.4 meter di tapak pelupusan sampah haram di Kampung Sungai Kertas, Gombak awal September lepas, dipercayai ada kaitan dengan pengurusan sampah tidak efektif. Masalah pengurusan sisa pepejal sebenarnya bukan dialami di negara ini sahaja tetapi di negara lain ekoran kerancakan aktiviti ekonomi, peningkatan populasi dan guna tanah terhad.
                            https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi3fXb9nnxhJzA_OJG84v940oRutoAxiE54zHTjLtUONuR0KaNGXT5THI5TmRBaGLxScrudtAw_p0kfIDtPqaW6wLaUDdwvYnJ2SOZ_mADsebXw-6BBGcES9J3Y19b6sFktMCkkj6r2anY/s320/sampah-2.jpg
Pengurusan tidak menepati piawaian ancam nyawa penduduk sekitar
                     dan alam semula jadi


                                  https://encrypted-tbn1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQFkRDbGEJeY2iygm85irjcY99eMwxPMITl6vir9QzS9LDlHiPrIg
     Pusat Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Bukit Tagar

4.0              : Kesimpulan
Tidak dapat dinafikan bukan mudah untuk mengubah minda masyarakat terutama yang berkaitan dengan kebersihan, kitar semula dan penggunaan teknologi terkini. Mengubah minda dan persepsi masyarakat antara cabaran terbesar dan paling sukar. Justeru, dalam perlaksanaan pengurusan sisa pepejal pada masa hadapan adalah perlu dilakukan secara integrasi merangkumi perubahan gaya hidup, 3R (reduce, reuse dan recycle) dan teknologi pelupusan terkini. Kini kerajaan sedang dalam proses untuk meningkatkan penggunaan teknologi pelupusan sampah yang canggih untuk melupuskan sisa buangan. Sebenarnya, di samping pengurusan sisa pembuangan, kita juga harus menumpukan perhatian terhadap isu pengurangan sisa dan sampah itu sendiri. Dari segi ekonomi misalnya, negara kita terpaksa membelanjakan lebih daripada 400 juta ringgit setahun untuk menguruskan sampah yang dihasilkan oleh penduduk negara. Sekiranya negara berjaya mencapai sasarannya, iaitu untuk mengitar semula sekurang-kurangnya 22 peratus daripada jumlah janaan sampah negara, adalah dijangka kita boleh menjimatkan sekurang-kurangnya 88 juta ringgit setiap tahun. Jumlah ini boleh disalurkan kepada projek-projek pembangunan lain yang lebih diperlukan oleh rakyat.
Tanggungjawab untuk menjamin sebuah negara yang bersih bukan sahaja dipikul oleh kerajaan tetapi patut dipikul oleh semua pihak. Untuk membentuk rakyat yang bertanggungjawab kepada alam sekitar, mereka perlulah mempunyai kesedaran.
Untuk memupuk kesedaran di kalangan rakyat, cara yang terbaik ialah melalui pendidikan. Dengan adanya kesedaran pada seseorang individu, dia akan sedar tentang betapa pentingnya kualiti alam sekitar yang tinggi dikekalkan. Pemilihan teknologi pengurusan sisa pepejal merupakan masalah membuat keputusan pelbagai kriteria yang melibatkan penilaian subjektif. Proses pemilihan sukar dilakukan kerana ia berada dalam lingkungan sumber yang terhad. Kerumitan proses ini semakin bertambah apabila melibatkan isu sosial dan sekitaran serta masalah pembiayaan projek. Kesesuaian teknologi menentukan kejayaan program pengurusan sisa pepejal dan ia perlu dipertimbangkan pada peringkat awal perancangan. Kesesuaian teknologi tidak hanya merujuk kepada operasi dan kos mesin yang diimport dari negara maju, tetapi juga merujuk kepada kesesuaian gabungan teknologi. Teknologi yang diterima pakai dari negara maju tidak semestinya efektif untuk negara kita tetapi perlu diubah suai mengikut keadaan tempatan.



MAJLIS KONVOKESYEN KALI KE 52
24-25 MEI 2014

Alhamdulillah.tamat sudah perjuangan saya dalam menuntut ilmusemoga ilmu yang saya peroleh mampu menjadikan saya berfikir di luar kotak. Memang agak sukar sebenarnya berkerja dan belajar dalam masa yang sama. Pelbagai cabaran dan hinaan harus diterima dengan sabar.


Apa pun saya bersyukur  dengan kurnia Allah kerana dalam kesusahan ada kesenangan yang dikirim. Allah anugerahkan emak dan abah yang mendoakan kejayaan saya, suami yang memahami, anak yang keletah dan manja, sahabat-sahabat yang memahami tuntutan yang perlu saya lakukan dan sahabat seperjuangan yang sama- sama berusaha dan tidak berputus asa







DROPSHIP
Kita mungkin jarang atau tidak pernah mendengar apa itu dropship .Dunia perniagaan moden kini memang menuntut peranan dropship. Bagi seseorang yang baru berjinak-jinak dalam dunia bisnes,mereka pasti mahu bisness yang meminimakan modal. Dropship ini adalah salah satu cara bisnes tanpa modal! Menarik kan?  Jana keuntungan tanpa modal adalah sesuatu yang tidak mustahil jika kena pada caranya.


BAGAIMANA DROPSHIP BERFUNGSI?
Dropship berfungsi sangat mudah:
1 – Anda pilih apa yang ingin anda jual daripada katalog Dropshippers atau laman web.
2 – Senaraikan produk yang anda pilih itu di Facebook, laman web anda, katalog atau di tempat lain menggunakan foto produk dan keterangan Dropshippers.
3 – Apabila ada tempahan daripada para pelanggan, anda menempah produk dari dropshipper tersebut. Mereka kemudian akan menghantarnya terus ke pelanggan anda.Pelanggan anda akan berfikir barang yang mereka beli datang secara langsung daripada anda.
4 – Anda mendapat keuntungan dengan mudah!


TANPA MODAL

KAEDAH DROPSHIP
Dropship adalah memerlukan anda mempromot barang tersebut dilamansosial,laman-laman pengiklanan dan sebagainya. Sesuatu yang menarik, anda tidak perlu beli stok ataupun menyimpan stok. Anda hanya perlu ambil gambar produk tersebut, iklankan. Bila anda dapat tempahan, anda hanya perlu hubungi supplier produk tersebut dan supplier itu sendiri yang akan menghantarkan untuk anda. Sebut pula pasal harga, anda jual produk tersebut dengan harga pasaran dan anda bayar supplier tersebut dengan harga agent. Menarik bukan?



1. Promot produk di mana-mana sahaja(yang sesuai)

2. Pembeli membeli produk tersebut dengan anda

3. Pembeli bayar anda dengan harga pasaran

4. Anda sebagai agent/orang tengah membayar pembekal/supplier dengan harga yang lebih murah berbanding harga pasaran/harga agent.

5.  Pembekal akan menghantar produk tersebut pada pelanggan anda.

HEAT STRESS
Dewasa ini, kita didedahkan dengan satu fenomena yang agak asing tetapi tidaklah begitu mengejutkan tetapi ianya agak terlampau.

Beberapa bulan yang lalu kita diduga Allah dengan cuaca yang agak sejuk kemudian ujian seterusnya kemarau yang agak panjang. Frasa “Heat Stress” mungkin agak asing bagi kita semua tetapi ianya telah lama wujud di alam semesta ini. Apa yang membezakan ialah heat stress yang sebelum ini berlaku kepada pekerhja yang terdedah kepada haba yang berterusan misalnya pekerja binaan, bomba dan sebagainya.Pendedahan kepada haba yang melampau mampu menyebabkan kecederaan kepada pekerjaan. Tekanan haba ini mampu mengundang strok haba, keletihan haba, kekejangan haba, atau ruam haba.  Haba juga boleh meningkatkan risiko kecederaan pada pekerja kerana ia boleh mengakibatkan tapak tangan berpeluh, kaca mata keselamatan fogged-up, dan pening. Ia juga  boleh berlaku akibat daripada tersentuh dengan permukaan panas atau stim.

Individu yang berisiko terhadap fenomena ini ialah mereka yang berumur 65 tahun atau lebih,berat badan yang berlebihan, pesakit jantung atau darah tinggi atau yang mengambil ubat-ubatan yang mungkin terjejas terhadap haba yang melampau.

Heat stress akan menyebabkan strok haba, heat exhaustion (keletihan akibat haba dan sebagainya.

Strok Haba
Strok haba adalah gangguan berkaitan dengan haba yang paling serius. Ia berlaku apabila badan  tidak dapat mengawal suhu: suhu badan meningkat dengan cepat, mekanisme berpeluh yang gagal, dan badan tidak menjadi sejuk. Apabila strok haba berlaku, suhu badan boleh meningkat kepada 106 darjah Fahrenheit atau lebih tinggi dalam masa 10 hingga 15 minit. Strok haba boleh menyebabkan kematian atau hilang upaya kekal jika rawatan kecemasan tidak diberikan.

Gejala
Gejala strok haba termasuk:
·         Panas, kulit kering atau berpeluh berlebihan
·         Halusinasi
·         Seram sejuk
·         Sakit kepala berdenyut-denyut
·         Suhu badan yang tinggi
·         Kekeliruan / pening
·         Pertuturan tidak jelas

Pertolongan Cemas
Ambil langkah-langkah berikut untuk merawat pekerja dengan strok haba:
·         Hubungi 911 dan memberitahu penyelia mereka.
·         Pindah pekerja yang sakit ke kawasan teduh yang sejuk.
·         Sejukkan  pekerja dengan menggunakan kaedah seperti:
o    Jering pakaian mereka dengan air.
o    Semburan, sponging, atau mandi dengan air.
o    Menyemarakkan badan mereka.
Keletihan Haba
Keletihan haba adalah tindak balas badan kepada kerugian berlebihan air dan garam, biasanya melalui peluh berlebihan. Pekerja yang paling terdedah kepada keletihan haba adalah mereka yang tua, mempunyai tekanan darah tinggi, dan mereka yang bekerja di persekitaran yang panas.


Gejala
Tanda-tanda keletihan haba termasuk:
·         Peluh yang banyak
·         Kelemahan yang melampau atau keletihan
·         Pening, kekeliruan
·         Loya
·         Lekat, kulit lembap
·         Kulit pucat atau memerah
·         Kekejangan otot
·         Suhu badan sedikit tinggi
·         Pernafasan cepat dan cetek

Pertolongan Cemas
Merawat seorang pekerja mengalami keletihan haba dengan yang berikut:
·         Minta mereka berehat di kawasan yang sejuk, teduh atau berhawa dingin.
·         Adakah mereka minum banyak air atau lain-lain sejuk, minuman Non-Alkohol.
·         Mempunyai mereka mengambil mandi sejuk, mandi, atau mandi span.
Haba Pengsan
Haba pengsan adalah pengsan (pengsan) episod atau pening yang biasanya berlaku dengan berdiri yang berpanjangan atau tiba-tiba meningkat daripada duduk atau kedudukan berbaring.Faktor-faktor yang boleh menyumbang kepada pengsan haba termasuk dehidrasi dan kekurangan penyesuaian.

Gejala
Tanda-tanda pengsan haba termasuk:
·         Cahaya-headedness
·         Pening
·         Pengsan

Pertolongan Cemas
Pekerja dengan pengsan haba hendaklah:
·         Duduk atau baring di tempat yang sejuk apabila mereka mula berasa gejala.
·         Perlahan-lahan minum air, jus yang jelas, atau minuman sukan.
Kejang haba
Kekejangan haba biasanya memberi kesan kepada pekerja yang berpeluh semasa aktiviti yang berat. Berpeluh ini habis garam dan kelembapan tahap badan. Tahap rendah garam dalam otot menyebabkan kekejangan yang menyakitkan. Kekejangan haba juga boleh menjadi tanda-tanda keletihan haba.

Gejala
Sakit otot atau kekejangan biasanya dalam perut, lengan, atau kaki.

Pertolongan Cemas
Pekerja dengan kekejangan haba hendaklah:
·         Menghentikan semua aktiviti, dan duduk di tempat yang sejuk.
·         Minum jus jelas atau minuman sukan.
·         Jangan kembali bekerja berat untuk beberapa jam selepas kekejangan reda kerana melakukan senaman lagi boleh membawa kepada keletihan haba atau strok haba.
·         Dapatkan rawatan perubatan jika mana-mana daripada yang berikut terpakai:
o    Pekerja ada masalah jantung.
o    Pekerja adalah pada diet rendah natrium.
o    Kekejangan tidak reda dalam masa sejam.
Ruam Haba
Ruam panas adalah kerengsaan kulit yang disebabkan oleh peluh berlebihan semasa panas, cuaca lembab.

Gejala
Tanda-tanda ruam panas termasuk:
·         Ruam panas kelihatan seperti satu kelompok merah jerawat atau lepuh kecil.
·         Ia adalah lebih cenderung untuk berlaku pada leher dan bahagian atas dada, di pangkal paha, di bawah dada, dan di lipatan siku.

Pertolongan Cemas
Pekerja mengalami ruam panas hendaklah:
·         Cuba untuk bekerja dalam persekitaran yang lebih sejuk, kurang lembap apabila mungkin.
·         Memastikan kawasan kering yang terjejas.
·         Serbuk debu boleh digunakan untuk meningkatkan keselesaan.
Cadangan untuk Majikan
Majikan perlu mengambil langkah-langkah berikut untuk melindungi pekerja daripada tekanan haba:
·         Jadual penyelenggaraan dan pembaikan di dalam tempat yang panas untuk bulan-bulan sejuk.
·         Jadual kerja panas untuk bahagian sejuk hari.
·         Penyesuaian pekerja dengan mendedahkan mereka beransur-ansur lagi tempoh untuk persekitaran kerja panas.
·         Mengurangkan tuntutan fizikal pekerja.
·         Gunakan pekerja bantuan atau menyerah hak pekerja tambahan untuk kerja-kerja fizikal menuntut.
·         Sediakan air sejuk atau cecair kepada pekerja-pekerja.
o    Elakkan alkohol, dan minuman dengan jumlah kafein yang besar atau gula.
·         Memberi tempoh masa dengan rehat air.
·         Menyediakan kawasan sejuk untuk kegunaan semasa rehat.
·         Memantau pekerja yang berisiko tekanan haba.
·         Menyediakan latihan tekanan haba yang termasuk maklumat mengenai:
o    Risiko pekerja
o    Pencegahan
o    Gejala
o    Kepentingan memantau diri sendiri dan rakan-rakan untuk gejala
o    Rawatan
o    Kelengkapan perlindungan diri

Cadangan untuk Pekerja
Pekerja perlu mengelakkan pendedahan kepada haba yang melampau, pendedahan matahari, dan kelembapan yang tinggi apabila mungkin. Apabila pendedahan ini tidak dapat dielakkan, pekerja perlu mengambil langkah-langkah berikut untuk mengelakkan tekanan haba:
·         Pakai berwarna, longgar-pemasangan, pakaian bernafas seperti kapas.
o    Mengelak dari tidak bernafas-pakaian sintetik.
·         Secara beransur-ansur membina sehingga kerja-kerja berat.
·         Jadual kerja-kerja berat dalam bahagian paling sejuk hari.
·         Ambil lebih rehat dalam haba yang melampau dan kelembapan.
o    Ambil rehat di bawah naungan atau kawasan yang sejuk jika boleh.
·         Minum air dengan kerap. Minum air yang cukup bahawa anda tidak menjadi dahaga. Kira-kira 1 cawan setiap 15-20 minit.
·         Elakkan alkohol, dan minuman dengan jumlah yang besar kafein atau gula.
·         Sedar bahawa pakaian pelindung atau peralatan perlindungan peribadi boleh meningkatkan risiko tekanan haba.
·         Memantau keadaan fizikal anda dan rakan sekerja anda.

SEMANIS KURMA