NUTRIMETICS VS SHAKLEE VS MARY KAY
**** beauty consaltant anda*****hubungi saya*****0146996657
- i. Allah belum izinkan saya untuk terus berjihad ilmu.Pasti ada sebab yang saya tak tahu
- ii. Keadaan kesihatan yang kurang mengizinkan walau pun boleh je ..jika nak redah
- iii. . Keadaan ekonomi Negara yang tidak stabil menjadikan saya turut tak stabil sekali, Sampai hati PM Najib wat cengini kat saya….
- iv. Ada beberapa perkara masih perlukan perhatian saya lain…
Kini hampir 6 bulan abah pergi dahulu menemui penciptaNya..saya pasti akan menyusul nanti bila masanya tiba....dalam tempoh ini...rasa rindu tak mungkin hilang....setiap perlakuan abah pasti saya ingati walaupun ketika sihatnya tidak pula saya fikirkan...teringat cara duduk abah yang memerhati dan tidak banyak bercakap..itu lebihnya abah....seingat saya abah tidak gemar sama sekali bercerita tentang orang ...jika ada yang berlaku pastinya beliau akan bercerita sedikit pada emak dan selebihnya didiamkan...yang paling saya ingati kata2 abah....biarlah orang buat kita, jangan kita buat orang.....
Kuatnya semangat abah...tapi saya tidak...hingga usia lanjut pun masih berusaha menambah rezeki...tidak dinafikan rezeki abah tidak putus dan tidak pula beliau lokek dengan rezekinya.
Hari ini 18.2 ...besday abah ..hepi besday abah...semoga abah tenang di sana dan ditempatkan bersama-sama hambaNya yang soleh.


Ini semasa emak dan abah dapat anugerah ibu bapa Mithali 2008. TQ mak dan abah kerana menjadikan kami 5 beradik manusia dalam erti kata manusia yang sebenar. Jika saya pun belum tentu mendapat pencapaian seperti ini.Rezeki emak dan abah memang murah kerana mereka rajin bersedekah. Allah dah janji nak kaya kena rajin berwaqaf dan sedekah.
Yang bawah ni gambar perkahwinan saya pada 9.9.2001...Lama dah saya berkahwin.Agak gemuk mak dan abah masa ni. Semasa perkahwinan saya, kami menerima tetamu istimewa iaitu TMJ masa tu dan sekarang Sultan Johor iaitu Sultan Ibrahim. Ramai yang mencemuh kerana tidak percaya khabar tersebut termasuklah seorang jiran dan bila tiba pada hari kejadian ada pulak banyak muka dia dalam gambar2 saya...menyemak betul rasanya....Kalau tak mengata mungkin saya tak kisah pun.
Apa pun sayalah pengantin bertuah tue...macam mana TMJ boleh datang ye... bermula dengan kembara TMJ ketika itu ke Felda Bukit Batu dan pada masa itu abah ialah pengerusi masjid Felda Bukit Batu manakala emak pula ialah Pengerusi GPW Felda Bukit Batu.Abah telah mempekenalkan ubi rebus dan sambal tumis yang semuanya di masak emak sendiri dengan ikhlas... Sejak itu ubi rebus menjadi sangat terkenal di Johor...Jika tidak orang tak pandang pun agaknya dan langsung tidak komersial. Usai Kembara TMJ hubungan tidak habis begitu sahaja..kadang2 abah di panggil ke istana..saya tak pernah ikut tapi abang dan suami pernah pergi menemani abah.Pada asalnya abah diberi peluang mengerjakan umrah dibawah tajaan TMJ tapi ketika itu abah menolak kerana majlis perkahwinan saya. Itulah yang menjadikan TMJ mahu turut serta dalam majlis perkahwinan saya. Majlis yang gembira dan gilang gemilang mengikut rasa hati saya....Seluruh jabatan kerajaan daerah Kulai menjadi sibuk untuk membuat persiapan majlis perkahwinan termasuklah menurap jalan.
Puasa dan Solat
Puasa dan solat ialah sebahagian daripada rukun islam yang lima. Mudahnya yang saya fahami daripada rukun islam ini ialah pertamanya yang plg asas ialah mengucap 2 kalimah syahadah dan kita melakukannya setiap hari di dalam solat tanpa kita sedari. Keduanya ialah solat 5 waktu. Dilakukan setiap hari. Ketiganya berpuasa di bulan ramadhan. Turutan yang ketiga kerana dalam setahun hanya sebulan sahaja walau serajin mana kita berpuasa bulan ramadhan hanya datang sebulan dalam setahun.Yang keempat ialah membayar zakat. Zakat yang dimaksudkan ialah zakat fitrah , pun hanya dilakukan setahun sekali bila menjelang bulan syawal dan dilakukan seawalnya bulan ramadhan dan yang ke 5 ialah mengejarkan haji. Allah tak minta kita melakukan setiap bulan tetapi cukup sekali seumur hidup jika berkemampuan. Allah maha pengasih. Dari rukun islam ini jelas Allah memerintahkan mengikut keutamaan.
Bulan puasa bulan yang sentiasa dirindui Nabi Muhammad s.a.w
Nilai inilah yang patut kita ada.Tetapi alangkah malunya bila melihat org islam yang berdaya dan berkemampuan tidak melakukannya. Mengapa ye?malah dengan bangga bercerita tentang diri yang telah berbuka sebelum waktu berbuka...Massya_Allah
Lebih menyedihkan apabila melihat dalam kalangan kita yang berpuasa tetapi tidak solat. Kalau sebuah keluarga tu dari mak , ayah, anak-anak dan cucu selepas berbuka tetapi masih duduk -duduk dan berbual sehingga tibanya waktu isya` .Takkan sekeluarga uzur termasuk yang lelaki. Ya Allah jauhkanlah kami dari menjadi sedemikian.Napa yer? Ya Allah jauhkanlah saya, suami saya, anak saya dan ahli keluarga saya yang lain dari berbuat demikian. Semoga Rahmat Allah sentiasa mengiringi kami... Ya Allah takutnya bila saya tiada kelak anak tidak bersolat tentu saya dibaling batu dari api neraka....Semoga Allah memelihara anak saya menjadi orang yang soleh.
Ini hukum yang saya copy paste dari blog hamba Allah yang lain....lupa nama blognya sebab dan tutup linknya. Apa pun terima kasih banyak2.
Tahun 2014 dan 2015 menyaksikan saya hadir sekali lagi ke tanah suci. Panggilan yang saya tak duga. Benar kata emak , bila sampai masa menjadi jemputan Allah kita tidak dapat menolaknya. Ketika emak menyuarakan rasa hati untuk pergi sekali lagi saya hanya mendiamkan diri kerana baru sahaja pulang pada tahun 2013. Bukannya tidak mahu tetapi pada perkiraan saya saya perlu menyimpan semula.Akhirnya saya mengalah bila mengenangkan emak dan dalam masa yang sama memujuk Oteh untuk pergi bersama. Akhirnya setelah beberapa kali berbincang pergilah kami berlapa. Siapa? emak, abah, saya , suami, Aqil, oteh, suami Oteh dan Fatihah.
Tarikh perjalanan kami memang dinanti dan doa tidak berhenti apabila tiba masanya segalanya menjadi mudah untuk kami sekeluarga.
Untuk tujuan itu saya membuat persiapan lebih awal berbanding yang lama cuma kali ini saya tidak mengambil cuti tanpa gaji seperti yang lama, tetapi saya nekad dan katakan pada diri rezeki saya Allah yang tentukan kerana tarikh kami bertolak ialah 25.12.2014 hingga 5 Januari 2015 dan pada tarikh itu bagi negeri Johor telah pun memulakan sesi persekolahan.
Perasaan kali ini agak berbeza kerana saya memang betul2 rindukan kaabag. Perjalanan kami bermula dari dari JB ke KLIA. Terima kasih untuk Abg Aie dan Nan yang menghantar kami. Kakak tidak menghantar kami kerana baru 2 bulan abang ipar saya NOR AZAHAR BIN AHMAD pergi menyahut panggilan Illahi. Kematian yang tidak sangka dan menjadi kesedihan yang mendalam untuk kami semua. Pemergian kami menjadi kesedihan untuk kakak juga namun apakan daya.. Semoga bermula detik 31 Oktober 2014 menjadikan kakak seorang yang kuat dan tabah mengharungi kehidupan. Kami hanya mampu mendoakan dari sana.
Di sana kami tiba di lapangan terbang dan seterusnya bertolak dengan bas ke Madinan. Kali ini kami pergi bersama rombongan Andalusia. Baguskah Travel Agensi ini? Tunggu sehingga cerita tamat.
Apa yang penting ialah perasaan saya ketika di Madinah. Rasa yang tidak pernah saya rasa sebelum ini dan apa yang pernah saya terfikirkan dulu dan Allah beri apa yang saya fikir.
Allah memang maha berkuasa...sebenarnya bila saya renungi kehidupan saya hari ini, Allah memang beri apa yang saya kehendaki dan ingini. Pada travelog pertama saya memang teringin untuk pergi pada musim sejuk dan Allah Maha mendengar. Sejukkkkkkknya ketika sampai di perhentian sebelum tiba ke Madinah.Bila cuaca sejuk begitu kasihan pulak abah yang telah agak uzur dan kurang sihat.
Usai berehat dan solat bagi jemaah lain kami meneruskan perjalanan menuju kota Nabi kota Madinah.Sesampai kami di sana kami ditempatkan di hotel di sana iaitu Hotel Mubarak Silver.
Di sana sebenarnya saya tersangatlah sedih tetapi sebenarnya Allah nak beri saya pahala yang lain barangkali.Di sana Sekali pun saya tidak bersolat di Masjid.Apabila saya tidak bersolat sayalah yang menguruskan Muhammad dan Fatiha serta abah.Agak malu juga setiap kali orang solat sayalah orang pertama tiba di dewan makan kerana saya perlu mengambilkan makanan untuk mak dan abah kerana faktor usia agar mrk lebih selesa kemudian barulah membawa kanak-kanak ribena makanan.Ha....nilah kanak2nya....
Pada hari terakhir di sana saya menangis bersungguh ....dipujuk Oteh dan emak pun tak mampu meredakan resah hati saya.AKhirnya saya mengadu pada suami dan menangis lagi bersungguh2 juga...Hebatnya doa orang disekeliling ditunaikan Allah. Sebelum bertolak saya mandi wajib dan sampai di Mekah saya tidak lagi uzur. Alhamdulillah.
Bercerita tentang pengalaman di Mekah.Penalaman dan tempat yang saya rindu sentiasa pada masa kini. Semoga Allah sentiasa menjemput saya menjadi tetamu di Tanah suci.
Bila membaca Ya Wahhab 300 kali setiap hari atau selepas setiap solat fardhu,insya Allah anda akan dikurniakan kekayaan,kemakmuran dan kemasyhuran.
Siapa yang membaca Ya Wahhab 7 kali sebelum meminta sesuatu,insya Allah permintaanNya akan diperkenankan.Jika dibaca 100 kali dengan tangan menadah ke langit,doa anda akan dimakbulkan. Ini lah yang saya amalkan semasa berPM dengan customer. Alhamdulillah close sale dan urusan dengan customer lancar sahaja.
Siapa yang tidak mempunyai pekerjaan atau sangat miskin,hendaklah dia mengamalkan solat sunat,kemudian sujud dan membaca 70 kali Ya Wahhab. Dia akan mendapat makanan tanpa disangka-sangka(dari kawan,jiran atau seumpamanya).
Jika anda mempunyai hutang yang banyak tetapi tidak ada wang untuk membayarnya, kerjakanlah sembahyang sunat hajat 2 rakaat selepas tengah malam setiap Khamis selepas Maghrib dan Isyak,kemudian memalingkan wajah ke langit dan membaca Ya Wahhab 111 kali. Kemudian hendaklah dia membaca Al-Fatihah dan ini hendaklah dilakukan 3 malam berturut-turut(tiga Khamis).Insya Allah keperluan anda akan tersedia dan hutang akan dapat dilangsaikan.
Baca Ya Wahhab 41 kali di sujud terakhir solat Zuhur,insya Allah anda tidak akan merasa lapar.
Baca Ya Wahhab 7 kali selepas berdoa pada bila-bila masa,kemusykilan anda akan terjawab dan permintaan anda akan diperkenankan,insya Allah.
Jika ditangkap oleh musuh atau pendapatan anda tidak mencukupi,bacalah Ya Wahhab 100 kali selama 3 hingga 7 malam selepas solat sunat nafil 2 rakaat di tengah malam.Insya Allah anda akan berasa bebas atau mendapat rezeki yang banyak.
Untuk permulaan kita boleh praktis amal dalam 100x sehari, esok lusa kita up lagi. Lama-lama inshaaAllah zikir a-wahhab ini akan jadi amalan kita.
tapi..tahukah ianya sungguh berkhasiat bukan sahaja untuk kita tapi juga meow
Ini meow saya... putih namanya... dulu memanglah putih tapi sekarang semakin kekuning-kuningan gituuuuu....
Beringin, Jinjang, sehari untuk dilupuskan. Tapak pelupusan ini adalah satu-satunya tapak pelupusan sampah yang masih wujud di ibu kota dan ia juga sudah nyawa-nyawa ikan..Ia sepatutnya ditutup sejak 1998, namun sehingga hari ini, tapak pelupusan itu masih beroperasi dan terus menyeksa penduduk sekitar.
3.3 Melupuskan sampah cara pyrolisis




Untuk memupuk kesedaran di kalangan rakyat, cara yang terbaik ialah melalui pendidikan. Dengan adanya kesedaran pada seseorang individu, dia akan sedar tentang betapa pentingnya kualiti alam sekitar yang tinggi dikekalkan. Pemilihan teknologi pengurusan sisa pepejal merupakan masalah membuat keputusan pelbagai kriteria yang melibatkan penilaian subjektif. Proses pemilihan sukar dilakukan kerana ia berada dalam lingkungan sumber yang terhad. Kerumitan proses ini semakin bertambah apabila melibatkan isu sosial dan sekitaran serta masalah pembiayaan projek. Kesesuaian teknologi menentukan kejayaan program pengurusan sisa pepejal dan ia perlu dipertimbangkan pada peringkat awal perancangan. Kesesuaian teknologi tidak hanya merujuk kepada operasi dan kos mesin yang diimport dari negara maju, tetapi juga merujuk kepada kesesuaian gabungan teknologi. Teknologi yang diterima pakai dari negara maju tidak semestinya efektif untuk negara kita tetapi perlu diubah suai mengikut keadaan tempatan.






















